Pages

Friday, December 23, 2016

Saving envelop 2017

alhamdulillah... tahun depan [2017] tahun kedua saya mencuba kaedah ini. 
bila ada perancangan mcm ni financial saya jadi smooth sgt2. 
 tiap2 bulan terus masuk envelop.

sebenarnya setiap envelop tu ada due date tersendiri. 
mcm roadtax+insuran due date dia disember 2017.
 jadi bila tiba masa saving utk bayaran berkenaan dah tersedia. 
gitu gak utk envelop2 lain.. mcm raya, besday suami & haji utk ma & abah.
 masing2 ada due datenya.
 mcm raya tu saya just sediakan saving tuk duit raya anak2 buah & saudara.
 baju raya anak-anak pulak saya akan beli dari january lagi [bln depan] sorang sepasang. setiap bulan beli. so bila april tu semua perihal baju raya settle.
 tak payah nak tunggu bonus bagai kan. duit bonus kita invest tempat lain.

kenapa saya guna cara ni?? sebab saya bukan orang kaya yg ada duit sedebuk boleh kuarkan bila nak guna.
setakat ni  kaedah yg saya lakukan ni sangat2 efektif. 
iyer laa setiap org ada cara tersendiri untuk buat saving kan. 
ada yg suka main kutu, ada yg suka tunggu dapat bonus.. masing2 punya cara kan...

Insyaallah bila time haji nnt saya da boleh bagi ma & abah saya RM800. 
besday suami pun penting wooo..
kalu tak mmg tak mampu laa saya nk kuarkan 400-500 untuk beli hadiah dia.
 ni penting sbb dia dh bagi kita mcm2, so masa ni laa nk reward dia pulak kan...

satu je..kalu korang menyimpan mcm saya ni mmg kena istiqamah, hati mau kental.. setiap bulan wajib masuk dalam envelop.. tak boleh tarik2... tak boleh miss... InsyaAllah bila tiba duedate dia mmg dah siap ada duit utk tujuan tersebut.

cara ni juga saya guna kalau ada aim nak beli sesuatu mcm laptop,
 henpon dan benda2 lain.      
 target 4-5 bulan bergantung kepada harga barangan berkenaan nnt dapat lah saya beli. yeayyy... tak payah bayar instalment bagai guna kad kredit tu. 
dulu saya penah guna kaedah ni masa nak beli camera DSLR saya dulu. 
harga kamera tu dalam 3k++.  selepas beberapa bulan suami saya tambah jumlah yang tak cukup tu. alhamdulillah...

korang boleh laa try kaedah saya ni...

Tuesday, December 20, 2016

BOCOR SAMPAI KENA PECAH KITCHEN KABINET...

sebenarnya saya perasan bocor tu dah lama...
 dalam 3 minggu lepas, tapi takde laa kronik.
 air menitik pun x nampak, kira boleh lap dgn tisu dapo camtu jer.. 
lagi pun basah tu ke arah dapo kering.
minggu lepas selepas balik kg, 
keadaan makin teruk sehingga air meleleh bawah kitchen cabinet menuju ke ruang tamu dahh..
cuak laa jugak kan... 
buatnya mereput abis laa kitchen kabinet tu.

kitchen cabinet tu mmg asal ada dari tuan rumah terdahulu. 
mmg sayang lagi sbb keadaan masih elok walaupun dah old pesen.. 
saya pasrah je masa mula2 duduk dulu, 
walaupun jiwa nk nak sangat yg pesen moden dan terkini kan.. 
takpe laa boleh jimat duit. kalu buat baru mau belas2 riban jugakkan.

bila dah jadi mcm ni hati dah sedikit berbunga sebab boleh laa tukar kabinet baru kan... ehh tapi xde laa tukar semua takat yg bocor.
 kenapa sampai kena pecahkan kabinet pulak?? 
sebabnya batang paip tu tertanam dalam dinding kat sinki kabinet tu.

pagi sabtu lepas dah kena punggah segala barang, pinggan mangkuk dalan kabinet tu..
terkojut asben saya tengok punya laa banyak pinggan mangkuk dalam tu. siap warning saya jgn beli pinggan lagi. padahal semua tu hadiah kawin dulu. saya hanya 1 beli  set je pinggan jenama Luminarc.

walaupun hanya renovation kecil tapi dia punya sepah dan habuk tu ya Allah.
kebetulan pulak insiden tu masa Selangor takde air. mmg hazab laa jugak kan..
mmg saya tak bagi pun anak masuk dapo apatah lagi dok kat living hall.
makan/tengok tv semua kat masterbedroom. tambahan lagi  rayyan mmg ada resung yg teruk.

bila dah siap sepenuhnya nnt saya share yer...


 nampak tak air sampai dah penghujung kabinet. saya letak kertas suratkhabar & kain mmg kuyup kt situ..

 keadaan kabinet selepas dipecahkan...air meleleh ke bawah peti sejuk hingga ke penghujung kabinet.


 barang yang oder dah sampai.


setelah siap table top...

Wednesday, December 7, 2016

TIPS dan kos ke Tokyo

ramai yg pm/watsapp saya tanya berapa kos saya abis semasa bercuti ke Tokyo bulan lepas.
saperti saya bgtau dalam entry Tokyo sebelum ni, 
saya mengikuti bersama group bajet ke Tokyo.
kos perhead adalah RM2990 seorang termasuk anak2 saya yang berumur 4 & 5 tahun.
jadi total semua ada RM11,960.00 termasuk tiket flight AA, 
makan inflight, luggage, lunch & dinner sepanjang di Tokyo,
 hotel & pengangkutan sepanjang di Tokyo. 
 harga tersebut tidak termasuk tiket ke Disneyland sebanyak RM960. 

oleh kerana semua dah all in [tidak termasuk tiket Disneyland] 
saya hanya membawa duit poket RM4000 sahaja.
 jadi hanya ada RM3030 utk shopping sepanjang di Japan. 
duit Yen mmg mahal, sape yg suka shopping tu bawa duit dan tukar siap2 kat Malaysia. [seketul FM berharga RM20 ye bukan mcm kt Indon FM 4 ketul RM10.]

oleh kerana sukar untuk mendapatkan makanan halal di Jepun,
 korang di alu-alukan untuk membawa makanan segera mcm nasi Brahims, sardin, kari dalam tin, roti, biskut dan minuman 3 in 1.
 saya siap bawa beras. 
jangan bimbang kastam di Jepun tak strict sangat pasal makanan.

semasa berjalan di sana bawa biskut & roti sebagai jajan untuk anak2 sebab bila pergi musim sejuk [walaupun saya pergi masa autumn] 
suhu adalah sangat sejuk hingga mencapai 3'c semasa di Disneyland. bila cuaca sejuk anak2 cepat lapar. bawa jugak coklat utk mereka. saya x beli coklat kt sana sebab was-was.
topi & sarung tangan wajib.

prepare awal2 pakaian yang sesuai mengikut musim. 
dinasihatkan beli baju long sleeve tuttle neck untuk anak2 disamping sweater tebal. 
bawa stokin lebih.  lagi bagus stokin ditukar setiap hari & juga stokin untuk pakai pada waktu tido.[stokin utk tido bawa sepasang pn dh cukup]

jangan lupa lipbalm. yaya masa di Disneyland merekah & pecah2 bibir.
 [dah pakaikan lip balm tp dia tak suka].
ubat-ubatan basic jgn lupa bawa mcm ubat demam, 
selsema dan sebagainya mengikut keperluan.

kalu boleh standby bawa baju hujan lagi bagus sebab payung kat sana RM50 sekaki.
lebur RM100 sebab beli payung kat sana. tapi gagahkan jugak bawa balik 2 payung sebab sayang. mahal ooii payung.

sila klik link di bawah untuk entry di Jepun



Tuesday, December 6, 2016

hello Disember

sekejapnya masa berlalu... dah masuk Disember pun. tak sampai lg sebulan dah masuk 2017. xoxoxo...
rasa macam baru jer tulis azam dan wishlist 2016 kat blog ni.. 

tup..tup.. dah nak masuk 2017.  banyaknya perkara suka duka sepanjang 2016 ni.
kehilangan mak mertua pada Mac, 
skali lg kehilangan sahabat alam maya kak intan Kamariah pada May.

berjaya turun berat badan ke 50kg.. 
dan yg agak penting jugak tahun ni tahun akhir saya 30an.. 
tahun depan dah masuk 4 series tau... ahaksss... 
harap maintain vogue dan iman pun makin bertambah seriring usia. 

ohh... tahun depan 2-2 anak dah bersekolah. walaupun tadika tapi rasa omg... 
dah besar rayyan & yaya. harap 2-2 membesar menjadi anak yg soleh & solehah...

harap tahun 2017 nanti saya makin gigih berbento utk anak2, suami dan saya sendiri.

ada wishlist 2017 nnt saya update lagi. ngeeee...