Pages

Friday, June 21, 2013

Tentang Teratak kecil kami ~rumahku syurgaku~

assalamualaikum,
lepas aku buat majis aqiqah dan birthday rayyan dan yaya dulu ada jugak beberapa kengkawan yang bertanya tentang rumah kami.sebenarnya takde apa yang istimewa sebab rumah kami biasa2 sahaja,tiada perabot mahal2. semuanya biasa2 mampu milik. yang penting rumah kami dekat dengan masjid, pepagi boleh dengar imam baca qunut okeh dan takde alasan kalu ko tak nak dengar kuliah best kalu suara penceramah tu bergema sampai ke dapur. sebab lain ialah dekat weh nak access karak highway. memndangkan kami berdua dari pantai timur jadi senang nak balik kampung walaupun balik kampung hanya 4 kali setahun. kuar je terus masuk highway karak dan bayat tol. hihihi...
 
 
 ni rumah asal sblm renovate. kami hanya renovate porch utk muat 2 keta, buat pagar dan cat keseluruh rumah. kitchen cabinet pun kami tak buat sebab  kitchen cabinet asal masih lagi cantik dan untuk save bajet jugak. kos untuk buat kitchen cabinet boleh makan berbelas ribu beb. so since dah ada abaikan kan dulu nak ada kitchen cabinet kilat2 ke, moden ke... kalu ikut napsu aku nak je kitchen cabinet putih utk dry kitchen..sila tepuk2 poket sendiri yer...



ni rumah kami sekarang. nyesal tak buat auto gate dulu sbb pikir bajet. skrg kalu nak buat dah kena kuar banyak RM sebab nak buat wiring sume tuh. jadi bila ujan, terhegeh2 la turun nak buka gate dan basah sesikit. lagi la bila ada 2 budak tu, asal kuar keta je nak ikot, wpun hanya nak buka pagar....

actually aku suka english deco tp minimalis punya. tak suka sesak dengan barang deco2 sampai penuh dinding, kabinet sume mcm showroom. tp kalu tgk rumah org suka laa, kalu rumah sendiri tak lah kot.ni living hall rumah sblm ada anak. mmg minimalis english deco, cukup dengan sofa putih, curtain munga2 dan sedikit gajet2 deko kat rak gantung untuk menggambarkan deco english.  oopss.. feature wall kami kaler hijau. nnt aku cek balik kod kaler cat ni.

actually ni favourite corner aku, tp skrg bawah tangga tu dah gantung buai, 
jadi 2 kosi rotan tu dh hadap ke dinding.

bila dah ada anak living hall lapang selapangnya mcm padang bola. mmg semua untuk keselesaan anak2 bermain bola, naik beskal, motor, aku main kejar2  dengan rayyan. sume kusi dah ke dinnding, coffee table dah simpan. skali tgk mmg mcm nursery laaa. kena tunggu budak2 ni besar la gamaknya. tp dalam kepala otak aku tengah running nak buat playroom utk anak2. jadi takde la living hall aku mcm taska. nampak tak 2 buaian pink dan biru tergantung gambar atas tu?


#next entry nnt aku share dapur, laundry room, kids room & guest room.

12 comments:

  1. english style cantik kak tapi sebab putih takut cepat kotor.

    ReplyDelete
  2. wahh sungguh cantik ruang tamu konsep english minimalis tuuh...i like!~ =)

    ReplyDelete
  3. betul kata mila.. za ada umh nanti nk wat modern style r.. klu mampu.. huhu..

    ReplyDelete
  4. bestlah akak dah ada rumah sendiri, nak renovate macam mana pon boleh...nk berhias pon best, cuma anak2 kecik lagi, kena redha jela rumah macam taska kan...hehehe...nanti dah besar sikit, bolehlah akak sambung deko-deko rumah balik, masa tu rayyan dgn zara dah pandai tolong akak buat kerja rumah...hehe

    ReplyDelete
  5. lapangnya ruang tamu best betul...ni fasa berapa ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimy, fasa 6. dekat dgn masjid al-khairiyah.

      Delete
    2. owhh ni mesti di sri gombakk .. dekat la ngan rumah saya di selayang .. ^_^

      Delete
    3. yaaa metul Mummy Aza, nnt kalu lalu area tu singgah laaa...

      Delete
  6. kan bile ada anak smua nak lapang2 huhu..senang nak kejar anak pun yer huhu..tp suka perabot warna putih2 camtu ;)

    ReplyDelete
  7. Suka tengok perabot warna putih. Lagi nampak luas ruang tamu :-)

    ReplyDelete
  8. acanerlah amy leh kekalkan putih kaler sofa tu...kagum sungguh! :)

    ReplyDelete
  9. G, sarung sofa tu boleh bogelkan. bila hantar dobi mmg tinggal rangka je laaa... tgk pikir nak buat sarung baru.. RM...RM...

    ReplyDelete