Pages

Wednesday, February 27, 2013

Rabu is Bisu: My new Baby

Assalamualaikum uols... jangan la tergezut baca tajuk entry. aku x mengandung yer kengkawan. Lenguh pun belum hilang bersalinkan 2 orang tu setiap tahun, operate lak tu. baby baru yang aku maksudkan ialah gambar kat bawah ni. terima kasih banyak2 to my dear hubby sebab tunaikan wish list 2013 cik isteri. tak sangka sangat2 tau. huhuhu...terharu.  kisahnya camera compact aku yg nikon coolpix tu dh rosak sbb rayyan (dia pun jd photographer jugak). lens camera tu tetiba tak masuk dalam bila off gara2 terhantuk sbb berebut dengan aku. hik hik hik... cik hubby bawak gi repair sambil usha2 dslr sbb dia tahu idaman cik isteri dia nih. skit2 nak amik gambar.. skit2 nak amik gambar...nampak lipas pon nak amik gambar. tipu jek.
terus call aku tanya nak tgk camera tak. mesti la NAKKK.

lepas opis berdesup aku ke opis dia sbb kedai tu kat PERTAMA Complex. kitorang jalan bergandingan tangan gi PERTAMA.

 ni la baby baru aku. jenuh laa pasni nak jaga baby lg satu. kalu ikut model ni lens dia pendek je tp hubby nak tukar lens yang panjang skit baru puas hati jadi harga pon kena tambah laaa...

 Si Miss Lee ni dok explain kat kitorang satu2 ttg menda ni...

 nikon ke canon... nikon ke canon...

 banyak giler aksesori camera kat kedai dia

 explain lagi setiap button dan mode yang ada.

 very detail Ms Lee explain  siap bagi tips lagi..

last skali yang ni jadi pilihan.

thanks to my hubby. love u so much. lepas ni leh buat wish lish banyak2. hihihi...
malam nnt boleh claim. Penggsannnn. mati aku kalu cik somi baca statement ni, ada unsur2 SX ke??

Tuesday, February 26, 2013

2 beradik ni lagi...

Assalamualaikum uols...
salam pagi Jemaat yang mulia, semoga kita semua dalam lindunganNya dari segala malapetaka, bencana di dunia yang semakin uzur ini. takde nak dicerita, gambar dua beradik ni lagi. Si Yaya ni kan, asal abang dia pegang henpon je dia mesti nak menempek sama sebelah abang dia, nak tengok jugak kekdahnya. hmm tu ok lagi kekadang dia rebut henpon tu dari abang dia... adoiii..


memula tengok je....


pastu nak rebut dari abang dia.

Monday, February 25, 2013

Resepi: Oreo Tiramisu

assalamualaikum uols...
mesti ada yang Monday blues ni.. aku pun pagi ni rasa malas2 je nak gi keje. tapi sampai jugak opis ni.
oohh...semalam gigih aku buat tiramisu. tetiba rasa nak mencekik tiramisu. kalu ikut malas nak buat tp sbb dah beli barang kena gak buat. cream cheese mana leh simpan lelama kang nnt berkulat.dah la mahal menda tu. sebab tu kalu kita mkn kat kedai jenis2 kek atau desert yg ada cream cheese ni jgn tergezut kalo rege dia mmg mahal.satu cup/slice bole sampai berbelas ringgit. aku buat je puas skit makan. buat dalam gelas senang skit nak ngap depan tv, xpayah nak potong2 bagai...skali buat dapat la 7 gelas cam kat bawah tu .haaa... kan puas ulang2 makan.

Bahan-bahan:
  • 1 biji kek chiffon atau apa2 kek. (aku guna chiffon pandan, beli kat giant)
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe, jangan buh gula plak)
  • serbuk oreo (buang krim dlm biskut dan hancurkan)

Cara-cara :
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian(aku potong 2 bahagian)
  5. potong kek ikut saiz gelas
  6. tuang sedikit air nescafe dlm piring, cukup utk tekap kek depan blkg.
  7. letak kek chifon tersebut dalam gelas
  8. letak adunan cream+cheese tadi atas kek (suka hati nak letak byk mana)
  9. tapis serbuk oreo atas lapisan ckream cheese td
  10. ulang balik step no 5 sampai abis.
  11. atas sekali mesti lah cream cheese dan serbuk oreo. hias sesuka hati.
  12. sejukkan selama 4 jam.


heaven sungguh masa lalu kat tekak, segelas tu tak cukup utk aku makan...

Thursday, February 21, 2013

Penampilan diri lepas kawen..

assalamualaikum.. uols,
aku terpanggil nak buat entry ni lepas dengar topik pagi di SINAR FM pagi tadi bersama SY, Kak Bed dan Kak Engku (KE). tajuk yang mereka bincang adalah penampilan diri lepas kawin.  Pastu ada sorang mamat (skrg anak 3) tu call bgtau yang dia tak suka lepas kawin, konpius jap aku sbb biasanya lps kawin mesti la seronok kann... rupanya lepas kawin nak pegang tangan isteri pun tak boleh, isteri rimas katanya... pastu plak isteri asyik pakai kain batik jer.

eehh.. HELLO agak2 jugak laa kalu nak bermesra dengan isteri tu, mungkin si isteri tu tak selesa kalu suami nak bermesra depan anak ke, isteri tengah menyusu anak ke... memang la merimaskan time tu la ko nak sondol2 isteri. tapi kalu dah nak pegang tangan pun tak boleh agak pelik jugak la kan.. yang tu si somi kena la face to face dengan isteri laaa... tanak komen lebih2 pasal tu..aku plak sukaaa kalu somi pegang tangan aku sentiasa

kalu is isteri tu asyik pakai kain batik dan somi plak tak suka. cik somi weeiiii... TOLONG la beli apa yang korang suka isteri ko tu pakai. jangan la tau komplen jekkk. beli la skirt ke, maxi ke,legging ke.. pakai kat rumah je ponn... si isteri mungkin dia rasa selesa pakai kain batik pastu somi plak takde cakap apa2 kat isteri dan isteri pun anggap somi dia tak kisah dia berkain batik..  kalu tak nak tengok isteri pakai kain batik je dan segan pi beli, masa gi shopping sesama tu ajak la isteri gi bahagian pakaian dan pilih la sesama. mesti isteri tu rasa sangat BANGGA dan SAYANG dengan somi dan nak pegang2 selalu pun tak kisah.

kalu aku laa kan... sukanya kalu somi belikan skirt ke, maxi ke...
SEKIAN..

Wednesday, February 20, 2013

wordless Wednesday @ 20/2/2013 :2 beradik ni lagi..

entry bergambar hari Rabu. 
Lokasi: dalam keta
memula main sama2, pastu zzzzz....

 kat tangan rayyan tak pernah lekang hp ayahnya...

 kakadang berebut hp sampai aku naik hangin...

syoknya diorg tido

Tuesday, February 19, 2013

Lunch date dengan blogger femes Neena Anuar

Assalamualaikum uols...
cerita Jumaat lepas, ari ni baru aku buat entry. kembang kempis idung ni....
alkisahnya sebelum ni mmg aku dah kebetulan terserempak dengan Neena ni kat Putra lrt KL sentral. dia pandang aku...aku pandang dia. kendian sesama senyum. itulah pertemuan pertama 2 orang blogger. ceewahhh. satu bloger femes emes, satu lagi blogger pinggiran. pertemuan pertama membawa kepada seterusnya sampai mkn2 kat SR.huhuhu..

Ingatkan dapat la selalu minum2 dengan si Neena ni,memandangkan opis dia sekangkang monyet je dengan opis aku. rupanya panas tak sampai petang.... Neena dapat offer tempat lain makanya hari terakhir itu aku lunch dengan dia. Bila 2 blogger bertemu mcm2 benda yang kami borak tentang pregnancy, fashion, kerjaya... sampai la terlupa yang opis ni bukan somi aku punya. so minum laju2, amik gambar cepat, dan jalan laju2 masuk opis semula.

seruis, Neena sangat cantik, peramah sampai aku tak puas tengok dia. so humble & murah senyman. sampai aku terlupa kami baru bertemu tp borak mcm dan bertahun kenal.

TQ Neena sudi kuar dengan kita, harap ada pertemuan lagi lepas ni. tq jugak sbb belanja kat SR wpun masa kat konter berebut nak bayar.

 Neena, akak cilok gambar ni kt FB Neena. Sorry yer...*muka aku yang excited jumpa Neena


Neena tengah upload gambar spageti dia kat FB. hihi...  blogger mcm tu laaa mmg xleh pisah dengan camera.

Monday, February 18, 2013

Cream Puff inti kastad jagung

assalamualaikum uols...
dah lama tak tepek resepi kat blog. minggu lepas sempat buat cream puff ni yang dah berminggu2 delay nak buat. akhirnya sabtu lepas terlaksana sudah kempunan nak buat cream puff ni.  tak sangka semudah abc je nak buatnya... puas makan bila buat sendiri, kalu beli 50sen sejibik. siap bleh bagi kat jiran lagi. tp mencabar gak la time aku nak buat ni, masa tu la yaya bangun tido merengek2 kat aku. last2 aku buat cream puff sambil dukong dia, lenguh wehh tangan dukong dak yaya yang makin berat ni. resepi ni aku korek kat dapur mamasya. Jom tengok resepi kat bawah ni:



Bahan-bahan:
* 125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
* 100 gm butter
* 250 ml air
* 1/2 sudu teh gula
* 3 biji telur

Bahan-bahan untuk inti jagung
* 1 cawan air
* 1/2 cawan susu cair
* 1 cawan jagung dalam tin
* 1/2 cawan tepung kastad
* 5 sudu besar gula

Cara-cara
Cara-cara untuk puff
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan.
2.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff    kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

*aku takde piping bag, just guna sudu dan chopstik je masa nak buat bentuk dia.






Cara-cara untuk inti
1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
2.Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff


 sedap wooo letek cekelat camni...

 dalam pinggan tu dah siap bakar, dalam tray ready nak dibakar

dak rayyan ni dia korek inti jagung je. haisshhhh....

Wednesday, February 13, 2013

Aktiviti kami sepanjang 4 ari cuti CNY

assalamualaikum uols...
setelah menyepi beberapa hari, baru ari ni aku melabuhkan punggung mengadap blog. merata2 orang dok hapdet tentang percutian sepanjang 4 ari cuti raya cine. lama tuh wehh...amik cuti 3 ari dapat terus sampai seminggu. lepas ni takde dah cuti panjang cenggini kecuali amik cuti sendiri laaa hikhikhik...

kenduri kendara pun banyak gak time cuti2 camni kann.. ada gak yang amik peluang balik kampung. aku lak ke mana??? hahahaha... dalam sejarah rasanya cuti panjang camni aku takde gi mana2 maksud aku pergi somewhere smpai bermalam. kkikiki tapi ada jugak laa kuar. heaven sungguh bila cuti panjang jalan kat KL lengang sampai bole baring kat tengah jalan. tu perumpamaan je laa takde la sampai baring betul2. aku datang keje pagi pun syiokkk jer. tak jem langsung!! 4 sebab sebab kenapa aku tak gi bercuti kali ni sebab tak nak jem berjam2 kat jln raya. hotel, chalet sure confirm penuh dengan harga berganda2, baru je gi Penang last week. kampung pun dah balik masa Thaipusam+Maulidurrasul ari tu.

meh nak citer apa aktiviti aku sepanjang 4 ari cuti. hari sabtu kitorang buat bbq kecik2, ajak pun kuarga acik pengasuh rayyan & yaya je. plan nak ajak beberapa family tp semuanya bercuti. sronok rayyan sbb boleh main2 kat luar, kipas2 bara... bakat hotdog, sotong, kerang ayam, kambing, jagung....aku buat nasi goreng cine. mmg lupa langsung nak snap gambar laaa...

ahad plak, cik somi ajak gi jln2 tp tak tau nak gi mana ikut stereng katanya. tapi siap bawa baju anak 2 pasang sorang.  jln ikut jalan lama tengk pemandangan kampung sampai la ke Seremban. singgah rumah adik cik somi mandikan budak2 suap mkn pastu balik KL semula.

 huhhh kaki kemain lagi si rayyan.

 yaya pun cool je, takde merengek pun. tu sebab cik somi asyik nak kuar jenjalan jek.

 bergambar je laaa.. nak masuk tak dapek.

 singgah lepak sini, minum bubble shake..

rayyan dah excited giler sampai pizza hut, last kena pindah meja. hangin wehh!!!

Senin, bila somi tanya nak gi mana, aku pn tak tau, beno nya malas. rasa nak bermalas malasan kat rumah je. bila dia ajak kuar ikot jugak, gi aquaria KLCC katanya. tapiiii... maaakkkkk aaaiiiihhhh!!! punya la ramai  nak Q beli tiket, terus CANCEL!! tak sanggup nak bersesak2 kat dalam tu nak tengok ikan dengan bebudak kecik nih. kang bukan nampak ikan... nak pak kepala orang jer.. sedahnya lepak minum2 sblm kuar dari KLCC. kat taman KLCC pulak penuh dengan makhluk asing warga bangla, indon ntah apa bangsa lagi aku pun tak tau. macam bukan berada di Malaysia pun ada... oohh negaraku. huhuhu

singgah nak lunch pizza hut di klcc tp hampeh+keciwa. kami disuruh beralih sampai 3 meja, cik somi dah hangin terus ajak kuar jek. ada ke patut kitorang dah siap duduk, rayyan pun dah dok dlm baby seat, diorang suh pindah ke meja lain...pastu pindah lagi meja lain. mau tak hangin... grrrrrr

Selasa, kami lepak2 kat rumah je. kemas2 rumah pastu anak2 sepah2kan balik menan diorg. tghari masak kari ikan tenggiri. eehh tangan ada bau kari lagi laaa. tak tipu ni. ptg lak bawa diorg gi taman. maka berakhirlah cuti2 kami selama 4 hari. sekian.


Friday, February 8, 2013

Tentang aku dan Berat Badan

assalamualaikum uols...salam pagi jumaat yang dingin dengan hujan renyai2...
lately memang aku buzy giler kat opis, skrg lega skit sbb time peak dah abis. so buat la keje cam biasa..wehh smlm aku sakit perut giler baban. ntah apa benda yang masuk perut aku sampai tahap sakit perut tu mcm kontraksi nak bersalin yang setiap 5 minit tu. sampai aku tak sempat nak kunci toilet kat opis. kali kedua pulak sampai aku merangkak nak masuk toilet. korang bole bayangkan tak tahap kesakitan perut aku tu??  

eeh aku bukan nak citer pasal sakit perut sebenarnya, tp pasal berat badan aku yang mencanak2 naik mcm dipam2. aku ni kategori comel2 dengan berat sblm kawin 45-46kg.kalu masa perhimpunan kat skolah dulu kedudukan aku mesti di baris depan je, mmg xde can la nak borak2 kalu dok tengah or blkg. pastu kalu amik gambar kelas aku mesti dok barisan depan kosi kat sblh cikgu. so korang mesti dah bole agak tahap kecomelan aku dengan tinggi 5 kaki 3 inci.(comel la sangat!!) Lepas kawin berat aku ada la sampai 48kg gitu. masa mengandung pun berat maximum aku 56kg jer (jerr...). yang buat aku pening bila berat aku skrg mencecah 52.3kg!!!! tulunnnnn...... walaupun ada yang kata "takde la berat sgt", "ok la tuu" tapi bagi aku ini sangat2 merunsingkan hokay. aku tak nak jadi ayam serama. korang bole bayangkan tak aku pakai dress tetiba nampak mcm ayam serama terkedek2 jalan nak naik tren. pengggsannnn...


gambar ni aku snap masa gi Penang baru2 ni. kat rumah ada penimbang biasa je. bila dapat penimbang digital terkedu aku dibuatnya. sebelum ni pun mmg dah perasan badan aku ni makn mengembang bila banya suar xleh butang, baju lak dh ketat2 tang punggung. peha dah berselisih. kalu dia membesar kat situ takpe gak. hihihi tang perut mmg la nampak mcm org pregnen 3 bulan TIDAKKK...TIDAKK... ini tak boleh jadi, maka alternatifnya lps balik dari kampung hari tu aku dah buat perang dingin tak makan malam. aku cuma amik buah2an @ minum susu HL @ abiskan makanan rayyan sesudu dua... aku hanya makan nasi tengahari sahaja dengan setengah senduk.

bulan depan nnt boleh tengok ada penurunan ke tak. ni mmg dah nekad abis ni nak turunkan berat badan, xnak jadi ayam serama @ ayam katik.




Tuesday, February 5, 2013

Cuti Hari Wilayah kami di Lone Pine, Batu Feringgi yang ohsemm

assalamualaikum uols...
semenjak 2 menjak ni malas betul rasa nak update blog.mungkin sbb sibuk sgt kat opis, badan pn jadi penat. ni pun tgh sibuk gak.
ok, straight to the point. sempena cuti hari wilayah yang lepas. (KL je ok, state lain jgn jeles) sempat la kami sekeluarga bercuti sehari secara bidan terjun main terjah ke batu ferenggi , Penang. dah lama tak datang penang rasa heaven sgt.  oleh kerana last minit plan, booking hotel pun main call je tanya mana yang available, aku as seksitari suami menjalankan tanggungjawab call hotel yang kitorang pilih, hardrock, shangri la,bayview..... setelah bertanya sepatah dua dan rate hotel kami buat keputusan untuk amik hotel Lone Pine. rate bilik yang kami amik ni RM880.++. ni harga bilik yang paling murah tau. yang paling mahal RM3800++.

ding dong ding dong.. kul 1 gak kami gerak lepas packing bag, susu budak2 pamper bagai. perjalanan sangat lancar sbb budak2 tido.

aku dan cik suami amattt berpuas hati dengan hotel ni berbaloi dengan harga yag dibayar. yang penting keselesaan untuk anak2.bilik hotel ni mmg catik sesangat. tetiba berangan nak wat interior gini kalu ada rumah sendiri kat kampung nnt.


 seperti biasa budak ini la yang akan buat inspection di segenap penjuru bilik... semua benda dia cek, telefon, toilet buka drawer sana sini...

 tak abis lg dia cek. katil adalah king. muat untuk kami anak beranak tido...

 bath tub kat luar beranda. sambil mengadap seaview. sangat cantik super ohsem... oohh speechless

 view dari bilik.

 mengintai dari tirai kamar.. dia gian tgk abang rayyan kat luar dah masuk tub main air..

 tengok!!! dah merangkak sampai ke luar.

 tiup jgn tak tiup. floating ni utk yaya dlm tub tu..

 tengah pikir dak yaya ni. cemana la nak masuk dlm tub tu.

 bilik kami 215

 dah nak kul 7 ptg sempai lagi heret anak2 masuk pool. rayyan suka sgt masa ni... tempat ni paras betis je sesuai utk budak  sethn -2 thn. yang sebelah tu paras peha aku, utk rayyan paras leher dia masih selamat utk rayyan aku just monitor je sambil snap gambar diorg.

 nak berjakuzi kt sini.  happy sgt budak2 ni. maklum la dah lama tak bawa diorg jln2 mcm ni.

 cik suami layan anak2 je.

 lepas mandi pool sempat lg gi beach. suasana dh kul 7. gambar ni sgt cantik tp sbb kamera kompak je maka suram je. mula la tergedik2 nak ada dslr sendiri. wishlish tahun 2013.

 eehhh.. perot aku mcm pregnen. oohh sungguh ngeri wehh

 jom balik bilik. rayyan tak selesa dengan pasir yang lekat kat kaki dia....

 pemandangan tersangat la cantik.


 bfast pagi. makanan tersangat la banyak. rasa semua nak makan. semua ada sampai aku tak tertaip...

 besar sgt la rayyan muffin tu...mana bole ngap terus. biasa aku buat muffin kecik2 je bg senang dia makan.

 lepas bfast dku dah tak larat nak jalan. mcm2 benda masuk dlm perot aku. yaya plak dh ngantuk masa ni. kalu tak mau aku melantak lagi. dasat betul aku ni kalu bab makan...



 muka yaya merah2 sbb panas. cian dia

 staff kat hotel ni tersangat la mesra alam. dari cleaner kutip daun, bell boy sampai la receiptionist semua baik2 dan suka layan anak2 aku.


cik suami layan anak2 dalam tub pulak. suka bebenor budak2 ni. sampai xnak kuar. yaya sampai kecut jari berair idung.

tak puas rasa datang semalaman. Insyaallah ada rezeki kami akan datang lagi....nak jln2 pun tak sempat sbb yaya meragam pulak time nak balik. mungkin tak selesa sbb cuaca panas atau tak nak balik kot... nasi kandar pun tak sempat rasa...