Pages

Wednesday, January 30, 2013

Meronda di Jusco Wangsa Maju...

assalamualaikum uols...
5 hari blog tak berupdate sebabnya tuan blog balik kampung nun di pantai timur sana...
sehari sebelum balik sempat menyinggah kat Jusco wangsa maju, nak balik kampung kan harus lah membeli sedikit buah tangan.  untuk kuarga dan mertua. kata menantu solehahahahah....lah sangattt
takkan nak balik bawa diri saje..

selepas bersoping buah tangan, kena gakbagi makan kat cacing dalam perot yang dah berjoget lambak kat dalam tuh. kuikui...seperti biasa singgah kat Johnny steamboat. kalu nak makan steamboat mmg kat sini je kami mkn. tak nak lagi dah terai tempat lain. tak nak lagi diselubungi keciwa seperti di SINI.

 wahhh... dah lama tak makan sini. tempat pun dah berubah wajah...

 jom main masak2

 kalau berdua selalunya aku pilih set B je.  tambah satu nasi goreng nenas. mmg kenyang sampai takleh nak angkat montot...

 gigih laki ku kopek telur.

 hikhikhik... aku yang main tembam. azam, lepas balik kg nnt nak diet....

 harga yang sangat mampu. dan tak mengecewakan...

 walaupun tengah sale, mana la ada org time ni... aku gi kul 6 ptg lps balik opis.
 wehh sempat lg posing atas eskalator. jangan sangkut kain dahh..  beli ciskek satu utk ma satu lagi utk ma in law.

kekenyangan lepas mkn...

Friday, January 25, 2013

Rayyan dengan gadjet

assalamualaikum uols,
niat pada mulanya tak nak dedahkan anak dengan gajet2 ni akhirnya tewas jugak. budak2 skrg mmg bijak. kdg2 dia lebih tahu dari kita. mula2 dulu aku belikan dia tab supaya dia tak kacau dgn henpon aku dgn cik somi. iyer laa kang dia call sampai ke mana2 kang berpeluh nak bayo bill. aku gak yang pengsann nanti. tab yang aku&somi beli tu takleh wat call, hanya education game dan ada wifi. education game tu mcm ABC, 123 dan learning game laaa. tapiii... skrg rayyan dah tak layan tab dah. dia dah ter addict dengan hp samsung somi.

ada satu malam tu dia leh layan hp godek2 sampai kul 2 pagi. masa tu kami semua dah tido. aku tersedar kul 1 dia masih belum tido. sedar lagi kul 2 masa yaya nak susu pun masih blm tido, last2 aku suh cik somi off kan hp dan paksa si rayyan tido.

dasyat betul budak ni skrg. kalu tak bagi hp terus guling2. kadang2 aku dh geram sangat kena laa lepukk sebijik.

 dah tutup lampu, dia masih lg dengan hp.

 aku lightkan skit gambo...


kalu yaya tak tido lagi, dia pun sibuk nak tunjuk kat yaya tentang kehebatan dia main game....

Salam Maulidurrasul- BIODATA RASULLULLAH SAW


artikel kat bawah ni aku c&p dari biro agama yang setiap hari antar emel kat staff SSM. dari sekolah rendah lagi sebenarnya kita didedahkan tentang asal usul nabi kesayangan umat ni, tapi sampai sakarang takkk jugak ingat2. tu aku laaa, untuk rujukan bersama aku buat satu entry khas sempena Nabi junjungan kita Muhammad SAW. selawat dan salam ke atas baginda.....


BIODATA ASAS RASULULLAH SAW
*       Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
*       Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
*       Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
*       Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
*       Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
*       Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
*       Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
*       Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
*       Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
*       Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
*       Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
*       Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
*       Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
*       Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
*       Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
*       Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
*       Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
*       Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
*       Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
*       Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
*       Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
*       Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
*       Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
*       Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
*       Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
*        
USIA 53 TAHUN
*       Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
*       Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
*       Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
*       Khadijah Binti Khuwailid.
*       Saudah Binti Zam’ah.
*       Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
*       Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
*       Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
*       Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
*       Zainab Binti Jahsy.
*       Maimunah Binti Harith.
*       Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
*       Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.    Qasim
2.   Abdullah
3.   Ibrahim
4.   Zainab
5.   Ruqaiyah
6.   Ummi Kalthum
7.   Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
*       Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
*       Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN
1.    Thuwaibah Hamzah
2.   Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1.    Halimah Al-Saidiyyah
2.   Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
3.   Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
4.   Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
5.   ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1.    Al-Harith
2.   Muqawwam
3.   Zubair
4.   Hamzah ***
5.   Al-Abbas ***
6.   Abu Talib
7.   Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8.   Abdul Ka ‘ bah
9.   Hijl
10.Dhirar
11. Umaimah
12.Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.Atiqah ##
14.Arwa ##
15.Umaimah
16.Barrah
17.Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

Petunjuk:
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Mari kita hayati Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ini :
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )