Pages

Wednesday, September 21, 2016

Riadah pagi di Taman Tasik Titiwangsa

hi uols.. nak citer aktiviti terbaru kami anak beranak & 
mungkin akan jadi rutin mingguan nanati InsyaAllah...
sabtu lepas kami ke Tasik Titiwangsa. 
wahhh dah lama x riadah sana rupanya 
banyak betul aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga..  
wpun hari2 lalu jalan situ otw balik keje, selama ni hanya jeling2 jer kan.  
sabtu tu mmg puas hati rasa. sronok!!!
seawal pagi lagi saya masak, konon nk berpiknik kat sana.
goreng mee, bawa buah betik & air je..
sampai je terus makan. lapor dah semua...

lepas breakfast buat sedikit senaman panskan badan,
kasi longgar otot2, kang tak pepasal cramp pulak. 
dah laa saya ni dah lama x buat excersize gini.

pastu Faris nak jogging seround tasik tu. si rayyan & yaya konon nak ikot.
tak sampai suku perjalanan patah balik. penat lari dengan ayah katanya. hahaha

lepas jalan2 dengan saya ternampak pulak keta kontrol yg bawa sendri tu.. 
ok bagi can rayyan layan keta tu. RM15 utk setengah sejam.

lepas abis faris jogging tu, kitorang sewa plak beskal ni.
 best sbb 1 famly boleh naik.
2 orang kayuh serentak. weeeee....

kadar sewa beskal ni RM25 utk sejam. boleh laa kannn...
harga berbeza ikut brapa seat yg korang amik tau..
yang saya amik ni 2 seat kayuh dan ada 2 seat utk kanak2.

berenti kat taman bagi diorang main bagi diorang main buai, gelongsor bagai...
sebenarnya penat gak kayuh wehh... 
faris lagi laa sbb nak kontrol beskal tu skali..
sambil berbasikal tu rupanya ada jugak tempat nak naik kuda. 
singgit seround utk kanak2, dewasa rm1.50.
next week boleh laa nk try.. lupa lak nak amik gambar kat kuda tu...

m


jom breakfast dulu


ok. streaching dulu


pilih2 yg mana berkenan

hahh nampak ayah dah kuarkan dompet tu. dia pilih kuning

puas ati bawa keta tempat lapang mcm ni wpun cuaca dah agak panas masa ni


ok, amik gambar dulu sebelum mengayuh beskal

taman mcm ni ada byk kat area ni..
 puas ati main

sampai taman permainan terus mintak eskrim...

Thursday, September 8, 2016

semuanya berubah 100%...

masuk minggu kedua lepas suami saya sakit ari tu.. 
boleh dikatakan menu kami anak beranak bertukar 100%.
 masa mula2  ari tu saya masih lagi kurang pengetahuan
 tentang penyakit yg dia hadapi dan corak pemakanan dia. mmg total dah berubah.

mcm2 kajian dan pos mortem saya buat,
 termasuk laa recall balik tabiat pemakanan dia 2 minggu
 sebelum kena hari tu.
 antaranya dia banyak mkn durian, 
sampai kitorang ke temerloh makan patin tempoyak dan 
dia pula singgah tah apa nama tempat makan durian.
 tp saya bukan penggemar durian.

lepas tu mungkin saya masak agak pedas, ada yg bersambal dan berkari. 
semua ni adalah penyumbang untuk menjadi iktibar orang kata.

kalu nak ikutkan dia bukan lah perokok. 
tapi bila kita sakit bermakna Allah sayang kita kan.. 
dan ini ada satu ujian untuk kita lebih mengingatiNYa.

alhamdulillah,, suami kata lepas dari kejadian tu dia rasa lebih tenang dan lebih rapat denganNya.

untuk 2 bulan ni, menu suami hanyalah bubur. 
so setiap mlm mmg saya masak bubur untuk esoknya bersama sup ayam.

pola minum dia pun dah bertukar.. tiada lagi kopi & teh.
 skrg hanya minum susu omega, susu kambing & oat.
 sesuatu yg dia tidak suka dulu kini menjadi kegemarannya pula....


Monday, September 5, 2016

RESEPI: kek butter marble coklat yg moist & sedap

alkisah semalam tetiba yaya request nak kek. dah lama umi tak buat kek katanya..
dok merengek2 pastu terlelap pulak dia...
sambil google2 resepi kek yg mudah dan sedap tertangkap plak kat satu resepi ni. 
bila semua bahan ada, mmg laju laa kuarkan mixer.
mmg mudah dan sedap.
 saya hanya buat setengah dari adunan asal resepi ni.


 
Resepi asal dari blog zalinzalina
 
125 gram Butter 
125 gram Gula Kastor (boleh kurangkan sukatan kalau tak suka manis..)
 3 biji telur B
1/2 sudu kecik esen vanilla
  1 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk koko(cairkan dengan sedikit air)
 * 125gram Tepung Gandum
 * 1sudu kecik Baking Powder
* kedua-dua bahan ni  ayak 
Mula pukul butter dan gula kastor sampai putih sikit... kemudian masukkan telur satu persatu... masukkan esen vanilla dan susu pekat... kena kaup balikkan adunan untuk nak bagi adunan rata...  last sekali masukkan tepung sikit demi sikit... 
Kalau nak bakar dalam loyang, jangan lupa alas baking paper dalam loyang tu ye...
Cara nak marblekan kek ni, kita bahagikan adunan pada 2 bahagian ...  campurkan 1 bahagian dengan serbuk koko yg dicairkan. sendukkan adunan dalam loyang berselang seli hingga abis. kemudian kita hentakkan loyang sikit bg adunan rata dalam loyang.
  bakar kek ni kalau dalam oven 45 minit pada suhu 180 darjah celcius...

Friday, September 2, 2016

cuti-cuti Cameron Highlands

percutian pendek ni pada 2/8 hingga 4/8. 
plannya nak pegi bulan lepas lagi tp saya bz pulak 
dengan keje2 kat opis so posponed sampai ogos laa..
percutian kali ni mmg amat menjimatkan sebab kami stay kat rumah rehat KWSP.
 yeayyy... penjimatan hampir RM400 jugak laa,
 kalu amik bilik mesti cecah RM400 untuk 2 malam.
so penjimatan tu kita buat shopping. i loike.. hihihi...

kali terakhir datang Cameron Highlands ni entry SINI.
 masa ni saya tengah sarat pregnen yaya.
pegi dulu  rayyan masih baby lg,  
skrg umur 4& 5 tahun baru syok bawa bdk2 ni berjalan.. 
mcm2 dia tanya, mcm2 dia nak... hahahaha..

hari jumaat saya amik half day. pegi 1 mlm x best,
 kena amik 2 malam baru syokkk kan.
masa ni mmg 50-50 nak pegi sebab asben pun baru baik dari sakit. entry SINI.
iyer laa baru bg sangat kan.. 
tp dia tetap bersemangat nak pegi,
 saya kata kalu x larat drive saya boleh gantikan. 
tapi idok pong..

kali ni mmg rasa enjoy sangat2., rasa lebih tenang.  
maklum laa suhu 12'c. 
walaupun dah tak sejuk mcm dulu2 tapi setap sejuk jugak.
 malam2 berselimut, berstokin jugak tido tanpa kipas & ekon. 

sempai shopping stoberi, stokin, sarung tangan, 
topi utk budak2 tu dan jugak baju bundle winter coat untuk  saya dan suami.
 lepas ni ada perancangan utk bercuti jauh skit InsyaAllah.
 so beli kat Cameron murah wehh...
bundle jer... kalu beli yg baru mau RM400-500.
 oohh pembaziran sangat kan.

mula2 sampai ada tempat baru... alaa lupa nama tempat ni. ada funfair. 
kitorang stop sini siap diner terus.

ada pulak robot transformers. hepi laa 2 bradik ni. siap bercakap lg TF tu..

dinner di Old Town.

perkarangan rumah rehat KWSP ada taman. 

day 2, enjoy nak naik ladang teh BOH, jalan2 di KEA Farm & ladang lavender...






saya & yaya je masuk ladang lavender. rayyan tido dlm keta.

perkarangan rumah rehat KWSP

pokok ros yg ditanam di depan rumah rehat subur & lebat berbunga. 



dalam lavender farm ada gak pokok daisy ni. kalu nak petik RM2 sebatang. 
x kuasa ahh.. amik gambar cukup.

cantik. percubaan buat bokeh. masih lg x reti.. hihihi

ada uncle india tlg snap kan gambar saya..

sangat cantik & colorful daisy... yaya asyik gaya peace jer..

nak sangat bergambar dengan minion ni

di ladang teh BOH, saujana mata memandang. nakk pegi lagiiii....


tapi bdk2 ni bosan wehhh... asyik tgk pokok jer...


tgk yaya tu nak tiru gaya saya.. hahaha.. like mother like doter sungguh.


stoberi & cameron tak boleh dipisahkan

aiskerim lavender rm8 satu..

Thursday, September 1, 2016

bila Faris sakit...

pada 22/8/2016 kami balik kerja seperti biasa dan menjalani rutin harian hari kerja. malamnya suami menyuarakan untuk ke klinik. pada raut wajahnya mmg nampak ada ketidakselesaan di situ. dan saya bertanya boleh ke drive sendri? kalu nak pegi klinik baik cepat nnt kul 10 klinik tutup. walaupun ada klinik 24 jan dia lebih selesa dengan satu klinik tu ...[alaaa... lupa plak nama klinik tu]

lebih kurang 10.30 dia balik. saya dan anak2 dah siap nak tido. tetiba kul 11 lebih dia nak ke klinik lagi.. terus rasa cuak. kenapa??? dan saya dapatkan dia mmg tidak selesa sangat.

ok. dia terus ke klinik MediPrima di Sri Gombak.. tapi dia tidak tido di bilik lepas balik di klinik. hanya lepak kat bawah. lebih kurang pukul 2.30am skali lagi dia kejutkan saya nak ke hospital. bingkas saya bangun. berkali2 saya tanya samada boleh atau tidak dia drive dengan keadaan mcm tu. saya packing sepersalinan pakaian, incase kalu warded. 

kul 5.00 pagi dia call saya minta bukakan pintu. ward penuh katanya. 
dia dah buat appointment dengan doktor kul 9.00. 
pagi tu nampak dia tido sangat lena. pukul 8 lebih saya kejutkan dia untuk ke hospital.

selepas jumpa doktor pakar [saya di opis masa ni] baru lah doktor bagi ubat untuk fliush segala isi dalam perut untuk lakukan proses untrasound, kolonoskopi & skoop. 
seram sejuk saya mendengar bila doktor bertanyakan history family yg ada penyakit kronik mcm kanser, ulser, radang usus dll.  mcm2 benda terlintas masa tu.
 mmg tak terjangkau nak pikir.

malam tu suami nak tido di hall bawah. 
so saya dan anak2 pun turut tido kat bawah jugak. bagi sokongan kat dia.
 sebab dia akan berulang alik ke toilet... 
sebelum2 ni pun kalau salah sorang anak2 sakit, kitorang mesti tido bawah. 

esoknya saya meneruskan rutin seperti biasa, hantar yaya & rayyan kt sekolah & BS. 
kul 11 pagi saya keluar semula untuk ke hospital menjenguk Faris.  
masa tu dia baru lepas selesai buat segala rawatan.
alhamdulillah... mamai2 je dia tengok saya masa tu. 
ubat bius masih kuat. masa tu laa saya sempat selfie. hihihi...

tak sempat borak lama sebab keadaan dia masih lemah disebabkan ubat bius.
 kul 12.30 saya balik semula ke opis. 
dan saya minta kebenaran untuk balik awal untuk amik faris di hospital.

hasil penjelasan doktor mengatakan faris hanya mengalami sakit gastrik yg teruk & kronik sahaja. alhamdulillah sgt2. rasa lega dahh... 

lepas ni perlu jaga makan & jaga kesihatan... 
mungkin silap saya juga kerana tidak menjaga makan dia sejak akhir2 tu...