Pages

Thursday, September 26, 2013

rumahku syurgaku: Laundry area..

Bagi yg bertanya kat mana aku sidai kain. Ni  la laundry area aku. Laundry lah sangat padahal tempat sidai kain je weiii... mmg tempat ni tak nampak dari pandangan mata sebab kat tingkat atas. Walaupun berbumbung tp cukup utk mengeringkan baju bajan kami anak beranak sbb tempat ni panas waktu tengahari, lagi satu kalu ujan tempat ni jugak tak kena tempias hujan . kira selamat aarrr kalu tinggalkan mcm tu wak tu kami kuar atau gi keje...

tempat ni terletak antara bilik Rayyan dan bilik tamu. lebar dalam 5 kaki je kot aku rasa...
 
abaikan je la kayu katil dan rangka buai yaya tu... dah tak tau nak letak mana sebab besar dabak, letak je tepi dinding tu...

berhadapan tempat sidai tu la mesin masuh aku. mmg dah lama sgt hayat mesin basuh tu, cik suami beli masa blm kawin lagi. rak kain tu aku guna masa dok bujang dulu, skrg wak tempat letak stok sabun, detergent, ubat gigi dan stok mandian budak2. hanger utk sidai baju & sepit baju pun letak situ jugak. mmg penggunaan rak tu mmg x sepenuhnya. seboleh2nya aku tak nak bagi nampak mcm stor tempat ni. cukup la dengan tangga, rangka buai dan papan katil kat tempat ni...

mmg cukup2 je tempat sidai ni untuk sekali basuhan. kalu kemeja suami aku guna hanger sidai kat penyidai tinggi tu. baju. baju tecit2 sidai IKEA tu. mmg jimat space aarr penyidai IKEA tu.

p/s: cadang nak letak pasu2 tapi takot plak tak terjirus pokok. ataupun nampak lagi semak.
korang ada idea cemana nak mengcomelkan lagi area ni??

17 comments:

  1. best jugak penydai ikea tu kan.jimat space

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg jimat space & tahan lama. beli masa mula2 kawin dulu.dah 5 thn lebih dah masih lagi kukuh...

      Delete
  2. wahhh...teringinnnya nak ada space camni...boleh wat stor sikit2 kat hujung tu...huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa fizah, mmg dh stor pun utk barang gabak. tp kalu leh xnak aarrr...

      Delete
  3. barang ikea sume best kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu aarrr rara... kalu gi ikea mana leh jamu mata sesaja... wpun niat tu nak tgk jer, mesti gak cuci poket skali.

      Delete
  4. PERGGHH... lawa laundry area... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai hidayah... camni pon lawa ker...

      Delete
  5. kl kina akan cat seme ampaian n rak tu putih..dinding cat biru turqoise..hee..kl letak para pn cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok...akan dipertimbangkan. gud idea gak tu.

      Delete
  6. untung ada ruang khas utk laundry ni kan...macam rumah nory, sempit giler tmpat nak sidai baju...terhad giler ruang nya...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nory, kebetulan tuan rumah asal dah renovate buat cenggitu....

      Delete
  7. Sis ameris...mmg nak beli mcm sis ye penyidai kt ikea...tp x terbeli lagi...best tgk ruangan laundry akak besorrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. UmiQi, ciput je ruang ni pun setakat boleh nak sidai baju, letak mesin basuh tu je...

      Delete
  8. kak...letak je pasu bunga, letak 2 pasu pon dah ok...pilih bunga yg "kuat", yg tak perlu siram sgt, biasanya pokok daun hijau tahan lama...mesti lagi bertambah seri ruang ni...hehe

    ReplyDelete
  9. besar gak..ruang kat rumah saya kecik ajer..tapi nak try buat mcm ni la..kemas ajer

    ReplyDelete
  10. kak amy, cuba beli penyidai yg boleh lekat dinding tue...boleh tarik keluar ke dalam....mesti nampak teratur..tengok ruang penyidai kak amy luas....beli pokok bunga jenis gantung2 pun cantik jugak...

    ReplyDelete