Pages

Wednesday, February 29, 2012

SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & DITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM


Isu halal ni kan tak pernah selesai. perasan tak kekadang kita amik mudah je. bila tgk ada org melayu makan kt restoran tu kita pun ikut sama. padahal halal/haram ni menjadi darah daging kita. nauzubillah..... kekadang kita jugak mkn kt kedai mamak. konon mamak tapi hindu. bila tgk dia pakai kopiah kita pun kata halal padahal kt tangan dia ada gelang kuning, lengan bertatoo, mmg sah2 la hindu kan.

rasanya menjadi kewajipan jugak bagi aku untuk sebarkan di sini tentang isu ni. kita pun kena gak amik tau restoran/kedai makan yang kita kunjungi tu halal atau tidak. wallahualam....

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha.

Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.

Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIMJusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus. , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana:-

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Diharapkan dengan perkongsian ini kita sebagai umat Islam akan lebih berhati-hati dan waspada selalu,jangan pulak bila kita nampak restoran yang luarannya meragukan statusnya tapi disebabkan ada orang melayu yang kita rasa Islam sedang makan didalam restoran tersebut kita terus je masuk makan.Cari la restoran yang lebih meyakinkan kita.

Tuesday, February 28, 2012

Jalan2 Motherhood Fair @ KLCC


Sabtu lepas aku dah suami dh plan nk gi motherhood fair kt KLCC. nak cari brg2 baby kononnya. smpai dlm kul 11 pagi gitu. punya lah ramai org. nasib baik kami dh decide tinggalkan rayyan dgn pengasuh. kalu tak mesti budak tu rimas dgn org ramai2 gitu.

bila sampai KLCC, punya la crowded. kebanyakkan preggy mommy. yg bawa anak dgn stroller pun ramai. smpai jem dgn stroller kt dlm tu.

apa yg ada kt Motherhood Fair??? oohh.. bagi aku so-so je. tp mungkin yg tunggu 1st baby excited kot. baju bajan baby xde sgt. yg banyaknya jual stroller, education insurans, menan baby,breast pump, barangan berpantang ibu, dypers pn x byk jenama. tp ada satu jenama WHOOPEE dari Jepun tu aku beli smpai 4 bag. murah kot rm20 je satu. 2 utk Rayyan, 2 lagi utk adik rayyan nnt.. bagi aku lak kebanyakkan barang2 tu dh ada, ingat nk cari aksesori dan baju baby je.

kemudia kami sogo plak. kebetulan jugak masa kami pegi tu ada warehouse sale. apa lagi rembat la baju baby byk2. rega pun ok dgn brand yg branded. semuanya bawah rm20 sepasang. ok lah tu kan....


sblm masuk KLCC cik hubby beratur beli kt aunty anne dulu. dh lama x makan benda alah nie. sedap tauu..

suasana dlm KLCC. mmg sesak giler. lenguh kaki, betis, tumit aku.

ni plak kt sogo. pun ramai giler orang. baru puas ati beli baju baby kt sini.

pilih...pilih....

Monday, February 27, 2012

Resepi: Blueberry Muffin

muffin aku kurang menarik sbb terlebih bubuh adunan dlm cup. sudahnya melimpah ruah dan meleleh laaa. pengajaran: takpe ni 1st time buat. next time letak 3/4 je.

ahad lepas baru ada kelapangan nak buat blueberry muffin ni. plan nk buat masa bday rayyan dulu tertangguh sampai sebulan lamanya. lama giler.aku risau plak lps ni mmg x larat nk buat muffin2 nie, maklumlah dh masuk 7 bulan lebih. ni pun lenguh kaki, tumit sbb berdiri lama nk cedok adunan dlm cup muffin tu.tapi akhirnya berjaya jugak.niat nak buat step by step tapi amponnnn... mmg tak larat nk snap gambar satu-satu. hahh.. tgk gambar pun x memuaskan sbb amik guna hp samsung Y jek... tp jangan pandang pada rupanya ok.... rasanya mmg teramay yummyyy... mesti hubby korang bangga sbb korang bleh buat muffin yg sedap sgt.. (Statement betul ni .x tipu, dosa tipu)

alaaaa lagipun mudah giler nak buat muffin ni. budak tingkatan satu pun bleh buat. sumpah x tipu wehh...

next time buat bleh pelbagaikan filling dia. sesuai untuk minum petang.




walaupun rupamu huduss tp rasamu teramatlah yummy....

cik hubby kita x puji apa2 pun tp bila tgk dia mkn ber cup2. lps tu baru dia dia puji hehehehe....
si rayyan pun suka jugak. aku kurangkan sukatan gula dari resepi asal.

filling blueberry meleleh2...

close-up. terliur plak bila buat entry ni kt opis.

BEST EVER MUFFIN
Sumber: Allrecipes.com

Bahan-bahannya (Untuk 20 biji cup 2 oz)

2 cawan tepung gandum

3 sudu teh baking powder(aku letak 2 sudu je)

½ sudu teh garam

¾ cawan gula( aku bubuh 1/2 cawan je sbb filling blueberry pun manis)

1 biji telur

1 cawan susu segar (aku guna susu HL)

¼ cawan minyak sayuran( aku guna minyak jagung)

setengah penutup botol esen vanilla(ni aku tambah)

setengah cawan almond cincang(aku tambah)

Cara-caranya


1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (aku gunakan suhu 180’C)

2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.

3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit. masukkan almond cincang.

4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.

5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. (aku letak filling blueberry kt tengah2 cup, bukan dlm adunan)

6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.














Thursday, February 23, 2012

Deco2 bilik Baby Girl- #mood berangan




sekarang dah masuk bulan ke-8, makanya mood berangan tu haruslah ada kan. alaaaa... bukannya kena bayar pun kalu berangan. insyaallah kalu ada modal lebih boleh realisasikan. bilik rayyan pun terabai jer. sbb dia bukan tido situ pun. aksesori dh banyak beli tp x sempat nk decorate lg.

jom layan gambar2 cun kt bawah nie.....


oohh.. pinky mmg sesuai utk gegel... so sweet sgt

ijo/pink pun nice jugak. geram nengoknya..
Kombinasi color yg cantik. cekelat, pink, ijo. cantik jugak kannn...

ijau/pink lagi.... sungguh manis laaa.

hmmm comei jugak. tp dh mcm bilik teenager je. still ok utk gegel.

soooo nice.....

still english mood

agak menyerlah kolor dia. tp still nice

ijau lagi. tersangat la lembut. sejuk mata nengok.


semua pic hasil google

Tuesday, February 21, 2012

Sambutan Majlis Harijadi kengkawan di Opis

slamat hari tua untuk kwn2 opis aku yg sambut bday baru2 nie. acara ni akan jd acara bulan kt opis sku skrg. dulu dh ada tp stop jap bila ada masalah nak kumpul2 staff ni. kitorang buat 2 bulan skali kot. kang tiap2 bulan mkn kek muak plak. tp kalu kek secret resepi aku ok jer... hihihi... beberapa org kawan ops aku nk sgt appear dlm blog aku nie..


yg diraikan kak jem, amboii merahnya, kak aina, najmul, abg zaki yg dh nk pencen x lama lg dan beberapa org lagi...

2 biji blueberry cheese cake dari secret resepi... so yummy....

kengkawan yg dh x sabar nk makan tuh...

majilis buat kt pantry jer...

acara potong kek. amboi abg zaki. kemain lagi gemgam tangan kak jem yer....

sila hulur pinggan masing2 yer..

menu ari tu, nasi beriani, puding cendol, kuih seri muka dan buah2an sbg pelawas, puding koktel. tp xde gambar. dh bz mkn lupa nak snap.

Monday, February 20, 2012

New Toy 4 Rayyan



masa kt GZ aritu aku dh aim mmg nak belikan rayyan keta sebijik tp keta mainan la yg bleh charge bateri. sblm ni dh survey kt kedai toys rege dlm rm300-500 sebijik. maakkkkk aaiiihhh... tak mampu wehh just sebijik keta menan rege camtu. masa kt kedai toys di GZ mmg dh nak amik keta tu tetiba berat keta tu 15kg beb. tak pasal2 kang kena tambah berat kt airasia ratus2 kang. so aku decide beli jek motor. rege pn murah la skit. rm160 yuen jek. ummi rayyan ni bukan kaya raya nk belikan menan anak sampai beratus2 beribu2.

nk snap dia naik motor tp asyik nak pegang camera plak budak nie.

ni la motor tu. rayyan bleh kontrol sendri dgn tekan pedal tu kt kaki.si kecik tu x pandai naik naik lg, kena angkat dia letak atas motor tu sbb slalu tersilap kaki masa dia naik sendri. siren kt blkg tu akan menyala dan berbunyi mcm motor polis. box kt blkg pn boleh bukak. skrg dia suka buka box tu letak botol susu dia dlm tu.

Saturday, February 18, 2012

Guangzhou- Part 2


hari ke-3 aku di GZ, singgah untuk solatjamak zohor/asar di Masjid Saad Abi Waqas, bapa saudara Nabi. ada jugak makan kt sini, tp sejauhmana kebenarannya wallahualam...
alahai.. mmg terlupa nk snap rekebentuk masjid ni.

alhamdulillah... sepanjang 3 hari di GZ aku xde mengalami sakit kaki, lenguh pinggang, lenguh betis, cramp kaki danlain 2 yg x diingini. tapi bila touch down je LCCT semua sakit tu mula terasa. aku rasa mungkin faktor cuaca yg sejuk ataupun mindset aku yg ingat nak shopping... shoping... shoping.... walau apa pun semua kuasa Allah.

jadi panduan untuk semua ibu mengandung kalu nk bercuti pegi tempat sejuk baru x sakit2 badan. ni teori aku jek ok...

ni air untuk di minum kt masjid Saad Abi Waqas tu. air bawah tanah nie mmg sejuk sgt. guna pam yg zaman dulu punya. lepas tu aku teruskan lg aktiviti shopping di plaza yg jual kasut dan baju branded klon. sebesar2 mall tu jual kasut dan baju je.

singgah makan sate kambing yg org pakistan jual. secucuk 3 yuen je. sedappp...

roti nan mcm kt tempat kita tp lagi sedap. ada biji2 kuaci & kacang kt atas tu.makan mcm tu je. sekeping 2 yuen.

hari terakhir mmg rushing sgt. sbb teksi akan datang amik kami utk ke airport kul 6. mmg kelam kabut skit. skali lagi aku ke one link plaza utk cari beberapa lg sovinir dan jugak motor utk Rayyan. mula2 tu nk beli keta tp berat sgt 13.5 kg. kang tak pasal2 kena bayar utk bawa naik kapal terbang. so aku decide beli motor je yg pakai bateri boleh charge. berat motor tu 5 kg je. nnt aku upload gmbar kemudian.mmg murah sgt compare dengan yg aku tgk kt kedai toys jln masjid india tu. 160 yuen je. kt jln masjid india tu rm200++.

di lobi hotel sementara tunggu van dtg. beg dah beranak pinak. giler betul shopping...
sempat bergambar dgn rabiatul. pucatnya muka aku ni.

sepatutnya kami naik van, tp disebabkan ada sedikit masalah terpaksa amik 2 teksi. kt china semua teksi ada pagar mcm ni utk mengelakkan kes samun dan rompak. tetiba terpikir nk pasang pagar mcm ni jugak kt keta sbb rayyan slalu nk lompat kt driver je kalu naik keta. hihihi...

sblm boarding.... Insyaallah akan kembali lagi ke Guangzhou. syurga shopping..

Friday, February 17, 2012

Guangzhou- Part 1


assalamualaikum... seperti yang dijanjikan aku nk citer ttg percutian shopping aku di GZ. aku gi dgn ma & abah je. suami x ikut pun, cian kat Rayyan katanya sbb cuaca sejuk, lg pun takut dia demam balik dgn perubahan cuaca kt sana. sebenarnya sblm ni aku dh pernah pegi GZ dgn suami tp dgn travel agen. biasa la kalau pegi dgn travel agen ni dia bawa kita gi tempat sejarah, memorial, muzium dan lain2 lagi tempat2 mcm tu. tempat shopping pun travel agen tu bawa jugak tp masa terhad laaa. kalu yang mmg nk shopping kt sana mmg x berbaloi laaa.

sedey jugak ok nk tinggalkan Rayyan sbb aku x penah lagi tinggalkan dia. apatah lagi suami je yg akan handle dia nnt. mana nak bersiap gi keje, nk siapkan rayyan gi umah acik, buat susu lg, nk handle dia dlm keta(sbb rayyan suka lompat dok kt driver). tp encik suami kata dia bleh handle semua tu. aku pun dh prepare semua keperluan mereka. baju encik suami dh iron siap2. nasi rayyan dh masak(simpan dlm peti ais), biskut, vitagen, roti butterscotch.

sebenarnya masa beli tiket dulu aku x tau pun yg aku ni pregnen. mungkin dlm 2-3 minggu kot masa tu. pastu bila tau pregnen... uuiissshhh risau gak takut tak lepas. tp alhamdulillah airasia benarkan smpai kandungan 34 weeks dgn sokongan surat doktor.

tapikan masa nak boarding tu aku cuak giler bila staff airasia kata surat doktor aku tu takde plak tulis yg aku ni fit to travel. giler kentang masa tu. dia suruh aku tunggu dulu sbb nk gi tanya kapten kapal. masa tu semua org dh naik kapal. tinggal aku dgn ma je. dlm 20 min jugak aku tunggu kt pintu untuk boarding tu.dalam kepala ni dh macam2 pikir tau..

pastu staff airasia tu datang balik kt aku cakap,

"nasib akak baik, kapten kata ok. tp kita kena pegang la surat doktor ni. tp make sure akak dapatkan surat yg ada tulis yg akak ni fit to travel sbb kt sana lagi susah nak lepas, nnt akak plak xbleh balik."

cuak tak dengar??? bila dia dh ckp mcm tu lega sgt2 dah. buatnya dia kata xleh fly... maunya nangis kt situ. beg semua dh masuk kapal. nak balik nnt pandai2 la aku oter surat doktor tu.

eehh... panjang giler mukadimah aku. ooh lupa flight kul 8.30 mlm 11/2/2012.

adik2 aku hantar aku kt epot. suami tak dtg. cian kt dia nnt kalu rayyan tak menentu dlm keta. lcct kt jauh gak dari gombak. takpe sbb dh muahh muahh pun dgn dia td.


smpai je kt Baiyun airport. sejuk giler wehhh.. passanger lain dh standby baju bulu2 yg kembung2 tu. siap ada yg pakai boot bulu2 lagi. aku je pakai blouse biasa. sbb baju bulu2 ada dlm luggage. suhu masa kuar kapal tu 9'c. menggigil aku tauuu.... terpaksa la tunggu bag lepas cek kastam semua baru bleh selongkar beg amik baju bulu2. tu pun aku x sempat amik stokin bagai. gmbar pun lupa nk snap sbb dh sejuk sgt. smpai je Rabiatul(student Msia yg akan jd translator kami kt sana dh sedia menanti. mmg baik sgt si rabiatul ni. servis dia terbaeeekkkk. dia yg guide kami sepanjang aku kt GZ.

tandas bilik kami. ok je cuma dinding dan pintu transparent. giler tak?? cuma blurr2 gitu je, but still bole nampak kalu kita mandi. so mcmana kami mandi??? masa nak mandi dan aktiviti berkumuh tu tutup semua lampu & langsir. kui..kui..kui..

bilik agak besar. ada 2 bed.

no bilik kami 6111. uuhh... ma siap pakai sarung tangan sbb x tahan sejuk.

pagi tu masa tgh bersiap2 nk kuar tetiba ada excident. aku snap gmbar dari bilik je. nmpak tak basikal bawah depan teksi tu?? orgnya x tau la mcmana...

day 1- pegi one link plaza. giler kentang kt onelink ni. bayangkan ada 8 tingkat tp cuma jual aksesori, toys, & interior home decor je. mcm2 jenis pilihan dan jenis. ada tu kita xpenah jumpa pn kt msia ni. sapa2 yg minat english decor tu mmg bleh sawan kt sini....ni salah satu kedai aksesori yg aku singgah.

ni la salah satu kedai yg kami singgah. bedsheet je dia jual. mmg cantik2, cun semua. lama jugak melekat sini. aku rembat 4 je. kalu ikut ati mmg nak rembat lg tp pikir lak kang terlebih berat nk bawa balik nnt. huhuhu...

sebahagian bedsheet patchwork.

quilt carpet.

lunch singgah mkn kt satu kedai halal. apa nama ntah... tp kan portion utk seorg mkn mmg byk. so biasanya kami oder 2 pinggan pastu kongsi je. suhu masa ni masih lg 9-10'c.

ni la rabiatul. dia oder dim sum. mmg byk kan. dia pun x abes mkn.

waktu lunch hour. penuh kt dlm kedai. so kami mkn kt luar je...

singgah solat jamak di masjid yg tertua di GZ. aku ni slalu lupa tau nama masjid ni. korang google sendri lah yer nama masjid ni.

biasanya kalu depan masjid mesti berderet restoran/kedai makan halal.

kalu musim sejuk mmg ramai peniaga yg jual makn2 panas mcm ni. buah berangan, jagung rebus, ubi keledek, rebus. mmg best mkn panas2.. maklum la cuaca kan sejuk.

malamnya kami pegi Beijing Lu. mmg meriah jugak kt sini. kt sini byk jual bag/handbag, baju. Ma mmg borong byk handbag kt sini. aku x beli pun. menyesal gak. huhuhu... takpe, ada can bleh pegi lagi. hahahah.....


suasana kt BEijing Lu street mmg meriah. kata Rabiatul masa ni la diorg berfesyen sakan mengikut musim. kalu musim panas lain plak trend fashion diorg.

sejukkksssss....

singgah diner kt restoran malaysia kt sana. tp style cina jugak masakannya. ada oder tomyam tp dh tunggu lama x sampai2 jugak, perut plak dh berirama, so kitorang cancel je. mkn 2 lauk ni je.

day 2- pegi plaza kain. sapa2 yg suka kain mmg bleh sawan jugak. kain cotton dia mmg cantik2 sgt. yg kita penah tgk kt Msia ni cuma 50% rasanya.... mmg heaven lahhh. sbb tu la ramai pemborong dari Msia amik kain kt sana. bayangkan kain standard gulatis yg silk harga rm350-rm500 sepasang tu kt sana cuma 150-200 yuan saja.

tghari singgah mkn kt restoran ni. pakistan punya. mmg sedap sgt nasi beriani dia. tp kt sana beriani di panggil puliyani. cina kan xleh pronouns huruf R. kelakar kannn...


tgk la portion nasi utk seorg mkn. sbb tu la kami kongsi je. mana la nk abis mkn byk tu. mau tak bangun2 nnt lps mkn.