Pages

Monday, March 14, 2016

Al-Fatihah untuk bonda mertua

assalamualaikum...

seminggu lebih saya menyepi, langsung tak buka blog, apatah lagi melawat blog kawan2.
tepat jam 4.45 petang, 5/3/2016 ma menyambut panggilan Ilahi.
ma meninggal dirumahnya setelah hampir 3 bulan sakit diabetis.
sakit beliau mula ketara pada penghujung Disember lepas sehingga terpaksa dipotong kaki hingga ke tumit.
selepas itu tahap kesihatan makin merosot hinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir pada 5/3 yg lalu.

malam jumaat lepas suami mendapat panggilan yg ma sudah tidak sedarkan diri.
 kul 12.30  pagi kami balik sekeluarga bersama keluarga adik ipar di Seremban.
 sampai di KB kul 8.30 pagi dan sempat bersama beliau sebelum meninggal.

 alhamdulillah semua urusan dipermudahkan olehNya. 

Terima kasih atas ucapan dari rakan2 blogger, saudara mara yg datang melawat dan membantu segala urusan.
 Semoga arwah ma dimasukkan dalam golongan orang yg dirahmati dan diredhai Allah SWT.

3 comments:

  1. Salam takziah buat akak sekeluarga...Semoga roh bonda mertua akak ditempatkan dikalangan orang yang beriman...

    ReplyDelete
  2. salam takziah..sy juga baru sahaja kehilangan bah tersayang..semoga mereka ditempatkan bersama org2 beriman.amin

    ReplyDelete
  3. Salam takziah amy....
    Semoga roh ma mentua amy dicucuri rahmat
    Al fatihah

    ReplyDelete