Pages

Thursday, June 21, 2012

Masak rendang ayam & nasi impit

rendang & nasi impit.ala gmbr x menarik plak, 

lepas kuar hospital baru2 ni zara ada penyakit baru plak. bukan penyakit apa pun... penyakit x nak tido. jadi aku la yang terpaksa bersengkang mata mlm2 melayan budak kecik sorang ni. ngantuk woooo... siang ari pun dia x tido sgt. adehhhh.. pedih rasa mata ni. dengan penatnya lagi nak masak, ngemas umah,basuh&lipat kain yg berlambak. huhuhu... kalau aku dh keje nnt tak tau la mcmana.kalu dia buat xnak tido

oohhh... lepas zara sihat, rayyan lak yang demam. susah ati tol kalu anak2 x sihat nie.rayyan plak jenis demam mlm,lps maghrib je suhu badan dia naik smpai tgh mlm suhu smpi 39'c, maunya x riso kami laki bini.
ubat mmg ada je dlm peti ais.cool fever semua sentiasa ada. kalu masih berlarutan kena bawa gi klinik gak ni.


dah lari topik plak citer pasal anak. dalam penat2 tu aku sempat masak rendang ayam dan nasi impit. sebenarnya nak masak weekend lps masa zara warded tp ni baru berkesempatan.aku buat sekor ayam. resepi dia aku google cari yg paling mudah, xnak bahan2 yg berderet2 berjela2.janji rasa dia rendang ayam bukan gulai ayam, bukan kurma ayam& yg penting hubby mkn bertambah. ngidam??? takde la cuma terasa nak makan jek. so diner kami melantak ni je, esoknya bekalkan utk hubby buat bfast.


##menaip sambil buaikan zara nak tido....

Tuesday, June 19, 2012

zara warded

 assalamualaikum;
ni citer ttg zara lagi yang blm baik batuk.jumaat lepas bila nampak zara makin teruk, aku sms hubby utk bawa zara ke hospital. hari jumaat tu aku mmg selekeh giler kat rumah.jaga zara yang tak sihat, aku dh mcm bibik indon jek. makan pun tak sempat.berbaju tido smpai tghari. mana taknya.. baru nk masuk toilet zara dh nangis.last skali aku biarkan jer umah berselerak, bilik x berkemas. 100% masa aku utk zara je.

petang tu aku mandikan zara awal skit sbb hubby kata dia balik je terus gi hosp. aku ss gi terusuh dia tapaukan nasi goreng, lapar giler x makan wehh.. lps hubby balik,aku bersiap lebih kurang, sempat makan nasi grg skit pastu trus zassss gi putra medical centre. lps dr marina pakar kanak2 cek, terus srh buat xray takut ada jangkitan kuman kt paru2 sbb bunyi batuk & kahak dia dh kronik sgt. pastu terus warded.

 tgh ready utk xray

1st day-zara repeat buat neb & suction setiap 2 jam skali. dh mcm zoro anak ummi.

 terlentang kt katil hospital

 kt hospital dh belajar utk meniarap

dh ready utk discharge

setelah 3mlm 4 hari zara dh beransur pulih. batuk dh kurang kahak tiada.dr marina kata dh boleh discharge. hepi sgt rasa, bosan woo dok hosp lelama. tima kasih byk2 kt doktor marina & misi kat putra medical centre.


#menaip sambil breastfeed kt zara

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday @ 13/6/12






rayyan syg sgt kt adik dia. sehari berpuluh kali cium. kalau adik nangis dia cpt2 gi tgk n pujuk buat bunyi shhh...sshhhh..ssshhhh.... moga kedua-dua jd anak yg soleh ummi & ayah.

oohh.. ari 13 hari bulan. zara dh genap 2 bulan. cepat2 sembuh yer sayang.

Tuesday, June 12, 2012

Apple Pie utk Minum petang

assalamualaikum...
dalam dok busy jaga zara yang tak sihat semalam sempat lagi aku buat apple pie lps balik dari buat nebuliser kat hospital semalam. niatnya nak buat masa weekend lps tp mcm malaslah pulak.

so smlm mcm ribut aku buat pie ni masa zara tgh tido.mula2 nak buat step by step cara buat pie nie pastu pikir balik...kang zara terjaga nanges, merengek... pie ke mana, camera ke mana... apple pe ni pun takde la susah benor nak buatnya, sesapa pun gerenti berjaya buatnya.pie aku nie pun buruk rupanya sbb buat cepat2. tp yang penting rasa dia maveles. cik hubby siap bawa gi opis pagi ni mkn dgn kawan dia dan mendapat pujian. hehehe.. ni betul ok.

kalu biasa buat cekodok utk minum ptg tukar lah buat pie pulak. resepi ni aku amik dari blog teratak impian. minta izin share kat sini yer kak... tp ada beberapa aku dah kurangkan skit part gula, sbb xnak manis sgt.

bahan-bahan pastri:

250 gm tepung - guna tepung gandum
40 gm gula icing-aku guna gula kastor, gula icing tarak
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je ( dlm 5 sudu besar)
Sehelai kertas minyak-aku x guna pun
Sedikit beras atau kekacang- aku guna kacang-tumbuk2 skit

Cara-cara
  • untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gaul ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan.Hiris lebihan pastr pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
  • Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya.Bakar 15 minit.
  • Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
  • canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.Hidangkan panas bersama krim vanila (jika suka)
Bahan-bahan inti:

4 biji epal hijau (dipotong dadu)- aku guna 2 bijik je sbb epal besar
80 gm gula perang (brown sugar)
1 s/k serbuk kayu manis -
2 s/b tepung gandum
3 s/b air (utk bancuh tepung)
1 camca perahan limau kasturi( jika suka)- x letak
1 biji kuning telur (utk sapu atas pasri)

Cara:
  • Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
  • Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
  • Sejukkan.

Sunday, June 10, 2012

Zara kena buat nebulizer

assalamualaikum...

sblm cite ttg kronologi bersalin yg blm abis lagi tu, aku nak citer latest ttg zara dulu.
2 minggu lps aku balik kg sbb nak berurut, adik aku kawin, dan adik ipar aku kawin. oohh adik aku bukan kawin dgn adik ipar aku tp dgn pasangan masing2 laa. dekat 2 minggu gak la aku balik sbb byk occation.


kat kg umah aku mmg ada kucing. buka bela tp beliau2 selalu datang sbb ma sslalu bagi mkn.si rayyan plak mmg suka giler kucing, dia bole dok bersila, meniarap depan kucing, cium2 kucing dan gosok2 badan kucing. mungkin ni la faktor utama yg buat dia kena flu, batuk dan demam.

2 hari nak balik KL batk dan flu dia jangkit plak kat zara. ooohh ni yg paling buat aku risau, maklum la zara  baru 5minggu dah kena flu dan batuk, nak bg ubat mg doctr x galakkan sbb organ2 dia masih lagi baru. tp aku kesian sgt tgk dia batuk, dh mcm org tua bunyinya.kahak pun banyak smpai air liur dia pun berlendir cmpur kahak. huhuhu...sedey sgt.

zara masa tgh buat nebulizer

pasal rayyan kami laki binik dh pun bawa dia ke klinik kt kmpung.so continue makan ubat je laa. bila tgk zara makin teruk lps balk KLaku bawa dia kt klinik sini, tp x jugak ok. so smlm decide bawa jegi Putra Medical Centre jumpa pakar kanak2, takut ada jangkitan kuman atau lain2 sbb tgk batuk dia makin serius. lps doktr cek rupa2 dh mmg teruk dan kahak pn makin banyak. doktr terus tanya history aku n suami kot2 ada asma/lelah ke hapa. kemudian zara kena buat nebulizer.cian plak tgk masa kena neb tu dia nmpak tak selesa sgt benda tu dok serkup idung dia.petang doktr suruh datang lagi utk repeat neb nak tgk ada peubahan ke tak.
masa tgh menaip ni sempat snap gmbar zara yang terlentang tido lps makan ubat. cian sungguh anak ummi.

pastu isnin pun kena datang lagi. kalu x ok jugak kena x-ray dan admit ward. tp aku tau zara kuat takkan la smpai masuk ward.insyaallah. ummi doakan byk2 utk zara ye sayang...

Friday, June 8, 2012

zara batuk..

hari ni zara masih lagi batuk. kesian sgt bila tgk dia batuk. smlm 2 klinik dah pegi, memula gi klinik seri indah, tp mcm x puas ati dgn treatment dr fadilah tu.dia cuma bagi ubat titik idung jer. xpelah mungkin itu cara rawatan dia. malamnya lps maghrib pegi pulak klinik shah. doktr tu bagi ubat batuk dan cairkan kahak.

sebenarnya mmg x elok bagi ubat batuk kat baby, tp nk buat cmner aku cuba dulu utk redakan skit batuk dia.
masa kt klinik seri indah aku cuba gak contact dd sbb utk dapatkan no tipon klink wangsa. ramai yg bg good feedback yg klnik tu bagus utk budak/baby yg batuk berkahak ni tp doktr tu bercuti plak, ahad baru ada. inyaallah ahad nnt aku ke klinik tu bawa rayyan skali.

skrg dh xleh dok lama2 dpn lappy. jap lg si kcik tu merengek x selesa dgn idung yg sumbat & batuk2. huhuhuhu...gmbr pn x sempat nk upload.

Thursday, June 7, 2012

im back...

assalamualaikum...

lama giler aku x update blog kesayangan ni.last entry dulu nak sambung citer ttg bersalin tp tak sambung2 pun lagi.bukan nak lupakan terus tp sejak ada anak kecikni masa aku mmg terhad nk menaip. ni pun curi2 masa buka laptop sbb si kecik tu batuk dan selsema berjangkit dgn abangnya.

sedey sgt dengar si zara ni batuk. dia tido pun x lena. aku lagi la xleh tdo.dengar dia batuk je teros terjaga..

tghari td cik hubby balik sbb nak bawa zara ke klinik.

sbnrya byk sgt peristiwa yang berlaku sepanjang aku  lepas bersalin  ni.ooh sblm aku lupa thanks to dd sbb bagi no tpon klinik wangsa dr nadir.

tima kasih jugak kat kengkawan yg sudi jenguk blog ni walaupun tiada entry baru.juga terima kasih buat azlina kakikusukaberjalan (alamak tak reti nk buat link dgn layout yg baru nie..) kerana sudi menjenguk zara baru2 ni.

apa2 pun aku akan cuba buat entry baru lps ni. kena bagitau jugak sbb penting baru2 ni adalah anniversary aku& cik hubby yg ke-4.sayang sgt2 peluk ketat2 kt suami tercinta kerana menjadi imam solatku, menyayangi aku dan anak2(skrg anak2), menjadi pelindung aku, dan sentiasa berada disampingku ketika aku dlm kesedihan, suka dan duka.tiada celebration sbb aku kt kg dia lak kt KL.

ooppsss... zara dh nangis. jumpa lg......