Pages

Monday, March 30, 2015

review: Pak Uda Kitchen & Grill

Hadoii kemain lama peram.
 Yang sebulan lepas pun ada lagi tak publish... hampunn

Kali ni saya nak review food kat restoran yang kami sekeluarga pegi..
 dekat je. 
Tepi hiway DUKE. 

Hiway ni merupakan laluan saya dan suami setiap hari nak pegi keje...
Dah hadam sgt mana ada lobang, mana perlu tukar lane sblm tempuh jem... dan hari2 jugak tgk retoran ni penuh je bila ptg timw kitorang balik keje.

Beberapa jumaat lepas kami singgah sini lps balik dr giant beli lauk pauk basah..

Selalunya tak pernah2 kitorang kuar gi giant malam2, lps balik keje lak tu..

Gambar ni saya up kat facebook masa gi giant. Rayyan pakai slipar lain2. 
Tak kuasa dh nak pusing balik umah semata2 nak tukar slipar. Tu gaya merajuk pulas2 tangan sbb saya tak belikan dia menan keta hotwheels...

Parking betul2 depan kedai. Mmg penuh tambah2 mlm..

 antara menu yg sempat saya snap. Cer tgk nama menu glamer habis...



 Yang best ada menu utk kids. So xde laa bazir kalu oder utk anak2kan... ni saya suka..

 Suami oder yang ni..tak ingat dah nama apa tp sedap. Dlm ada inti daging.. ala2 kebab.


 ni menu utk rayyan & yaya. Mmg sesuai sgt portion utk kids... coleslaw dia sedap.anak tak makan umi boleh abiskan..

 Yang ni saya punya. JloLamb grill with cheese... lebih kurang mcm tu la nama menu... taste so-so je..
Paling win coleslaw dia laaa suka sgt.freshh

Total rm38.ok sgt dah rege tu. Patut laaa org ramai... tp kalu nak real makan steak kena pegi wadihana islamik steak house...

Tuesday, March 24, 2015

ekon 2.5hp utk ruang tamu

Hi korang... dh lama x cite rumahku syurgaku comel ni.. 
Maaf sbb lama tak bersiaran ramai pulak yg watsapp tanya kesihatan saya san anak2 saya.
Alhamdulillah saya dan anak-anak sihat.
Terima kasih kepada yang bertanya.

Cuma tak berkesempatan nak jengok blog sebab hardisk lappy masuk workshop. Dulu boleh gak mencelaha kat pc ofis tp dah kena blok utk buka blogspot.

Utk sementara waktu taip je kat hp dulu.
Cuma tak dapat nak letak watermark lah..

Ooohh... citer ni agak basi jugak. Dlm 2 minggu lps kalu saya tak silap.
Dek kerana cuaca panas yang melampau. Maka kami suami isteri decide utk pasang ekon di ruang tamu.

Kalu nak ikutkan rumah saya ni agak sejuk sebab area dpn dh hutan kecik di samping ada taman tasik.
Tp bila cuaca panas seolah kipas pun tak rasa.
Kesian anak2 sebab bermandi peluh bila tido dlm buai.

Selepas ding dong ding dong suami terus gi kedai letrik yg kitorang slalu beli brg.
Byr deposit dulu, pasang isnin berikutnya sbb ahad kontraktor pasang bercuti.
Malas nak pikir panjang sbb bila dh 1 april kos akan masuk caj GST dan kena bayar lebih kurang rm180 utk GST. bg kami yg biasa2 ni rm180 tu banyak tau.

Kitorang amik yang 2.5hp plasmacuster jenama SHARP.  Besarkan 2.5hp ni sebabnya utk ruang tamu agak luas dan terbuka. So boleh cover semua ruang. jimat tenaga dan antibakteria.(xpasti yg ni terma plasmacuster tu)

Cuma kalu korang perasan ada kecacatan skit masa pemasangan. Nampak tak hos kable tu senget ke bawah. Mmg sakit mata skit tang situ. Sebabnya dinding blkg tu meter letrik, sebab tu tak boleh buat lurus.

Sebelum pasang ekon dinding tu ada kipas. So kipas tu dah cabut laa kan....


 Perasan tak kesengetan tu

 Bermaharaja lela sgt hero ni hisap susu bwh ekon....

 Disebabkan 2.5hp dia punya kipas enjin blkg gabak besar. Dh buntu nak susun atur area ni. Sudahnya rak kasut susun bertibgkat kat atas tu. Mmg nmpak semak skit sbb area ni sempit. Korang ada idea x?

nampak tak meter letrik tu betul2 atas rak kasut paling atas tu, sbb tu laa hos kabel ekon terpaksa di sengetkan. Huhuhu




Wednesday, March 18, 2015

Bila busy melanda...

Rindu nak terjah blog kawan2..
Rindu nak drop komen.. apakan daya kekangan tugas tak mengizinkan,
InsyaAllah ada masa saya reply semua komen dan update blog lagi2 gathering blogger mak2 gojes Sabtu lepas...

Tepek jugak sekeping geng jemah gathering blogger supermom minggu lepas.

Thursday, March 12, 2015

Everyday is a blessing/Setiap hari adalah Rahmat

lama tak tepek ragam budak2 ni. masing2 dah panjang akal. 
dah pandai ngelat kalau saya minta tolong apa2.
contohnya kalau disuruh amik kan cawan, letak botol susu atas meja, 
kemas balik mainan... ada jer jawapan yang diorang bagi.
 "kejap laa umi... nak tengok kartun dulu.." 
kejap laa abang nak buat ni... kejap laa..."

kadang2 buat saya macam nak bertukar hijau jugak.
 bila dan2 tu laa dia nak suruh kita buat apa2. 
sedangkan masa tu kata dok kalut nak mandi solat. 
memang menguji kesabaran saya jugak.
bila kronik sangat saya pernah merajuk dengan Rayyan,
taknak tido dengan dia, saya tido bilik lain, sudahnya dia tak boleh tido.
 kul 3 pagi buka pintu bilik, mula2 tido kat depan pintu, pastu tido kat kaki saya.
 sobbss..

emo jugak saya terus nangis tersedu2. hahahaha...

diorang ni kalu dapat menan baru mmg excited sgt2.
 tapi kejap je pun esoknya tang tanggal, tercabut sana sini.
 sudahnya memang saya beli menan yg murah je pon.
tp skrg tekad tak nak beli menan dah. 
tp tak tau laa kental ke tak hati tisu saya ni dengan anak2...
sebab menan diorang yaa ampunnnn...
berguni2 kot.. tu dah sorok. tinggal beberapa ketol je..

yaya mmg tukang tengok je, tak berani sentuh abag dia punya menan...

rayyan mmg teliti orangnya. lepas main dia mesti tanggalkan balik menan tu masuk semula dalam kotak.


gigih nak pasang sendiri railing pinguin tu..

Tuesday, March 10, 2015

Borong susu DL di Tesco

saya ni pantang dengar susu anak murah terusss je serbu.
 bukan saya jer kot yg sawan tengok susu anak murah kot..
 eehh semua mak-mak lah.

dapat je info kat fb pasal susu murah ni terus whatsapp suami..
sabtu gamble je pegi, redha laaa kalu susu dah abis kan..
eehh tetiba si JUE update live dari tesco susu murah. 
terus kenyit mata kat suami. 
siap2 terus kuar gi tesco jalan Kuching..
hambek... melambak lagi stok susu DL yang ada.

20 pek kitorang beli. setakat 20 pek tu takde laa tahan setahun.
 cukup untuk 2 bulan je
tapi jimat RM130++...
 selagi boleh jimat kita jimat. 
memang beli susu anak je pada hari berkenaan.
20 pek total dalam RM450++




Monday, March 9, 2015

my bisness my lasagna...

alhamdulillah atas rezeki yang tak putus-putus saya terima.
walau pun tak banyak tp tak menang tangan jugak saya...
sebab saya saya masih bekerja dan tempahan yg boleh saya terima jugak terhad.
segalanya saya buat seorang sementara suami tengok2kan anak dan tolong saya mengemas...

rutin harian kerja2 rumah jugak kena saya uruskan. 
jadi untuk kawan2 yang nak oder lebih baik order awal
 untuk mengelakkan order anda saya tolak.
saya hanya menerima 2-3 order untuk weekday dan 5-6 oder untuk weekend..
sebabnya saya tak nak amik oder dalam keadaan saya kelam kabut nak siapkan banyak order,
bila dah penat saya takut hasilnya tidak memuaskan hati saya dan anda semua...

terima kasih untuk sahabat2 maya, silent reader blog saya...
first time oder terus 6 dulang. bank in full payment.
terima kasih lagi skali Muna, Amira dan Hani dan lain2..

Untuk pengetahuan, saya hanya proceed order selepas
 separuh harga order saya  terima.
sebabnya tak nak pisang berbuah berkali2 (mmg banyak pun) 
kes order pastu senyap,
kesian saya dengan bawa anak lagi nak gi hantar tp customer senyap tak datang2, 
call pun tak angkat.

nak siapkan satu2 order bukan 10-20 minit.  
yang mana saya jugak perlu prepare bahan, nak masak lg, bakar lagi...

saya bukan masak mee goreng sekali masak boleh 3-4 bungkus goreng dalam kuali.
saya buat satu demi satu order.dah siap sedulang,
 baru buat dulang lain.
sebab saya tak nak rasa dia "lari".
contohnya: awk makan mee goreng yg order sepinggan2 tu 
tak sama dengan mee goreng dah dh goreng siap sekuali. 
ehh.. faham tak maksud saya... 


 

 untuk order whatsapp saya di 017-3213039

Thursday, March 5, 2015

Gajet dapur: garam kunyit segera

saya ni kan... kalu balik kampung ke Kota Bharu seka sangat beli barang2 yg memudahkan tugas saya di dapur. kalau pegi pasar ada jer benda yg menarik perhatian. 
sebelum ni saya tumbuk sendiri garam, kunyit halia untuk perap ayam.
 masa balik ari tu jumpa benda ni terus beli tak pikir2 lagi.
senang. dah siap bawang, halia, kunyit garam. harga RM2.50 jer..

jangan terkejut sebab saya jugak beli daging dan tulang lembu kalau balik kb.
 sebabnya fresh & murah. ada masa nnt saya share Insyaallah..

kalu sekor ayam tu aku perap semua. ayam potong 18.
 yang bahagian dada yg ada tulang putih tu aku asingkan potong kecik2 untuk buat rencah nasi goreng ke, mee goreng ke, sup sayur ke... 
boleh tengok entry ni saya pernah share




 lagi sedap sebab guna kunyit hidup. kalu saya guna serbuk kunyit tu je

bahagi terus 3 portion. nk guna kuarkan 1 portion.

Wednesday, March 4, 2015

Maggi Udang Galah di PCB

cerita basi lagi. ni pun masa cuti balik Kelantan masa CNY bulan lepas.
 biasammg jarang nau saya bersama asben dan anak2 
makan kat luar apatah lagi gerai mcm ni dgn anak2 lagi.
bukan tak nak cuma risau akan karenah anak. 

so hari berkenaan tgk mcm elok jer mood diorang.
masa jalan2 Pantai Chaya Bulan (PCB) singgah lah kat sini. 
hajat sebenar nak makan megi ketam.
 terliur dok tgk kawan update kat fb. masa sampai tengah hari tu kedai belom buka lg. 
makcik tu baru stok up barang, atur barang2.
saya pulak main terjah jer. 

oleh kerana ketam utk megi saya pun tak sampai lagi maka order laa megi udang galah. wahh nak jugak tu..
sedap hooiii... sampai lupa nak offer kat suami. 
bila dia minta sbb tgk saya sedap je hirup kuah baru saya perasan.
 hahahaha dasat betol bini..

berguling2 udang galah dalam kuah megi.
faris (suami) kata nnt kalu balik KB boleh laa singgah lagi. lalalala
ooi... terliur pulak time menaip ni..

kat mana gerai ni?
ok..gerai ni gerai yang pertama masa sampai di pcb 
maksudnya yg mula2 dekat corner mengadap pantai

 baru buka mmg xde orang langsung. kami 1st customer... gerai pertama tau..

 makcik tu baru nak susun seafood. alaaa tetiba ada lalat pulak 2 ekor dalam tu...

si rayyan pulak dok makan jajan orang bagi.
 
 berguling2 udang galah dalam megi. sedap ooii...

fishball & sotong. air kelapa 2 biji. total semua RM29.

Tuesday, March 3, 2015

OOTD: Vintage kononnya

abaikan yg tak semenggah di belakang tu.. 
excited nak buat entry baru dengan new look blog baru.
yang tu nnt aku review kemudian. ni gambar ootd hari ni. 
vintage laa kunun... vintage ke??? 
hahahaha.. lantakk


 oohh.... pendek sgt nampak aku

 ni gambar samsung prime grand front camera. nmpak beza kan gambar ni dgn yg bawah...
so jgn terpedaya dengan gambar selpie aku. kikikiki...

ni selpie camera fon samsung grandprime. takyah nak touch bagai, model samsung mmg utk selpie, gambar cun melecun. 
eehh instant shawl dari mYsyera. tu nnt aku review kemudian jugak..

Monday, March 2, 2015

Surprise Birthday utk ma yang ke 61.

ni citer masa balik kampung masa cuti CNY ari tu, 
kebetulan birthday ma pada 23 Februari. tapi masa tu masing2 dah balik KL. 
selepas ding dong ding dong dgn adik aku, 
so kirotang decide nak buat pada hari Sabtu malam tu.. 
Esok pagi nya adik aku dah gerak balik KL. 

so kitorang plan baekk punya..senyap2 malam tu.
tetiba ma pulak selsema gara2 kenduri banyak tempat semalamnya, 
jadinya malam tu nak taknak gi masjid.
dah planning baikk dengan abah. so abah ajak jugak ma gi masjid sesama.

masa ma gi masjid tu laa kitorang projek.
 adik aku gi amik kek yg dh order di Secret Recipe. 
memula adik aku nak wat kek, aku kata takyah beli jek. 
malam tu amik kek, beli pizza 3 bijik. pizza adik aku talha yg sponser. 
aku lak dari umah MIL beli satay. sampai umah aku sorok satay dalam bilik. 

sblm gi masjid tu ma dah pesan kat aku suh makan nasi kat umah sblm balik umah MIL.
 aku ok kan je.
aku kemas2 dapo, kuarkan pinggan, atur semua.atas meja.

masa ma dah dah balik dari masjid adik aku lak tak balik lg dari amik kek.
hadoiii.... memula ma mmg terkejut tgk makanan byk atas meja. 
tapi tak tau tu utk birthday
masa kat bilik tu abah aku suh ma pakai proper skit. tak nak baju kelawar..

siap berlipstik ma aku malam tu.
abah iring ma kuar dari bilik. macam pengantin. hahahaha... 
klakar sangat
pastu kitorang semua dok amik gambar...
siap tutup lampu, kek siap lilin bagai.

pastu ramai2 nyanyi HAPPY BIRTHDAY kat ma..
aku nampak mata ma mcm bergenang.
tak sangka langsung sambutan birthday dari anak2.
aku pun happy. pastu makan ramai2...

menu: kek carrot, domino pizza, sate, macaroni cheese, air teh o.

doa aku semoga ma panjang umur, murah rezeki dan sentiasa sihat sejahtera diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaNya... amin...



 rayyan & yaya bersama sepupu haziq dah ready tunggu tokma nak tiup lilin skali...

 banyak jugak laa makanan pada hari tu. kek siap hantar ke rumah jiran.

 kek birthday ma. kek carrot dari secret recipe.

ma menahan sebak. terselit gambar aku kat situ.