Pages

Thursday, July 2, 2015

perkongsian Tazkirah Ramadhan

bila ingin mencari resepi baru yang nak dicuba saya suka masuk blog kak Azie sebab ada takzirah yg beliau kongsikan sebelum masuk ke resepi beliau.

tertarik dengan salah satu perkongsian beliau saya cuba share disini untuk tatapan dan renungan pembaca blog saya pula..

semoga kita beroleh kebaikan dan keberkatan atas apa yang kita lakukan.. 

mohon izin dari kak Azie dan saya copy paste di sini.. 
korang nak cuba resepi best2 boleh lah ke blog beliau. 

http://aziejaya.blogspot.com

 Kuliah kali ini sangat terkesan di hati terutama doa yang dibaca di penghujung majlis membuatkan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir. 
Kuliahnya berkenaan matlamat hidup yang utama bukanlah mengejar pangkat, kedudukan dan harta. 

Sebaliknya untuk mencari hidayah Allah.
 Kita kena perbetulkan dulu matlamat hidup kita.
 Macam mana nak cari hidayah Allah? 
Caranya ialah dengan bersungguh sungguh membuat amalan soleh seperti bangun untuk solat malam dll. 

Memang agak susah untuk bangun malam dengan rasa mengantuk dan letih. Memang penat bila mahu melakukan perkara baik. 
 Dunia ini tempat berpenat penat, jadi kenalah sabar dengan kepenatan supaya di dalam kubur kita boleh berehat. 
Selain hidayah, kita hendaklah mencari keberkatan. 


Apa dia keberkatan? 
Ianya adalah menambah benda kebaikan dalam kehidupan kita. 
Yang susah rasa mudah, yang sempit rasa luas dan yang sedikit tetap rasa cukup. Itu sebab di dalam doa yang dibaca sebelum makan juga, kita memohon keberkatan.

walaupun pendek tapi memberi kesan di hati saya...
terasa jauhnya tersasar, walhap umur kita makin lama makin pendek..
semoga Ramadhan tahun ini memberi keinsafan untuk saya dan semua umat Islam..puasa lagi ada kurang lebih 2 minggu, masih belum terlambat untuk mengejar ibadah pada bulan yang penuh barokah ini...

No comments:

Post a Comment