Pages

Friday, April 29, 2011

DaPaT PrEsEnT LaGi

bertuah betul Rayyan nih. 3 bulan lebih pn dapat present lagi. Tima kasih yer pada yg bagi. nak bagi lg pn bulih. kikiki...


mmg besar hamper nih.

baju zebra ni pn baru dapat gak. x sempat snap dh pakai dulu.nyenyak betul tido pakai bj baru. ekekekek....
flash camera pn x jugak sedar tuh.. dah mcm kuda belang anak ummie.

nasib baik x pakai mitten n booties. benda alah tu pn berbelang jugak.

Thursday, April 28, 2011

RaYyAn N bUbBLeS

Entry kali ni berkaitan dengan buih2 di mulut Rayyan.
si kecik ni suka buat buih2 kat mulut.
lap je ada lagi... lap je dia buat lagi buih2 tuh.
dah macam tertelan sabun plakk.
pastu tu plak bila kita ajuk dia buat buih bukan main dia gelak terkekek2.
hahhh sampai basah tauu baju dia...

orang tua2 kata kalu anak asyik berbuih mulut tu tandanya kita ter"miss" makan masa ngandungkan dia. tapi rasa semua mkanan ummie dia bedal sampai overweight skit Rayyan.
sbb tu kena operate masa deliver dulu. kikikiki

gambar nnt nak snap masa dia tengah membuihkan mulut dia.

Wednesday, April 27, 2011

Rayyan 100 hari

tup tap tup tap dah 100 ari. kejap je kan.. rayyan skrg ni bukan main lagi. ketawa terkekek2 bila di agah. suka benor bila ada org yg layan dia. tp kita pn letih gak tauu dok agah dia... skrg ni dh isap puting. bukan apa... sebagai umpan jer bila dia melalak2 tu. sumbat je terus senyap kikiki...

bila dia dh besar skit xnk bg lg dia isap puting tuh. buruk benor rupanya. berat dia skrg 63kg ooppss... 6.3kg. 63kg dh jd anak monster lah plak. berat gak tau nk dukung dia panjat tangga umah acik yg jaga rayyan tuh.sampai tkt 3 menggigil rasa kaki nih. siyess nie. sib baek acik dok tkt 3 jer.... adooiii.. cpt la rayyan bleh bjalan.



fokus skit muka budak 100 hari. makkk ooiiii.... siyes betul...


menan dia sekeliling.kalu dengar bunyi menan mula lah tercari2 mana datang bunyi tuh... bijak dah skrg.

Monday, April 25, 2011



Selamat Hari Jadi untuk Abah yg ke-59 tahun. kitorang sekeluarga sentiasa berdoa semoga abah sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan umor dan rezeki yg melimpah ruah sentiasa.











Saturday, April 23, 2011

WeEkEnD OuTiNg...

ari ni pepagi lg bangun. lipat kain yg minggu lepas. bukan malas hokkay... tp last week ujan so kain pn tak kering lg pun Rayyan kan demam, mmg nk melekat je la.... blm abis lipat si kecik tu bangun. awal lah pulak dia bangun. huhh..xleh jd nie, misi lipat kain kena abiskan jugak.si kecik tu biar ayah dia uruskan.

4 breakfast plak masak mee goreng.hmmm... simple2 aje kan jap lg nk kuar. misi pertama pegi butik anakku sbb nk redeem voucher.

Rayyan ada appointment 4 injection lg.kengkonon kul 10 nk kuar. last2 dekat kul 12 lebih baru kuar.destinasi pertama nk gi butik anakku.berpusing2 cari butik anakku kat area selayang utama tp x jumpa, adoii.. panas weh.!! cancel gi butik anakku terus gi Putra MeDical centre.

Rayyan mmg bagus sgt ari ni, x nangis langsung kena injek good boy anak ummie. lps solat zohor kitorang decide gi alamanda putrajaya je. nk beli diapers sebenarnya, ada sale kat c4. lg pn kat alamanda ada gak butik anakku. bagussss... 2 in 1. xyah pusing2 lg kat area batu caves tuh.

masa kat alamanda Rayyan mmg baik sgt2,x nangis langsung. kami plak yg risau takut dia melalak buat drama airmata.skrg ni xde intro dah kalu nk nangis terus high volume. lain kali kita jln2 lagi yer Rayyan

otw balik singgah jap kat beriani gam putrajaya. nasi beriani sini mmg marvellous tauu... tapau 2 bungkus lauk ayam & daging. sebungkus rm12 jek.

ni kain yg belum berlipat. tp lepas lipat ciput je pn, nampak je byk chhaiittt....


bahan2 nk buat mee utk bfast. lupa lak nk snap gambar yg dh siap. sebungkus mee dh masuk pewot.



ini budak kena injection x nangis langsung.bln depan kena injek lg.


kat nursing room. tukar pampers jap sbb berak.padahal baru 5 minit tukar. mmg asyik berak2 je si kecik ni, tp xde sakit perut pn ke hape2 ke...
ini budak cool jer lps kena injek. bln lepas nangis gak skit.


jln2 ke Alamanda Putrajaya.dh lama x datang sini.Gambar dari pakcik google. xsempat nk snap.
huh.. baik bebenor dia dok dlm stroller.x nangis pun. biasanya merengek gak kalu lama2 dlm tuh...
nak posing gak laa..tp gmbar blurr.gambar2 ni snap guna hp cap chokia.kikiki...


Snap jugak gambar cik hubby. masa ni dh nk turun eskalator nk balik.ujan woo kat luar tuh..


ni la gambar nasi beriani putrajaya.mmg marvelous.incik hubby mmg suka bebenor.kitorang tapau jek. Rayyan tgh tido,xleh mkn kat kedai. gambar dari google.
otw balik tido je budak ni. mungkin badan dia lemah lps kena injek.letih jln2 kt alamanda kot.. ehh...bila masa plak rayyan bleh berjalan. dok dlm stroller je. kitorang yg gilir2 tolak. ekekekek...


















































































































































































Wednesday, April 20, 2011

Susu Ibu



entry ni ttg susu ibu.kawan2 yg sedang pregnen, sedang menyusu boleh la baca kebaikan susu ibu. mungkin ada yg kata alaa... dah tau la. tp boleh refresh balik ilmu ttg susu ibu nie.mungkin ada yg belum kita tahu yer tak??


Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat -sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak -kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:


“Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya.(Al-Jathiyah: 4).

Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud,

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”.

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira-kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses-proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.

Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira-kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran.

Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit-penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit- penyakit tersebut.

Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob-mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel-sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana-mana ciptaan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:

“Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya.” (Al-A’la : 2)

Kajian - kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman- kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit-birit yang disebabkan oleh kuman-kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.

Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan.

Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel-sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain-lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud,

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”. (surah at-tin: 4)

Fisiologi jumlah isipadu kolostrum
Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur- ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49-96 jam berikutnya. Pada hari kelima, jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.

Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari – hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah-curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14).

Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?

Antara tips-tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari-hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. Antara tips- tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila-bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (rooming in) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau nursery’ ketika berada di hospital. Rooming in amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (cross infection) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak -anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos-mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.
























Tuesday, April 19, 2011

3 months face

ni lah Rayyan 3 bulan. masa ni baru nak start demam,
keceriaan pn kurang skit.minggu depan kena injek lg nie.

Monday, April 18, 2011

Kisah hari sabtu

ni kisah ari sabtu 2 ari lepas. laptop buat hal xleh download gambar lak.
tp citer jugak lah.
pepagi lagi Rayyan dh bangun. oopppsss badan dia makin panas,
patut la merengekk jer,kami suami isteri bergilir2 la dukung dia,
pastu asyik berak cair kuning2 jer. apa hal nih??
tghari skit kitorang bawa dia gi klinik seri indah.
tp doktor kata suhu dia 38 je.
balik klinik kitorang singgah ayamas rembat ayam blackpeper sekor.

dalam pada kelam kabut pagi tu sempat jugak la masak nasi lemak.sampai ke petang mengadap nasi lemak.nk masak benda lain mmg xleh la dgn keadaan rayyan tu.lauk mentah pn mmg xde stok.nasi lemak pn basic jer... sambal bilis dgn telor rebus, timun yillekk!! tp sedap kot sbb cik asben bertambah2 mkn.mlm pn mkn nasik lemak belen tadi dgn ayamas.


gaya budak demam. alololo... cian Rayyan...


huarrggggghhh..... ngantuknya ummie..




sampai tertido incik hubby layan Rayyan yg demam.


gigih menjaga Rayyan yg demam sambil layan bola

Saturday, April 16, 2011

Shoping...

ni citer ari jumaat.balik awal dari opis sbb nk gi soping sogo gitu.
warehouse sale.padahal sogo tu tia2 ari pn ada sale. ekekeke..

dlm banyak2 kasut satu pn dia x berkenan...

tp dlm kepala ni dok ingat rayyan je sbb ia demam,
kira concentrasi nk soping tu terganggu skit.
xde beli apa pn just baju bajan rayyan 2 pasang, baju dia byk yg dh x muat.
tuan diri plak rembat tudung 2 lai.gambar lupa nk snap.

lps blh dari sogo terus gi amik rayyan kt umah acik.hmmm...nmpak mcm ok plak.
merengek2 manja je.tp mlmmya dia muntah.cian sgt kat rayyan.
esok kalu still demam kena bawa gi klinik ni g.
ak nie.

Friday, April 15, 2011

Happy 3 months old Faqeef Arrayyan...

my lil hero hits 3 months old yesterday
alhamdulilah...he's growing healthily...there's nothing else I could ask for

butttt...if there's something that I could ask for is for him to be less cranky huhuhuuu

minum pun boleh tahan for his age
and then , dia nak ade orang depan mata dia...

he also very very clever now. can laughing, give respons to us when we talked to him.
yg paling lawak bila sikecik ni mengigau ketawa terkekek2.adoiii...
entah apa la yg dia main siang td.skrg dh jd geng dgn zafir.

and bile bercakap tue, he can go on and on
cubalah layan dia berborak, kite yang akan penat tau, bukan dia

cepatlah besar Rayyan oooiii...

tp yg bad news nya Rayyan demam mlm td.lps nyusu muntah plak. isshhh...
cuak jugak kami takut demam dia berlarutan.
merengek2 tp x nagis pn. cian sgt dia.

td dh tipon acik, sib baek Rayyan dh ok.dh x demam elok jer memain dgn bebudak tue.
alhamdulillah...

gambar nnt next n3. dh amik mlm td tp xsempat nak donlod.