Pages

Friday, July 25, 2014

Perutusan ucapan Hari Raya Aidilfitri 1435 Hijrah

assalamualaikum... 
semua pembaca blog amerislovely, geng2 gojes, yang kenal, yang tak kenal.
saya dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. Semoga raya tahun ni membawa seribu berkat dan rahmat setelah sebulan kita berpuasa.
dengan setulus ikhlas saya ingin memohon maaf andai ada keterlanjuran menulis di sini,terlebih gurau senda, tersasul tak sengaja, terguris hati dan perasaan. 

Terima kasih buat semua customer yang oder lasagna sepanjang bulan puasa yang lalu. saya mmg tak open order sebab takut tak terbuat. hahhh ngko... dalam senyap2 pun tak menang tangan saya dok berlasagna kat dapo.   
halalkan jika terlebih terkurang.

ohh... saya mula bercuti selepas hari raya sehingga 5/8/2014.

 gambar 3 tahun lepas. Masa ni rayyan baru 7 bulan, 1st time beraya bertiga. cari gambar baru tak jumpa...sori yer anak ummi sorang lagi Fateen Azzahra.

Salam Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
Daripada:
Ahmad Faris
Amerda (puan blog)
Faqeef Arrayyan
Fateen Azzahra

Monday, July 21, 2014

Resepi: Ayam Panggang Sedap & Mudah

Salam Ramadhan hari ke23.  lagi seminggu lagi lebaran 1 Syawal baka tiba. tetiba saya nak meninggalkan Ramadhan yg penuh barokah ini...

kali ni aku nak share resepi lagi iaitu ayam panggang sedap yg super duper mudah. heyy aku mmg mmg suka yg mudah2 je. yg pakai byk rempah ratus, yg leceh dan rumit nak buat mmg aku tak kuasa nak buat.
sebenarnya aku dapat resepi ni dari blok kak Azie kat SINI pastu bila nak buat tu alahai banyak pulak bahan takde... sobs.. tp tetap nak buat gak ayam panggang ni. apa lagi menderhaka jadi Jebat lah aku...

kalu uols yang resepi asal kak azie boleh terjah blog beliau. kalu yang aku buat ni dah sedap pada tekak aku yang kak azie punya lagi laaaa SEDAPPP...sebab cukap segala bahan.

Ayam Panggang Berempah

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4 (aku guna 1/2 ekor je)
2 biji kentang - belah 2
2 biji bawang besar - belah 2
2 biji tomato
2 batang serai - ketuk(takde stok)
1 paket rempah kari - guna Babas(tak bubuh sbb takut pedas)
Sedikit minyak masak-(tak bubuh)
2 sudu besar mentega atau marjerin (lupa bubuh)
Serbuk perasa
Garam
Aluminium foil

Bahan-bahan kisar:
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit - serbuk kunyit
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
5 tangkai lada kering -(aku letak cili kisar skit)
1 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan kasar(tak bubuh)
1/2 sudu kecil jintan halus (tak bubuh)
1/2 sudu kecil lada hitam - jika suka(yg ni aku bubuh)
Sedikit air.(tak bubuh-lupa)
aku letak madu 2 sudu dan sos tiram 2 sudu

Cara cara:
Cuci ayam bersih-bersih. Cucuk badan ayam dengan menggunakan garpu supaya rempah lebih meresap dan mesra.

Panaskan oven terlebih dahulu. Kemudian, Bahan kisar tadi dimasukkan ke dalam mangkuk. Campurkan dengan rempah kari, serbuk perasa dan garam. Gaul rata.

Kemudian, lumurkan pada ayam yang telah dicucuk tadi. Letak ke tepi dahulu.

Sediakan loyang untuk membakar. Tuangkan sedikit minyak ke dalam loyang tersebut. Susun ayam yang telah dilumur dan diperap tadi. Ambil serai yang telah diketuk tadi, dan siat lalu diselitkan pada susunan ayam.
 
tengok kemain main aku menderhaka pada resepi asal. ada yg tak bubuh, ada yg lupa bubuh.jus ayam tu siyes sedap boleh wat kuah. kecur lak dok menaip ni bila ingat ayam panggang tu.
 
sayangnya aku tak sempat nak snap gambar yang dah siap bakar.. dah tu ayam tu masak ngam2 time berbuka. silap aku jugak lambat masuk dalam oven sebab dok mencari mangkuk pyrex tu laaa. konon nak nampak gambar cun skit bila amik gambar...



Wednesday, July 16, 2014

Agar-agar santan gula melaka

agar2 santan gula melaka ni antara favebet aku. tapi sblm aku buat mesti tak jadi, tak balance atas, bawah.
kali ni boleh dikatakan agak menjadi. rupanya ada tips dan petua yang aku tak tau selama ni. lepas ni boleh cuba lagi nak bagi betul2 balance bahagian santan dan bawahnya...

makan sejuk2 kuar dari peti ais ya Allah nikmat sangat rasa bila lalu kat tekak...


aku guna resepi dari kak yatie di SINI

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm  
  • 1 liter air (4 cawan) 
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) 
  • 1/4 cwn gula pasir 
  • 250 ml santan pekat (sekotak terus pastu tambah air dlm 50ml) 
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
  • Secubit garam  
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
Cara-cara:  
  1. Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
  2. Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.  
  3. Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  
  4. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.   
  5. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
  6. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...
TIPS DAN NOTA :  
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.  
  • Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

Tuesday, July 15, 2014

Iftar 15 Ramadhan: Resepi: Ikan bawal masak tauchu, ayam terayaki, sayur campur goreng, agar2 roti pelangi

wahhh... entry makanan lagi. mentang2 la 2 minggu senyap tanpa entry, bila sihat berkobar2 buat entry lauk pauk yer... 
ni sebenarnya untuk rujukan aku jugak dan utk korang intai2 resepi apa nak masak nnt....

kalu weekend ofkoz laa aku masak, alaaa weekday pun aku gigih masak jugak sbb no bazar ramadhan tagline aku. walaupun masak sardin janji homemade. ada yg tanya hari keje sempat ke aku masak?
aku masak 1 lauk je, yang lain pengasuh rayyan yg bagi. tak kisah la wpun sambal telur ke, ikan goreng ke... semua dia bagi siap dengan nasi satu tipuware. utk berbuka dan sahur skali.aku bg la beras, duit dan lauk basah kat acik utk masak.takde la amik free wpun dia kata bagi je. pikir logik laa barang semua mahal, kalu hari2 bagi free ko tak rasa tebal muka ke???

ok, ni lauk ahad. ikan bawal masak tauchu,sayur goreng, ayam terayaki. aku sempat buat agar2 roti pelangi sebab nak pulangkan pinggan neber. kalu weekend kami slalu bertukar lauk.  nampak tak barokah Ramadhan kat situ...

bawal masak taucu, sayur goreng, ayam teriyaki, agar2 roti pelangi.

 sayur goreng. mcm biasa edisi campak2 ikut apa yg ada dlm esbok. takyah tanya resepi, aku buh cendawan, kobis, bunga kobis dan sotong sebagai rencah.

 ikan bawal masak tauchu

Ikan masak taucu, resepi yang mudah untuk disediakan dan sedap...
aku mesti buat yg mudah2 je.

Bahan-bahan:
2 ekor ikan bawal (apa2 ikan boleh guna, asal jgn ikan bilis)
2 sudu besar atau secukupnya taucu
Air asam jawa secukupnya
Serbuk kunyit
 gula (garam tak letak sbb taucu dah masin)
Air
Minyak.

Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 inci halia
5 biji atau lebih cili api.

Cara penyediaan:
1. Bersihkan ikan, gaul dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga garing dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, merah, halia dan cili api sehingga wangi.
3. Masukkan taucu, air asam jawa dan gula. Biarkan mendidih dan rasakan masin, masam dan manis secukupnya. Kuah bergantung pada citarasa.
4. Biarkan pekat sikit dan boleh tuangkan atas ikan tadi. 

 ayam teriyaki

aku dah penah buat kat entry SINI 
share lagi skali resepi kat sini. ni korang kena try mmg super sedap dan mudah... korang boleh guna pemanggang ajaib.

Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tbsp sugar
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 tsp garam halus

Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.

agar2 roti pelangi.

PUDING ROTI PELANGI
Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 1 sb esen vanila - 
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 3. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan warna hijau, satu adunan lagi masukkan warna pink.
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna hijau, pastu sesenduk kaler pink tuang di atas warna kuning tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat. 
  8. #boleh guna apa2 kaler yang korang ada...

Monday, July 14, 2014

Iftar 14 Ramadhan: resepi kari ikan merah tanpa santan dan desert butir nangka

 
salam Ramadhan. dah 16 hari yer uols, kejap je kan... orang lain dah ke mana2 update pasal puasa, aku baru terhegeh2 nak update. alhamdulilah masih lagi belum jejak bazar ramadhnan setakat ni.  lps demam ari tu mmg lemau giler rasa nak update blog.

ni weekend lepas hari ke 14 puasa. mmg simple dimple je. paprik ayam, kari ikan merah tanpa santan resepi dari JULIA dan telur dadar untuk anakanda aku. mmg ak goreng kosong camtu je. kalu letak bawang, cili mmg budak2 tu tak makan laa, dok kutip buang bawang je.

 kari ikan merah tanpa santan

resepi ni dari JULIA. Ju, akak panjangkan kat sini pulak yer, minta halal ok.
Bahan-bahan:
5 biji bawang merah dihiris halus
3 biji bawang putih dihiris halus
1 biji bawang besar dipotong 4
Halba campur satu sudu kecil
5 sudu besar Rempah Kari Babas yang telah di bancuh dgn air panas(Jenama neh sedap dan x pedas sgt) aku guna sepeket setgh
4 sudu besar Asam Jawa
2 biji tomato merah di potong 4
10 biji buah bendi
2 biji cili merah di hiris panjang2
3 helaian daun kari
1 Kepala Ikan Merah fresh. (aku guna ikan merah sekor)
Secubit garam dan gula secukup rasa
1 senduk minyak masak

Cara-cara penyediaanya:
Sediakan periuk yang bersesuaian dgn size kepala ikan merah yang hendak dimasak, tidak mahu ia hancur masa dibalikkan nanti ye.
Pertama sekali, masukkan minyak satu senduk.
Tumiskan halba campur, bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus sehingga kekuningan dan berbau harum.
Kemudian, masukkan rempah kari Babas yang telah dicairkan dengan air panas dan daun kari.
Tumis rempah tersebut sehingga naik minyak dan bau selama 10 minit.
Selepas itu, masukkan air asam jawa dan tambah air masak dalam 3 cawan.

Kacau sehingga mendidih.
Kemudian, masukkan kepala ikan merah, tomato, bendi, bawang besar, cili merah, garam dan gula.
Tunggu sekali lagi sehingga mendidih.
Untuk lebih kaw rasanya, masak dgn api yg kecil dan tunggu sehingga kuah ikan sedikit likat dan pekat....

 paprik ayam. yang ni tak payah la beresepi bagai. main campak2 je. yang penting kena ada daun limau purut baru ummph rasa paprik.

ni desert kelantan. butir nangka. korang jangan konpius aku guna biji nangka tu plak. ni guna tepung pulut, gentel2 masuk dalam kuah santan+halba. kalu kat Kelantan, bersepah2 orang jual manisan ni.

Jom kita tengok resepi kuih butir nangka ini. Sangat cepat dan mudah menyediakannya. 
  BUTIR NANGKA
Resepi aku skodeng blog Kak Azie
Bahan-bahan kuah
Santan pekat
2 helai daun pandan -  disimpul
Gula dan garam – secukup rasa
1/2 sudu kecil Halba

Cara memasak:
Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Saya masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah.  Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api…

Bahan-bahan biji nangka:
1 cawan tepung beras pulut
Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
Pewarna hijau
Sedikit air kapur
Garam

Cara membuat:
Sebelum menguli, panaskan dahulu air  di dalam periuk (air separuh periuk). Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.

Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.

Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula).  Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.

Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.

Thursday, July 3, 2014

Dugaan Ramadhan

salam 5 ramadhan uols.

xde celoteh apa cuma nak cite pasal aku tak sihat.
start senin hari ke2 puasa aku dah rasa tak sedap badan, tp gagahkan jugak gi opis.
slasa aku mc, melepek kat rumah, pening , kepala berdenyut2, sakit abis badan. Hari ke2. Mulut masih payau dan kelat.masih lg pening xleh bangun.terbaring mcm dlm pantang.smlm pun suami yg hidang lauk berbuka,Wpun sampai umah lg 15 min nk azan. Lauk pun pengasuh bg. Dh lama x dmm mcm ni.menggigil2 dlm selimut Sakit kepala berdenyut2 tak ilang, xleh bangun,lemah bdn bisa2 rasa. Biasanya dmm manja ngada2 sbb nak mc je.sblm ni aku mmg jarang mkn ubat. dapat rehat 1 hari kat rumah dah rasa ok,kali ni semua jenis ubat aku telan. 

lama giler tak rasa demam mcm ni. bila aku post kt fb smlm ada yg suspek aku denggi, tp aku rasa tak sebab kalu denggi takde batuk dan selsema. aku ni semua pakej lengkap. terabai langsung rumah aku dan budak2. sian aku tido diorang main sendiri je masa asben gi terawih, mujur gak takde adegan gaduh2 kalu tak semedang je gaduh. main pun senyap2 je, mungkin paham aku tgh tak sihat.. nasib baik pengasuh diorang baik ati kirim lauk asam pedas. sedapnya rasa  mkn masam2 wpun mulut aku tak rasa apa....

tq sgt2 kat suami sbb hidangkan lauk berbuka. aku mmg tak larat langsung, tp cuba gak gagahkan diri masak nasi kul 6 tu. 

hari ni dah keje, tp kepala masih bingai2 pening2. kalu tak larat aku baring kat surau. dugaan sungguh bulan puasa ni, harap tak jangkit kat anak batuk aku.
sakit penghapus dosa. Semoga Allah hapuskan dosa2 aku......
 

Wednesday, July 2, 2014

wordless Wednesday~2 beradik ni..

makin panjang akal, makin suka gaduh, makin membesar, makin bijakkk....

.