Pages

Wednesday, June 29, 2011

WoRdLeSs WeDnEsDaY...



ANNUAL RETURN & STRIKE OFF DOCUMENTS BERLAMBAK, BELUM LAGI PEAK PERIOD.... HUHUHU...

Monday, June 27, 2011

JaMuAn PeRpiSaHaN CiK PaUzIaH & AzIZy

jumaat lps juga ada jamuan sempena perpisahan staff , beliau yg terlibat ialah opismet azizy yg akan bertukar ke Kota Bharu, kampung halaman dia. dah lama dia minta tukar skrg baru dapat. mmg rezeki dia lah nampaknya. bos aku cik pauziah pun bertukar jugak tp bukan la tukar state lain, tukar department je ke comtrac. tahniah kepada beliau berdua, semoga lebih success di tempat baru. ngehngehngeh...

mcm2 ada... nasi lemak ayam, mee kari, kuih2....
en asrul memberi ucapan kat semua staff...



azizy yg diraikan sebak menahan sedih... ececeh... tak macho laaa


dh nanges dia tauu... sedey wooooo... hati dia dh lekat kat sini katanya... kikiki


mereka berdua la yg akan bertukar. cik pauziah & azizy. alamak baju pun sama kaler jer.



sesi peluk2. tp sesama depa yg sama jenis je laaa, takkan nak pelok dgn staff pompuan plak. masing2 dah ada isteri wehhh...

KeLuArGa DaRi LuNdAnG DaTaNg

ari jumaat lps kuarga aku dari kb datang.biasala lepak umah aku dulu pastu baru gi umah adik aku kat ampang. mlm jumaat tu semua berkumpul umah aku laa.. aku yg baru balik keje bersilat kat dapur masak simple utk mkn mlm. sbnrmya x plan pun nk mkn mlm kat umah aku. su menu simple2 je laa, gambar lupa nak snap daaa... busy dgn rayyan lagi, masak lagi. aku just masak tomyam campak, ayam goreng wajib utk kanak2 rebina, ikan masak kicap(jang masak, aku bz dgn rayyan kat atas nyusu dan solat) telur masin.semua licinnnnnn.....

riuh rendah kat hall, ada 3 babies.

susah tol nak snap 3 olang budak kicik nie



ada jer yg x jadi...

alamakkk... aqif plak terbeliak...


haaa... baru ok skit. tp haziq plak mcm nk nangis.beza diorang 3 bulan jek. tp rayyan lain tahun sbb kuar bulan 1.kira paling muda la 3 stooges nie.


ainun & umai ni nak enterprem sokmo...


budak yg noty aisya & haziq


gambar aku di snap oleh ainun

ainun jugak yg snap sampai potong kepala abah.



jan ni suka sgt layan rayyan... dia tgh main apa tu ekk??


Thursday, June 23, 2011

CaRa NaK SiMpAn SuSu PaM

kali nk citer pasal cara nak simpam susu yg dipam. sebenarnya ada beberapa org kawan aku yg baru bersalin bertanya pasal hal ni kat aku.ada juga yg mengandung bertanya. aku pon bukan pro, tp aku byk jugak merujuk website dan tanya akak2 kat opis yg exclusive BF.so apa salahnya kita berkongsi ilmu dan mendapat manafaat bersama.


mmg susahhhh sebenarnya kalu kita nk full BF ni. susah dari segi apa?? nak menguatkan semangat kita utk terus FB. mcm2 tau dugaan dan cabaran utk BF nie. ada yg kata kat aku susu beku x elok utk baby,susu ibu buat baby jd kuning laaa, baby x cukup dgn susu badan je , kena topup dgn FM. aku yg dulu mmg nak full BF pun akhirnya tewas jugak tauuuu...

tp takpe atleast sikecik tu masih dapat menikmati susu aku wpon dh dicampor dgn FM. target aku sampai umo dia 2 taon.INSYAALLAH


hasil dari googelan aku, sebenarnya org bukan muslim yg berlumba2 nak menyusukan baby mereka dgn susu ibu ni tau, sbbnya diorng tau betapa berkhasiatnya susu ibu ni dan x boleh dibanding dengan apa2 susu formula pun. tp kita yg tau ni buatt dekkkk jer...

tapi korang jgn la salah paham, bukan niat aku nak memperlekehkan sesapa yg bagi anak dia susu FM.semua tu dh rezeki lah kan kalu susu x kuar kena la bagi FM.


kalu nak tau susu yg diperah boleh disimpan selama 6 bulan tau... tp kena la dibekukan. walaupon khasiat dia dh berkurangan tp masih lagi xsama dgn FM.

kalu suhu bilik susu pam bleh tahan 10jam jek. dlm peti ais plak (suhu 0-4c) boleh simpan sampai 8 hari tp kena letak kat blkg bukan kat tepi pintu tu. kalu dalam freezer satu pintu tahan sampai 2 minggu. peti sejuk 2 pintu plak tahan 3-4 bulan. kalu deeppp freeze tahan sampai 6 bulan kooo...


gambar dari google.

gambar ni bukan la stok susu aku. kalu mcm ni punya stok, mmg x payah FM laa...stok aku takat3-4 botol jek.

HaPpY BiRtHdAy To My BeLoVeD HuBbY

me & Rayyan wish u Happy birthday.we love u so muchassalamualaikum... entry ni ditujukan khas untuk incik hubby ku..


" I wish u always happy, healthy, cheerful, im very proud to have a very good husband like u, me & Rayyan love u sooooooo muchhhhhhh.i've nothing 2 give to u just a full of love and to be isteri solehah to u.." to the world u maybe one person, but to me u are the world. serius ok!!! muahh.. muahh.. muahh..


Wednesday, June 22, 2011

JgN KuAr DaRi KeTa KaLu CuRiGa...

Entry ni pentingggg sgt2 kat korang yg slalu drive sorang2. maklum la kat KL ni mcm2 bole berlaku. pelbagai teknik org guna kalu nak buat benda jahat.artikel ni dari blog irin putri hos rancangan BERSAMAMU kt TV3.
kalu dgn anak2 lg bahaya. iye la kdg2 kita nampak org baik, tp ada udang disebaliknya. yg penting jgn kuar dari keta kalu ada org tegur sesuatu yg mencurigakn ttg keta kita. terus bawa keta ke tempat yg ramai org, ataupun gi je balai polis. kalu bole xnak benda yg tak elok jadi kat keluarga kita. minta jauhhhh....

minta uols share jugak yer...sharing is caring...

ApA Yg DuA BeRaNaK Ni BuAt

ni lah aktiviti kami sekeluarga lps mkn mlm sambil tgk TV.

car seat sepatutnya dok dlm keta tp dh jd tempat rayyan lepak dpn tv plak. gigih dia nak mencapai menan dia sbb dia dh terikat kat kusi tuh.
nah amik tukul nie.ayah plak layan kepek..



anak mkn tukul, ayah mkn kepek. kikiki... rayyan ni apa2 benda yg dia pegang mesti nk masuk mulut dia tauu....

tgk dia tengah mengerjakan tukul tu...

MkN MaLaM KaMi AhAd LePaS

ahad malam tu aku just masak simple2 sbb ptg tu dh gi mkn kenduri kat umah opismate aku kat selayang. biasanya mlm jarang masak yg heavy.setakat nk isi perot kan.lagi pun kitorang suami isteri dlm proses diet. iye ke??? menunya ialah daging masak blackpepper+brokoli dan ayam goreng. cukup utk kami berdua. si rayyan aku dh sumbat perot dia sblm tu lg. lg pun dia mana bleh mkn apa yg kami mkn nie.




eehh cmner plak menan dia bleh ada atas meja nie.







semasa aku tgh menghidang dia tgh khusyuk menonton berita. kehkehkeh... ni la kegiatan dia tetiap mlm. jadi aku bleh masakkk lalalalala.bila mood dia ok takde la melalak. dok situ diam2, jap lg umie nak melantak. lambat plak incik hubby nie balik masjid,perotku dh lapar...









Tuesday, June 21, 2011

kRoNoLoGi BeRsAliN...







gambar google



wehh.. tajuk basi sgt2 laaa.... tp nak citer jugak sbb ada lg kengkawan yg tanya aku masa nak bersalin dulu. jenuh gak la nak mengarang dlm email dari A-Z semua tu.

dah lama nk buat entry ni tp x sempat2. skrg baby dh 5 bln punnn... untuk tidak mengecewakan rakan2 ni dia kronologi walaupun aku dh ingat2 lupa.


ok... minggu tu aku mmg dh mc jer. tp senin gagahkan jugak gi keje. nak kemas2 skit meja. maklum la nnt nk bercuti panjang. tp bos aku warah woooo..."apsal dtg keje lg nie, kang kalu terberanak nnt cmer...." tu la lebih2 kurang ayat dia. aku wat muka sipu2 kucing jek. kikiki...

slasa & rabu mc lg call je Doctr Zulailah dia mmg memahami sgt ibu mengandung nie sbb dia pn tengah mengandung masa ni.. masa ni mmg dh x larat sangat tauu...nak bangun duduk mmggg adooiiii.....sakit pinggang, sakit blkg, lenguh sana, lenguh sini.....tp sempat gak aku sms adik kat kat uitm dungun tanya cmner nk wat puding nenas, segala bahan dh ada lupa cara nk buat.kang nnt kalu bsalin xleh mkn lak. tp x sempat buat sbb dh x larat nk masuk dapor.


khamis, aku mmg ada apoiment dgn doctr Ratna kat Putra Medical Centre. seperti biasa mr hubby amik half day bawa aku gi PMC. dh last2 ni mmg kerap skit la check.dh la kandungan aku kejap melintang, kejap obligue.... mmg x ceria langsung masa gi checkup kali ni. sampai doctr Ratna pn perasan muka aku yg kelat tuh.... hihihi

doctr suruh baring bila aku cakap asyik sakit pinggang. "ok, baring jap saya cek...

eehh... awak dh nk bersalin ni, dh buka 3cm...."
gambar google



eerrrkkk..... biar betol doctr, air ketuban xde pun, xde lendir/darah kuar pun. panik jugak aku masa tau...."doktor, bleh tak saya balik jap amik barang, saya xde bawa apa2 pn sbb nk cek biasa je kan...." doctr ckp"eehh.. xbleh, awak masuk wad dulu, brg2 tu nnt kemudian."



gulpppp.... mr hubby aku punya laa kool jer masa nie. iyer la bukan dia yg nak beranak pun kan... doctr terus cucuk kat tangan aku dan pakaikan aku tag. naik wheelchair terus masuk wad.kul 3.30 aku masuk wad. masa ni perasaan dh bercampur2 tau. 1st time rasa camni. korang yg dh byk kali beranak pn rasa camni gak ke?? masa ni laa support dari encik suami mmgg sangat diperlukan. pastu misi kasi ubat untuk berak. cucuk kt montot. x sampai 10 minit terus rasa nk gi toilet, kuat betul penangan ubat ni.


kul 4.30 dh mula sakit kontraksi. jap2 sakit, jap2 sakit. incik hubby lak balik umah untuk amik segala barang keperluan aku dan baby nnt. sib baek aku dh pack2 semua. mcm2 doa incik hubby sih aku baca. ma kt kb aku dh tel bagitau dh masuk wad.


kul 5pm masih lg 3cm. dh lupa brapa kali nurse cek jalan. nak dekat maghrib incik hubby sampai yeayy.... sakit kontraksi makin kerapp...dushh..dushh..dushh... rasa nak tumbuk dinding jer tau..

kul 8 lebih masih lg 5cm.bila nk beranak nie. ooppss lupa... sblm tu nurse bagi makan utk tenaga nk push nnt. incik hubby yg suap aku, mmg x lalu langsung nk makan masa ni.demi untuk dapat tenaga push nnt gigih aku menelan nasik, x abis pun incik hubby lg tlg abiskan. mmg haus sgt. jap2 aku minum air, jap2 aku minum air. tetiba rasa nak peel fresh, sempat lg aku minta incik hubby belikan.... lega sgt lps meneguk peel fresh. kat labour room (LB) sakit makin kuat. incik hubby sebelah aku sepanjang masa. dia la semangat aku masa nie. bila sakit kontraksi je dia suruh aku peluk dia. kurang skit sakit. jap2 minum peel fresh.


kul 10pm, 5cm jugak. x buka2.aku dh penat sgt masa ni.berpeluh panas,sedangkan dlm tu sejuk giler, hubby aku siap pakai sweater dgn stokin lg. jap2 tgk jam. kul brapa mau bersalin daaa....

kul 11 lebih, cek jalan lg 5 cm jugak. huhuhu... kul 12 doctr Ratna datang cek. masih lagi 5cm, dannnnn katanya "kita kena ceaser laa, dari tadi 5cm jer, awak pn dh penat..kita siapkan bilik operate dulu." hohoho... akhirnya... pung pang pung pang. kuar la budak comei gambar atas tu tepat 1.52pagi jumaat yg hening.. bermula la episod aku seorang omma....


kesimpulannya: aku ceaser sbb jalan xbuka dan baby agak besar(3.2kg) compare dgn badan aku yg comei nie. kikiki


note:kronologi dh byk shortcut. lintang pukang aku tulih nih...

Monday, June 20, 2011

HaRi SaBtU Di MiDvAlLeY

ni je gambar yg sempat snap kat mid valley. bdak kecik tgh tido masa ni. berat wooo...



hari sabtu lepas kitorang xtau nak gi mana. last2 pegi Midvalley. dh lama x gi sana, last pegi masa aku sarat pregnan tgk citer Harry Poter sama adik aku yg baru abis upsr.


masa mula2 sampai rayyan ok lg. bleh letak dia dlm stroller ,pusing2 sana. pegi jusco .passssstu... dia dh mula merengek. nanges2... jenuh aku mencari port untuk nyut2. pastu kitorang jumpa tangga yg mmg xde org lalu. dok situ sambil nyusu rayyan sampai tertido. lenguh tauuuu dukong dia sambil jln2 kat MV. nk letak dlm stroller kang terjaga plak dia. selagi bertenaga alu dukong je dia nih.


bila dh lenguh aku loading dia dlm stroller. tp kejap je dok dlm ni. skrg mr hubby plak jd stroller. hahahaha... tiba turn aku plak menyoping. tp budak kecik ni mmg x bagi peluang aku soping tau. asyik merengek dan membuas jer tau...selera nak melantak pn dh terbantut. last skali kami just mkn kat subway, tu pn share je mknan. mmg dh kena balik cpt2 nie. eeiiiii...


otw balik tu singgah kfc tapau. alahaiii... kfc jer.rayyan bantai tidoo jer dlm keta. ingat nk mkn solmon grill. mengidam ke aku nie????

Friday, June 17, 2011

KeNa Gi KuSuS???

2 ari lepas dapat email gi kursus personal development programme 26-29 jun nie. Dlm kepala ni zupp terpikirkan si kecik. kursus 4 hari 3 mlm. mcmana nk nyusu dia??? dah la memalam nk tido dia mmg melekat je sampai tertido pastu sedar setiap 2 jam nyusu dgn aku. iskk.. iskk..



kalu area KL ni bleh la balik hari kan... ni nun jauh di janda baik sana.hati aku mmg la nk pegi. dh lama x gi kursus camni tambah plak ada game outdoor yg lasak2 tu.mcm la aku ni lasak sangat!!! mmg sronok. TAPI... memikirkan si rayyan buat aku x sanggup nk pegi.



YA.. YAA.. mmg la bleh pam susu kat sana. tp cmner nak simpan?? 4 hari tu....maunya basi susu aku. huhuhu... lagi pn takkan bila ada aktiviti aku nak excuse gi pam susu. mlm pn ada aktiviti. pam setiap 4 jam ok. 10am, 2pm, balik opis dia direct je nyusu dgn aku smpai mlm hingga esoknya....



lagi satu sian kat mr hubby aku. pepagi siapkan rayyan, dh la mlm blm tentu dia bleh tido.. buatnya si kecik tu melalak sepanjang mlm pernah terjadi camni ok pastu nak antar umah acik maunya tergolek dlm keta nnt. dia dh x duduk diam tau skrg ni. letak dlm car seat?? 10 minit bleh la terikat kat kusi tu... pastu mula la buat konsert.



mmg z sanggup aku tauuuu.... kalau nak i kursus pn tunggu dia besar skit. bila dia dah x melekat dgn aku nk nyusu.



mmg akan efek KPI aku nnt tp FAMILY 1st ok....

Wednesday, June 15, 2011

RaYyAn 5 BuLaN

Dah lama tak update entry ttg Rayyan. budak kecik ni dh masuk 5 bulan skrg. mcm2 keletah dia sekarang. sudah pandai merajuk, dh tahu kalu kita panggil nama dia akan palingkan muka. bijak sgt rayyan skrg. pastu plak start crying when we left him alone. ishh..ishh..



meniarap?? belom lg daaa... mmg berat badan dia, tp bila kita buat dia meniarap mmg hepi sgt dia. dan yg pasti position dia mcm dh nk merangkak pulak.


he also enjoy when we put him sitting position.& seems so excited, mula la ketawa dia menjerit2 tu. berat pulak hampir 8 kg tauuu!!!!!



suka main2 kain. main cak cak bila dapat kain. seronok gila main2 dgn kain. x suka hisap puting. tido malam dh lambat skt pastu kerap bangun malam menyusu.alhamdulillah masih lg menyusu badan. rezzeki Rayyan, susu ummie melimpah ruah sentiasa. kikiki


lagi satu suka masukkan benda dlm mulut. yg ni bahaya skit. kang nnt ntah2 apa2 dia sumbat masuk mulut.melalak pn boleh tahan.... hahaha


sila layam gambar budak 5 bulan nie.

cak!!!



muka yg bolat

bila waktu nak solat dia diam je, so bleh solat dgn aman. biar dia tgk kita solat.
muka dia ikut sapa ekk??



suka sgt kalu dia dapat duduk camni. tp kejap je pastu tumbang. kahkahkah..


semoga membesar jadi anak yang soleh.

Monday, June 13, 2011

SePeTaNg Di SuNgAi CoNgKaK

Pada ujung minggu yg lepas kami anak beranak pegi ke Sungai Congkak. sebenarnya x plan pn nak gi sana. kalu plan awal2 aku mesti la dh bawa swimming suit. hahahaha.... (ada swimming suit ke aku??) tetiba je mr hubby nk jln2 belah2 kampung sana. firasat aku kata dia ni nak mkn durian sbb dh lama mengidam nk mkn raja buah tu tp asyik x jadi jer sejak dari gi tangkak itu hari. oleh sbb x plan maka beli aje nasi 2 bungkus. kira mcm ala2 piknik jugak laaa... nasi sorang sebungkus. beli 2 bungkus je, rayyan x mkn nasi bungkus.
nampak tak pondok2 tu. satu pondok sewa rm5. ok laaa...takde la panas sgt.sapa dlm gambar tu aku x kenal pn kui..kui..kui...



air sungai yg sujukkkk....





mr hubby tgh melayan nasi bungkus. satu lg tu nasi aku laaa... ikan dh tinggal sekerat.rayyan lepak je tgk kitorg mkn.



kasi rendam jap si rayyan ni dlm air sungai yg sejuk nie... berbogel, seksi aauwww...



dia dh geram tgk air sungai. mungkin dia ingat swimming pool kot. ni air sungai nak ooiittt...



menggeletar kesejukkan woooiiii....


bilas... bilas.... lepas mandi elok dh pakai baju, dia berakkk plakkkk.... kena mandikan lagi skali. sujukkk weiii...