Pages

Saturday, May 31, 2014

baru 6 tahun....

29 Mei lepas genap 6 tahun aku menjadi pasangan halal dunia akhirat bersama suami. kalu ikutkan rasa mcm sekejap je 6 tahun berlalu. imbas kembali 6 tahun lepas selepas diijabkabulkan kami jadi pasangan jarak jauh selama sebulan. aku di Terengganu suami di KL. rezeki aku dapat bertukar ke KL selepas sebulan. nasib sekejap je PJJ kalu tak makan ati ooii.. dah la baru kawin kan....

rezeki kami untuk mendapat cahaya mata agak lambat sikit. dengan mcm2 dugaan keguguran, gigih buat treatment selama 2 tahun jugak... baru laa anak pertama kami Faqeef Arrayyan. selepas 7 bulan aku disahkan mengandung lagi walaupun mmg tak sangka langsung mampu mengandung dengan cepat memandangkan masa nak dapatkan Rayyan dulu buat treatment bagai... rupanya menurut doktor ubat yang du injek dalam badan aku masih kuat. Syukur alhamdulillah Ya Allah... Selepas Yaya lahir doktor tak advice aku untuk mengandung lagi selepas pelbagai komplikasi dulu...

walaupun rezeki anak lambat skit, tapi kami dilimpahi dengan rezeki lain, kami beli rumah walaupun takde lah sebesar mana, cukup untuk kami berteduh. yang penting memenuhi kriteria rumah idaman walaupun hanya rumah 2nd hand. 

alhamdulillah... hidup bertambah baik. rezeki semakin bertambah dari tahun ke tahun. sejak tahun lepas aku bisnes kecil2an mengambil tempahan membuat lasagna, muffin dan beberapa tempahan lain.

6 tahun apa aku rasa?? kalu ikutkan hidup suami isteri mmg laa ada turun naik. yang biasa hangin aku laaa... bersyukur sbb suami seorang yang penyabar dalam melayan karenah aku yang. biasa laa hagin timur laut cina selatan tu sentiasa ada. pandai2 la handle semua masalah yang ada.

semoga tahun ni dan seterusnya dilimpahi rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik dan aku menjadi isteri solehah dan umi yang menjadi contoh untuk anak2 aku...
 
 
 6tahun frame tu masih tetap uth di situ takde alih tempat lain pun...

sila abaikan yang semakin membulat. jangan bandingkan gambar 1st dgn yang ni... masing2 mmg membina berat badan. tu tanda bukti kasih sayang....

Friday, May 30, 2014

apa-apa aje....

sebulan dua kebelakangan aku mmg bz sgt. kejap gi putrajaya, pastu balik ke hq. selang 2-3 hari gi putrajaya lagi. pastu gi UTC pudu pulak. mmg bz . penat tak yah citer aarr... minggu lepas aku pulak slalu rasa tak sihat. badan penat giler, kepala pening.
pastu ada satu ari tu aku gi tesco cari susu anak2 sbb murah aku amik la berpek2. pusing2 gak dalam tesco tu tgk kot ada pape yg menarik kan. pastu bila lalu area ikan, ayam tu aku rasa semacam. tetiba loya nak muntah, kepala bertambah pening. aku sendiri konfius dgn diri aku ni.
yang lagi aku cuak bila 2-3 orang member opis aku tegur aku mengandung. sentap hati mak...
siap sup aku cakap betul2 betul ke aku mengandung. adoiiii...
sampai aku petang tu gi beli UPT test kat Guardian. cuak punya pasal. tak nyabar2 aku nak test. iyer laa dah semua org syak aku mengandung kannn... keputusannya....
v
v

v

v

 jap...

ni pulak 3 malam lepas kot.  .. aku tengah iron baju keje, 2 beradik tu senyap jer dalam bilik diorang. rupanya ada keje yg dibuatmya. abis dinding jadi tempat art diorang. tak tau nak marah ke nak geram. si rayyan koyak stiker kat buku pastu tampal panjanggggg kat dinding. sabar je laa aku yg nengok.
keratip laa sangat anak ooii.... aku malas nak bising2 biarkan je sbb kat bilik diorang. jangan kat ruang tamu sudah, maunya aku jadi tarzan nnt...



 pastu sambung pulak tampal stiker angry bird sampai ke pintu toilet...

ni laaa keputusan UPT aku. -ve je pon tp cuak melampau sebab ramai dok tegur aku bila tengok tang perut aku ni. risauuuu ni nak sambung diet lahhh

Tuesday, May 27, 2014

Deco: Dining Hall

sblm ni ruang makan aku mmg sangat2 memboringkan. dah la dinding putih. meja, kosi pun putih takde pape hiasan langsung. bahan hiasan tu dah ada cuma nak membodek suami aku utk drill dinding tu... sbb weekend mmg masa utk anak2, masa aku buat lasagna.... sebabkan dah jemu dengan suasana yg lama tu aku terus tanya kot2 dia free, tak penat boleh tlg drill dinding tu.

korang jgn laa pikir prem aku rege ratus2an. semua under bajet sajok. tak semestinya kena beli prem ratos nak cantikkan ruang. yang murah2 pun ok asalkan pandai sesuaikan dengan ruang dan ikut tema rumah....

kebanyakan hiasan atas para tu hadiah dari kawan2 yg balik obersi. dari aku peram baik buh situ. 

takyah letak banyak2 kang buat kumpul abuk/debu. letak skali doily hijau cotton untuk lebih nampak sweet..... 
kalu ikutkan aku nak letak karpet, sarung kosi dan lace utk meja tu. tp tunggu dulu laaa..
bila dah letak nnt aku update lagi...

oohh... meja makan tu boleh extend tarik ng panjang. so kalu ada ramai or pape majlis just tarik je. boleh letak banyak makanan dan ramai leh makan kat meja.
 
 ruang asal. sangat bosan....


masih lagi mcm kekurangan sesuatu kan,....

setelah letak 3 frame dan para...

tak nak sarat2 kat para ni...

Thursday, May 22, 2014

Short vacation: Penang

aku gi penang masa cuti hari wesak ari tu. sambil2 deliver lasagna... takde laa aku deliver lasagna semata sbb nak gi bercuti kan, alang2 tu tanya laa gak zon utara kalu ada yang terlior dgn lasagna aku. miahahaha..
skrg nak bercuti mmg limit sgt2 masa yg ada.cik suami aku pulak out stesen manjang. so bila ada masa free skit terus google hotel, google tempat. alih2 penang gak yang aku berkenan. syurga makanan sini wooo.. siyesss. lagi pun aku dgn suami mmg hunting food. mmg sehati sejiwa betul kalu bab makan ni kami suami isteri... 

pepagi tu mmg dah bangun awal nak gi keje weii... alih2 kul 9 baru budak2 ni bangun. yaya paling lambat. sampai kitorang mandikan dia kat masjid.  bfast kat kepsi pun dgn baju tido lagi...

sampai kat masjid terus mandikan yaya, tp yg buat tak boleh blah si rayyan ni terus melalak nak mandi sama. wpun dia dah mandi kat umah td. mmg hangin aku, terus spoil mood nak bercuti okeh...

bila dah bagi makan kenyang2, buat susu sorang satu. lega skit aku, sbb jap lg diorg mesti tido. so aku pun leh tido jugak. kikiki... 

1st, kitorang cari laksa jaggus yang glamer sesangat tu. rasa?? so-so je... tapi orang punya la ramai mcm nak beli tiket wayang kena beratur. nak cari tempat pun satu hal jugak. pusing2 satu pulau tu... masa dah nak dekat sampai tu aku ingat keta banyak sebab ada kenduri, rupanya keta org datang nak makan laksa. aku jumpa Ros kat sini laa nak deliver lasagna. pastu misi cari Nasi Ayam Misai. femes gak sbb ada dlm majalah LIBUR must try. asben aku peminat majalah ni. Rasa pun ok bagi aku.

dekat maghrib baru leh check in. kitorang dok Lone Pine Hotel. 2nd time dok hotel ni. mmg best bagi aku. memula nak try Hard Rock tp bilik dia agak sempit wpun rate hampir sama. yg buat aku suka Lone Pine ni sbb dia punya bath tub kat balkoni. anak2 aku la suka bebnor mandi dlm tub tu...  mlm tu makan laksa dgn nasi ayam misai je. badan pun dah penat....  ari tu ada yg tanya aku rate hotel ni. untuk 2 malam harga dalam RM1400++. suami aku mmg amik hotel yg selesa skit kalu bawa bdk2 tu jalan. tu dah ada diskaun sbb check in hari ahad. kalu sabtu lagi mahal....

esoknya lepas bfast, kitorang kuar jalan2. misi mencari nasi kandar line clear, jeruk pak ali, wall street...
semua tempat dapat jumpa. cuma agak tough skit aarr nak jalan2 dgn budak 2 orang ni. jap nak dukung, amik gambar cantik2 pun takleh...

rayyan pulak tetiba leh nampak otomen besar kat tadika. so benti jap amik gambar kat situ... bg puas ati. dah kata peminat otomen tegar...

lepas asar baru laa kami turun ke pantai, rayyan yg paling hepi sbb dia mmg suka mandi laut. sampai tak nak naik nak main air. yaya lak takot sampai dok atas riba tepi pantai. tetiba lak, kaki kena air pun tak nak.. spoil.

sayangnya takleh lelama kat pantai sebab cuaca nak ujan. sempat jugak aku minta tlg bdk2 snapkan gambar kami sefamily. mlm tu mmg ujan lebar aarr... nak kuar jenjalan pun xleh, asben aku je kuar beli char kuey tiaw untuk diner kami....

hari ke3 lepas bfast, terus kemas2 balik KL. huhuhu... tak sempat nak mkn pasembor, rojak sotong. nak datang lagiiii.... ngada aku ni, mcm la kat KL xde.... mihmihmih...

 bfast dulu sblm gerak. yaya dgn baju tido lagi...

 laksa jaggus. hmmm... so-so je. tapi pisang goreng dia sedap. must try.

 ko nampak tak dia punya beratur...

 nasi ayam misai. pun sedap jugak...

 diorang ni bantai tido, aku dah lapar nak bfast...

 view bilik Lone Pine Hotel. mmg besar giler bilik yg asben aku amik... puas ati bdk2 tu berlarian...


 besar kan katil. terlebih muat utk kami ber 4

 kat balkoni ada tub. suka bebenar anak2 aku. dok kuar masuk je

 bfast kat bungalow. mmg puas ati sgt2... super duper byk...

 wall street. tq asben sbb layan aku nak datang ni bergambar. dah nama blogger kan...

 yaya pun teruja tgk pic kucing ni.

 tulun... tulun...

 kat area wall street ni mmg byk kedai yg sewakan beskal. senang pelancong nak jln2 naik beskal je melawat tempat2 mcm ni. lagi pun jalan area situ sempit. naik beskal sesuai sgt. lupa lak nak tanya brapa sewa beskal kat situ...

 ada gak kedai sobinier... nyesal aku tak beli topi tu, comel sgt...

 ni pun tempat wajib datang dan beli kalu gi penang....
beli jugak skit2 buat buah tangan kawan n jiran.


 ni plak dalam kedai nasi kandar line clear... mmg pack. memula nak mkn sini, pastu mcm tak sesuai jek ngn budak 2 orang tu. sbb panas dan sempit, pastu kosi dia jenis bangku bulat tu. kang jatuh pulak. dah la jenis tak dok diam.

 siap tunjuk otomen dia dgn yg besar tu. "umii, ame...ame... (sama)" dgn dia punya... layankan aje karenah anak .


 dah nape mata yaya sepet gitu...

 budak cengeng yg tak puas mandi laut...


 paling suka pic ni....tp sayang blkg gelap sbb dah nak ujan.

sekian, cuti2 malaysia ke penang... next trip?? tunggu....
#gambar cun bila guna DSLR, kalu blur2 tu henpon cikai aku laarr...

Wednesday, May 21, 2014

Wordless Wednesday~ deko2: new look dining area...

new look area my dining area. penambahan kecil2an yg sblm ni nmpak sgt membosankan... eehh kata wordless. next entry aku citer ok..

 


Monday, May 19, 2014

Teruk sgt ke aku??

tak tau nak feel mcm mana... rasa mcm aku dah jadi bad mommy sgt skrg ni.

walaupun aku slalu ingatkan diri aku,untuk jd contoh yang baik, tak nak marah2 sangat dgn anak2, cuba untuk kontrol temper aku.... tp lately aku rasa sangat2 teruk..

sejak masuk umur 3 thn ni rayyan mmg berubah skit perangai dia. iyer lah dulu ka dia lambat boleh cakap.  sampai ada doktor syorkan aku gi jumpa pakar sebab mungkin anak aku ada Autisme ( aku penah share dalam fb group gojes pasal ni). tup-tup bila umor dia 2 thn setgh, dia boleh cakap lancar dengan vocab yang ko tak sangka2. ok gud!! aku dgn suami pun happy sbb dah boleh borak dgn dia mcm kawan2.

bila masuk 3 tahun perangai dia dah mula berubah, fasa perubahan mmg drastik. dah pandai buat perangai. dah pandai pilih sendiri baju yang dia nak pakai. yang buat aku geram. waktu malam dia nak pakai kemeja+jeans, time nak tido ni.bila aku tak bagi nangis, nemgamuk mcm kena dera kekdahnya... sebab malas dah nak temper2 aku ikutkan aje... so tido malam pakai KEMEJA+JEANS.

bila time nak kuar jalan2, boleh pulak dia nak pakai baju yg buruk, yg aku dah asingkan utk simpan dalam plastik. baju time dia umor sethn gitu. skali lagi aku jadi temper. suami kata, biarkan aje... kadang2 tu siang hari nak pakai baju tido. adehh laaaa... caner aku tak hangin.

dia punya manja mmg lebih dari adik. bangun tido, bila tak nampak aku mmg nangis mcm kena dera ooii....
kdg2 tu aku biarkan aje. tak nak manjakan sgt dia. tp nangis  tak benti, sampai sakit telinga ooii... jirang sblh pun boleh pening kot aku rasa...

semalam tahap marah aku dah takleh nak tahan2 lagi. bila nak kuar jap beli susu. boleh pulak dia tak nak pakai baju+sluar. nak pakai baju swimming suit dia tu. kalu korang caner?? hangin ooiii...

mmg kena aarr semalam 2-3 das kat aku. aku pukul kaki dia je laa tp pedih gak laa tangan aku ni. mmg geram sgt dahh... kalu tak selagi tu la dok ngamuk. dah kena 2-3 das tu reti plak diam sambil teresak2 nangis.

lagi satu aku tak tau mana dia ikut, suka sangat cakap jerit2. nak aje aku panggg mulut dia tu. sebab bila aku cakap elok2. tak baik cakap mcm tu, buat mcm ni... blaa...blaaa... dia boleh jawab kat aku "bising laaa"
kadang2 tu peel dia yg cengeng tu boleh buat aku hilang mood seharian...

kalu barang2 dia jgn harap laa nah share dgn adik. kedek tahap gaban, jangan harap laa nak potong 2 kongsi makanan ke hape. mmg kena beli 2 ketul apa2 pon....satu lagi apa2 dia mesti nak dengan aku, mandi, pakai pampers, sendukkan nasi dalam pinggan, tuang kicap. amik tu .. amik ni... semua dia nak aku yang buatkan.

korang kalu ada tips apa2 tolong la share dgn aku yer... aku taknak jadi mommy yg teruk, slalu marah2, slalu pukul2 anak...



Thursday, May 8, 2014

testimoni lasagna...

ni je antara yang aku sempat screenshoot kat henpon cikai aku...sblm2 ni takde plak aku rajin nak screenshoot. tq uols atas sokongan korang. sayang ketat2....

sedaya upaya aku cuba buat yang terbaik.sebolehnya aku tak nak terima order terlalu banyak sebab aku nak jaga quality. lagi pun buat menda ni bukan boleh campak selambak dalam kuali mcm goreng mee, bihun. kena buat satu. siap satu loyang, buat lagi inti dan sos cheese untuk loyang berikutnya, kemudian melapis, dah siap satu loyang buat lagi inti, sos cheese, melapis.......begitu laa proses aku buat. memang amik masa sebab yang buat aku sorang je...

kalu weekday aku mampu takat 3 loyang je, weekend takat 5 loyang aku boleh buat sebab aku pun nak masak untuk family, kemas umah, basuh kain baju.... dan masa untuk anak2 aku jugak...

sebolehnya korang oder la awal senang aku nak ejas masa ok...

 ni capture masa aku deliver untuk nadia dan achik anis kat putrajaya minggu lepas. #bateri hp dah merah


 ni testi dari kawan zaman skolah aku dulu. tapi berlainan kelas weols... tak sangka dia dok dekat dgn umah aku jek..


 sabtu lepas aku deliver kat hayati ni tepi highway gombak. nun jauh dari kuantan yati ni datang nak merasa lasagna aku. terharu sangat2. tq yer yati. nnt kalu gi kuantan akak roger2 ok. pastu yati nak gi pesta buku kat pwtc katanya.... dia balun sorang2 lasagna besar tu.


 yati wasssap pulak kat aku nak order lagi, tapi dah terlambat, kebetulan masa tu takde pulak ready stok lasagna... next time yer yati. atleast dah merasa... 

skali lagi yati post kat fb dia...


Friday, May 2, 2014

sekitar birthday rayyan n yaya~ gambar je dulu

aku tak sempat lagi nak mengarang pasal bday anak2 aku rayyan dan yaya. so aku letak gambar je dulu. lagi pun gambar dari camera gabak belum transfer lagi. super buzy uols...

ni pun aku cilok gambar dari korang yang tag aku kat fb, so yang mana ada je laa aku buh gambar kat sini. full story kemudian nanti.ampunnn korang......

tq tu Julia Umi Qi, Kak Intan, Anggerik Rimba dan Yus  atas gambar2 yg uols tag aku kat fb....