Golongan
Yang Tidak Dihisab Memasuki Syurga
Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan
manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah ;
1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang
membatalkan hajinya.
3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah
tanpa riya.
2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang
membatalkan hajinya.
3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah
tanpa riya.
Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki
syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi mereka.
Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid, "Apakah yang telah
kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
Berkata orang yang mati syahid, "Aku telah terbunuh dalam
peperangan kerana mencari keredhaan Allah."
Berkata Jibrail A.S., "Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala
orang yang mati syahid?"
Orang yang mati syahid menjawab,"Aku mendengar daripada alim
ulama."
Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopanan, jangan kamu
mendahului guru yang mengajar kamu."
Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji,
"Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk
ke syurga?"
Berkata yang berhaji,"Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana
Allah."
Berkata Jibrail A.S., "Siapakah yang memberitahu kamu tentang
pahala haji?"
Berkata yang berhaji, "Aku mendengar dari alim ulama."
Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu
mendahului guru yang mengajar kamu."
Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula, "Apakah yang kamu
lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?"
Menjawab si penderma, "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk
mendapatkan keredhaan Allah S.W.T."
Jibrail A.S. berkata lagi, "Siapakah yang memberitahumu tentang
pahala orang yang menderma kerana Allah?"
Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama."
Maka Jibrail A.S. pun berkata, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu
mendahului guru yang mengajar kamu."
Kemudian orang alim berkata, "Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku
menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang
yang dermawan itu."
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Telah benar kata si
alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian
barulah orang-orang lain masuk."
Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, "Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu
seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu."
Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, "Aku Maha Berilmu dan Aku suka
kepada orang yang berilmu."
Al Hassan r.a. berkata, "Tinta para ulama itu ditimbang pada hari
kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama akan menjadi
lebih berat daripada darah para syuhada."
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang
yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi
orang yang keempat, akan rosaklah engkau."
Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "Amal apakah yang
paling utama?"
Rasulullah S.A.W. menjawab, "Berilmu tentang Allah."
Dipetik daripada: Santai Minda SSM
info hari jumaat yg amaattt berguna, semoga kita muhasabah diri menjadi yg terbaik di sisi-Nya..
ReplyDelete