Pages

Wednesday, August 15, 2018

Teaser yg dah basi: cerita deco2 Seasons Garden

cerita deko rumah baru kami nnt saya upload gambar before & after yer.
kasi panas, lap2 habuk & sawang dulu kat blog. nasib ingat lagi password.. dah nape suam2 kuku plak dah blog ni. tapi kena simpan gambar2 kenangan ni, penuh tahap maksimum dah hp cap ayam tu.. ok byeee...


nampak KLCC tak di situ...

RESEPI: Nasi ayam madu yang sedap

 Nasi ayam adalah paling ringkas, cepat dan lengkap untuk dimakan bersama keluarga, selain menjadi kegemaran anak-anak saya dan tidak jemu untuk dimakan. nasi ayam yang sedap mestilah berasa nasinya, sambal cili sedap dan lengkap rasa halianya. dan kicapnya ada sedikit rasa minyak bijan. jom cuba nasi ayam versi saya:

Ayam:
1 ekor ayam
2 inci halia
4 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang merah

Bahan perap:
1 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar dalam 30 minit. 

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan sejatkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
Nota:
Ayam jangan dipotong terlalu kecil, cukup potong 2 atau 4 je. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. 
Saya lebih suka goreng dari dipanggang. sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.


Nasi Ayam:
2 sudu besar mentega 
Ketulan lemak ayam - untuk lebih rasa ayam
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 pot beras
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave). kalau takde abaikan.
1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker. 

Di dalam kuali masukkan mentega dan minyak ayam), tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. 

Sambal Cili
5 tangkai cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia - saya tambah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam atau secukup rasa 
1 sudu kecil gula atau secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah

Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  


Sambal Kicap
Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Sesuaikan rasa garam, gula dan beberapa titik minyak bijan. Angkat.


Kuah Sup

Garam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam dimasak semula, garam.

Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.