Pages

Tuesday, August 28, 2012

kisah raya kami sekeluarga- part 1


Assalamualaikum,
Rasanya belum lagi terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam seluruh dunia, walau di mana saja berada.
Walau sehebat mana pun perancangan kita, kalau tidak diizinNya.. maka kita haruslah redha dengan ketentuannya...

Hmm.. perancangan awal untuk pulang berhari raya di kampong selepas subuh, tapi dengan anak kecik, sudahnya pukul lapan jugak kami gerak. Yang penting memang kenakan utamakan keperluan anak dan siapkan diorang dulu. Bukan senang nak berjalan jauh dengan 2 orang anak yang masih kecil. Rayyan, aku dah siapkan bekalan untuk dia, biskut, keropok, nasi dan sebagainya.toys dan suami pula uploadkan beberapa video kegemaran dia di hp, Upin Ipin. (belum mampu lagi kali utk beli gajet ipad  utk dia) semua tu untuk menghilangkan bosan dia berada lama dlm kereta dan untuk melekakan si rayyan.
 keadaan budak2 dalam keta. letak bantal & toto bagi sama rata dgn seat.
Belum pun masuk tol Gombak, keta dah bersusun-susun. Parahh..dari situ dah nampak kereta sangat banyak menuju ke Pantai Timur.perhitungan kami silap rupanya, ingatkan kerata dah beransur kurang sebab pulang pada Khamis dan Jumaat. Rupanya masih lagi bertali arus, masing-masing ingin pulang berhari raya di kampong.  Masa tu Zara dah mula tidak selesa, mula merengek dan serba tidak kena. Memang dia agak susah sikit untuk di bawa berjalan, apatah lagi nak jalan jauh. Akhirnya aku Berjaya juga tidurkan Zara selepas berbagai jampi serapah aku gunakan. Rayyan pulak leka dengan Upin Ipin nya.
 rayyan je tido. zara? takde maknanya nak tido tanpa buai...lenguh lengan aku jd buai utk zara.

Perjalanan dari Gombak hingga ke tol Karak mengambil masa 2 jam!!! Suami aku buat keputusan untuk balik melalui Terengganu. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai di rumah mertua sebelum buka puasa 6.30. Dalam perjalanan cuaca amat panas dan kami berhenti  beberapa kali untuk solat, tukar diapers dan buat susu.
Sampai saja aku terus, mandikan,siapkan susu Rayyan. Aku mcm biasa, bila semua yang lain dah makan, baru la berpeluang untuk buka puasa. Hidangan ayam percik dan dalca Kelantan sangt membuka selera aku ditambah pula dengan air tebu dan air kelapa, rasa nyaman je lalu kat tekak setelah seharian berada dalam kereta dengan cuaca yg panas. Masa ni aku berbuka sorang sbb suami pula ambil alih jaga anak.
Malamnya aku tertido awal kerana kepenatan. Penat dalam kereta melayan karenah anak2. Niat nak membantu mertua untuk persiapan raya tak kesampaian. Tapi nasib baik adik2 ipar rajin menolong Ma. Semua diorang siapkan. Selepas Isya aku teus tidokan anak2 sambil aku sekali tertido dan tersedar bila azan subuh berkumandang dan takbir raya bergema. Oohh.. betapa syahdunya.
Tahun ini aku tidak dapat menunaikan solat hari raya seperti sebelumnya kerana menjaga anak2. Selepas suami dan Ma ke masjid, aku siapkan budak 2 orang tu dan aku skali bersiap.
Menu wajib kat rumah mertua aku biasanya kuzi ayam dengan roti jala, ketupat dan lain2.
Setelah suami dan Ma pulang dari masjid masing2 bersalam memohon ampun dan maaf. Selepas tu aku dan suami ke rumah keluarga aku pula. Mujurlah jarak rumah keluarga sana dan suami tak jauh. Boleh ulang alik kalu tertinggal pape. Sonang!!

 alaaa.. apsal Zara pandang Rayyan plak...

 susah betul nak amik gambar ni tau. ada aje aksi2 si rayyan nie. grrrr

  gambar berdua mesti ada. takde yg dua ni, takde ketiga dan keempat.


Kat rumah keluarga aku, semua dah menunggu nak tengok Zara yang dah masuk 4 bulan lebih.
 seronok semua dok kerumun zara. nampak tak gelang zara yang comei??


Berebut2 nak dukung, agah Zara yang dah boleh gelak bila diagah. Terkekek2 ketawa. Tokma pula bagi present gelang yang sangat comel kt Zara. Tima kasih!! Kali ni ma buat nasi tomato, dalca, ayam masak merah acar dan sambal sebagai hidangan pagi raya dengan dibantu oleh dayang2(adik aku la tuh). Acara bergambar mmg wajib di pagi raya tapi tahun ni aku tak berpeluang untuk snap banyak gambar memandangkan Rayyan juga amat berminat nak pegang camera. Tghari tu semua ke Bachok menziarahi sanak saudara di sana. Aku pula dok aje kat umah dna tidokan zara. Suami pula tidokan rayyan dalam bilik.
Masa Zara tido, baru la aku ada peluang untuk menyiapkan mini blueberry muffin untuk mertua. Percaya tak Zara tido sebelum zohor dan bangun selepas asar!!! Lama giler tido. Mungkin qadha tido semalam yg seharian dlm keta. Lagipun Zara tido mmg kena berbuai.aku dh siap bawak net, spring dan aksesori buai tu.
Sebaik Zara bangun, muffin pun dh siap dan kami terus ke Bunut Payong semula, berhari raya dengan keluarga dan saudara mara mertua pula.

 mini blueberry muffin untuk keluarga Bunut Payong...




Raya-2, masih lagi di rumah keluarga mertua, Ma menyediakan nasi dagang dgn gulai ikan tongkol dan gulai udang sebagai juadah. Seperti biasa tetamu tidak putus2. Sedihnya aku tidak berkesempatan untuk bersalam dan berjumpa dengan sanak saudara sebab dok dalam bilik je melayan Zara, grrrrr.... Rayyan pulak tak kisah pun dgn sapa2 pun. Dia mmg suka bersosial dan berkawan lagi2 kalu ada yang melayan dia. Zara pulak agak cengeng skit, tak suka orang ramai2. Sebab tu la aku stay dalam bilik je.
Raya ke-3 balik ke rumah keluarga aku semula di Lundang. Suami pula ada urusan dan terpaksa ke Pasir Puteh. Tinggallah aku dengan anak2, nasib baik adik2 aku ada boleh jugak melayan Rayyan main kat rumah Tokma. Tambah2 lagi rumah keluarga aku ada kucing, mmg suka sangat Rayyan melayan kucing2 tokma, tapi risau jugak sbb Rayyan allergi dgn bulu kucing. Aku suruh adik monitor je rayyan, jgn bagi dia cium kucing dan tarik2 badan kucing tu. Si Rayyan mmg pencinta haiwan.

 Si pencinta haiwan

 kucin-kucing tu pulak ikut aje bila rayyan jalan gi mana2.



Petang tu aku& anak2 Ma & abah pergi beraya di Bachok di rumah saudara di sana. Beberapa buah kami singgah kemudian ke Pantai Irama. Rayyan sebelum ni yang tak pernak aku bawa ke pantai begitu excited bermain air laut dan pasir di pantai, tambah pulak orang sangat ramai, budak2 pun ramai.hingga abah terpaksa handle dia main air kt laut. Seronok sangat rayyan aku tengok.

 seronok tgk layang2
 Ma & Zara. cian ma dok pegang kasut aku.hihihi

 1st time datang pantai


 asyik baling2 pasir je. abis kena kepala dan aku skali. excited abis budak ni.

 merenung masa depan kot...

 nasib baik abah ada bole handle rayyan. masa ni dah buka seluar... setapak... setapak ... kedepan.

 haaaa....

2 comments:

  1. hew hew ketip la idea letak toto n bantal kasi seat samaa rata. gud gud ;)

    ReplyDelete
  2. dd; tu je cara nak bagi diorg dapat tido selesa.

    ReplyDelete