Pages

Tuesday, November 11, 2014

cerita weekend yg ohsem...

hooyehhh... minggu lepas sabtu & ahad aku rasa lapang je. sebabnya aku tolak sebarang oder untuk minggu ni. mmg nak berehat dan berkemas je kat rumah. santai sungguh aku rasa.  biasanya sabtu ahad mmg busy dengan oder lasagna, puding roti, macaroni. sblm subuh dah bangun siapkan order sblm customer collect waktu tghari atau aku yg akan deliver kat area gombak. pastu rushing masak utk tengahari, laju2 pulak basuh baju, kemas umah.... kesudahannya aku yg keletihan.

so minggu lepas aku bersantai kat rumah. bangun pun lewat smpai tak buat breakfast, terus masak untuk tengahari.eehh jgn salah paham lak dah tentu aku solat subuh dulu, pastu tarik selimut semula. best wooo tido dah laa ujan mendung je....
sabtu kebetulan ada jemputan kenduri kawin opismate asben. so pagi tu bfast ringkas2 je. aku goreng karipap yang cikna bagi. rayyan suka betul karipap. tq cikna bg karipap sedap. pastu kemas dan bersihkan dapo sampai sayang aku nak masak. hahahahaha....

kul 11.30 tghari gi kenduri kt bekut beruntung. kuar awal sbb tak nak bertembung dgn rombongan pengantin. boleh mkn tenang skit. 


budak ni bantai tido dalam keta otw gi kenduri. mata merah sbb bergaduh, kena tumbuk dgn yaya.

balik kenduri kawin singgah tesco jalan kuching beli lauk basah dan barang dapo. aku mmg alahan skit kalu kuar pasaraya dgn budak2 tu.  mesti ada jer diorang mengepow aku, ada jer bahagian diorang. grrrrr

aku lebih suka gi pasaraya lps balik opis hari jumaat. tenang laa skit aku nak membeli belah. takde laa lupa beli tu ..beli ni... kalu bawa budak2 mesti ada benda penting yg aku lupa nak beli. haishhh...

kebiasaan aku jugak lebih suka siapkan keje2 umah hari sabtu, contoh mcm gosok baju, lipat baju, kemas umah sume. tak kisah tido lambat sbb esoknya ahad. psiko kat situ.
so ahad tu aku dah tenang skit. takde buat keje umah sgt2.  relax skit kumpul tenaga sbb isnin nnt struggle untuk minggu tersebut. tips aku: jgn simpan kain baju yg tak berlipat bawa ke minggu berikutnya.

ahad pulak tak buat bfast pun, terus masak mkn tghari, mkn kul 11. lps zohor aku buat pulak tiramisu. dah lama nau peram cream cheese ooii... baru skrg terhegeh2 nak buat bila tgk exp date lagi 3 minggu.


first time aku masak lemak ala nogori. biasa masak lemak kelantan je. letak kunyit lengkuas.
sni siap letak serai daun kunyit. eehh laki suka lak siap hirup2 kuah. ngeee boleh buat lagi. tapi opismate aku kata style nogori takde letak bawang pun. cili api semata. derhaka lagi..

ni laa lunch tghari ahad, mlm pun menu sama cma tambah telo dadar.
 
makan malam kul 6 ptg. eehh risau aku sbb bdk2 tu langsung tak nak makan nasi. rayyan lagi laa sebiji nasik tak masuk perut lagi. dok ulang minta susu jek.

tiramisu aku siap 5 cawan. yg tanya aku resepi kat FB minggu lepas boleh klik SINI. siap step by step.

aku letak depan dia pamplet pizza hut. terus "abg nak pizza hun... abg nak pizza hun.... ada roti, piza, pageti, kuah(mushroom sop) ayam,"
aku tau mmg tu fav dia. dia pun dah tau apa yg ada dalam bix box puza hut. terus suh aku call.
lps maghrib budak delivery sampai tak nyabor nak mkn. sebekas spageti abis diorang 2 beradik. pizza 1 slice. mushroom sop abis sebekas 2 beradik tu balun.



ada lagi yg aku risau. yaya hari ke4 tak berak2 jugak. dia ni mmg ada sembelit kritikal jugak. pernah gak laa sampai berdarah. texture najis dia mmg keras giler. meneran sampai merah2 gigil2 muka. adoii.. cian aku nengok. kesudahan mesti dgn masuk ubat kat montot dia. tq mommies gojes yg byk bagi tips utk sembelit.






#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad masih seperti biasa.
kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.


5 comments:

  1. lebih kurang sama je dengan anak2 ain kak..dorang pun xnk makan nasi sgt...kalau tanya nak makan apa..memanjang je mintak makan mee...bagi je lah kan..dah tu dia nak makan...huhuh..

    ReplyDelete
  2. alahai bab sembelit tu gerun la dengar amy..huhu
    bahaya jugakkan sembelit nih..huhuhu

    tiramisu tu nampak tempting ;-)

    ReplyDelete
  3. full of makanan! cecepat scroll komen.. elak napsu..haha..

    ReplyDelete
  4. masak lomak cili api ker?? sodap yooooo..... sambal belacan pun ado... hamboiii terus eden usap2 perut yg bosar nih...(macam lari je slang tu)

    ReplyDelete
  5. Tes...bagi lar buah2..byk minum air..vitagen or yakult ker x suka?

    ReplyDelete