Pages

Wednesday, October 19, 2016

Resepi: mini muffin yg sedap

hari ni saya nak share resepi lagi uols... 
muffin kegemaran anak2 saya dan jugak kanak2...
dan muffin ni juga adalah jualan saya yg paling top skali.
ianya juga sangat sesuai untuk sebarang majlis harijadi, aqiqah,
 letak atas meja dessert utk majlis kawin, potluck, 
eehh nak sedekah atau saja2 makan kat umah pun boleh.
 takyah tunggu majlis bagai...
tambah pulak dengan saiznya yg comel, mmg berebut2 laa budak2 kan....

Muffin comel ni jugak membuatkan customer saya order berkali2 tau utk anak dia.
opismate saya pulak,asal ada potluck oder muffin... asal ada jamuan kt taska oder muffin...
kalu group gojes yg salu order tu si Eira laa, anak cikna pun suka sgt tau..

Muffin Coklat 

Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonate
  1sk nescafe
2 genggam  choc chips
sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur

Bahan C
3/4 cawan air panas
hiasan: almond nib (optional)

Cara-cara
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak. 
Saya bakar selama 25 minit. Untuk mengekalkan kelembaban, hanya bakar secukup masak saja.
Bolehlah dihidangkan. Kebiasaannya kek atau muffin coklat lebih sedap selepas di simpan semalaman.  

4 comments:

  1. wah simple je rupanya
    gonna save this
    akak kalau saya tukar serbuk nescafe tu dengan milo ok x?

    ReplyDelete
  2. semoga murah rezeki kak amy share resepi..

    ReplyDelete
  3. ok dah saved. TQ kak amy share resepi lagi.. masak 25 minit tu kalau guna cup kecik yg biasa buat kuih raya tu kan kak...

    ReplyDelete
  4. gigih menyalin... mmg fav kami sekeluarga... ingt dulu masa hantar ayam pandan dapat bekal muffin. mak mkn lebih... ihihhiih

    ReplyDelete