Pages

Tuesday, May 24, 2016

Mini Muffin Gebus Gebas.. moist

minggu lepas hari guru seantaro Malaysia..
berderet-deret order mini muffin untuk Jamuan hari guru, 
jamuan hari jadi & gift untuk cikgu2..

comel sangat mini muffin ni, kalau anak2 makan terus je masuk mulut, 
tak membazir gitew...
kalu buat untuk makan2 majlis harijadi, akikah, 
bertunang comel sangat letak kat dessert booth korang tau...
terima kasih pada customer2 tersayang..
ehh minggu ni ada oder lagi...
korang yg nak order laju2 pm/watsapp okeh.. 017-3213039.

sempena minggu anniversary saya minggu ni saya bg FREE 1 frozen donut/cucur badak/kasturi setiap order melebihi RM40.

harga:
 muffin coklat RM23
muffin vanilla RM20
Minimum order 50 pcs untuk setiap jenis





Friday, May 20, 2016

TIPS: berbelanja & menyimpan cara saya...

Selalu saya amalkan teknik dekat bawah ni setiap kali dapat gaji:

1. SAVING SEBAGAI COMMITMENT


Jadikan "saving" setiap bulan sebagai commitment bulanan. Anggap saja saving yang kita buat setiap kali dapat gaji adalah "commitment" sama macam duit yang kita spend setiap bulan untuk bayar hutang bank dan bil2 bulanan. Bila kita dah anggap tu commitment kita takkan culas nak bayar. Nak tak nak setiap bulan wajib "bayar" untuk saving. Masukkan saving tetap setiap bulan ni dalam list monthly commitment kita. Dapat gaji, "bayar" untuk saving, hutang2 & balance yang tinggal untuk berbelanja.

2. BAHAGIKAN JENIS-JENIS SAVING

Bahagikan jenis saving yang kita buat setiap bulan. sebab tak semua saving yang kita buat untuk "long term saving". Ada jugak yang berbentuk "short term". Buat pecahan saving ikut jumlah peruntukan.

Macam saya, saving for long term saya akan simpan dalam simpanan yang berbentuk pelaburan contohnya asb & tabung haji (Saving sendiri bukan asb loan). Saving untuk long term ni macam untuk retirement, property, haji & umrah & dana kecemasan masa depan yang kita tak tahu apa akan jadi & jugak saving untuk masa depan anak.(akaun khas untuk anak).

Untuk short term saya ada cara saya sendiri: dan setiap envelop yang saya wujudkan ada tarikh matang dia sendiri. contoh:

- roadtax
-emergency
- vacation
- whishlist 
- raya 

setiap kali ada sesuatu yg saya ingin beli, terus wujudkan envelop baru. contohnya saya inginkan laptop. selepas survey harga laptop berkenaan RM1000. so saya terus buka envelop dan buat simpanan dalam envelop tersebut, jika saya terget dalam masa 5 bulan, setiap bulan saya akan masukkan RM200 dalam envelop berkenaan.

sama juga setiap tahun apabila hendak menyambut hari raya, saya akan start menyimpan pada awal tahun lagi untuk tajuk RAYA, setiap bulan saya masukkan RM100.
untuk pengetahuan, baju raya anak saya dah buat persediaan pada Januari lagi, setiap bulan beli sepasang sorang.  bulan 4 settle semua baju raya. 
envelop RAYA tu hanya untuk kegunaan beli buahtangan dan biskut/kuih raya, duit raya untuk ibubapa & adik2 dan  kanak2. dengan cara ini saya tak perlu tunggu bonus untuk berbelanja.
duit bonus raya boleh masuk dalam saving tetap kita. yeayyy

Setiap bulan buat je simpanan untuk benda2 short term ni. Bila dah ada saving setiap bulan, senang nanti bila nak guna duit tak perlu nak tunggu gaji masuk. Sebab tu better buat saving dari time awal2 dapat gaji. Selain senang nak berbelanja kita pun takkan terguna duit saving sesuka hati. Kita tahu saving tu untuk apa & bila masa patut kita gunakan. 

3. WEEKLY SAVING CHALLENGE
tabung ni saya baru wujudkan awal tahun hari tu.saya tetapkan RM30 setiap minggu atau RM120 sebulan. tapi setiap bulan saya terus masukkan dalam tabung ni. pada hujung tahun nnt saya berjaya mengumpul RM1440. duit ni saya akan gunakan untuk perbelanjaan sekolah memandangkan pada tahun depan Rayyan & Yaya akan mula bersekolah. Wpun hanya di tadika tetapi belanja belanja sekarang bukan lah mcm dahulu. daftar sahaja dah hampir RM400 seorang, tu belum lagi masuk baju, kasut dan peralatan lain. walaupun suami akan bayar, tapi saya tetap nak ada duit sendiri untuk perbelanjaan ini.

4. ASINGKAN DUIT BELANJA SIAP2

Duit belanja harian pun saya dah siap2 masuk sampul kecil, mcm saya perbelanjaan seminggu RM200, jadi setiap minggu ambil sampul kecil tu dan belanja secara berhemah, belanja mingguan saya termasuk, makan minum kat ofis, topup touch & go, beli brg dapur (asben topup yg ni),, untuk benda2 bukan bil ni kita dah tahu kita akan spend berapa banyak setiap bulan kan tolak bab makan. So, bila dah asingkan siap2 masuk dompet lain (klu tol top up touch n go siap2 untuk sebulan), jadi senang nak berbelanja. Duit yang tinggal dalam Bank gaji hanya untuk makan & keperluan harian. dan sekarang saya cuba untuk tidak berbelanja online.

5. DUIT "EXTRA" JANGAN SEMUA DIBELANJAKAN

Macam tu jugak duit hasil business. 50% untuk digunakan dan 50 % lagi guna sebagai modal beli barang2 baking & bahan masak. Saya tak gunakan duit business sebagai bayaran untuk commitment bulanan saya setiap bulan. Sebab ni business part time saja.  Hasil kewangan utama tetap dari kerja full time saya. So, biarlah commitment bulanan saya dari situ saja & hasil business kecil-kecilan tu untuk saving & untuk banda2 "reward diri sendiri"  macam nak beli apa yang teringin nak beli atau pun masuk dalam tabung BERCUTI .

jangan lupa untuk wujudkan jugak tabung duit syiling di ofis dan dirumah. so jika ada baki duit syiling terus masukkan dalam tabung ini. jangan pandang sebelah mata duit syiling, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit... setiap hari Jumaat jangan lupa pecahkan duit RM10 kepada RM1 dan bahagikan pada peminta sedekat, OKU dan sebagainya. ataupun beli goreng pisang dan untuk makan bersama kawan2 ofis. itu pun di kira sedekah. InsyaAllah rezeki makin bertambah... 

Bila dapat kenaikan gaji & bonus pun sama. Buat percentage berapa yang nak dibelanjakan & berapa banyak yang akan masuk saving. Jangan semua digunakan untuk belanja.

Apapun, yang penting  dalam menyimpan ni adalah disiplin, amanah & jujur dengan diri sendiri.Jangan cheat atau gunakan duit yg kita simpan dalam envelop, kalau tak tinggal la envelop semata-mata. hehehe. Amanah akan buat kita bertanggungjawab dengan apa yang kita belanjakan & simpan. Kita takkan sesuka hati usik saving yang kita peruntukkan untuk satu2 benda.  berbelanja dengan berhemah dan jangan membazir.

Wednesday, May 18, 2016

Wordless Wednesday: Shortgateway Ipoh, Jalan-jalan cari makan

balik hari je ni... jalan2 sambil hunting cafe hipster di Ipoh...


 


















balik hari je ni... jalan2 sambil hunting cafe hipster di Ipoh...

Friday, May 13, 2016

bebelan hati..

hampir ke pertengahan tahun 2016 dah kita. sekejap je kan... 
rasa mcm baru saja masuk tahun 2016..ehh 
dan tak lama lagi kita akan menyambut puasa. InsyaAllah...

lepas tu ada lagi 6 bulan utk tahun 2016.

 Rasa tahun ni banyak benda yang buat saya lebih positive
 & lebih kuat berbanding sebelum ni. 
Permulaan tahun tak berapa baik... tapi ada hikmah disebaliknya.
Ada beberapa ujian dan dugaan yang berlaku dalam 3 bulan pertama tahun ni.
hasrat nak carry forward cuti 12 hari tak kesampaian bila Mak mertua saya operate kaki sebab kencing manis pada penghujung Disember tahun lepas, 
kemudian disusuli dengan dugaan kedua2 anak sakit  sampai warded hospital, 
dugaan lagi bila mak mertua saya meninggal dunia pada Mac,
April saya pulak sakit mata sampai MC seminggu.

 Saya belajar untuk lebih bertenang, 
berfikir sedalamnya dalam buat keputusan & lebih bersabar.
 Belajar untuk lebih rasional dalam mengawal emosi terutama dengan anak-anak.

Alhamdulillah…sangat bahagia bersama family kecil  saya. 
Semoga Allah terus panjangkan tempoh pinjaman insan2 kesayangan ni di sekeliling saya ni. Tak ada perkara yang lebih indah & mahal dalam hidup ni melainkan kebahagian bersama keluarga tersayang.
 
KELUARGA
Masih tetap berempat  =). Jangan tanya bila saya nak mengandung lagi..hehee

Alhamdulillah….saya bahagia dengan keluarga kecil kami ni.
 Bahagia dikurniakan suami & anak yang baik yang menjadi pendamping 
& pelengkap hidup.  

Doa saya setiap hari semoga Allah terus bagi kesempatan untuk saya terus merasai kebahagian bersama suami & anak.
 Diberi kesempatan untuk mendidik & melihat anak membesar dengan baik.
 sangat2 bersyukur punya suami yg sangat memahami dan sentiasa support saya.

KERJAYA

Masih bekerja di tempat yang sama.  
Alhamdulillah….genap 10 tahun  saya kerja di sini tahun ni. 
Banyak yang saya belajar & timba pengalaman dekat sini. 
Majikan yang baik &  Dikelilingi officemate yang baik2.
 
 Cuma cabaran kerja tu normal la. Saya anggap semua tu pengalaman berharga untuk saya.  InsyaAllah akan try improve diri lagi lepas ni.
 Banyak lagi benda saya kena tahu dan belajar.
 Belum ada sebab saya nak keluar dari sini sebab semuanya masih ok. 
Baik dari gaji, environment dan lain2. Dah cukup untuk saya. 
 Tak semua tempat kerja tu  perfect kan?mesti ada jugak kekurangannya .
 
BUSINESS

business lasagna saya masuk tahun ke 4. Masih lagi beroperasi sampai sekarang. . Alhamdulillah…sambutan pun sangat baik. 
Sebab ni bisnes kecil-kecilan & part time,  saya buat setakat yang termampu. 
 dah tahun ni saya mula expand cuba buat frozen food. alhamdulillah sangat2 menggalakkan. dari buat utk makan-makan sendiri dan ada permintaan utk jual.
rasanya business masak-masak dan makanan je yang sesuai dengan saya kot. 
benda-benda lain tak reti sangat. 
 
Semoga Allah mengurniakan saya kesihatan yang baik dan boleh manage time dengan baik. Sama rata untuk kerja dan family. Untuk fizikal & rohani. 
Bab ni saya berterima kasih sangat dekat husband sebab banyak bagi support & tolong jual skali kat kawan2 dia. Selagi ada keupayaan, masa dan rezeki InsyaAllah akan terus berbisnes. Minat kot...
 

Thursday, May 12, 2016

DECO-DECO: Laundry Area

lama takde entry deco2 kan..
kalu entry deco2 semua tertunggu2. heee
sebenarnya xde laa deco2 hover pun. 
saya hanya buat makeover balik ruang mendobi saya yg seciput ni. 
lebar ngam2 untuk letak mesih basuh dan rak dari IKEA tu je. 
pastu tambah satu tempat penggantung utk memudahkan saya gantung hanger.
 memudakhan saya sebab tak payah lagi lari masuk dlm bilik ambil hanger utk hang baju. 
hanger yg ada khusus untuk baju2 mcm kemeja, baju kurung dan seumpama dengannya.
saya cuma letak rak terbuka utk saya letak pelbagai jenis alatan mendobi saya seperti sabun, softlan, pengepit baju dan lain2. 
stok peralatan mandian pun saya letakkan disini dalam bakul2 tersebut. 
sebenarnya saya inginkan rak yg tertutup sebab area terbuka
 mcm ni memudahkan habuk tp bila tengok mcm berkenan pulak rak ni.

sebenarnya saya berangan nak laundry area mcm rumah orang putih tu siap ada tempat iron bagai. tapi dah rumah jenis mcm ni redha je laa...
 kalu nak iron baju kat area ni abis laa bintat2 badan saya kena gigit nyamuk. ngeeee...

saya suka ruang ni sebab tak tempias hujan walaupun masa hujan lebat.
so tak risau pakaian yg disidai basah wpun saya berada di luar rumah...
rasa macam nak letak bunga hidup kat rak tu,
 tengok mcmana nnt bila ada kelapangan.

beberapa minggu lepas bila saya post kt fb laundry area saya ramai yg bertanya kt mana saya sidai. 
penyidai saya pun dari ikea FROST nama dia. 
dari tempat saya ambil gambar tu tmpat penyedai saya.








Wednesday, May 11, 2016

Wordless Wednesday: Bila Yaya berhijab

excited punya pasal, iron pun tak sempat..

tudung instant ni saya beli dengan blogger ATY excited sungguh pasa mula2 dapat parcel. tak sabar nak pakaikan kat yaya.
 saya dapat seminggu sebelum balik kg kenduri arwah MIL. 
so mmg amik kesempatan untuk pakaikan kat dia. 
alhamdulillah dia berhijab sepanjang hari dan 
tak merungut panas wpun cuaca panas yg amat kat kelantan masa tu...

awning lembut & material selesa dengan dia.

Tuesday, May 10, 2016

RESEPI: apam coklat yg sedap dan mudah

weekend lepas saya terlebih rajin. sabtu & ahad buat kek. 
ala kek mudah2 je pon.
saya ni jenis malas nak berlama2 kat dapo.
asal anak suka dah cukup nagi saya. 
yg penting aktiviti buat kek ni di buat bersama2 diorang.
biarkan je bersepah. learning proses jugak tu. 
pastu sama2 kemas dengan rayyan & yaya.
sronok!!!

hari sabtu buat apam coklat. saya pernah share sebelum ni.. LINK.

tapi kali ni saya tambah 1sk nescafe dan rasa dia lagi ummph...
korang mesti cuba tau.. mmg sedap. 
kebetulan bolgger CIKNA datang umah saya amik frozen food. berketul2 dia makan.


BAHAN:
2 cawan gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1sk soda bikarbonat*
1sk penaik*
2 biji telur
1 cawan susu low fat/susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas.

yg bertanda * ayak dulu.

CARA:
gaul semua bahan kering,  gandum, serbuk koko, gula, soda, penaik, nescafe.

masukkan telur, minyak, air panas, minyak, susu cair/low fat, susu pekat. kacau sebati.

panaskan pengukus, masukkan dalam cup apam. kukus 15 minit. siap!!!

kalu guna loyang kukus 45 minit ke 1 jam.

Monday, May 9, 2016

OOTD: gaya ke opis

bahagian perut masih ketara buncit.

lamanya tak update blog. wpun lately byk bahan dan benda nak di blogkan..
ok sabar. ada masa & mood nnt satu2 saya update. 
tentang deco, tentang balik kampung, tentang anak2..
skrg amik mood dulu. 
skrg berat saya 51.5 kg naik skit dari hujung tahun lepas.
dagu masih berlapis.
kalu x kontrol mkn mcm ni laaa... nak konsisten tu mmg kena kental jiwa, hati kering.
dah cemana kat opis ni pun makan pree 3 kali seminggu.
 takkan nak tengok aje. dah rezeki org kata.
tp saya masih lagi beringat bila mkn. wpun bedal jugak.... hihihi...