Pages

Friday, May 17, 2013

Bila korang terjebak dalam dunia si kecil...

assalamuaikum uols....
 serius life korang akan berubah sakan 360'. memandangkan aku menuju ke era keibubapaan moden. (ayat skema mcm nak buat essay SPM). sila baca dengan muka serius.

sedia maklum yang aku ada dua orang anak kecik berumur 1++ dan 2++ tahun, rasanya aku dah mula memasuki dunia kanak2 dan akan semakin mula memahami karenah anak2 aku yang kadang2 akan buat aku rasa aaarrrrgggg.... terjun ke dunia kanak2 dan jadi kanak2 semula. guling2... jadi raksasa (sebab rayyan dah jadi otromen) berperang dgn ortomen dan pura2 mati. dan lampu kat badan otromen akan bunyi (aku akan buat sound tu) sbb dah penat sebenarnya berperang dengan "otromen" yang tak hilang2 power tu. tu belum lagi si rayyan bergabung dengan yaya. lepas ni apa pula watak aku kena bawa...

Dan korang harus pasrah dan terima seadanya sambil nangis sobb...sob...sob... jika perkara2 ni terjadi kat korang, bila dah terjebak dunia dengan anak kecil. antaranya:

1. pasrah dan redha bila smartphone korang dah jadi mcm toys diorang, dilempar, diketuk2 dibuat mcm skateboard(ni yaya masa dia masih merangkak dulu hp aku dia buat mcm skateboard sambil merangkak) seolah2 macam menan diorang.

2. Anak2 otomatik akan jadi si botak Eric bila anak anda berkreatip dalam rumah. jangan terkejut bila dinding rumah ada "art" baru, kerusi, meja jadi lakaran diorang berkarya. (so far takde lagi "art" kat dinding rumah aku).

4. Korang kena tangkas dan pantas macam superwoman bila terpaksa buat kerja yang sama berulang kali: mengemas rumah tanpa penat, kejap2 sapu/vakuum sebab ada jer air tumpah, biskut berterabur.

5. rumah akan jadi ala2 nursery bila korang akan terjerit2 jadi tarzan. dan kadang2 seolah2 ada speaker korang bernyanyi2 bersama diorang.

6. peruntukan masa sejam sorang untuk bersiap kalu nak keluar atau jln2. maknanya aku perlukan 2 jan untuk siapkan diorang. prepare susu, pampers, baju spare, bekal biskut. bila dah nak kuar rumah tetiba salah sorang berak pulak, so masuk rumah balik cuci diorang dulu. kalau balik kg, tak payah packing2 baju, terus bawa bakul diorang sorang satu.

7. Sila jangan terkejut bila korang akan jumpa tangan otromen dalam peti ais, bola kat dapur, lipstik korang dalam bakul toys diorang. dan segala jenis menan diorang kat mana2 celah kabinet, belakang curtain, dalam mesin basuh(ni belum jadi lg).periuk belanga kat hall...dan segala jenis macam lagi..

8. lagi satu... jangan terkejut jugak bila tetiba rumah korang jadi putih macam diseliputi salji hobi baru anak2 aku  main bedak tanpa korang sedari...

Itu antara hakikat yang korang terpaksa dan kena redha dengan hati terbuka, :)
walaupun nampak macam giler penat dan menguji tahap kesabaran korang tahap Gaban jangan lah pulak timbul perasaan takut dan panik nak beranak... SEBABNYA masa korang kecik2 dulu pun macam tu jugak dan mak2 kite tak pernah bersungut pun buat keje tu semua dan tak penah citer pun kat kite tentang tu semua betol tak??? bila borak2 dengan suami tentang diorang ni, suami kata "biarlah asalkan budak2 tu sihat dan buat semua keje mengemas dengan enjoy.... yeeeehaaaa.....

6 comments:

  1. penat memang penat kak tapi merekalah penceria suasana entah bila mila nak rasa macam tu, cumel pulak heeee~~~

    ReplyDelete
  2. amy sebab tu smart phone ku panggil semak pong jer hahaha sebab battery cepat habis..anak suka main games..dia yg lebih pandai..tak suka baling mcm tu bola jer huwaaaaa

    mmg nak jadi tarzannn la kan..ingat beli goreng pisang ke??

    ReplyDelete
  3. He heee bdk bru nk mmbesar mmg camtu tau..sabarrrr

    ReplyDelete
  4. ...telatah anak2 tu yg boleh buat kita senyum di kemudian hari..walaupun masa terjadi tu...kita rs mcm nk mengamuk je...hehe...

    ReplyDelete
  5. huwaa simptom terjebak dah ada...fayel nak membesar ni kan

    ReplyDelete
  6. hahaha.. tetiba teringat za dulu dgn adik2, mak sediakan 1 ruang untuk ktorg main bedak. pergh, heaven gile rasa.. cuak gak ni nk ada bby.. hihi..

    ReplyDelete