Pages

Tuesday, April 29, 2014

OOTD~ purple/hijau

lama aku tak ber ootd. cehh konon mcm la ada orang nak tengok sangat apa ko pakai kannn.. eehh lantak laaa..

dari senin sampai rabu 3 ari aku di putrajaya. yeayy sonok gak aaa skali skala kuar dari opis, tp keje tetap yg sama..

benornya nak share baju murah yg aku pakai ni. blouse dan skirt ni rm50 je sepasang uolss...
sedap pakai, aku dah terbeli 2 pasang...

ok tu je nak citer nak update bday yaya tp tak dapat gambar lagi huhuhu...


Friday, April 25, 2014

#throwback: deko2 lagi...

ni laa tempat kami laki bini bersantai petang2 depan rumah sebelum ada anak rayyan dan yaya. biasanya aktiviti aku joging kat tasik gombak tu weekend pastu lepak kat kosi ni minum air kelapa ke, makan pengat ke, cekodok ke... skrg ni taman mini tepi kosi tu dah takde.aku simpan masuk kotak water fountain tu sbb jadi tempat nyamuk membiak, kang tak pepasal kena kompaun. 

bila ada anak mmg ke laut Hindi semangat aku nak mendeko. tak larat nak ngemas ooii... tambah pulak kepenatan beranak sorang setahun. bila diorang dah besar skit 2&3 tahun rasa konfiden nak mendeko balik.

sebenornya semangat nak deko2 umah balik mmg berkobar2 skrg ni. jumpa gambar2 lama lagi la ku meroyan nk gi kedai deko2 je... 
sabar laa wahai hati.. buat step by step. jgn plak semangat tu hangat2 taik ayam orang kata...
ni gara2 join group kat FB laaa...

ruang depan ni mmg cinoet je. ngam2 masuk keta 2 jibik.  kalu bebudak ni nak main beskal kena la kuarkan keta sebijik... dah takde tanah seinci pun. semua dah tile.


Wednesday, April 23, 2014

DEKO-DEKO: dulu dan sekarang...

sebelum ni mmg umah aku mcm padang bola. lapang selapang2nya. anak-anak kecik lagi tak kose aku nak berhias bagai. walaupun ada yg kata, takpe nnt lelama budak2 tu tak kacau pun... tapi tak larat aku nak mengutip menan diorang beb.. 

hangin jugak bila balik keje penat2 tgk menan bersepah.

merata-rata celah kosi, bawah karpet, belakang tivi. pendek kata segenap penjuru mesti akan jumpa menan diorang tu. lagi pun aku nak diorang selesa boleh berlari, boleh bermain, naik keta, naik motor, beskal. mcm2 kenderaan ada dalam umah aku ooii....
mmg sedap aarr diorang konar motor beskal dalam umah.

bila umah lapang dengan anak kecik aku nak menyapu/vacum pn senang. iyer laa budak2 kan kalu satu hari ntah berapa kali aku sapu. jap tumpah air, jap berterabur biskut, jap nasi... adehh... mmg mak tarzan sokmo aarr aku ni...

tapi tu dulu, sejap aku join group susun atur dan hias umah dalam fb, rasa semangat pula nak hias rumah balik mcm sebelum budak2 tu lahir. Ko dah kena amy, tetiba roh rajin muncul??
ni bukan roh rajin ke hape tp aku mcm dah bosan dengan konsep padang bola sblm ni.
 lagi pun aku hanya tunggu masa nak deko2 balik je... agak2 budak-budak tu dah paham, dah boleh dengar arahan... maka aku terus susun balik kosi.

kebanyakkan menan diorang pun aku letak kat bilik playroom rayyan.
 cuma 2-3 ketul je diorang bawa turun main kat bawah. aku mmg tak bagi dia punggah ke bawah.

satu lagi sblm ni aku dah ajar rayyan kemaskan menan lepas main. kalu tak aku ugut skit tak nak beli menan lagi, tak beli eskem pop, tak nak bawa gi taman kalu diorang tak kemas dan aku pun turut sama kemas dengan diorang. mula2 dulu eeh sekarang pun kadang2 rayyan ngelat jugak penat laa, ngantuk laaa...
tp bila lama2 dah ok.

SEBELUM

 ruang tamu dari pintu. semua kosi aku tolak tepi dinding.  kosi kat meja makan pun aku sorok sbb budak2 tu suka manjat. pintu ke dapo dan tangga masih lagi ada baby gate. menan merata2.
ruang tamu dari pintu dapor: dengan kemah, motor, dah macam taska.buai sangkut kt tangga.

SELEPAS
ruang tamu selepas diberi napas baru.

ruang makan yg masih lagi simple. aku guna alas kat tengah meja je lagi sbb takut diorang tarik2.

Tuesday, April 22, 2014

kisah di stesen minyak...

aku kan nak citer... tiap kali singgah nak isi minyak kat petronas mesti kena pau dengan 2 beradik ni tau.
adehh laaa, anak korang mcm anak aku jugak ke?? si rayyan ni dah tau, bila masuk je stesen minyak dia yang excited dulu terus lompat atas driver sebab nak kuar skali. adik ok je tp bila rayyan dah kuar si yaya pun mesti la nak ikut jugak.. kali ni sebab aku yg drive so aku laa yg terkena. kalu kuar dengan apak dia takpe laa sbb banker kan...

 
ritu aku terkena isi minyak 30 henggit beli menan 23 hengget. nanges laa kali tiap2 kali isi minyak camni. belon bodoh yg yaya pegang tu rege rm5.90. menan katubang yg rayyang pegang tu rm17 tak silap aku.
so moralnya bila isi minyak jgn diorang ada skali...

satu lagi menda yang rayyan ni asyik meroyan nak beli ialah Kinder Joy. aku tak tau laa apa yg bestnya dah laa harga mahal nak mammm... ada cekelat 2 ketul pastu menan bodo2. rege rm3.50 kalu tak silap aku. geram aku kalu rayyan mengamuk nak benda nie.


boleh semput ummi tahuk tak wahai anak.....
 

Thursday, April 17, 2014

air... oh... air....

setakat aku ber blogging belum pernah lagi citer tentang sesuatu yg serius, sesuatu yg lain dari kisah anak2, hobi, masak2 aku.tp aku rasa kisah catuan air ni jadi kisah aku jugak sebab aku pun antara yang terlibat dengan catuan air ni. baru sebulan mengalami, orang yang dah berbulan2 mengalami aku rasa diorang ni dah biasa. tapi hazab okeh 2 hari ada air, 2 hari takde air nie.

 
gambar google..
 
jenuh hangkut tong, baldi gi tadah air kat masjid, mandi kat masjid. banyak mana sangat laa boleh tadah air untuk simpan. takkan dalam bilik air nak buh penuh dengan baldi, tong air. mana tempat nak mandi, nama tempat nak mencucinya... bila kena pulak jung minggu sabtu ahad lagi naya bagi aku yg ada anak kecik ni hooiii, mana nak masaknya, mana nak basuh kainnya, mana nak mop lantainya, semua ni kerja rumah yg memerlukan air..... mesti ada yg cakap , alahh baru 2 hari ada, 2 hari xde dah kecoh. orang lain berbulan2 tak jumpa air xde lak nak bising2, kecoh2...

gambar google. buruk nau rupa kartun ni
 
mehh nak citer, kita dok negara yang sudah boleh dianggap maju walaupun tak capai tahap lagi. ujan pulak boleh dikatakan setiap hari sekarang, tu sebab aku masih tak paham. apa masalah pun tak tau, tapi aku syak semua ni ada kaitan dengan politik jer. sebab tahun2 sebelum ni pun bukan kita tak pernah dilanda kemarau, tp takde pulak bercatu air berbulan.

bayangkan kalu umah ada kenduri ke hape ke... alaaa tak payah kenduri laa cukup tetiba ada tetamu datang pun dah menggelabah okeh. pastu plak air dah catu takde plak nak ngantar lori air ke kat kawasan terlibat.

aku harap pihak yg berkaitan tolong laa jgn jadikan rakyat ni mangsa dengan masalah politik semasa. bukan takat rakyat jer,  industri, kilang pun boleh rugi berjuta2 tau. kedai makan pun boleh tutup kalu takde air berbulan.

minggu lepas kawasan aku takde air, jenuh kitorang larikan diri ke PD bercuti kekdahnya. walhal byk sgt benda nak buat kt umah tu...

Monday, April 14, 2014

Fateen Azzahra 2 tahun. Happy Birthday sayang

Semalam  13/4/2014, genap 2 tahun anak dara bongsu ni. Sekejap je masa berlalu rupa-rupanya dah dua tahun aku bersalinkan dia. 

Sengal-sengal badan lepas bersalin pun tak hilang lagi.  Lagi bertambah lenguh ada la kot bila nak melayan hero dan heroin ni. Sikit2 umi...skit-skit umiiii....
Pantang umi dia ni ilang dari pandangan mata. Terutamanya sihero...

Ok, kali ni citer pasal yaya. Masa mengandungkan dia penuh komplikasi. Seram dan takut aku dibuatnya. Mana taknya dengan terlebih air ketuban. Bergguling2, bergolek2 dgn lasaknya masa dia dok dalam perut aku dulu. Tapi uols, betapa bahayanya terlebih air ketuban ni ooii....

Masa 6 bulan check-up,
Doctor: awak perasan tak Amerda yang perut awak ni besar sangat?
Aku: gulppp... ntah laa doctor, mcm biasa je Cuma baby mmg lasak sgt berguling kat dalam.
Doctor: air ketuban awak ni terlebih. Boleh bawa komplikasi serius yang mana baby boleh jadi simdrom down atau simdrom2 yang seumpama denganya...
Aku: mcm terhenti jap jantung ni. Speechless....

 FATEEN AZZAHRAA AHMAD FARIS 2 TAHUN

Doctor arahkan aku gi buat detail scan. Tengah malam buta dalam hujan lebah aku gi buat detail scan kat klinik doctor baskaran di sungai buloh. Terlentang aku sejam setengah aku atas katil tu bila doctor baskaran buat detail scan, semua tulang temulang, sendi, tengkorak,saraf, kaki, tangan doctor tu ukur. Tapi punya laa rumit sebab baby berguling2 je, yer laa dah banyak air kann.. sronok laa kot.

Bila doctor kata semua ok, tunggu je lepas u bersalin nanti. Legaaa jap hati aku, tapi tetap gundah gulana nak tunggu bersalinkan yaya....
bila satu jumaat tu aku bersiap nak gi opis mcm biasa pagi tu. Konon nya last day keje sebab aku dah set nak bersalin yaya  rabu berikutnya. Tetiba rasa sakit perut memulas2 mcm nak berak gitu. Haishh.. dari nak gi opis terus gi Putra Medical Centre, sungai buloj sepas antar rayyan kt BS.

Dalam perjalanan sakit tak tahan, rasa mcm masa tu jugak nak beranak. Ooii...  aku dapat rasa somi aku bawa keta dah mcm jet kot. Mujur laa jalan menghala ke sungai buloh clear, sebab jalan jem menghala ke KL, iyer laa dah hari keje kan.
Sampai PMC terus masuk labor room, bukaan dah 4 cm kot tak silap. Suami kat sebelah terus bagi semangat kat aku. Masa  ni mmg nyawa dihujung tanduk org kata. Bila doctor Tanya nak bersalin normal ke operate, aku terus cakap operate.
Bila dah settle semua, doctor Wan Ratna kata nasib baik kau pilih untuk operate, kalu tak rahim aku boleh pecah...

Tu laa seba sedikit kisah 2 tahun lepas sebelum bersalin yaya. Sekarang dialah penyeri, dialah penghibur, dialah pelawak, dialah pengubat aku time stress....
Semoga jadi anak yang solehah yer Yaya, jangan gado2 dengan abang. Umi tetap mendoakan Yaya membesar dan Berjaya dunia akhirat.....

Thursday, April 10, 2014

day 4 ber DIET ATKINS

uols.... hari ni hari ke 4 aku berDiet Atkins(DA). pada yg tak tau, DA ni tak amik karbohidrat langsung. maksud aku no nasi, me, pasta,roti, meehun dan yang sewaktu dengannya. Hanya makan lauk sahaja. pengambilan karbohidrat tak boleh lebih 20g sehari.

sepatutmya dah hari ke5 tp smlm aku tipu sbb mkn laksa masa jamuan kat opis. skit je pon dlm 3 sudu gitu, tp tak boleh jugak. so hari ni kira hari ke4 balik.

bsetakat ni rasa ringan je badan. perut aku pun rasa dh susut skit. aku belom lagi timbang berat aku yg terkini. sblm diet berat aku 54kg...

hari ke2 gigil mcm nak pitam jugak weyyy... maklum laa perut melayu, pagi mkn nasi lemak + kuih lagi, tghari nasi campur, malam makan heavy lagi... maunya tak gigil bila 2 hari tak makan heavy..

harap semangat aku kuat untuk terus berdiet. dapat berat 50kg pun dah ok sangat....

eehh kalu ada geng diet best gak ni... sapa yg tgh diet jommm 



ni cadangan menu untuk Diet Atkins aku seminggu...

#LEPAS REFER KAT PAKAR BFAST KAT ATAS TU TAK LEPAS RUPANYA, KICAP & MAKANAN PROSES(SOSEJ) TAK DIGALAKKAN RUPANYAA....TAKPE ESOK MASIH ADA...

Wednesday, April 9, 2014

wordless Wednesday: throwback: my heroes, tetiba rindu moment ni..

rayyan 2months++. nak tidokan anak sampai apaknya pon tertido skali...

Monday, April 7, 2014

ragam anak2 aku


semakin anak besar, semakin tinggi cabaran untuk mendidik diorg. aku tak cakap kat orang lain. ini diri aku sendiri, anak-anak aku.aku rasa korang pun sama kot. kann kannn....

masa budak2 ni kecik dulu, dokk laa tanya bila nak besar, lambatnya si rayyan ni nak bercakap, boleh buat teman borak. kononnya... tapiiiiii skali budak tu dah bercakap aku kdg2 rasa surender okeh... ngapa pulak?? sebabnya kengkadang mcm tak terjawab soklan2 dia.. pastu pulak dah boleh argue dgn umi dia ni,
iyer laa korangg.. kalu dia nak yg tu, yang tu laa dok ulang2 nak tau.. aku mengalah sebab tak nak tengok dia guling2 nangis buat drama bagai.. bila dah ada taste sendiri ko mampu nak tgk dia nangis ke bila mlm nak pakai suar jin. hooiii... tak larat aku, so dia nak pakai apa pun , aku biarkan je...

pastu jgn la pandai2 berjanji, dia akan tuntut janji tu tau, jgn sesekali cakap nak gi kfc ke mcd ke, pizza ke, nak gi taman ke..... dia dah pandai tuntut.ada skali tu aku cakap nak makan pizza, sampai ke sudah dia dok tanya pizza, sampai jenuh laa aku explain kat dia, jap lg abg pizza datang...

tp yg kelakarnya si rayyan dgn yaya ni cakap terbalik.
contoh:  1. baju pakai..
             2. hotdog nak..
             3. jam pakai...
             4. polis motor... 

aku terlebih ajar cakap bahasa inggeris ke sampai cakap melayu pun terbalik?? yaya pun mungkin terpengaru dgn abang dia kot cakap terbalik. aku slalu dengar dia ajak rayyan mandi "mandi jom.."
dalam ati aku... eehh budak tecit ni pun cakap terbalik jugak. tp klakar gak dengar...

minggu depan budak tecit ni dah 2 thn
 
yg pasti rayyan lagi cengeng lagi adik dia. bila dia kata nak dukung, dari keta ke pintu umah yg tak sampai 5 tapak tu pun dia nak dukung, adik lak yg selamba kuar sendiri cari sliper... aduh laaa ooiii... sakit pinggang aku  dukung rayyan. aku aku tak dukung nangis la kat tepi keta tu, pastu kalu buat tak tau, boleh pulak dia lg kuar nangis kat pintu rumah, belum masuk dlm rumah lagi, pastu bila dia nampak aku balik semua masuk keta sbb nak aku dukung dari dalam keta.

mmg laa kena banyak bersabar....
mungkin beranak rapat mcm ni kot, nak perhatian kita. biar kita tumpu kat dia je. pastu slalu la dok usik adik  ibarat dia otromen si adik raksasa. caner la suara aku tak kuat hoii jerit dari dapur bila tgk abang "buat" camtu....