Pages

Wednesday, June 17, 2015

Selamat Datang ya Ramadhan...

pejam celik rupanya esok dah nak berpuasa. 
kejap nau rasanya setahun ke setahun...
masa sangat pantas berlalu...
tiada apa yg berbeza dari tahun2 lalu..

harap tahun ni dapat berterawih di masjid memandangkan
 budak2 tu dah boleh mendengar arahan...
tengok lah nanti, berjaya ke tak azam saya tahun ni..
masih lagi mcm tahun lepas jugak NO bazar Ramadhan NO buffet Ramadhan...
2 tahun berturut saya berjaya tidak membeli di bazar Ramadhan... 
dan berjaya untuk tidak berbuffet di mana2 hotel atau restoran.

apa guna berpuasa jika time berbuka melantak sehabis mungkin. 
tak makan kang rugi lak sbb dah bayar  hampir seratus ringgit utk satu kepala kan...
 mana perginya kifarah puasa yg menyuruh kita bersederhana dan menghayati ramadhan dengan bersedekah, dan makan sekadarnya sahaja.
bayangkan ada insan yg bercatu makan, 
berbuka hanya sekadar air segelas dek kerana kedhaifan hidup..
gulppp... insaf...

Saya jugak memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki jika ada kekhilafan saya selama kita bersahabat di alam maya mahupun di alam nyata....

SELAMAT DATANG RAMADHAN DAN 
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA...








4 comments:

  1. Selamat berpuasa kak amy...jom lah kita bersama tingkatkan ibadah...

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan..selamat berpuasa kak.. :)

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan kak amy..sy niat tahun ni nak sederhana lagi dari tahun sudah..

    ReplyDelete