Pages

Thursday, January 28, 2016

Faqeef Arrayyan dah 5 tahun

mcmana laa boleh lupa nak blog kan birthday rayyan ari tu.
nasib baik masih lagi dalam bulan Januari, bulan birthday...
kejam sungguh rasanya. huhuhu

sebenarnya birthday dia jatuh pada 14/1/2016 ari tu.
memandangkan jatuh pada hari bekerja, so sambutan kecil2an kami 4 beranak je.
dia dah paham apa tu birthday.

semua orang dia bgtau hari tu birthday dia. dah pandai request kek bagai..
terharu jugak hati saya. balik keje petang tu saya dan suami sepakat
 beli kek dan oder je pizza hut untuk birthday dia. suka kemain dah tu,
 dapat tiup lilin, 
nyanyi lagu hepi besday ramai2...
tetiba rasa sebak bila ingat balik hari besday dia ari tu..

saya plan nak bawa jugak makanan kat kelas dia pada minggu berikutnya.
sempat laa buat macaroni cheese dan muffin untuk kawan2 dia.
InsyaAllah kalau ada masa yg sesuai nnt nak jugak
 buat majlis kecil2an sempena birthday dia nanti...

semoga Rayyan menjadi anak yg soleh, anak yg taat perintah Allah, ibubapa & guru.



 
dah 5 tahun pun budak ni, lahir bulan Januari mmg cepat laa naik umur

sekarang dah tak anti kamera... asal bergambar mesti peace...

 sebijik kek dan pizza untuk besday dia. hepi dah dapat tiup lilin besday...

throwback besday dia yg pertama dulu.. masa ni tgh sarat pregnenkan yaya 7 bulan...

LINK BAWAH:

http://amerislovely.blogspot.my/2012/02/majlis-harijadi-faqeef-arrayyan.html
http://amerislovely.blogspot.my/2012/01/disebalik-tabir-rayyans-birthday.html
 



Wednesday, January 27, 2016

Wordless Wednesday - selfie family

rasanya ni kali pertama saya selfie/wefie bersama suami & anak2.
rayyan skrg dah sporting bila di ajak bergambar, yaya pun sama.
bila nak bergambar terus buat peace... 

ni masa kami 4 beranak berjalan2 di IOI Mall, 
menghabiskan cuti sempena cuti hari Thaipusam.
sronok dapat luang masa bersama. lagi pun dah lama tak kuar sama2. 
sejak MIL sakit, asben balik kampung setiap minggu.
 kalu saya serang mmg tak berani nak bawa 2 beradik jalan jauh2.

Tuesday, January 26, 2016

RESEPI KEK MINYAK GEBU MULUS

lama tak share resepi kat blog kesayangan ni...
alaa bukan resepi hebat pun, buat kek minyak je.
sebenarnya petang Isnin semalam Rayyan request kek kaler2 belang. 
nasib baik dia request kek minyak, 
buatnya dia request kek ber cheese, ising, red velvet ke beli kat kedai laa jawabnya..
saya pernah share cerita buat kek minyak tu kat sini LINK  tapi takde buh resepi. 
kali ni saya sertakan resepi skali. 
sebenarnya kek minyak ni pernah viral kat FB dulu.
kek ni tersangat laa mudah, dan confirm jadi punya.

pastu rasa dia tak terlalu manis.  manis2 buah orang kata. 
tak perlu lg adjust resepi di bawah.
dengan gebu,lembut, mulus...
kalu tetiba mak mertua call nak datang dalam sejam dua lagi tu sempat laa buat,
sedang elok dia sampai tu panas2 lagi... sedapppnya makan.

kalu buat kek sronok betul saya sebab ada assistant cilik ni. 
masing2 berebut2 nak masukkan adunan dalam loyang pengukus. [bekas plastik biru tu]
sudahnya mmg menitik2 abis laa atas meja tu kan...
takpe..takpe... ni pun proses homeschooling jugak kan..

lepas masak kek tu ngam2 azan maghrib semalam. 
tak sempat tunggu sejuk, terus potong dan makan je 2 beradik tu...




 dah siap masukkan adunan tu, mcm ni laa hasilnya sebelum kukus..
buruk nau nampak kan... saya just gunakan lidi tarik2 kan corak tu.
tunggu laa hasilnya nnt.

 dah siap kukus mcm ni laa hasilnya...


KEK MINYAK

BAHAN2
 
5 biji telur
3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
1 sudu teh esen vanila
Pewarna-sukati nak letak kaler apa

CARA2
Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
Dalam mixer  Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
Masukkan susu pekat dan esen vanila dan  pukul sebati
Masukkan minyak masak  sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian.
Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
pastikan pengukus panas dulu dan kukus selama 40 minit.
Lepas 40 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah masak sempurna. 


 ni keratan rentas selepas dipotong

 hasilnya setelah diterbalikkan kek minyak tersebut..

beria2 2 beradik ni makan. esoknya siap bawa bekal gi skolah.

Friday, January 22, 2016

solat sebelum masuk waktu... hapekah???

gambar ni saya amil pada weekend lepas.
 lebih kurang kul 12 tengahari gitew..
sekarang ni 2 beradik ni bersemangat betul nak solat. 
belum masuk waktu dah nak solat.
saya layankan aje bila diorang nak sejadah, nak pakai telekung... 
nak tergelak pun ada. 
tengah bersemangat kan, ikutkan aje... jangan esok2 malas sudah..

yaya lagi laa sujud sampai meniarap terus.
rayyan lak terus pandang tv bila ada iklan robocar poli...
aduhai...

takpe laa biar diorang belajar, 

bila dah abis solat boleh pulak yaya tanya tangan mana nak raub muka...
adoi anak ooii... geli hati sangat tau





Wednesday, January 20, 2016

2016 MUSLIMAH PLANNER BY SHAKINA FARHAN

dah nak abis januari baru terhegeh2 nak citer planner yg ohsem ni..
actually saya beli Planner ni dari Kina pada penghujung Disember yang lalu.
konon gigih tahun ni nak ber planner bagai. 
padahal sebelum ni main catit segala mak nenek dalam buku nota kecik je..
 nak lebih organised katanya.. 
hidup mesti ada perancangan supaya segala2nya lebih teratur. 
wpun Perancang No. 1 adalah ALLAH SWT.

kita hanya merancang, Allah yg menentukannya... wahh gitew...
apa yg best tentang planner ni ialah ruangan DAILY IBADAH,CLEANING CHECKLIST,
FITNESS CHECKLIST selain menu planning, saving challange, dan Ramadhan menu planner...

tahun 2016 yg serba mencabar dari segenap segi ekonomi,
 jom lah kita merancang segala perbelanjaan kita, pendapatan kita,
 dan jangan lupa untuk menabung skali.

yang paling saya suka ialah part weekly saving challenges.
tapi saya ada mengubahnya sikit. 
saya buat saving RM30 seminggu jadi jika saya menabung selama 52 minggu,
 tabungan saya akan menjadi RM1560!!!
 kenapa RM30? kerana saya rasa 30 tu takde lah membebankan dan mudah untuk istiqamah, alaaa skali isi minyak keta je kan... 
bagi yg pakai keta comel mcm saya laaa...
sebulan baru RM120. tapi jika disimpan RM30 tak laa rasa banyak sangat.

apa yang menarik lagi, saya usulkan pada suami tentang challenge saving ni dan dia pun bersetuju untuk join sama.
 maknanya jika 52 minggu tabungan kami akan berjumlah RM3120. 
pada penghujung tahun mcm konon2 ada bonus laaa gitew. 
so boleh laa guna untuk perbelanjaan sekolah anak2 dan percutian  dekat2...  
doakan saya istiqamah yer dlm weekly challenge ni.

tapi saving lain pun perlu ada jugak tau, 
jangan laa harapkan kan saving ni jer okeh..
semoga kita menjadi perancang ekonomi rumahtangga yg berjaya untuk keluarga. yeahh!!







Tuesday, January 19, 2016

Misi 2015 yg paling berjaya...

tahun 2015, saya nekad nak turunkan berat badan. 
masa awal tahun lepas ada laa kenkonon wassap group untuk diet.
 kalu ada geng boleh laa sama2 bagi semangat gitew... 
mula2 ok, lepas seminggu ke laut dah diet diet. last2 terbubar group tu.
 sadis tol, kalu tak tetiap hari haplod makanan diet. hahahaha

sampai laa saya buat tak tau jer pasal diri sendri,
 berat lak semakin naik...naik... naik...
sebenarnya saya bukan kategori gemuk melampau, 
tapi perut saya yg semakin meninggi mengalahkan orang mengandung.
 sampai naik tren pun beberapa kali jugak laa ada orang offer seat
 kat saya sebab ingat saya mengandung.  lempang diri sendri... 
perut saya mcm mengandung 4 bulan hokay!!!

pastu mula sentap..

bulan september tahun saya betul2 nekad. 
kali ni kena betul turunkan berat dan kempiskan perut.
penghujung 2015 akhirnya saya berjaya turunkan 5 kg dan perut pun menipis mcm anak dara uols... hahaha.. 
takde maknanya, kalu dah beranak tu takde laa mcm anak dara wehh.
 tapi mmg xde laa berlipat2  dan boncit tu. alhamdulillah...

sekarang ni saya hanya perlu maintain mcm ni.
 mlm mkn buah je, air kosong 3 liter wajib.
makan nasi 3-4 sudu dengan lauk rebus, bening, stim dan bakar saja.
taknak lagi   jadi mcm dulu. nak beli baju pun susah tau.
bayangkan kena pakai saiz L atau XL sebab takleh butangkan kt bahagian pinggul. sadis tak??
pastu kat bahagian bahu menggelebeh jatuh.

suar jin plak saiz 32. wooo ngeri..
skrg saiz 28 boleh masuk.

target nak kurangkan lagi 2kg jd 48kg. 
2kg tu saja stand by, kalu dah naik sekilo takde laa menggelabah... hahahaha

 adusss... malu tol masa ni. perut tu..

kalu duduk lak mcm ni laa.. berlipat sirat...
 

sekarang dah berkurang 5 kg...

Tuesday, January 12, 2016

Rutin dan jadual Harian 2016

tahun ni rayyan dah 5 tahun, kami suami isteri bersetuju hantar dia di tadika Islam MAIWP.
sebenarnya tujuan hantar dia takde laa nak suh dia struggle terus boleh baca,
 terus boleh menulis dan pandai serba serbi. 
pendekatan dengan sekolah lebih kepada playschool, berkawan, berdikari dan tahu akan dunia persekolahan serba skit.

 lagi pun kalau setakat basic membaca, mengeja, mewarna, mengira dan mengenal bentuk rayyan dah boleh menguasai semua tu.
 sbb saya selalu buat homeschooling dengan dia & yaya setiap malam.
 tu pun dalam keadaan santai je takde paksa2...

bagi saya, biarlah dia melalui dunia kanak2 dia, 
tak nak pressure dia dengan akademik sangat.
 bagi dia rasa seronok bermain dan berkawan.

kenapa tadi Islam? 
sebabnya tadika tu dekat dengan rumah BS.
 dekat tak dekat tapi tetap kena naik van jugak laa masa balik skolah.
 masa pegi saya dan suami terus antar dia ke sekolah lepas antar yaya kt BS.

tu pun seminggu jugak masa minggu pertama saya dan suami pantau. 
ambil cuti bergilir2 dengan suami utk tengok dia naik van.
 kitorang follow dari jauh je. iyer laaa... baru 5 tahun kan..
 kang dia tgk orang lain turun dia pun turun sama... risau kemain.
 dah laa skrg byk kes culik budak2 kan.

dah sampai kat flat, BS dah siap tunggu kat bawah flat tu. 

bila rayyan dah mula sekolah, jaduan saya sedikit sebanyak berubah jugak.
 kalu sebelum ni kul 6.15 baru mandi, wpun dah bangun kul 5.30.
 kul 7 angkat  je bdk2 tu tgh tido masuk keta...

sekarang saya bangun seawal 5.00 pagi ooii... 
terus sediakan bekal rayyan, iron tudung/baju [jika belum iron],
 kul 5.45 am saya dah kena mandi, solat dan bersiap terus.
 kul 6.15 kena kejutkan rayyan pulak dan siapkan dia mandi, 
pakaikan baju dan sebagainya... pffttt... 
mmg berpeluh saya pagi2 tau...

weekend pulak dah kena fikir siap2 apa bekal untuk dia untuk sepanjang minggu berikutnya...
saya takde laa masak heavy2. masak ikut kemahuan dia. 
naget, sosej, biskut oreo, air milo kotak, roti, twiggies, muffin dan air kosong.
 kalu roti biasanya sapu nutella je dia suka.
 biskut oreo mmg setiap hari bawa 4 keping,
 air milo kotak pun wajib bawa sbb dia masih minum susu.
 kat skolah hanya sediakan air kosong je. 

setakat ni tak pernah lagi dia meragam pagi2. 
cuma kena ada cara untuk kejutkan dia. 
saya buatkan dia susu dan sumbat terus dalam mulut masa tengah tido tu,
 dah abis susu otomatik laa terjaga kan...

untuk yaya pun saya sediakan bekal jugak sbb dia tgk abang dia ada bekal kan.
setiap pagi mmg rushing sbb nak siapkan 2 budak tu mandi dan berpakaian siap.
harap saya boleh biasakan dengan rutin baru.

oohhh... weekday saya dah tak ambil tempahan lasagna sbb
 tak sempat nak membakar bagai pagi2.
InsyaAllah kalu weekday masih boleh terima tempahan...

Friday, January 8, 2016

Holaa 2016... sedikit muqadimah..

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2016 semua kwn2 maya saya...

masuk 8 hb baru terhegeh nak ucap new year bagai ohoiii...
blogger lain siap buat review 2015. mak tak sempat langsung nak menjengah blog.
penghujung 2015 yg sangat bz dengan bermacam2 dugaan dari Allah untuk insan2 terpilih. cuba ber positif supaya hati kurang bersedih dan redha ketentuanNya.
 dari sebelum krismas saya bercuti hampir 10 hari balik kg urgent bila MIL warded dan menjalani operation sbb diabetis.

dan bila org yg rapat dan sayang terpaksa menghadapi dugaan ni betapa saya sedar akan pengorbanan  sebagai anak cuba sedaya upaya dan sehabis mungkin untuk bagi rawatan yg terbaik utk ibu. di sini saya sedar mmg wang ringgit segunung pun tidak mampu ditukar dengan kesihatan sobss...

saya berdoa MIL cepat sembuh, kembali ceria dan boleh beribadah seperti sediakala. rindu masa dia sihat dulu, pagi2 dah pegi beli nasi berlauk utk kitorang, lps subuh baca quran dan sbb tu jugak laa saya terjaga utk solat subuh.. baik punya menantu.. pagi2 dah menyapu kt laman, pagi2 berborak dgn dia sambil breafast.

penghujung disember tu balik semula ke KL, sebab nak prepare persekolahan rayyan. tadika jer pun tapi saya punya kalut dan nebes mcm laa anak tu dah nak amik SPM. kohkohkoh... mak-mak sangat ooii..

persediaan ke sekolah kekdahnya... gunting rambut dulu, tapi pesen rambut dia kena gi saloon, kedai mamak tak boleh..

3 hari cuti tahun baru tinggal saya dan anak2 je, suami lagi skali balik kg melihat ma. 
sekarang dan akan datang saya kena berdikari sendiri sbb suami akan balik kg bila2 masa je bergantung kepada keadaan. biasanya setiap minggu laa..

so cuti 3 hari tu saya mmg spent masa betul2 dengan rayyan dan zara. mmg seronok sangat rasa. puas dapat luangkan masa penuh bersama diorang.  naik angin kadang2 tu biasa laa bila rumah bersepah. tapi bila saya gertak skit nak antar rumah nenek (bs) laju2 diorang kemas menan yang bersepah...

petang tu bawa diorang pegi taman layang2 kepong. gigih bawa basikal konon tp bila tengok layang2 dan belon sabun yg dijual tu terus lupa beskal. terbang duit ummi rm22 beli belon sabun pistol tu...

hari kedua pun sama jugak, cuma saya dah tak bawa ke taman yg byk menjual2 nih, bawa ke taman area rumah je. asal tak terperuk dalam rumah dah ok bagi diorang boleh kluar jalan2 sekejap.
 masa kt rumah sronok sangat sbb saya dan anak2 solat sama2. 1time yaya dan rayyan solat asar, maghrib dan isyak bersama2 saya berimam.
wpun hanya ikut2 je tp ni dah satu permulaan yg baik utk diorang... semoga jadi anak2 yg soleh & solehah

 suka gambar ni sbb muka yaya klakar sangat..

hari ke3 pulak paling rare sbb kitorang breakfast di kedai makan roti canai. ni rayyan punya request nak makan roti canai dgn kuah kari katanya... lepas tu saya dengan beraninya bawa diorang gi IKEA Damansara. masa dalam keta mmg tazkirah panjang jugak laa takut terhilang ke.. diorang ni jenis aktif, alhamdulillah semasa kt Ikea mereka berpimpin je dgn saya, cuma tak leh laa tengok lama2 apa yg kita berkenan... bila kat tempat toys dan kids area mmg lama skit laa...
sempat jugak laa pow saya dengan set menan ketapi Ikea berharga RM59. huhuhu...


sampai umah dalam kul 2 ptg terus saya masak utk diorang.. lapar tau tawaf ikea.. 

bfast roti canai sebelum ke ikea..


suka nau bila tgk bila lawa2.. mulaa laa nak tido kononnya

 benda ni laa yg diorang pow saya..


bersemangat budak ni nak gi skolah lepas beli kasut dan botol air. beg beli kt kg.
 
 ni umi posing dengan rayyan hari ke 5 persekolahan. 
2 hari pertama mmg melalak sampai tarik2 pintu kelas.. 
nasib baik cikgu pandai main peranan...