Pages

Thursday, December 11, 2014

cirit birit: jangan pandang enteng

aku nak citer tentang gambar Wordless Wednesday semalam entry SINI.

menurut faris (suami aku) dia mula sakit perut (cirit) start
 dari lepas solat jumaat lagi (5/12/2014).
berulang2 ke toilet dah tak tau brapa kali.
masa amik bdk2 ptg tu pun dia dah tak naik umah BS.
aku sorang naik bawa turun bdk2 tu.

sampai umah dia terus baring atas katil berselimut.
 aku cek badan dia mcm dah demam.
aku suruh dia mandi dulu, tp katanya dia nak baring jap, pening.

aku uruskan bdk2. masak bubur ayam utk dia dan anak2.
aku pun makan bubur skali.
lepas tu aku ambilkan ubat "pil chi kit teck on" [betul ke gini eja?] 

biasanya lepas amik pil tu tahan skit cirit.
 esoknya [sabtu] cirit faris masih berlarutan.

aku pulak sblm tu dah amik oder ATY  entry :

http://vanillapink3113.blogspot.com/2014/12/biler-tekak-teringin-pulak-nak-makan.html

di rawang. dah janji nak antar kat dia sambil aku ada hal skit di rawang. 
 tak boleh nak cancel sbb aku dah siap masak. 
so aku terpaksa delay kan penghantaran aty memandangkan
 faris masih berulang alik toilet.

aku watsapp aty lambat skit sebab nak gi klinik dulu.
 kul 11 pagi gi klinik.
kul 11.45 baru gerak gi rawang dengan faris berselimut dalam keta, aku drive.
sepanjang jalan aku berzikir sbb tak biasa lalu hiway PLUS,
 lori bas banyak,jalan pulak tgh renovate.

lepas hantar oder aty berdesup aku drive balik.
sampai umah kul 2.30.
faris mmg lemah tak bermaya. lps makan umat dia rehat.
 dan masih lagi berulang ke toilet.

malam tu dia tido bilik lain takut bdk2 terjaga sbb dia berulang ke toilet.

subuh ahad, dalam kul 6.30 pagi aku dengar dentuman yang sangattt kuat.
aku ingat ada orang pecah masuk rumah. 
rupanya faris dah terbongkang dalam toilet pengsan!!!!
mata ke atas macam kena sawan.
dengan panik dan terkejut aku cuba kejutkan dia. 
tepuk2 pipi dan basahkan muka dia.
masih tak sedar.. rayyan dan yaya pun bangun sbb terkejut jugak.

aku tak pasti brapa lama tp mungkin dlm 5-10 minit kot dia pengsan.. 
bila dia sedar dia suruh aku solat dulu. sementara faris cuba bersihkan diri dia.

keadaan dia masa tu bibir dah cracked, lidah dah berwarna kuning.
 sangat2 teruk. separa kritikal.

keadaan aku pulak tak tau nak citer.. dengan panik, blurr...
semua terlalu pantas terjadi.....

selepas siapkan anak dan bfast ala kadar.
 aku terus decide nak hantar dia ke hospital.
hantar bdk2 ke rumah BS terus aku pecut ke
 Emergency Colombia Hospital Setapak.

lepas cek bagai, terus masuk air, ambil darah dan admit.


bersambung....[opis aku buat fire drill pulak...]

8 comments:

  1. Ya Allah...seram baca...dan julia serta suami pernah rasai alalm cirit birit x berhenti selama 3 hari kak...Allah...mmg kalau keracunan makanan makan pil chik ki taun x menjadi...cpt update ye kak

    ReplyDelete
  2. Scarykan..
    Semoga hubs amy cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. Tengah berdebar2 baca..tetiba bersambung pulak..saspen sungguh.

    ReplyDelete
  4. itu keracunankan... kritikal tu... pil tu tak begitu kuat nak lawan... keracunan yg sikit sikit je boleh lah...

    ReplyDelete
  5. Faris pengsan sbb dehydrated dan garam mineral rendah. Klu knk2 lg bahaya sbb kurang tolerate. Sbb tu bila cirit doktor bg oral rehydration salt (ORS). Klu x boleh minimum ORS sbb dia kurang sedap, blh minum 100plus.

    ReplyDelete
  6. Too bad. But, Alhamdulillah syukur sbb dia recover..... Amy pun take care tau....

    ReplyDelete
  7. Bila cirit:
    1. Minum teh pekat utk hentikan berak (tak buat pun xpe).
    2. Minum air lebih buka utk ganti air yg hilang (wajib).
    3. Minum ORS utk ganti mineral yg hilang. Klu knk2 mereka xsuka rasanya, ganti dgn minuman isotonik. ( wajib). Kekurangan mineral dlm bdn boleh dirasai bila otot rasa lenguh2/lesu/ fatigue.

    ReplyDelete
  8. aduhh berdebar part jatuh pengsan tu..

    ReplyDelete