Thursday, December 5, 2013

random photo: gelagat si rayyan

selain dari otomen, saya jugak suka main masak-masak....


conpius aku, lately si rayyan ni suka naw main masak2, pastu dipaksanya kami "menikmati" makanan dan minuman yg dia "sediakan".....

Wednesday, December 4, 2013

resepi: sardin puff

blog aku dah rupa blog masak2 jek akhir2 ni, asyik buh resepi jek. bajet chef sgt. hahaha...
tapi uols jgn terkejut sbb bila aku buh resepi semua stok cepat, senang dan mudah. sesuai utk mak2 yg bekerja mcm aku.

ok, kali ni jom buat sardin puff. takyah pikir nak buat pastry bagai ooii... beli pastry yg dah siap kat pasaraya jek. pastu simpan dlm esbok, bila2 nnt leh buat lagi, yer la takat 2 ketol perut aku dgn cik somi. rayyan & yaya tak mkn menda alah ni...
lagi satu korang boleh pelbagaikan filling dia. nak buh tuna ke, filling ayam ke, telur hancur pon boleh.
korang kreatif.....

sblm ni aku penah buat, korang search kt sblh yer, blog aku mcm meragam plak xleh buh link.


aku tepek skali lagi resepi:
1.  1 paket puff pastry square mcm gambar kat bawah. beli kat pasaraya
2.  sardin yg dh siap untuk buh dlm pastry tu. maknanya korang masak la ikut resepi korang
mcm nak buat sandwich tu.
3. ambil sekeping puff pastry, gelek bagi lebar skit.
4.  letak inti sardin, kendian tekan2 tepi puff dgn garfu. kelar2 bahagian atas puff.
5. sapu telur kat atas puff sblm bakar..
6. dah bole wat minum petang.. ngeeeee
kalu tetiba ada tetamu nak datang umah tak payah menggelabah ok. boleh buat puff ni.

sumber google

Tuesday, December 3, 2013

Kedai Baju Kurung Murah..

sejak aku masukkan n3 baju kurung murah, ramai dok tanya kat mana kedai tu.
sorry la uols, terlambat skit aku buat n3 tentang lokasi tempat tu. bukan kedek ke hape..
skrg masa untuk berblogging mmg limit.

tak nak celoteh panjang2, kat area jalan TAR, jln masjid India tu kan..
ada public toilet kt jalan TAR tu. pastu ada trafik light untuk lintas jalan. korang paham tak?
korang lintas jalan straight masuk lorong cam gambar kat bawah, sampai penghujung lorong tu nampak kedai pakaian N.R.

haaaa... tu la kedainya...

dari depan kedai tu leh nampak bangunan kwsp. setiap ari aku jalan sampai opis tu la..
aku takde share pun ngn kedai tu just nak kongsi dgn korang je.
aku suka kain dia best, nak gosok senang, yaya dok atas riba kain tak pecah...
pastu murah giler... RM50 jek. saiz sampai XXL.

aku jenis boring pakai baju ulang2 gi opis, dapat yg murah rembat laa...
aku dah ada 4 pasang kot baju kurung yg beli kt sini.

kat kedai lain ada gak tp mahal ooii... RM69 sepasang. dekat RM20 beza. kalu tanya tuan kedai, kalu beli borong pun rege tu jugakkk...



aku dah ada baju merah/hitam yg kat patung tu. hari2 lalu mata tajam je nengok....

Monday, December 2, 2013

Tempat wajib untuk 2 beradik ni...

setiap bulan at least 2 kali aku akan pastikan 2 beradik ni menziarahi kedai buku. selain gi playground, kidzoona. aku suka datang sini sebagai aktiviti mingguan bersama derang. aku paling suka kedai buku Popular  sebab buku kanak2 di letak para rendah. jadi rayyan lebih mudah nak tengok dan belek2 buku kat situ. kali ni di KL Festival City.

kadang2 aku takde la beli apa pun, sekadar bawa diorg tengok2 buku je. kalu ada yg sesuai aku beli.

mcm semalam rayyan gigih dok belek buku dinosaur. aku tak tau nape lately dia suka sgt buku2 dinosour. atau mungkin gak pengaruh ultraman- aku rasa-.

lama gak dia dok belek selai2 buku dinosour tu, tapi takde plak dia merengek minta aku belikan. pusing2 kat bahagian buku lain, buku dino tu jugak dia dok belek2.

aku tengok rege RM200++ bebb.. bukan aku tak nak beli tp belum sesuai kot. kang sampai umah dia main koyak2 jer. nangis aku nanti... sobsobsob...

pusing2 dalam Popular tu jumpa satu set menan dinosaur rege RM19.90. rayyan terus amik dan bawa ke konter untuk bayar.

bukan la aku memaksa derang. tp cuba nak terapkan amalan baca buku seawal mungkin. biar la seimbang belikan diorg menan, buku pun kena baca jugak, ikut peringkat umur diorang. wpun derang mmg tak paham pape pon.
skrg nampak dia dah pandai, kalu amik sesuatu barang, mesti bawa ke konter untuk bayar.
takpe rayyan, nnt bila dah besar ummi belikan buku dinosaur tu.

pastu jalan2 jap Parkson belikan baju tido untuk Yaya. ingat nak lepak2 minum tapi yaya tak keruan.
otw balik singgah gak di McD minum2 sambil layan budak2 ni.


suka gi Popular sbb para buku utk kanak2 dia rendah camni. rayyan boleh amik mana2 buku yg dia berkenan...
teruja bila nampak buku dinosaur. aku syak pengaruh ultraman kot...
selai2 dibeleknya. mcm menarik sgt buku tu. tp rege RM200++. telan aie liur aku nak beli..
last skali aku belikan je menan dinosaur.  belum sempat sampai umah dah buka dalam keta...

main sama2 dengan yaya dalam keta. nasib baik ada banyak, takde la berebut... Rayyan kedekut tau menan dia.
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015