Pages

Wednesday, July 27, 2016

MEMBEBEL: di kala umur meningkat.


Tahun ni adalah tahun akhir saya menyambut hari lahir 3 series.
 Actually lagi 2 bulan pun besday tu. Masuk 2017 aku dah 4 series uolss…
Mmg terasa sangat meningkatan umur tu. Sobs..
 bukanlah bersedih Cuma mcm banyaknya nikmatNya saya telah rasai sehingga kadang2 leka dengan dunia. Jika ditanya apa yang saya inginkan,
 saya hanya ingin lebih banyak masa diluang bersama anak & suami.
 Bukan lah selama ini saya tiada masa langsung tetapi kekangan kerja membuatkan masa begitu suntuk. Setiap pagi keluar rumah seawal kul 7, ada kwn2 lain keluar rumah pukul 6 lagi!!! Oohh ini saya tak sanggup. Bertemu dengan rumah semula kul 7.30- 8 malam.

Balik kje berkejar pulak dengan solat mandi, sediakan mkn malam, kemaskan dapo.
 Lepas tu series mmg penat giler rasa. 
Masa lagi ada sejam jer bersama anak sebelum tido. 
Ikut hati mmg nak landing je depan tv dengan suami layan drama2 sambil santai hirup kopi.[BERANGAN] Tapi gagahkan jugak laa ajar anak selai dua muka surat membaca, bermain, belek buku sama2 dengan diorang.

Esoknya ulang lagi rutin yang sama. Sighhh!!! 
Dan saya yakin ada mak2 yang lebih sibuk dari saya.
 Seharian x sempat tengok pun anak sbb kul 9 anak dah tido, mak pulak kul 10 baru dapat jejak rumah… bukanlah merungut, tp inilah reality hidup di ibukota Kuala Lumpur.

Ada jugak kata “apsal tak masak?? Kan senang beli jer….”
Yer mmg senang beli bungkus je.
 Tapi saya lebih suka masak sbb bukannya saya masak sedap,
 tp soal kebersihan dan air tangan. 
Walaupun saya hanya masak nasi & ikan goreng kicap.
 Saya lebih puas bila masak untuk keluarga sendri, wpun sedikit penat disitu. 
Bila saya bgtau mcm ni bukan lah bermakna saya langsung tak pernah makan di luar,
 jangan pula silap faham. 

Bila anak2 dah semakin membesar,
 mmg saya nak spent masa bersuami [jika di panjangkan umur, InsyaAllah]. 
Buat aktiviti bersama. Berkebun, berjalan2 ke negara orang, pergi masjid bersama.
 Pergi bersenam ke taman bersama.. oohh ohsem sangat rasa.

Saya mmg tidak setuju bila akak2 yang dah nk pencen kat opis saya berkata “mati kutu laa akak bulan depan, tak tau nak buat apa bila pencen nanti.
 Dok umah pandang siling je laa nanti…” 
ohmai… tak tau apa di minda diorang ni, buat keje ni bila gi opis je ke??
 Sedangkan banyakkkkkk nya benda yang boleh di buat di rumah.

Anak2 tak selamanya bersama kita. 
Bila meningkat remaja diorang dah tak nak ikut ibubapa diorang dah. 
Lebih suka isi masa dengan aktiviti masa diorang sendiri,
 dengan kawan2 dan akitivi sekolah.
 Ni pun berdasarkan pengalaman saya sendri.
 Di sini pun perlunya ibubapa memantau jugak apa jua aktiviti anak2.
 Zaman teknologi serba canggih ni semua dihujung jari mmg perlu pengawasan ibubapa.

Begitu juga seterusnya roda kehidupan bila mereka berkahwin dan berkeluarga
, mereka akan bersama keluarga mereka,
 dan kita[isteri] akan tetap bersama pasangan kita[suami].

Bila ada yg mengusik bergurau [mungkin dalam serius] saya 
anak2 dah besar, tak nak beranak lagi ke??” saya hanya gelak.. 
langsung tak kecik hati pun.
 Rezeki anak pun Allah yg bagi, amanah & tanggungjawab yang paling berat untuk kita.
 Kalu setakat beranak ramai, tp semuanya huru hara.
 Hmmm… lagi pun bila doctor kata ada kompilasi jika saya mengandung lagi selepas bersalinkan yaya dulu, saya tak nak amik risiko tu. 

so untuk masa sekarang biarlah saya membesarkan diorang dengan penuh kasih sayang, dan mencukupkan keperluan diorang, rohani dan jasmani. 
InsyaAllah... doakan saya diberikan kesihatan yg sebaiknya....

Friday, July 22, 2016

Ceritera sebelum raya...

baru ada masa lapang skit nak update blog.
 mak mmg bz skit dan malas nak update blog. tak tau apa sindrom yg menyerang dah sekarang. ngeh..ngeh..

sehari sblm raya saya keje lagi. 
sadis tul tau bila tgk timeline FB semua dah pakat update dah bakar lemang, 
dah buat ketupat & rendang kat kampung. 
sedangkan saya dan beberapa orang rakan masih lagi di opis.
huwaaa... terasa lambat betul jarum jam bergerak tau.

nasib baik SSM yang baik hati melepaskan kitorang balik kul 3 hari tu. 
hepi sangat rasa. 
kul 3 je terus shoot masuk hiway.
 benti jap di McD beli bekal untuk berbuka.
saited sgt rasa masa tu.

oohh... anak2 saya dah siap2 suh adik antar ke opis kul 1 tghari tu.
nasib baik customer tak ramai. berlari2 diorang kat opis,
 kebetulan ada gak anak2 staff lain. mmg ada geng laa.

bila baca org lain update balik kg, saya pun saited jugak laa weiii... terus wefie dlm keta dengan caption #doakan kami selamat pulang ke kg. yeeehaaa....
 
 

 nampak tak masing2 teruja tak sabar2 nak balik kg tu... tq uols..

wefie jugak dalam keta otw balik kg... alhamdulillah diorang dh makin besar dah behave

Wednesday, July 20, 2016

Bila gojes beraya...

hi korang.. lamanya tak update kan. ni saya update tunggang langgang. 
update citer gojes dulu pastu baru update cite raya kat kampung.

kejadian minggu lepas 16 syawal.
 tetiba je diorang ni nak jugak dtg beraya
 wpun saya dah bgtau nk buat mkn2  pada 18 syawal sbb saya & suami 
nak abiskan puasa 6 dulu.

so mmg mcm sotong lah saya menyediakan juadah yg tak berapa nak raya kan.
 harapkan ada rendang ayam dan nasi impit je buat syarat. 
menu lain mcm menu besday je gamaknya.. hihihi...

tp diorang ni cukup sporting, bukan datang semata nk makan
tp neramah mesra merapatkan silaturrahim...
mkn apa pun tak  kisah. air sirap & biskut kering pun takpe...

sayang korang semua tau.. tq pada semua yg sudi datang.
 padat giler rumah padahal baru 8 family datang. 
tu pun saya & suami dah alihkan semua perabot kosi meja ke tepi..



 giler meriah masa ni.. mgm2 ragam dgn anaknya, maknya menjemah ehhh apak2 pun menjemah jugak ooi

 rendang ayam & nasi impit

 sandwish telo mayo. tak sangka ni paling laku ooii...

 kotiaw je yg saya sempat goreng..

 segala biskut & kerepek. air kiwi ko..

 siap terhidang...

 selapang2nya ruang tamu rumah menunggu tetamu

tak lupa mini muffin. siap boleh tapau. alhamdulillah...

Wednesday, July 13, 2016

TEASER: SALAM AIDILFITRI 2016



SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA PEMBACA AMERISLOVELY...
ADA MASA LAPANG NNT SAYA BUAT ENTRY  YE...
MAAF ZAHIR BATIN...