Pages

Monday, March 17, 2014

resepi: ketam masak cili telur masin


dua tiga menjak ni asyik entry makan2 je entry aku yer....
ok ni fresh lagi, semalam punya citer bukan peraman pekasam yer uols...
aku ni kalu plan nak masak pape amik masa berminggu jugak laaa. ari tu plan nak buat benoffe banana pie, sampai skrg belum terbuat lagi.

tapi kali ni  keinginan nak buat tu membuak2 pulak. tambah-tambah lagi sejak kawin 6 tahun aku tak penah beli ketam memandangkan suami tak makan cik ketam ni. aku pun kureng jugak makn ketam tp sebab dah lama teringain pulak. 

biasanya kalu makan kat restoran cina muslim mesti jeling2 masakan ni. tp kalu dah aku sorang je melantak idok la nak mengoder nya. tak syok laa mkn sorang2, dah la mahal nak mam** regenya. korang bayangkan laa untuk 3 potong ketam pun hampir cecah ratus okeh!!
 bila Umi Qi upload gambar ketam masak cili telur masin aku dah kecur. terus rasa dan dan tu jugak nak gi beli ketam. fuhh... kemahen semangat membara. 

Jumaat petang lps abis opis terus gegar suami ajak gi Aeon Big(Carrfour) kt Wangsa Maju. jumpa cik ketam dengan harga makkk ooii murah giler RM19.90 sekilo. biasa aku tengok RM25.00 sekilo. terus amik plastik sambar 2 eko. aku je pon nak makan. hover.. tau umi yaya ni...

 
 aku memang folo resepi umi Qi cuma aku tambah skit sos tiram. Umi Qi masak 5 eko, aku masak 2 eko je, so pandai2 ejas bahan2 nya sendiri. tak sah kalo tak derhaka resepi orang tau.. telur masin pun buh sebijik je...
uols... resepi Umi Qi aku rekemen sgt2 utk dicuba.mmg berbaloi2 untuk penggeram seafood ketam.
Umi Qi izinkan nak tepek resepi kat sini lak yer....

 Ketam Masak Cili Telur Masin
5 ekor ketam bunga fresh - aku masak 2 ekor je
1 labu bawang putih (tumbuk halus) - aku guna 4 ulas je
1 biji bawang besar (tumbuk halus) - aku buh 1/2 biji
Sedikit cili kering (tumbuk kasar)
1/2 inci halia 
2-3 biji telur masin - aku guna sebiji je
Sedikit gula
1 sudu sos tiram- aku tambah

Caranya:
Potong ketam bunga tadi dibelah tengah sahaja...bersihkan segala kekotoran dulu, kemudian rebus ketam guna air sikit 2-3 minit sahaja...dan toskan. 

Air rebusan ketam jangan di buang, masukkan ke dalam bekas asing ketepikan. 

Masukkan sedikit minyak masak, tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan berwarna kekuningan, kemudian masukkan bawang merah. 

Kacau sehingga garing, masukkan 2-3 sudu besar cili kering tumbuk dan halia, kacau sehingga naik minyak, gunakan api kecil. 

Lepas tumisan naik minyak, masukkan air rebusan ketam tadi sikit demi sedikit dan kacau. Masukkan ketam gaul sekali sehingga sebati. 

Terakhir sekali pecahkan 2-3 biji telur masin ke dalam bekas asing dan kacau, masukkan terus telur masin tersebut ke dalam ketam tadi dan kacau guna api kecil. Biarkan agak2 pekat sedikit ye.

Masukkan gula sedikit utk sesedap rasa. Garam tidak perlu sebab telur masin dah masin.

Siap! makan dgn nasi panas2 gerenti bertambah2

5 comments:

  1. Terharu!...nih nak cerita kt mertua ni...kembang montot mertua ku nanti hahahha...haaa cer akak pelbagaikan main course...kot2 kalau try udang ke...lala ke jadi terlebih sodappp haaaa gitu...sonok akak suka...haishh cm nak buat lg la heheh thanks sis amy sudi cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kan Ju, suami akak tak pandang pon. akak je bedal sorang 2 eko ketam tu. licin, menjilat2 pinggan...

      Delete
  2. Nsb baik za alergi ketam ni..hihi..

    ReplyDelete
  3. sedapnya terliur rasa nak masak stok ketam yang beli kat pasar borong resepi ni.. baru tahu ada resepi taruh telur asin.

    ReplyDelete
  4. telur masin tu tak rebus dulu kan?

    ReplyDelete