salam Ramadhan. dah 16 hari yer uols, kejap je kan... orang lain dah ke mana2 update pasal puasa, aku baru terhegeh2 nak update. alhamdulilah masih lagi belum jejak bazar ramadhnan setakat ni. lps demam ari tu mmg lemau giler rasa nak update blog.
ni weekend lepas hari ke 14 puasa. mmg simple dimple je. paprik ayam, kari ikan merah tanpa santan resepi dari JULIA dan telur dadar untuk anakanda aku. mmg ak goreng kosong camtu je. kalu letak bawang, cili mmg budak2 tu tak makan laa, dok kutip buang bawang je.
kari ikan merah tanpa santan
Bahan-bahan:
5 biji bawang merah dihiris halus
3 biji bawang putih dihiris halus
1 biji bawang besar dipotong 4
Halba campur satu sudu kecil
5 sudu besar Rempah Kari Babas yang telah di bancuh dgn air panas(Jenama neh sedap dan x pedas sgt) aku guna sepeket setgh
4 sudu besar Asam Jawa
2 biji tomato merah di potong 4
10 biji buah bendi
2 biji cili merah di hiris panjang2
3 helaian daun kari
1 Kepala Ikan Merah fresh. (aku guna ikan merah sekor)
Secubit garam dan gula secukup rasa
1 senduk minyak masak
Cara-cara penyediaanya:
Sediakan periuk yang bersesuaian dgn size kepala ikan merah yang hendak dimasak, tidak mahu ia hancur masa dibalikkan nanti ye.
Pertama sekali, masukkan minyak satu senduk.
Tumiskan halba campur, bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus sehingga kekuningan dan berbau harum.
Kemudian, masukkan rempah kari Babas yang telah dicairkan dengan air panas dan daun kari.
Tumis rempah tersebut sehingga naik minyak dan bau selama 10 minit.
Selepas itu, masukkan air asam jawa dan tambah air masak dalam 3 cawan.
Kacau sehingga mendidih.
Kemudian, masukkan kepala ikan merah, tomato, bendi, bawang besar, cili merah, garam dan gula.
Tunggu sekali lagi sehingga mendidih.
Untuk lebih kaw rasanya, masak dgn api yg kecil dan tunggu sehingga kuah ikan sedikit likat dan pekat....
paprik ayam. yang ni tak payah la beresepi bagai. main campak2 je. yang penting kena ada daun limau purut baru ummph rasa paprik.
ni desert kelantan. butir nangka. korang jangan konpius aku guna biji nangka tu plak. ni guna tepung pulut, gentel2 masuk dalam kuah santan+halba. kalu kat Kelantan, bersepah2 orang jual manisan ni.
Jom kita tengok resepi kuih butir nangka ini. Sangat cepat dan mudah menyediakannya.
BUTIR NANGKA
Resepi aku skodeng blog Kak Azie
Bahan-bahan kuah
Santan pekat
2 helai daun pandan - disimpul
Gula dan garam – secukup rasa
1/2 sudu kecil Halba
Cara memasak:
Cara memasak:
Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa
kacau supaya tidak berketul. Saya masukkan juga lebihan air daun pandan
tadi ke dalam kuah. Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak.
Tutup api…
Bahan-bahan biji nangka:
Bahan-bahan biji nangka:
1 cawan tepung beras pulut
Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
Pewarna hijau
Sedikit air kapur
Sedikit air kapur
Garam
Cara membuat:
Cara membuat:
Sebelum menguli, panaskan dahulu air di dalam periuk (air separuh periuk). Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.
Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.
Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula). Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.
bestnya dapat masak sendiri utk iftar kan ..sedap2 plak tu
ReplyDeletewahhh...sedapnya kari tu...
ReplyDeleteUmi pernah buat biji nangka tu..seanang je kan..tapi diorg tak layan sgt kuih ni huhuhu...sudahnya sedekah kat jirang tetangga...yg best diorg puji sedap ekekeeke
ReplyDeletePssttt kari ni mengancam betul time puasa nih ;)
teringin nk rs butir nangka tu.. hri tu dh rs lompat tikam, mcm xkena dgn tekak sbb macam² ada.. klu pulut xde ok kot..hehehe..
ReplyDeletemamak style kalu mmg tadak pki santan pye...siap buh serbuk cili lagi...my papa suka...tp ktrg lebih suka ada santan...hehe
ReplyDeletealahai sedapnya butir nangka tu kak..nak buat tak berbaloi sbb makan sorang..
ReplyDeletelin suka desert tu... uhuuhu
ReplyDelete