Pages

Wednesday, October 29, 2014

Wordless Wednesday: Cabaran berbento setiap hari ke opis

 pagi ni asben & wifey bekal ke opis. sambal sardin, telur dadar, nasi putih. berselera makan dari bfast membawa ke lunch. kalu sempat aku mmg lebih suka bawa bekal. asben pun sama, tak kisah pun apa je yg aku bekalkan. nasi goreng, mee, roti telur, nasi berlauk. jimat dah belanja bfast kat cafe.  sehari  jimat rm10, kalu sebulan dah rm300 ooii..  jom berbekal uols.
jangan pikir complicated sgt. masak banyak skit laa malam tu, esok panaskan buat bekal. jomm!!






#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad masih seperti biasa.
kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.

Tuesday, October 28, 2014

REVIEW: Restoran ZK kari kepala ikan

isnin semalam aku cuti wehh..aku kan kalu saja2 amik cuti aku suka cuti senin.
sebabnya kat area rumah aku tu ada pasar malam. bila balik keje mmg jem tahap gaban kat situ. dari sampai kul 7 boleh membawak sampai kol 8. 
ko tak hangin walhal nak sampai umah lagi beberapa meter jek..

oleh kerana kami laki bini bercuti.
maka mcm banyak la agenda jalan2. tapi area KL je pon. dari bfast kat old town white coffee. cuci2 mata kat NU Sentral sampai laa makan tghari kari kepala ikan di Restoran ZK. 

aku penah tgk review restoran ni dalam Majalah 3 dulu2..dah lama dah pon. masa tu Mazidul Akmal Sidek yg jadi wartawan.
giler sedap menjejes tengok, orang punya laa ramai Q sampai ke luar kedai ooii, dah mcm ular sawa berlingkar2...tu masa aku tengok rancangan tu laaa..
boleh tgk review mazidul kat SINI

semalam baru aku berpeluang makan kat situ. 
tengok dalam periuk tu homakkk aiiii.... bapak besar kepala ikan merah ooii... 
mcm nak makan 5-6 orang gitew. 

pilih punya pilih ada yg sederhana, tp tetap besar kitorang makan berdua tak abis terpaksa tapau. rugi laaa beli besar2 takkan nak tinggal je tak abis, kasi tapau laaa. aku dgn suami makan sebelah je kepala ikan itu. sebelah lagi tak terusik sbb tu minta tapau.

korang tau satu kepala ikan yang kami makan tu rege RM85 okeh!!! kepala ikan sahaja. total bil RM100 termasuk nasi putih 2 pinggan, ayam goreng madu seketul dan air teh ais limau 2 gelas.


 kepala ikan saja rege RM85. bapakkk besar, kami abis makan sebelah je.

 pakej dia skali sgn taugeh goreng, madu utk cicah dgn 
ayam goreng (yg ni paling best) papadom.

 cik suami mmg tak toleh kiri kanan lagi dah. aku kat depan pun dia wat tak tau jekk.
 tepi suami tu orang beratur sampai ke luar kedai.

ko nampak dia punya periuk bapakkk punya besar ooii... kepala ikan je dalam tu.
 sebesar2 kepala ada yang sampai RM180 utk satu kepala ikan.

sapa yang mengidah nak makan kari kepala ikan best boleh singgah sini:

Restoran ZK
No 76, Jalan Kampung Attap,
50460 Kuala Lumpur.

Tel: +603 2273 9786

GPS Coordinates:  N3 08 15, E101 41 45




#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad masih seperti biasa.
kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.

Friday, October 24, 2014

kanser testis: Alfatihah untuk Baby Naqeeb

salam Jumaat uols... selasa lepas aku ada share kat Group Gojes anak sepupu aku yang baru meninggal subuh selasa tu. Baby Naqeeb canser testis!!! masa mula2 ma aku bgtau mcm nak luruh gak jantung dengar. baby sekecik dan secomel tu dah detect kanser seawal 3 bulan. dari citer sepupu aku mula2 ingat kena angin pasang.

 baby lelaki kan ada jugak yang macam tu sbb batu tu besar sebelah. bila bawa ke Hospital abis doktor buat ujikaji semua. hospital tu dah mcm rumah ke2 sebab sepupu aku dok berulang alik dari umur 3 bulan sampai la menghembus nafas terakhir. 
last aku melawat dia masa raya puasa ari tu. ralat pulak rasa tak melawat dia masa raya aji baru2 ni. huhuhu...

semoga roh adik Naqeeb tenang di syurga. aku harap sepupu aku tabah atas pemergian anak beliau. sepupu aku menuggu hampir 12 tahun utk dapatkan baby ni tp Allah lebih menyayanginya... hugs kak tie. 


 sebelum menghembuskan nafas terakhir. dalam ICU.

 gambar2 adik Naqeeb

 Ummi Naqeeb

 comel sgt baby Naqeeb

 ni gambar masa raya puasa hari tu. baby Naqeeb baru lepas buat kimo. lemah tak bermaya je.


*gambar aku amik dari fb anak sepupu aku. tq kakak Nadia.






#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad masih seperti biasa.
kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.

Tuesday, October 21, 2014

Dolu-dolu... kenangan mengusik kalbu

nak jugak tepek gambar aku masa darjah satu dulu tahun 1984.
satu lagi gambar aku masa tadika tahun 1983. seronok nya rasa di zaman kanak2 dulu. tak payah pikir apa2 pun masalah. kalu dulu2 gi skolah main dan belajar je.  

aku rasa budak skrg lagi stress berbanding dulu sbb skrg darjah satu pun dah ada tuisyen, kelas tambah, exam naik kelas bagai. tak tau laa bila anak aku esok2 dah skolah caner keadaannya. zaman yang semua nya mencabar...

ada jugak antara kawan2 aku yang dah meninggal dunia. Al -Fatihah untuk diorang. aku pun dah tak berapa nak ingat nama2. tapi ada jugak yang masih lagi contact sampai sekarang. zaman semua dihujung jari dengan FB, instagram senang je nak cari.

aku sure korang mmg tak jumpanya cari aku. aku kan kecik je. perhimpunan ke bergambar kelas ke mesti dok depan...

 cikgu darjah satu aku dulu kalu tak silap nama beliau Puan Hanisah...

ni masa tadika. aku dulu tadika omputih. St Martin di Kota Bharu

Monday, October 20, 2014

Resepi:Daging masak hitam yang sedap

kalu pegi kenduri belah utara, lauk daging hitam ni antara menu wajib yang dihidangkan. aku mmg suka giler lauk ni. ratah camtu je sedap sgt. makan dengan roti pun boleh.


daging korban aku baru2 ni banyak lagi stok. cukup untuk masak daging hitam ni. dah lama aku nak masak ada daging yg elok skit terus decide nak buat daging hitam ni.. eehh korang jangan ingat daging aku ni hangus pulak tau. mmg rupa dia cenggitu. mmg sedap bak hang.

tapi aku kalu tak menderhaka resepi mmg tak sah. alaa tambah kerisik je pon. sedap ooii.. sekilo lebih aku masak habisss. padahal 2 perut je pon yang makan. miahahaha... dasar sgt kann.

aku google resepi banyak jugak tp resepi Kak Azlita jugak yang aku berkenan. tq kak azlita. aku baca lebih kurang pastu terus buat sbb bahan2 dah ada kan..

makan dengan nasi putih aku lawan kan dengan pajeri nenas. kalu buat nasi minyak lagi terangkat aku rasa. mmg sedap giler...


 tak semenggah sungguh gambar pajeri nenas. comot abis mangkuk.dah tak nyabar nak makan.

Jom kita intai bahan-bahan yang di perlukan

1 kg daging batang pinang ~ di potong, cuci bersih. Jika guna daging lain, rebus dahulu hingga empuk.

Bahan tumis
3 tangkai daun kari ~ di raut
1 batang serai ~ dititik
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
5 kuntum cengkih

Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merag
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut dan kisar
1 inc halia

Semua bahan di atas di kisar
4 sudu besar kicap pekat
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu besar kerisik (aku tambah)

Bahan Perisa
1/2 cawan air asam jawa
1 kiub daging
garam dan gula secukup rasa


Cara:
1. panaskan minyak, tumis daun kari, serai hingga harum
2. masukkan bahan kisar, bawang merah, bawang putih, halia.
3. masukkan cili kering yg dikisar.
4. masak hingga garing dan pecah minyak.
5. masukkan daging, masak hingga daging empuk.
6. masukkan jintan manis, jintan putih yang dibancuh dgn sedikit air.
7. masukkan kicap pekat, air asam jawa, gula melaka, perasa, gula garam, kerisik.
8. renih sampai sebati dengan api perlahan.*aku renih lama sbb nak bagi kering dan daging lembut.

Friday, October 17, 2014

My First Car

Lepas abis belajar dulukan keta ni laa aku guna sampai sekarang. Kancil 850. 
start keje aku bayar keta ni tetiap bulan sampai abis tahun 2007. mmg sayang giler kat keta ni.

dari Kota Bharu>>> Kuala Terengganu>>> Kuala Lumpur tak pernah buat peel.
 cukup time servis,cukup kilo servis. sayang sangat aku dengan keta ni. kancil aku tak pernah rosak yang teruk2, tak penah eksiden.
 sampai pomen tempat yang suami aku selalu servis tu bagitau kalu nak jual, jual kat dia jgn bagi orang lain.

masa dah abis bayar keta ni dulu, ramai yg provok aku amik keta baru je sbb hutang dah abis. tp aku tetap pakai keta ni sampai sekarang.

keta ni laa aku guna ulang alik gi keje, gi antar anak ke rumah pengasuh. eehh wpun lakiku bawak .

stakat nak gi pasar, nak gi dekat2 beli barang bakery, aku suka giler guna keta ni. 
senang nak parking, senang nak cilok. eehh gua pun kaki cilok gakk...

pendek kata mmg berjasa betul laa kancil ni dgn aku. ingat lagi masa aku dapat pindah KL dengan keta ni laa aku usung barang dari terengganu sampai penuh keta depan, belakng, bonet. 

eeh korang citer laa first keta korang lak...



Thursday, October 16, 2014

Kursus BTN, Kuala Lipis Pahang

sebelum aku hilang ingatan baik aku cepat2 buat entry pasal kursus BTN aku ritu..
 ni pun dah ingat2 lupa. ada gambar skit2 boleh laaa nak mengarang.

kursus ni minggu akhir sebelum cuti raya haji ari tu. 4 hari 3 malam. tak keruan gak aku nak tinggalkan 2 beradik tu . mcm2 pikir, boleh ke cik asben handle diorang. pagi2 cemana, ptg lak cemana.. dengan diorang yg melasak, aktif, bergaduh je kejenya.
naik je bas dah rindu kat budak2 tu.

kusus ni kat Kuala Lipis Pahang, nak dekat 3 jam gak perjalanan dari KL.
sape yg pernah attend kursus ni mesti tau cemana kan. aktiviti2, bersenam, berkawad, solat jemaah , masuk hutan. bila dah lama tak beraktiviti lasak cam ni mmg sakit badan ooii..... mcm nak tanggal lutut aku nih.nak pulak dewan kuliah tu atas bukit, surau tepi bukit, dorm bawah bukit. mmg mendaki je laaa..
tapi aku suka aktiviti mcm ni sebab masa skolah dulu mmg aktif outdoor2 ni.

menggamit kenangan jugak laa sebab tidor kat dorm yg katil panjang mcm kat hostel dulu. mandi pulak ada kolah. tp tak laa kitorang mandi kat kolah sbb group pompuan 9 orang je masa batch aku gi tu. so cukup laa bilik shower yg ada, tak perlu berebut2. makan lak dalam tray.

aktiviti paling best aku rasa ialah Masterchef yg mcm dalam tv tu. berebut2 amik barang, masa ada 30 min je. dengan nak idupkan api lg, pastu lak tak boleh bercakap dgn ahli kumpulan. pandai2 la nak communicate... kumpulan aku masak sup ayam (halia xde, bunjut xde,garam & bawang je korang agak rasa apa, sambal telur, ikan masin, kacang panjang goreng+telur)

lepas je abis kusus rasa mcm nak tertanggal semua sendi badan....
lagi satu kann nak jadi citer tapak kasut sport aku tertanggal tapak. maklum laaa sejak ada anak mmg tak penah pakai. jadi tukun dalam almari kasut, lama2 gam kasut tu pun dah lekang. cuak jugak sbb esoknya aktiviti masuk hutan. nasib baik ada kawan yg bawa kasut extra. ketat pun ketat laa. takkan aku nak berselipar masuk hutan. 

eehh ada lagi nak citer. kebetulan hari terakhir tu birthday aku (25/9/2014) mlm tu hangus telinga kena lecture ooii.. siap kena panggil kt depan kena denda bagai, rupanya diorang surprise bday aku. siap ada kek Secret Recipe nyanyi lagi happy birthday....sobss...sobs... lps abis aktiviti tu asben lak call wish birthday yaya siap nyanyi kat fon. huhuhu...terharu sgt2.
peserta  wanita. sume 9 orang je. best sebab tak berebut toilet.

surprise birthday aku. sempoi. kek atas kosi jek.

aktiviti aku paling suka wpun sblm tu rasa nak terkencing, nak terberak. gayat ooii... lps turun rasa nak buat skali lg.. ngade kann

masterchep. ni group aku.


*gambar dari ihsan kawan2 kursus.






#notakaki
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad masih seperti biasa. cuma aku dah tak up kat FB, tak larat nak reply pm.

kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.

Tuesday, October 14, 2014

RESEPI:SIPUT SEDUT MASAK LEMAK

lepas ni berderet2 resepi kat blog aku ooi... dah rupa blog resepi lak korang. jangan muntah okeh. iyer laa baru jek lepas raya korban kann, mesti laa resepi daging je pasni...
resepi aku takde laa pelik mana pun. mungkin yg penah jugak korang buat pon. 
aku biasa masak yg mudah2 dan cepat je. tak kuasa nak lama2 kat dapo, sampai umah pun dah nak kul 8. biasanya weekend laa aku rajin skit.

macam siput sedut ni takde laa weekday aku masak. nak potong montot dia kemain lama ooii... lenguh gak kaki aku.

bila makan yang beli tak puas ati mula la rasa nak buat sendri. abis tu 5 henggit tak sampai segenggam. mana cukup. tu yang gigih aku buat masak lemak siput sedut ni.

ooo... siput sedut ni aku masak minggu sblm balik raya korban ritu. geli okeh time dia merayap2 tu.
aku letak dalam besen sebelum nak siang tu berlumba2 siput tu cuba memboloskan diri.. rayyan terus tak nak masuk dapo. hahahaha...

betapa tak berkualitinya gambar dari hp aku. huhuhu. ehh geli betul aku masa ni. merayap2 si siput

 hahhhh menggelegak sampai berbuih2 dalam periuk..

bila dah masak, sedap betul makan sampai lupa diri abis bermangkuk2

BAHAN2:
  • 800gm/ sekilo siput sedut (basuh & buang hujungnya)-yang ni part paling bercinta ooi nak buang dia punya montot. abis terpercik kat apron aku. ni jugak sebab aku malas nak masak siput sedut ni.
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawah putih *
  • 1 inci kunyit *
  • 5 biji cili padi (ikut suka) *
  • 1 mangkuk santan- aku guna sebiji kelapa
  • 1 kiub pati ikan bilis- x letak
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai diketuk
  • garam secukupnya
  • sehelai daun kunyit (hiris nipis)- aku koyak2 kan je...dasar sgt kan.
CARA2:
  1. Masukkan siput yang sudah dibersihkan & dibuang hujungnya ke dlm periuk dan tuangkan santan.
  2. Tumbuk lumat bahan2 yang ditanda * dan masukkan ke dlm periuk tadi.
  3. Masukkan serai. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak.
  4. Sentiasa kacau perlahan supaya santan tidak berketul. Setelah hampir 5 minit masukkan asam keping & perasakan kuah garam secukupnya.
  5. Masak lagi selama 2 minit kemudian tutup api & taburkan daun kunyit. Sedia utk dihidang..
  6. Nota: boleh gantikan kunyit dengan cekur/cengkur.. begitu juga dgn daunnya..

Thursday, October 9, 2014

cerita Aidil Adha 2014

wahh.. semua dah update citer raya korban yer. ni turn aku lak nak upload pic. tapi rasa mcm lebih kepada aku ber OOTD. eehh sila jangan muntah hijau lak yer...
raya haji tahun ni takde gambar bersama asben sebab dia stay kat umah dia, aku lak kena  balik umah family aku sbb aku korban 1 bahagian lembu. lps maghrib tu aku balik semula umah MIL aku.

so pakai lelawa pun sekejap je pastu bertungkus lumus mengejakan lembu, perut lembu, kaki lembu. buat sup kaki lembu + urat keting sedap ooii....

ada cerita kelakar masa tgh korbankan lembu tu, lembu dari dari kawasan lain melarikan diri sewaktu nak disembelih. berlari2 org2 kampung mengejar lembu tu. 

biasanya raya korban kat negeri pantai timur ni dibuat secara gotong royong. sembelih lembu pun belakang rumah atau pun kawasan yang lapang skit camtu je. selepas dilapah dan dibahagi 7 bahagian, daging2 tersebut diambil serba sedikit dari 7 bahagian tersebut untuk dibuat kenduri. pastu golongan wanita pula untuk masak. biasanya masakanan yg popular singgang/sup tulang, daging goreng kunyit, perut, limpa dan organ dalaman pula cicah air asam. sedap ooii... aku sempat rasa skit je perut ari tu....

macam aku korban satu bahagian, daging2 tu ma aku laa yg bahagi2kan. aku ambil skit utk bawa balik Kl dan bahagi utk beberapa org kawan kat KL.

 tu baru 3, ada lagi 5 orang adik beradik aku... time raya mmg port ni je tempat amik gambar.

 hahhh kan dah kata aku bergambar sakan....

 close up skit gambar tuan blog kedaung

 susah tul nak ambil gambar dgn anak2 ni tau. sibuk dgn gajet je...

 hahh  tengok tu. masing2 layan gajet je, pandang kamera pun tak nak.

 sempat lagi posing dgn lembu yang akan dikorbankan. tp dok jauh2 je laaa...


 lama jugak menunggu tukang sembelih, sampai aku dah mencangkung ko...

 ok.. semua dah ready nak tumbangkan lembu...

sedih jugak bila tengok lembu kena sembelih. memancut2 darah.




#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad masih seperti biasa. cuma aku dah tak up kat FB, tak larat nak reply pm.

kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.








Wednesday, October 8, 2014

Wordless Wednesday: laksa asam telur goreng

1st time dengar, makan dan tengok laksa asam telur goreng cenggini.smlam kan aku baru sampai dari KB balik raya. kali ni balik ikut grik sbb jalan jem, asben terus potong ikut grik. skali jumpa gerai ni. mmg glamer kat sini. tp bagi aku cam pelik jer rasa laksa asam telur goreng ni. tekak mcm cannot go. tp kat gerai ni melimpah ruah org order laksa telur goreng ni. Lokasi: simpang tawin, grik. (betulkan aku kalu salah eja nama tempat ni).

Wednesday, October 1, 2014

Resepi: yee mee sup sedap

share resepi anak2 lagi uols...
yee mee mmg favourite si yaya.budak-budak kan suka sup2 ni... kalu semangkuk tu mmg habis masuk perut budak tu.
sbb tu stok yee mee mmg sentiasa ada kat umah aku. nak masak pun senang ooii...

kalu mee kuning kang xleh simpan lelama. lagi pun mee kuning tak elok sangat makan slalu. kapur byk,pengawet pun boleh tahan. sbb tu aku kalu goreng mee kuning rendam jap dalam air panas.kalu kat kedai mmg xde laa aku oder mee grg sbb kat kedai tak basuh. lerai2 terus campak dalam kuali. 

ok balik semula kat yee mee sup ni. mmg sedap uols. pecah telur kasi gegar pergghhh.. pastu kalu malam, taktau nak masak ape mmg yee mee sup ni laaa aku masak.
adoii... aku yang menaip ni lapor pulak.lagi byk sayur dan lauk lagi sedap bak hangg... yang penting kena renjis skit minyak bijan baru terangkat ala2 chinese style. tambah skit cili jeruk.

jom mak-mak masak yee mee sup.

BAHAN2:
1 sanggul yee mee (kalu nak banyak doublekan bahan lain)
1/2 cawan isi ayam
sotong potong bulat
fishball,fishcake- sukati nak letak ke tak)
udang
3 ulas bawang putih*
2 biji bawang merah kecik*
sehiris halia
sayur-kobis, sawi,karot,brokoli,cendawan (sukati korang nak letak apa pun)
1 biji telur- nak letak lebih pun bole
minyak utk tumis
minyak bijan 1/2 sudu kecik (takdak pun takpe, ada lg sodap)
garam, perasa(kalu guna, aku tak pakai perasa)
bawang goreng, daun sup utk hiasan.

CARA2:
1.tumis bahan bertanda *, bila dah naik bau masuk ayam, sotong dan lauk pauk lain. 
2. bila mendidih masuk air, garam, perasa, sayur,yee mee, telur, minyak bijan. mendidih dalam 30 saat terus tutup api.
3. ni untuk telur gegar, kalu nak telur tu masak, masuk telur dulu baru yee mee. 

tips: yee mee masak sekejap je,kalu kembang tak sedap. makan panas2 sedap, letak pulak cili jeruk
 


  
ni baru masak, nampak tak berbuih2 lagi telur tu... telur kasi gegar

 yee mee aku google pada yang tak tau rupa yee mee tu caner...