Pages

Tuesday, April 25, 2017

Fateen Azzahra 5 tahun

13/4/2017 genap 5 tahun Fateen Azzahra. 
Ya Allah cepat nya masa berlalu. Dah 5 tahun pun usianya. 
Suka berceloteh, suka menyakat, suka bergurau, 
bukan jenis yg cepat moody dan yaya seorang yg sangat ceria. 
Pernah suami tergelak masa solat gara2 celotehnya..

Seperti biasa hanya sambutan ringkas family kecik kami. 
Oleh sbb birthday dia jatuh hari kerja, maka pizza je laa jadi menu.
 Dengan kek sebijik pun dah hepi dia bila dapat nyanyi sama2. Dan potong kek.

Semoga yaya menjadi anak yang soleh, sentiasa dengar cakap umi & ayah, belajar bersungguh2 dan tak nak gaduh2 dengan abang selalu. Umi ,ayah & abang saying yaya.
Weekend berikutnya saya ada buat kenduri kesyukuran ulangtahun rayyan & yaya.

 Nnt saya update kemudian. Kenduri kecil2an hanya dihadiri , jiran, keluarga terdekat, kawan setaman dan Jemaah masjid sahaja..

kek bitrhday beli di kedai Pistachio cake. buat syarat je.. 
mana makan sgt pun RM26.

 semoga jadi anak yg solehah

 menu ringkas dari dominos pizza. tunggu azan baru boleh makan sbb suami puasa..


 semoga rapat mcm ni selalu

hepinya


Thursday, April 20, 2017

behind the scene: kerja kawin adik


citer ni hampir sebulan yang lalu masa kenduri kawin adik saya Ijah..
kenduri dia mmg simple je. katering nasi kukus ayam goreng berempah dengan tambahan lalauk kambing masak kurma dan beberapa jenis kuih muih sanggupal, creampuff, muffin, kek cendol, akok,tapai... tapi meriah.

masa tu cuaca kt kb panas ceng2 orang kata. anak2 pula bila balik kb mmg jadi jakunzi skit. berlari depan ke belakang. masuk pintu depan kuar ikut dapo. pffttt.. letih tgk diorang
sudahnya masa hari kenduri yaya demam. adoii... konon jd flower girl.

saya pun nak vogue jugak terus call mak mimi datang mekap. lite2 je tp meletop laa jugak.yer laa mana leh lebih dari pengantin dok..

jom layan gambar di belakang tabir...

mekap dari mak mimi yg gojes

ni laa rupa pengantin


ahli gojes di kota bharu. amalini yg tengah sarat mengandung.. gojes ada di mana2 tau

flower girl yg pancit. demam 

kerja2 touch up akhir oleh adik dan suami. bidan terjun diorang ni..


abah sendiri yg sembelih kambing.... anak2 sedih sebab kambing dah takde..

bekerjasama ma & abah bersih dan siang kambing...



Wednesday, April 19, 2017

Kek minyak lagi..kali ke berapa puluh ntah...

Salam.. makin sendu jer blog. harap2 tak tenggelam terus.
citer buat kek minyak ni tak tahu bila punya tah. tapi buat kek ni dah berpuluh kali kot.
sebulan ada laa 2 kali. kalau mcm dah tak tau nak buat aktiviti apa dengan anak2 
jom kita buat kek minyak.
buat kek ni tak risau kek bantat ke,.. keras ke.. lembik ke.. sebab buat kek ni confirm menjadi punya
anak2 pun seronok sebab diorang boleh berkreatif ikut suka diorang.
sambil main kaler2, buat corak2. yer betul ni serius...

saya tepek lagi resepi kat sini.. kot2 korang malas nak search kan...

KEK MINYAK

BAHAN2
  
5 biji telur 
3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder 
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate 
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
1 sudu teh esen vanila 
Pewarna-sukati nak letak kaler apa

CARA2

Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
Dalam mixer  Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
Masukkan susu pekat dan esen vanila dan  pukul sebati
Masukkan minyak masak  sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. 
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian.
Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
pastikan pengukus panas dulu dan kukus selama 40 minit.
Lepas 40 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah masak sempurna. 
nampak tak betapa hepinya diorang bila dapat explore kaler2 ni

comot2 meja lps buat keje mmg biasa... takpe nnt kita lap

ni hasilnya selepas dikukus

selepas diterbalikkan dah mcm rupa gown anzalna pulak...
makan masa tengah suam2 dengan air teh o mmg sedap oooiii...

Wednesday, April 12, 2017

resepi: kerutub ayam

Lama tak share resepi. blog pun dah makin sendu.
disebabkan ada permintaan ayam kerutub maka saya share kat sini resepinya.
senang je mcm buat kari ayam jer.boleh mkn dengan nasi dan jugak roti.
kalau makan dengan nasi tomato, nasi minyak, nasi ujan panas mmg walllaaaa...

saya guna rempah kerutub ayam dari kelantan. yg adabi pun ada jugak.




BAHAN-BAHAN

½ ekor ayam- potong sederhana
Rempah 4 sekawan
3 hiris lengkuas*
2 batang serai- ketuk
½ inci halia*
3 biji Bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih *
1 paket kecil rempah kerutub- jadikan pes
Santan pekat secawan (200 ml)
2 sudu besar kerisik
Gula,garam, perasa(saya x letak) secukup rasa
½ sudu kecil Pes asam jawa

CARA-CARA
1)      Blend/tumbuk bahan yang bertanda *
2)      Tumis bahan blend hinga wangi dan masukkan serai yg diketuk,  pes rempah kerutub        dan tumis hingga pecah minyak.
3)      Masukkan ayam, santan. Biarkan ayam mendidih dan kecut.
4)      Masukkan kerisik, garam,gula & pes asam jawa.
5)       Kalu nak lebih kuah masukkan sedikit air.
6)      Biarkan mendidih seketika dan tutup api.