Pages

Tuesday, September 18, 2012

Cuti sempena hari Malaysia yang lepas

assalamualaikum...

Sabtu & Ahad cuti aku dan keluarga bersantai bermalas-malasan kat rumah memandangkan Rayyan baru saja baik dari demam ari tu. tapi aku takde ke maknanya bersantai sangat... berderet-deret tugasan kat rumah menanti. dengan nak basuh cadar, selimut, toto(antar dobi) dan sarung bantal penangan Rayyan muntah masa dia demam ari tu. masalahnya nak basuh tu banyak tapiiii tempat nak sidai tu x cukup. iyer laaa cadar dh makan ruang, selimut lagi... pastu baju bajan lagi... haishhhh. mmg dah mcm kedai dobi betul. nasib baik cuti 3 ari, bertrip-trip aku basuh kain.

dah masuk hari ke-3 cuti(isnin) kepala hotak dah macam weng-weng... maunya tak berkurung je dalam rumah. ingat nak kuar jugak ahad tu kejap tapiiii asal nak kuar je si zara tido, zara bangun rayyan pulak tido.  ok, dah ready ni dua dua dah bangun, siap nak kuar rumah rayyan pulak berak.... adussss... dh siap nak kuar balik semula zara pulak nak tido. tu la masalahnya aku malas nak ke mana2. lg pun zara mmg tak suka berjalan, bila dia nak tido kena kat tempat. xleh dalam keta, xleh dlm stroller mcm rayyan dulu.

 layan budak baru lepas demam ni main game kt carrefour

 naik musical car plak.

 last-last tinggal zara rumah acik, kami bertiga kuar. xde la gi mana pon, just bawa rayyan jln2 hilang boring sambil stok groceries kat carrefour jer... aku lak ajak cik somi gi makan mee udang kat restoren Mak Jah. ni penangan INA yang dok menayang mee udang kat taiping. sebenarnya masa pregnen zara dulu lagi aku teringin nak makan mee udang, sudahnya zara 5 bulan baru aku dapat makan. sampai skrg dok meleleh air liur zara nak makan mee udang. ekekeek... zara ke aku yang nak makan sebenarnya....


 ada lebih kurang 7 ekor udang harimau dalam mee udang special ni.


 
 restoran mee udang mak ni terletak kat wangsa walk. pusing2 je area wangsa walk tu mesti jumpa.



apa kes cik suami minum air tembikai sampai teretido ni. ekekekek...

 
 segelas kongsi 2 beranak.

wahhh.. senyum je suami kita nie, mentang-mentang la kita belanje. udang semua aku rembat ekekek...


rasa mee udang ni setakat ok je. tapi udang dia mmg fresh... boleh laaa nak gi makan mee udang nun jauh di sana tak dapek laa. tunggu la bebudak tu besar baru bleh gi jln2 jauh skit.


penuh sepinggan kulit udang.


2 comments:

  1. mana aci xbw si kecik tu.. :P

    ReplyDelete
  2. kalu bawak si kecik tu cmner ummi dia nak makan lorr...
    makan pn x feel. kihkihkih...

    ReplyDelete