Pages

Thursday, November 12, 2015

Bila di ambang 4 series....

sekejap je rasa ni dah masuk pertengahan bulan 11. pejam celik pejam celik.... 
ehh lg 2 bulan nak masuk tahun 2016 laaa...
sekejap nya masa berlalu kan... seakan tanpa disedari kita melaluinya. 
sehari ke seminggu ke sebulan demi bulan..

dan anak2 pun makin besar jugak.
 semalam saya masih bercuti so ambil kesempatan bertanyakan tadika rayyan.
 agak sukar jugak membuat pilihan rasanya wpun hanya di tadika.
so bila bincang dengan suami kami bersetuju memilih tadika Islam Al-Jamiyyah berdekatan dengan rumah BS. kenapa di situ??
sebabnya.. dekat dengan rumah BS,
 lps sekolah dia boleh naik van balik rumah BS 
(part ni saya sangat risau) tak sabar jugak nak WAHM.

tadika ni under MAIWP, so yuran hanya RM20 sebulan. 
sekelas ada dalam 17 orang.

ehh sebenarnya nak cerita tentang saya, tahun depan dah 39.
 so ada lagi setahun sebelum masuk 4 series. gerun?? hahaha... 
bila dah umur mcm ni byk yg perlu difikirkan, 
bila ramai jugak rakan sebaya meninggalkan dunia yg fana ini.
 ok , insaf di situ.. mula muhasabah diri balik dgn amalan yg akan di bawa ke sana...

ke-2, ni pun saya takut jugak bila penyakit2 mula menghampiri.
 orang kata penyakit 3 serangkai. jantung, darah tinggi dan kencing manis.
 semoga kita dijauhi... aminnn...
pentingnya menjaga pemakanan kita. 
tak terkecuali jugak saya, mula memilih2 makanan dah.. 
yg berkolestrol tinggi mmg tolak tepi. 
yg manis2 tu mmg dah lama saya kurangkan. wpun tiada keturunan kencing manis.

dari segi berfesyen pun nampaknya saya dah mula berubah. [yer ke?]
sejak dari datun lepas saya rasa sakit2 kaki bila banyak berdiri  dalam tempoh waktu yg lama. contohnya ketika  iron baju dan memasak. 
 turun naik tangga terlalu kerap pun kaki saya terasa sakit sampai lutut.
 yg ni saya tak pasti samaada faktor umur atau faktor ubat perangcang keluarga yg saya ambil 3 tahun dah setakat ni.
tahun lepas saya pernah dapatkan rawatan di 
Columbia Asia Setapak dengan doktor otorpedik, tp doktor kata ok,
 cuma saya kena ulang alik buat fisio.
 tu yg malas sebenarnya..

kalu dulu masa umur 20an dan awal 30an gigih ber high heel ke opis siap matching2 dengan henbag. sekarang mmg tak mampu dah nak bertumit halus berinci2. 
kekadang saya hanya bersandal nipis je ke opis. 
malas sangat dah nak pikir fesyen2 ni, asal selesa sudah.
 sbb kaki saya mmg cerewet. 
mudah melecet kt blkg tumit dan kaki jenis kembang depan.
 so kasut yg sesuai mmg jenis wedges je.

 taste sekarang

ootd opis hari ni..

3 comments:

  1. Jangan kurus sgt amy. Lagi nmpk umur kita dh tua kan?tak taula org lain..rin mmg xmo kurus sgt. Tp skang dh berisi terlbh ni.nknkurangkan jd 58kg je kot.inshaAllah..

    ReplyDelete
  2. Tetap cun mummy ni.

    Makin kita naik usia, makin kita rindu masa yang telah berlalu

    ReplyDelete
  3. tak nampak pun cam nak masuk 4 series..untung kak amy ni jenis yg kecik molek..:)

    ReplyDelete