Pages

Wednesday, January 7, 2015

Misi Abah untuk mangsa banjir..

minggu lepas aku ada post kat FB menyuarakan misi abah aku 
di kampungnya yang turut tenggelam masa banjir besar ari tu. 
walaupun tak seteruk seperti di Kuala Krai sampai hilang rumah,
 tapi tenggelam sampai atap jugak. harta benda mmg dah tak leh pakai.
 nasib baik masih ada rumah tempat berteduh.

abah ambil inisiatif dengan membuat pengumuman kat masjid 
di taman perumahan untuk sumbangan masgsa banjir. 
sudahnya kat garaj keta dipenuhi dengan hasil sumbangan orang ramai. 

kagum dengan usaha abah. kagum aku dengan usaha abah untuk membantu
 dan menyumbangkan sesuatu untuk kampungnya...

barang2 tersebut abah angkut berulang2. sampai penuh van kecik tu diisi.

menurut abah, baju dewasa lelaki dan wanita dah banyak. 
yg perlu baju dan peralatan bayi dan kanak-kanak. kesian diorang takde baju. 

jadinya aku cuba sedaya upaya kat sini mengumpulkan
 baju bayi dan kanak-kanak.
banyak jugak yg dapat. InsyaAllah hasil sumbangan korang
 semua akan aku terbangkan pada hari Jumaat ni 9/1/2014 
dengan MH1402 jam 18.25.
tak sabar dah rasa aku nak balik. 

berat luggage yg layak untuk kami 4 beranak aku muatkan 
dengan sumbangan untuk mangsa banjir!!! InsyaAllah boleh sampai 80kg. 
20kg lagi untuk barang2 aku dan anak2.

terima kasih atas sumbangan korang. paling terharu bff aku yus 
siap bagitau jiran dan buat kutipan wpun masih dalam pantang. 
berlambak2 dia bagi aku masa aku gi umah dia ahad lepas.
 next entry nanti aku citer pasal tu. kamera fon aku rosak, tak leh amik gambar..

aku akan update nanti tentang perkembangan pasca banjir kat sana nanti...


 abah dengan hasil sumbangan penduduk taman.

 dah muat van untuk hantar ke kampung temangan, machang.

menurut abah sumbangan  hampir cecah 2000kg...

6 comments:

  1. alhamdulillah dan tahniah dear ....

    ReplyDelete
  2. Wahhh tess...alhamdulillah..kagun ngn abah..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, sama² ringakn beban ye kak..


    psst, macho btl abah akak..

    ReplyDelete
  4. satu yang saya kagum ialah abah kamu yg dah tua tapi masih tegap dan sihat... saya respek tu... lagi lagi usaha murni beliau... sebab tu dalam hidup walau banyak kita doa... tambahlah supaya walau kita tua (perkara wajib tu) kita tidak sakit dan terus gagah untuk berbakti pada ummah...

    ReplyDelete
  5. semoga murah rezeki akak sekeluarga..tolong orang susah..

    ReplyDelete