Pages

Friday, August 19, 2016

RESEPI: Brownies Cheese yang teramat sedap

dah lama tak post resepi kat blog ni kan... 
bukan bermakna tak masak tu alahai...
sibuk sesangat. kadang2 tu amik gambar pastu peram dalam henfon.
lagi pun gambar dari henfon dah tak berapa cantik. 
*motif nak telefon baru ni
mmg takde mood nk upload gambar hihihi...

ok..cerita brownies ni plak.. mmg sedap, 
tak puas kalu setakat sepotong 2 makan tau.
kebetulan masa saya buat ni adik saya ada sekali, 
so dia laa yg tolong saya . hihihi
ada pembantu sedap skit buat kek ni kan. 
1/4 dia potong bawa balik kampus di dengkil.

sempat jugak antar kat jiran gojes saya, sape lagi kalu bukan CIKNA.

cheese dia mmg saya letak seketul terus dan mmg tebal dan rasa betul cheesenya. 
 tapi gambar yg potong saya lupa amik wooo... adeh ruginya.
 kena buat lagi laa nampaknya...

resepi asal brownies ni sebenarnya adalah kukus tp 
disebabkan pengukus saya kecik, mmg tak muat laa nak masuk loyang tu.
 saya bakar dan guna teknik waterbath.

teknik waterbath tu adalah dengan memasukkan air dlm alas loyang tu.
 bukan dalam loyang kek tu tau.. jangan silap paham plak.
 kalu konpius korang google okeh..


Brownies:
Bahan A:
2 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
100 ml minyak
1/2 cawan gula castor
Sedikit vanilla

Bahan-bahan yg diayak bersama:
1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda

Lapisan Keju:
500g cream cheese
4 biji telur grade B
140g gula halus
Sedikit esen vanilla

cara-cara:

1.Sapu acuan berukuran 7 x 7 inci dengan marjerin atau mentega. Alas dasarnya dengan 2-3 helai kertas minyak . Tinggikan kertas minyak di dua sisi loyang supaya mudah untuk keluarkan brownies cheese bila dah masak nanti.
 
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan baking soda. Ketepikan

3. Satukan telur, gula, susu cair, susu pekat, vanilla dan minyak dalam mixer.
mix perlahan-lahan hingga sebati dan gula hancur.
Masukkan bahan-bahan yang diayak tadi dan kisar lagi perlahan-lahan hingga sebati. Jangan overmix yer kawan-kawan

4. Asingkan sedikit adunan coklat tadi sebagai hiasan atas lapisan keju nanti dan tuangkan adunan yang selebihnya ke dalam acuan dyang disediakan tadi. Kukus menggunakan api sederhana lebih kurang 20-30 minit hingga masak. Balut tudung pengukus dengan kain supaya air wap tak jatuh atas brownies. Kalau nak bakarpun boleh tapi kena guna kaedah waterbath yer kawan2

5. Sementara menunggu lapisan brownies masak, sediakan lapisan keju. Masukkan 500g cream cheese ke dalam mangkuk adunan.

6. Pukul dengan kelajuan sederhana hingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.

7. Masukkan pula telur sebiji demi sebiji dan vanilla. Pukul lagi hingga sebati.

8. Bila lapisan brownies dah masak, tuangkan adunan cheese di atasnya

9. Titiskan adunan coklat yang diasingkan tadi ke atas lapisan keju. Saya suka corak yang simple saja. Kalau kawan2 nak bt design lain pun boleh

10. Guna hujung lidi untuk melorek adunan. Kukus lagi selama 20-35 minit dengan api sederhana sehingga masak.
Sejukkan sebentar brownies cheese sebelum dikeluarkan dari loyang. 

 Lapisan kejunya lebih tebal berbanding lapisan bawah. Kalau kawan2 prefer lapisan atas yang lebih nipis, buat separuh adunan saja untuk lapisan keju iaitu dengan menggunakan 250g cream cheese, 2 biji telur (gred B), 70 g gula dan sedikit vanilla        

.

dah siap bakar. mcm ni laa rupa parasnya...

adik saya tengah melorek corak atas cheese...

 
gambar ni saya amik dari fb Mufidah. saya punya lupa nk amik masa potong. just nak tunjuk lapisan cheese yg tebal dan mmg terasa cheesenya tau uols...

Monday, August 15, 2016

Minat Melampau... Rayyan oh Rayyan

lama betul tak share citer 2 bradik ni. 
rayyan ni kalu nak ikutkan takde mainan yang dia takde..
 semua dia ada dr keta kontol, keta yg boleh naik, 
sekecik2 lego (bukan ori) hingga yg sebesar2 lego.  [takpenah lg beli yg ori ke ada ehh... lupa]
sekarang minat dia dengan menda ni semakin menjadi2.
 kalu dulu lepas siap pasang dia campak2 je. pastu semua hilang part2 kecik tu.
sekarang dia dah padai... lps siap pasang letak kt rak display.
kalu dari dulu mcm ni rasanya dah penuh bertingkek2 lego atas rak display.
tu pun nasib baik beli yg x ori, 
kalu beli yg ori agaknya dah boleh bayar downpayment keta kot. hihihi

sebenarnya mainan cantum2 pasang mcm lego ni mmg bagus 
untuk minda dan mengasah kreativiti anak2.
rayyan punya mind thingking  mmg berbeza skit dengan adik dia.
dia boleh create satu bandar dgn lego.
 siap ada sekolah, taman, jalan raya, ladang, ketapi dan sebagainya..
adik dia tengok jer apa abang dia buat.

sekarang saya dah jumpa port baru untuk beli lego murah2. rm10 dapat 5 wehh..
kat Jalan Masjid India. ko turun je stesen masjid india nampak kedai menan kat sebelah kiri.
tapi tokey dia mmg kerek skit laa... lantak ko asal murah.

yg saya kagum dia boleh siap pasang tak sampai 10 minit dengan hanya skali tgk kertas instruction tu. sedangkan saya terkebil2 kejap2 tgk kertas, kejap2 cari part nak pasang...








notakaki: huhuhu... nampaknya camera telefon saya mengalami sakit tenat dah.. blurr abis pic. fon baru plsss


Wednesday, August 10, 2016

RAYA KE-3. BBQ di rumah MIL

sikit je lagi... sikit je lagi... blog ni dah boleh buat pekasam.
 update sesoka hati. citer raya tak abis2 lagi, dah nak masuk raya haji dah pon.
 silap2 entry raya haji 2017 baru ada entry. hahahhaa
woit.. pekasam laa sedap, kena dengan nasi panas2, 
memang diet ko ke launtan hindi laa jawabnya.

ok..ok.. balik ke citer raya pulok. kisahnya raya ke-3 (jumaat) pagi tu kitorang beraya di Machang dulu, rumah sedara belah abah. nak ke machang biasa 45minit je beb,
 tapi penangan raya punya pasal jem melekat2 mengalahkan jalan ampang KL.
 amik ko 2 jam... sudahnya tak sempat nak gi rumah classmate saya, 
sbb lepas kena gi Aeon mall utk topup kambing & ayam utk bbq.

nasib baik BIL saya dah siap2 semua dan dah start bakar kambing & ayam.
jemputan sedara mara & jiran jer pon. tetapi dia punya meriah mengalahkan kenduri kawin. hahahaha... menu adalah, kambing & ayam marinated dengan sos blackpepper, fruits koktel, bihun singapore, kek, agar2. sosej.

oleh kerana family inlaw tak sempat fotoshoot raya so malam tu kitorang berfotoshoot ala2 santai. berkain batik & pelikat je ooii.. happening abis sbb ramai budak2 & baby...
mcm2 ragam & gaya tau anak2 ni...

ohh.. lupa semua adik bradik suami saya lelaki. 6 orang semuanya.. 




sebelum tetamu tiba..





nampak tak gaya pro di situ.







bila saya pegang camera ada gambar seketol pon dah syukur... muka tanpa mekap..




tetamu paling lambat sampai. siap bawa arang & tmpat bakar. sedangkan semua ayam & kambing dah abis bakar pon... sian abg Dan. nasib baik bihun sedap tauuu...

meriah giler masa ni


tetiba saya ada anak 3. si amanda nak jugak bergambar bersama..

fmly salahudin & ateh..

family abang Dan...

family abang Lan.

family Safuan.

family ustaz Hilmi.

Friday, August 5, 2016

Cerita raya tak abis lagi daaa...

Orang lain dah ke mana2... 
mokcik baru terhegeh2 nak update cite raya 1 Syawal yang tak abis lagi ni.
Tahun ni raya pertama di rumah saya, 
memandangkan MIL saya dah takde, so balik umah keluarga saa di Lundang .
 actually rumah saya dengan rumah family suami tak jauh pun. 
dalam 5 km je kot..ke dekat lagi..ihihihi.. 
masa mil ada dulu mmg saya tak kisah mana nak balik umah sapa dulu pun. 

kadang pagi umah MIL, ptg umah parent saya lak.. mcm tu laaa.
takde gaduh2 pasal balik raya bagi kitorang.

tahun ni tema earth color. coklat2 kelabu. mcm tu lah.
sebenarnya suami tak nak buat baju melayu. 
so recycle je laa kaler yg dulu2. 
tak silap kaler ni sebelum kitorang ada anak lagi.. hihihi.
 rayyan je sedikit berbeza. 
payah gak nak cari yg betul2 tepat kaler tu kecuali laa beli sekayu kan. 

baju saya beli kat jalan TAR je skali dengan baju yaya. takde butik2 glamer IG, FB bagai pon.
tahun ni tahun berjimat. so baju boleh pakai berkali2 gi opis. 
takde nak tunggu event grand baru nak pakai.
Sepasang RM95, baju yaya sepasang RM55.

Dok busy ootd raya sampai lupa nak snap gambar hidangan raya yg ma masak pagi tu.. adoii...
hidangan pagi tu nasi hujan panas, ayam masak merah, dalca. 
pastu ada laa rendang, nasi impit..

tahun ni ingat dah boleh gi solat raya, skali yaya bangun lambat. 
orang dah balik solat baru dia terhegeh2 bangun .
 ohh anak dara ku.. laju2 siapkan dia. saya & rayyan mmg dah siap awal.
lps photoshoot kitorang balik ke kg ma di Bachok. 
sana mmg meriah sbb biasanya mesti sedara mara berkumpul kat umah Chek.