Pages

Wednesday, November 27, 2013

RESEPI: ikan bakar tomyam

ikan bakar tomyam ni aku olah dari resepi asal ikar bakar portugis.bab derhaka resepi ni aku suka sgt. janji sodap dan mudah utk aku sediakan.
aku mmg suka aarr buat menda2 yang mudah ni.

 sbb aku mmg takde masa nak dok lelama kat dapor dengan gelagat 2 budak tu lagi. haishhh... pastu paste tu korang bleh buat banyak2, simpan buat stok. time nak buat just lumur je kat apa2 ikan yang sesuai utk dibakar. asal jangan ikan bilis sudah...


 


bahan:
apa2 jenis ikan yg sesuai
5 sudu besar cili kering yg dah siap blender
garam/gula seecukup rasa
sedikit belacan
3 biji bawang merah kecik
1 biji bawang putih
serai 2 batang
2 helai daun limau purut
1 paket paste tomyam apa2 jenama

cara:
tumbuk/blend bawang merah, bawang putih, serai, belacan
tumis bahan kat atas sampai wangi
masukkan cili kering, tumis sampai pecah minyak.
masukkan tomyam paste & daun limau purut.
rasakan garam/gula.
bungkus dgn alumnimium foil,
kalu ada daun pisang lg sedap.
lumur pada ikan sblm bakar.
bakar dalam oven smpai ikan masak.
makan dgn nasi panas2. sedap.
ritu aku masak lemak putih & ayam goreng kunyit. budu & ulam. mmg terangkat...

Tuesday, November 26, 2013

Bila anak sakit...

senyap jap blog aku.. tak gi memana pon. rutin keje, rutin rumah mcm biasa. tp bila si yaya sakit, sedikit kacau bilau rutin kerja rumah aku. sib baik jugak dia demam masa hujung minggu. jemaat malam lepas badan dia dah dedar2 skit. aku takde risau sgt sbb stok ubat demam mmg ada je kat rumah.

lepas Isyak bg paracetamol & tampal cool fever berpeluh melekit2 badan dia lps bg ubat. aku tanggalkan baju dia, biar wap2 panas kuar.

kul 1 pagi panas semula, aku lap2 badan dia. kalu budak2 tu demam mmg kami akan tido kat hall bawah je. mujur dia tido ok. aku je yg tak leh tido tetiap setengah jam kot aku terjaga tengok yaya.

aku mmg cukup2 risau kalu budak2 ni demam panas, cuak bila teringatkan tragedi si rayyan demam sampai kena sawan. masa tu aku dlm pantang bersalin yaya [ada dalam n3 sblm ni].

sabtu, yaya still demam on off. lepas bg ubat ok, berpeluh2 lepas 3 jam badan dia mula panas balik. lepas maghrib kitorang gi klinik. sbb yaya aktif aku pun tak risau sangat. boleh main mcm biasa, gelak2, berlari dan makan pun masih berselera.

mcm biasa doktor bagi ubat demam dan antibiotik sebab tekak dia dah merah sangat dan kering.
continue bagi ubat demam & antibiotik.

petang ahad, yaya nampak lain. tak aktif macam biasa. takde gelak2, takde gurau2. makan pun 2-3 suap je. di tepis2 je tangan aku yang nak suap dia. asal badan dia panas je aku mandikan yaya. dalam sehari tu 4-5 kali yaya mandi. aku biarkan je dia main air kt bilik air.

 dan mlm tu mmg tak tido kami  suami isteri. aku shif dgn suami jaga dia. kepala dah weng2 rasa berat. mmg tak laa aku nak gi keje senin semalam.

kul 6 pagi badan yaya panas aku mandikan dia, bagi ubat. bagi susu. pastu tidokan dia balik. aku tau dia pon mmg ngantuk sgt sbb tak tido smlm.

isnin suami gi keje bawa rayyan gi umah pengasuh cam biasa. aku EL monitor yaya sorang je. kul 12 gi klinik lagi skali, kali ni siap buat blood test.risau takut kena denggi atau apa2 infection sbb demam dia dah 4 hari asyik on off je. result blood test alhamdulillah yaya takde pape.

till rini yaya masih demam.pasrah je antar yaya umah pengasuh dengan bekal ubat skali.kalu ada pape mmg aku akan cuti lagi laaaa....

*tak sampai ati nak snap pic yaya tengah demam....

Thursday, November 21, 2013

Splash of Color: KWSP Dinner



Annual diner company cik suami Jumaat lepas di Hotel Istana
dengan tema Splash of color.
menggedik sakan mak incik sbb tak bawa anak hikhikhik...
layan gambar sajalah...







Wednesday, November 20, 2013

Bila suami outstation...

aku kan bila suami outstation [OS] je mula la nak stress, patah bahu, patah kaki sebab kena handle budak2 tu sorang2. bukan senang okeh..bukan senang...

dan2 tu gak aku rasa tak nak gi keje, nak mc, dan jugak nak BENTI KEJE..

start dari pagi aku nak keje, tetiba terbangun salah sorang, dah tentu pas tu yg sorang lagi pon bangun. aku dalam bilik air dah rasa tak basah nak mandi.

kalu dia ok tak nangis takpe... ni buatnya menangis, dok ketuk2 pintu bilik air. stress okeh.

tu belum lagi part nak hangkut diorang naik keta antar umah pengasuh.-kalu tak gaduh, berebut handphone, si yaya pulak mesti nak lompat dok atas riba aku yg tengah drive ni.
 dah la jalan pepagi byk keta. semua org berkejar2... sangat mencabar!!

mcm2 cara aku buat nak cool kan 2 beradik tu.- menyanyi, menari dalam keta perkara biasa...
berpeluh2 aku okeh... ppffttt..

sudahnya bila suami OS ke penang 3 hari lepas. aku pon hangkut baju aku skali tido umah pengasuh!! bawa baju siap2 utk aku ke opis.

1 malam je aku tido umah pengasuh, malam ke2 aku balik rumah bawa balik rayyan sorang jek. yaya tinggal sana..

Tuesday, November 19, 2013

RESEPI: crab cheese popia

resepi ni aku dapat dari blogger geng gojes jugak kot. pula nak save link. minta izin share kat sini yer tuan empunya resepi.

aku kan seboleh2 nak sediakan sendiri hidangan untuk suami dan anak2, tak kira laa bfast, lunch & dinner. sbb tu dapur aku mmg selalu berasap, tak penah kering. pagi, tghari, petang, mlm ada je yg perlu disediakan. bukan la bermakna aku ni terlampau rajin, tapi seboleh2 biar anak makan dari air tangan aku. at least tau apa yg kita letak, makanan pon terjamin bersih.

tapi kalu nak mkn kepsi takde laa aku masak sendri, beli jugak kan...

terpanjang lak bebel. kali ni aku buat crab cheese popia.
aku buat byk2 simpan dlm petiais, nak mkn goreng je... jimat masa ko...
mmg senang sgt nak membuatnya...

bahan:
crabstik
cheese cheddar parut
kulit popia,

cara:
bubuh crabstik+cheese
kendian, gulung mcm nk buat popia..
aku lekatkan hujung kulit popia tu guna air je.
goreng- agak kuning2 kulit popia tu angkat laaa.
korang jgn la gi nyembang dgn jiran ke cakap tepon ke..kang hangus plak.
 tunggu je depan dapor tu. jap je goreng pon.

makan panas2, cheese pasti meleleh. cicah dengan mayo atau sos kegemaran.
sedap nyumm nyumm...

 
camni yer puan2, cara susun atur dalam kulit popia tu.

sebelum goreng. aku mmg takde bab2 gulung ni. buruk rupa dia. korang gulung lawa2 okeh..

rupa paras selepas goreng. eehh yg depan skali tu terbonjol cheesenya... meleleh2...
boleh cicah dgn mayonis atau sos cili.

Monday, November 18, 2013

DECO: ruang dapur basah

ni gara2 GENG SUSUN ATUR yg mana aku pun dah terjebak sama. . macam cun sgt dapur aku ni wehh. ni 1st time aku reveal jantung rumah aku. tempat aku bersilat bagai, main masak2 untuk suami dan anak2.  mmg simple dimple. sku tak suka sarat barat atas table top, sebab bila aku masak mmg akan penuh atas tu...

kalu ko tengok mmg kitchen cabinet [KC] aku mmg old skul sgt kann... sebenarnya KC ni mmg dah tersedia ada. owner rumah lama mmg dah buat KC ni. kalu nak ikut taste aku mmg nak yg berkilat2 granite bagai tu. tp since dah ada dan masih elok, suami kata guna je yang dah ada ni.

cuma nak hilangkan kotoran2 lama tu mmg agak susah aarr... mcm2 dah aku guna. kotoran tu mcm dah "mati" kat situ. korang ada cara tak cemana nak hilangkan kotoran tu?

next project aku nak buh lace curtain kat tingkap tu. dah usha kat daiso. aku agak mungkin dalam 3-4 keping curtain. [Insyaallah]

ruang terbuka kat kabinet gantung tu mmg tak dimanafaat sepenuhnya. mcm membazir pulak kan.
tu pun aku letak 3 ketul balang hadiah masa kawin dulu. takde pape pon dalam tu. aku malan nak letak pape sbb tinggi woo  utk aku turun naik kalu nak amik pape. nak hias pun mcm tak sesuai sbb nnt akan jadi tempat minyak berkumpul. jenuh nnt nak mengelap ooii...

pinggan mangkuk harian aku letak situ jek. cawan plastik ikea tu aku letak ujung2 sbb rayyan akan amik sendri cawan tu kalu dia nak minum air.
 ruang bawah sinki mmg nampak mcm tak siap. dah owner lama buat gitu, aku pasrah je. alaa bukan ada orang nak intai pon.kat sini aku letak alat pencuci dan periuk2 yang jarang sgt aku guna kecuali kuali2 yang tergantung kat tepi dinding kabinet tu. aku suh incit suami drill penyangkut baju yg biasa org letak blkg pintu tu. haaa aku lak gantung kuali kat situ.[abaikan kuali hitam zaman cik suami bujang lagi, smpai skrg aku guna]. kat situ jugak aku letak kuali sementara mcm lps grg kopok, cekodok. sayang nak cuci lagi sbb akan digunakan lagi minyak pun masih baru.

keadaan sebenar ruang sinki selepas aku cuci pinggan. aku cuma guna 1 sinki je. sebelah lagi aku tos pinggan yg baru lps basuh sblm letak kat rak sblh tu. 

Friday, November 15, 2013

DECO: before & after

curtain ni aku beli kat KAMDAR. dah hampir setahun ko!!! minggu lepas baru terpasang kat pintu nak ke kitchen.punya lama aku peram.rod curtain tu beli kat ikea, pon peram jugak. kena tunggu incik suami la utk drill dinding tu. kalu aku reti dah lama aku drill.

lepas gantung curtain nampak sopan skit pintu dapur tu......ngeh..ngeh...

 BEFORE

AFTER
walaupun ring bulat tu tak cukup, aku tetap nak gantung gak. nampaknya kena gi ikea la ni beli ring tu. tambah 4 lagi baru elok skit aku rasa....

Thursday, November 14, 2013

GIVEAWAY by Ekin Jamal

nak jugak aku join giveaway by ekin jamal http://queen-of-colors.blogspot.com/. sblm ni dok kuar masuk blog ekin je dok tgk org oder kuffi. harap2 sempat aarr ari ni last day. huhuhu
jeles tgk Umi Qi menang, Rara menang, aku pon nak jugak. kalu ada rezeki Insyaallah....



ni gambar yang aku pertaruhkan. gambar ni ada dlm n3 sblm ni masa aku bercuti singkat kat Batu Pahat ritu.
kalu ada rezeki Insyaalah bole menang...


"anak ibarat sehelai kain putih, kita lah yang mencorakkannya nak buat batik, color block, colorful dan sebagainya..."

OOTH: merah/hitam

aku rasa kaler merah/hitam ni relevan sepanjang zaman.
walaupun mcm2 fesyen dengan color block bagai, tp merah/hitam dah mcm evergreen. tetap sesuai dgn apa zaman sekalipon.


antara koleksi baju kurung murah aku. amat2 selesa sbb tu aku dah TERbeli 4 pasang. alaa rm50 je pon sepasang.

Wednesday, November 13, 2013

Wordless Wednesday~ YAYA

bila aku masak mcm ni la aku tenggekkan yaya. asal aku masak, nak berdokong, asal aku masak nak berdokong...acaner ni korang...

ni aku tengah potong bawang. sempat snap jap gambar dia...

Tuesday, November 12, 2013

Cerita Ahad.. konon nk gi Daiso tapi...

ahad lepas aku gi Jusco AU bawa budak2 ni main. mmg takde nak soping pon cuma ingat nak gi Daiso je kebetulan tempat budak2 tu main sbleh Daiso je ko. ni bukan Kidzoona tu. dah petang sgt mmg tak aarr nak gi kidzoona bagai. sblh Daiso tu kan cam ada indoor playground.

tapi yang mak incik nak citer ni mak incik hanya mampu tengok jer dari luar Daiso tu. huhuhu... nangess sobs..sobs..sobs...

masuk kejap semata2 nak tukar duit nak sumbat dalam musical car utk budak2 tu. budak2 mmg tak tinggal. kalu sorang je monitor. kena 2 orang monitor!!! kalu sorang jek monitor, sorang lari sana, sorang lari sini mmg xleh wooo...

aku takut bila apa2 jadi bila diluar pandangan. teringat kat fb ada sapa ntah penah post anak kena pukau ikut ntah sapa2. budak itu ikut je org tu sbb ingat org tu mak dia....seram.

 sengih je laa sbb dapat naik gajah tu..
 yaya pulak berlari ke hulu hilir. mcm bebas sgt. dah 2 hari tak kuar memana..... sampai kasut pun tercabut.
 ok. ni je yang mampu. aku snap je Daiso dari luar... ni bahagian belakang Daiso tu.

kengkonon banyak betull target kat Daiso tu. skali tengok dari luar jek.. huhuhu

Friday, November 8, 2013

Rayyan jadi makmun

sblm ni aku penah citer yang rayyan ni jenis lambat skit bercakap sbb dia dapat berjalan dulu [kata org tua kalu cepat jln lmbat bercakap] aku tak tau la teori org tua2 ni betul ke tak. tapi mengikut pengalaman aku yang ada anak 2  orang dan agak rapat umur, aku boleh tengok perkembangan diorang ni dan perbandingan antara 2 orang budak2 tu. mungkin jugak kata org tua2 kebetulan atau mungkin betul aku tak nak komen. tapi rayyan mmg jenis lambat skit bercakap.

sebagai ibu aku pon ada naluri.  rayyan ni bukan jenis tak belajar/ menyerap apa yang kitorang ajar dia bercakap. sbb aku yakin otak kanak2 mmg superb. diorang mmg cepat belajar. otak mereka juga cepat menyerap apa yang diajar. cuma kita sebagai parent tanpa jemu kena ajar selalu dan tunjuk contoh yang baik, sbb kanak2 ni belajar apa yang diorang tengok.

sedikit ilmiah n3 aku kali ni. ngehh ngehh...
aku tak kisah kalu ada yang kata anak dia umur sethn lebih dah boleh kenal ABC, dah boleh membaca perkataan dan sebagainya sebab setiap kanak2 lain penerimaannya....DAN aku tetap bangga dengan pencapaian Rayyan.

sebelum ni aku tak pernah ajar anak aku secara formal.
contoh macam guna flash card, buku, dan sebagainya untuk pembelajaran diorang. aku lebih suka beli education toys utk diorang.

aku ada belikan buku kecik2 yg keras tu tp lebih kepada diorang tgk gambar, tak penah ajar diorang secara formal, macam A for apple, B for banana .....

pastu bila naik turun tangga aku selalu mengira dengan derang. kadang2 tu sorang dukung, sorang pimpin. sambil turun naik tangga aku mengira one, two, three, four.......ten.
takde intention pun nak mengajar cuma lebih kepada for fun bersama derang.

apa yang memeranjatkan aku sekarang rayyan dah boleh MENGIRA!!! aku rasa yang selama ni aku megira dengan diorang rupanya otak dia meyerap apa yang aku sebut tiap2 kali naik turun tangga.

dan lebih aku terperanjat bila dia dah boleh membuat perbezaan/perbandingan tentang kuantiti dan nilai sesuatu. contoh mcm banyak, sikit, sama. dan sebagainya.

contoh bila aku bagi cawan satu, dia akan minta dua untuk bagi kat yaya satu sambil tunjuk jari dua. maknanya dia telah memahami nilai dan kuantiti.

contoh lagi bila naik keta, rayyan akan cakap bird banyak bila dia nampak sekumpulan burung terbang.

aku sebenarnya lebih pada terkejut sbb sblm ni dia cuma bercakap dalam bahasa dia sahaja, tetapi bila dapat bercakap terus lancar dan perkataan[vocab] yang aku sendiri tak sangka. DAN boleh bercerita segala aktiviti dia seharian kat rumah pengasuh.

gambar kat bawah masa aku gi bercuti singkat ke Batu Pahat ritu. dia follow suami aku solat sampai habis.

 angkat takbir.

rukuk...

 sujud. meniarap??

duduk antara 2 sujud. berlunjur??


Thursday, November 7, 2013

Homemade sirap kordial yg sangat sedap

masa geng gojes bergathering kat Tmn Metropolitan  ritu. aku bawa macaroni cheese dan AIR SIRAP. pastu ada laki sape[maaf aku mmg pelupa] tanya sirap ni brand apa? aku tanya la "naper?"
"sedap lahh" katanya.  ok untuk pengetahuan gojes semua, aku mmg buat sendiri sirap kordial tu. tak pernah lagi aku beli kordial sirap kecuali kordial lain mcm sunquick, ribena, sarsi dan lain2.

aku suka buat sendiri sebab lagi jimat. kalu ko beli kordial sirap F&N tu rege dia dalam rm7-8 hingget kot sebotol. tapi kos utk buat sendiri tak sampai rm3 hinggit pon. tu pon sebab rege gula dah naik.
dan rasanya serius lagi sedap dari F&N tu okeh. tak tipu....

biasa aku buat sekilo gula terus, masuk dalam periuk, campak daun pandan 2-3 lai, bunga cengkih 5-6 ketol. kasi lepas atas api perlahan sampai gula cair. tak yah tunggu sampai air mendidih pon. oohh lupa masukkan 1 cawan air. jangan banyak nnt air gula tak pekat. kurang takpe...


 lepas tu ko masukkan la sirap apa2 jenama dalam 2-3 sudu gitew...

 pastu ko masukkan sirap ros apa2 jenama dalam 2-3 sudu besar ikut kepekatan...
biarkan air gula tu sejuk.

 bila air gula tu dah sejuk, masukkan dalam botol yg cun. aku takde botol cun, belasah je botol mineral yg ada...
sila la buat air sirap untuk dinikmati bersama keluarga. serius sedap dengan aroma pandan dan bunga cengkih.

Wednesday, November 6, 2013

Jalan2 cari makan ke Batu Pahat


deepavali lepas we ols jalan2 cari malan sampai ke batu pahat johor. giler jauh... ni gara2 dah kebosanan sbb dah lama gak laa tak jln2[padahal baru jek balikk kg raya aji ritu] dah mmg kaki berjalan kami laki bini... sebelum tu suami dh siap google mkn yg best kat Batu Pahat nun. dalam list beliau mee racun, asam pedas batu pahat dan nasi beriani gam BP Power.
lepas packing, kitorang gerak keluar je hiway sg besi, keta dah mula perlahan. gamaknya warga KL dh slow2 keluar dari ibukota... 

 sampai batu pahat terus check in di Pine Tree Hotel.

 ni bilik deluxe superior kalu tak silap aku rate rm253. mmg besar selesa utk 2 beradik tu bermain lari2.

 sebelum pape meh bercamwhore dulu... sbb ada cermin sebesar alam.

 spotcheck toilet. yg penting mesti ada paip air lepas melepas hajat. kalu tak mmg tak lulus aarr wpun hotel tu 10 bintang. pine tree ni 3 bintang jek.
dak yaya akan buat spotcheck seluruh bilik termasuk telefon tu berfungsi ke tak....


 standard ni mesti ada kat hotel mana2 pon. yg penting mesti ada jug kettle utk masak air panas buat susu utk budak2 tu.

 lepas check in tu lapar giler... mkn kat coffee house hotel ni dulu. sblm jln2 cari mkn yg lain.. aku tak pasti apsal muka rayyan berkerut seribu.

ni yang buat aku serik. yaya asyik nak panjat meja je kalu gi mkn... sib baik la kat coffee house ni takde orang.dh mcm makan kat warung pulak...

malam tu skali lagi cik suami gi cari mee racun tu. aku tak pegi sbb penat nak layan karenah budak2 ni.dia tapau je kat aku, tak sempat dah aku nak amik gambar terus ngap je. lapo bebenor.... mmg rekomended laa kalu gi sana wajib pekena mee racun ni.

nak tahu detail pasal mee racun ne korang leh terjah blog kak azlita.

  http://www.azlitamasammanis.com/2013/03/mee-racun.html
 sebelom check out, meh bercamwhore lagi skali. yaya heran kot tgk aku. eehh mana rayyan

hahaha... dia tetiba nangis bila aku ajak bergambar... budak ni ada hangin jugak...
cam aku uhukhuk...


 sebelum gerak balik KL ni lah yang kami cari, BP Beriani Power. mmg meletop aarrr....

harga murah giler. rm10 sebungkus beriani gam kambing, ayam dan daging. kalu kt KL dekat rm20 sebungkus. nyesal oder 3 bungkus jek. ni pon tapau gak sbb aku tak larat nak layan budak2 tu kat kedai makan. huru hara nnt dok panjat meja, main kejar2...

weols sampai KL kul 3.30 petang. balik cepat sbb cik suami nak tengok final bola Kelantan VS Pahang.
Kelantan kalah 0-1. huhuhu...

sampai umah terus melantak nasi beriani. sedap sungguh, ke aku yg lapar.......


info Pinetree hotel.
Pinetree Hotel No 36, Jalan Mengkudu 83000 Batu Pahat Johor, Malaysia
Tel: +607 431 9933
Fax: +607 433 3993
Email: info@pinetreehotel.com.my

Monday, November 4, 2013

Order Macaroni Cheese, Lasagna, Sheperd Pie dan Mini Muffin

sesapa yang nak order macaroni cheese, lasagna, sheperd pie, dan mini muffin boleh sms aku atau pm je kt FB. atau klik je kat sidebar sebelah. penghantaran free sekitar sri gombak yer... boleh jugak collect kat rumah hari sabtu/ahad. atau boleh meet kat Petronas (sebelah Giant, Bt Caves). hari bekerja pulak boleh collect kat area opis aku SSM di KL Sentral ataupun di KWSP Jln Raja Laut (opis cik suami). order mesti 3 hari sebelum yer uols...

 macaroni cheese dgn cheese yang meleleh....  harga RM30 jek(gambar http://neenaanuar.blogspot.com/2013/04/sekitar-majlis-aqiqah-birthday-party.html  ada watermark neena masa dia datang bday rayyan dulu)

 lasagna 3 layer harga RM40.

 mini muffin yang sangat sesuai utk doorgift birthday, aqiqah dan kawin. dengan vanilla muffin with filling blueberry, strawberry dan choc chips dengan taburan almond. harga RM27 untuk 55 biji.

sheperd pie (RM30) tiada gambar sbb aku asyik lupa je nak snap gambar, siap bakar terus customer datang amik kt rumah...


ni salah sorang regular customer aku dari Terengganu. datang KL mesti order lasagna wak balik Terengganu. jauh gile lasagna aku terbang....tq yer Muallimah.