sambungan dari entri di
sungguh... kalu tak tengok sendiri kita setakat tengok jer.
kalu ada sedetik perasaan pun tak sama melainkan
kita tengok sendiri apa yang berlaku, mcmana keadaan sebenar...
terus rasa betapa kerdilnya kita, bila Allah nak tarik nikmat tu sekelip mata berlaku.
walhal Allah hantar selembut2 cara iaitu air.
subhanallah tak terkata bila aku lihat dengan mata sendiri.
besarnya kuasaMu ya Allah....
Maafkan hambaMu ini yang banyak melakukan dosa.
sesungguhnya rasa insaf yang aku rasa betul2 dalam di hati.
lokasi yang aku kunjungi bersama abah aku adalah di Kg Kuala Nal, Kuala Krai.
tak terkata bila melihat keadaan itu.
kesan masih boleh di lihat sampai sekarang.
jika ada kelapangan pergilah melawat, bawa keluarga, bawa anak.
semoga kita semua insaf dan bersyukur padaNya.
ni bukan di Acheh, bukan di India, bukan di Sri Lanka. tapi di negara kita yang tercinta.
tak nak bebel banyak2... biarlah gambar berbicara...
antara rumah yang ranap...
sisa2 dan sampah banjir berlonggok dibuang ditepi jalan.
rel keretapi pun berganjak dari kedudukan asal.
sungai kelantan menjadi luas dan lebar akibat dari banjir besar yang melanda.
cuba menyelamatkan sisa yang ada. jemur dan salai bantal...
abah bertanya penduduk rumah penghulu. makcik tu sedang mencuci pakaian dan barang akibat banjir.
boleh tahu paras air bila melihat pakaian yang hanyut dibawa banjir tersangkut pada pokok.
penghulu menceritakan cetik2 cemas semasa banjir berlaku. masa aku melawat ni 9/1/2015 bekalan letrik dan air masih belum ada.
rayyan yang teruja tengok menan yang berlumpur. siap tanya aku mana remote keta tu...
rumah pakcik ni berganjak ke depan. nasib baik ada pokok rambutan yang menahan, kalu tak hanyut lagi kot... kat belakang tinggal sinki jer..
jemur karpet jemur tilam selagi boleh guna ...
sekolah yang dijadikan pusat pemindahan semasa banjir. air di paras tingkat 2 bangunan sekolah.
penguhulu masih khusyuk bercerita. kami dihidangkan dengan teh o dan biskut.
nampaknya yaya yang excited bila tengok jajan...
dasyat sungguh kan kak... kuat dorang semua yg terlibat...
ReplyDeletebagus sungguh mereka... tengah susah susah begitu hidang juga air ngan biskut kan... sedih tengok keadaan diorang macam tu... harap cepatlah diorang pulih dari semuanya
ReplyDeletesedih sesangat kan kak..sy balik kg camtu la. nak menitik air mata..
ReplyDelete