NI BUKAN ENTRY POLITIK!!!
lemau rasa bila lama tak mengadap blog. sekali nak mengarang takde idea walaupun banyak benda nak citer masa balik mengundi hari tu. ni citer masa balik mengundi minggu lepas, aku sempat pegi ke pasar Kubang Pasu, Kota Bharu. waktu pagi pasar ni sangat meriah dengan pelbagai jenis makanan, kuih muih, nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang. kalu di Kelantan breakfast sate tu dah perkara biasa, korang jangan terkejut kalu nampak orang jual sate pepagi kat Kelantan. suasana sangat2 meriah dan penuh dengan orang yang beratur nak beli makanan. pendek kata kalu balik KB tu mmg wajib la beli breakfast kat sini, tp kena datang awal pagi kalu tak memang tak dapat laaa... sesapa yang berkunjung ke Kota Bharu aku rekomen sangat2 korang singgah ke pasar Kubang pasu ni untuk beli breakfast. sure rambang mata dan tak tau nak pilih makanan nanti.
kali ni bila aku gi pasar ni satu pasar tu penuh dengan poster, maklum laaa time pilihanraya. macam2 poster dan parti calon tergantung sana sini.
rambang mata nak pilih kuih. mmg banyak sangat2. kalu boleh semua nak rasa...
beratur panjang semua nak beli nasi berlauk.
dalam pasau pun meriah eh huhu..dasat dasat..jenuh pulak tukang bawak turun tu nnt ekekeke
ReplyDeletemomma pink, mmg wajib beli bfast kat pasar ni bila balik KB.
Deletekak amyy, nadia tak pernah sampai pon siniiii T____T
ReplyDeleteNadia, balik klate lagi kena singgah...
Delete