Pages

Wednesday, November 30, 2016

OOTD: gaya ala fesyen nealopa

lama nau tak ber OOTD... 
dah kertu ni mcm segan skit nk ootd.
fesyen skrg mcm2 dah.
boleh mix & match ikut kesesuian dan majlis gitew..

baru2 ni kan tengah in fesyen nealopa.
 gara2 citer Suri Hati Mr Pilot tu meletop2 
fesyen tudung nealopa, mekap style dia, dan juga ootd dia..
wahhh  korang semua dok admirer dia kan...

saya takde follow sgt citer tu. tengok pun 2-3 kali je kot.
tapi kt fb & ig meletop2 org jual baju ala2 dia kan...
first time berpalazo, haishh terasa makin fendek plak. mihmihmih...

walaupun x tengok citer dia saya pun xnak ketinggalan dengan fesyen dia...
kemain tau... hahahaha...

tapi jgn ingat outfit saya dr ig mahal2 ehh...
semua dari Jalan Masjid India je korang.
bawal satin pun sama jugak skrg tgh "in" tau.. RM10 jer..
 

 



Monday, November 28, 2016

PART 6: TRIP KE TOKYO JEPUN- ODAIBA CITY, GUNDAM,TOYOTA WEBCASE

Hari terakhir di Tokyo,selepas check out hotel dalam kul 9am, kami ke Odaiba city, 
Gundam dan ke pameran Toyota Webcase.
bapak besar dan moden bandar Odaiba. bandar shopping. 
 tapi bukan tempat shopping ala2 Petaling Street tu tapi mall yang besar2.
 tapi selesa laa kan. 
sini nak beli souvinir pun dah mahal. tapi sbb duit yen pun ada puluh ribu lagi.
 saya beli je magnet & keychain.
 sempat jugak belikan rayyan & yaya kasut baru sbb kasut yg dia pakai tu dh nazak.
 byk sgt jalan kot.
beli yg selesa wpun malamnya dah nak balik Malaysia.

robot gundam tu sebesar bangunan. mmg teruja rayyan & yaya tengok robot sebesar tu.
segenap sudut penuh orang bergambar dengan gundam tu.


 setinggi bangunan robot gundam ni.. group kitorang yg sporting


sampai petang tu dah flat rasa. mmg betul2 berjalan dari mall ke mall.
di toyota webcase pun x larat dah nak jalan wpun rasa nak tengok lg keta2 antik kat situ.
last skali lepak kt satu ruang tu sambil tunggu rakan2 yang lain berkumpul.

 kat sini jugak ada statue Liberty mcm di New York tu. 
terus fefeling berada kat New York, Amareka... kahkahkah...

sepanjang hari ni mmg spend kat sini je sebelum amik luggage semula di hotel pastu terus ke Haneeda Airport balik KL.dua kali rasanya tukar tren sebelum sampai di Haneeda airport. flight malam, jadi xleh tengok pemandangan sepanjang perjalanan dalam tren tu.

maka tamat lah percutian kami kt Tokyo, Jepun. Insyaallah ada rezeki kita ke osaka pulak..



fefeling kat Amareka..

mall di odaiba. besar giler akuarium ni..

jalan sampai koyak kasut, terpaksa beli baru.. suka tel rayyan & yaya dapat kasut baru..terus pakai laaa

aduhai... silap setting abis gelap gambar budak2 tu kt robot gumdam ni..


dalam tren


dlm mall lagi. lupa dah nama tempat ni...

tepek sekeping je gambar kt pameran keta ni. giler antik & cecantik lg keta2 ni..




SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK ENTRY BERIKUT







Wednesday, November 23, 2016

PART 5: TRIP KE TOKYO JEPUN- DISNEYLAND ( DAY 3)

hari ke 3 kami adalah ke Disneyland... yeayyy
sebenarnya percutian ni mmg khas untuk anakanda 2 orang tu.
mmg nak bawa diorang ke disneyland.
so mmg teruja laa masing2 bila sampai disneyland.
keluar je tren terus nampak tren kepala miki mouse. 
yaya terus jerit "abang... tren miki mouse...."
mau tak hepi...

pagi tu mmg cuak jugak sebab cuaca mcm gerimis. 
aduss kalu hujan mmg x syok laa nak jalan.
hari tu pulak saya lupa bawa sarung tangan. mmg sejuk semacam. 
bila cek suhu 5'c rupanya..
bila sampai petang tu suhu makin drop sampai 3'c. adoiii.. 
sampai ke tulang rasa sejuknya...

tapi sebab kitorang sangat2 enjoy. lupa plak tang sejuk tu. 
yaya sampai merekah2 bibir. jari plak sampai biru..
 tapi tahan lagi tu.bila pakaikan sarung tangan di bukanya..
 topi pun sama, mesti kuarkan telinga, padahal dah sejuk sangat.

kat dalam disneyland ni rata2 pelancong jepun sendiri je pon.
masa mula2 sampai tu homak aiii...punya laa ramai manusiaooiii...
nak jumpa bangsa lain mmg payah arr... yg ada pun seketul dua mat salleh.

rasanya 2kali jugak tukar train... last naik JR Line dan berhenti di station Maihama.
 Jangan risau kalau book mana-mana hotel sekalipun di Tokyo sebab train mereka masih boleh sampai ke Disneyland. 
Melainkan kalau memang nak book hotel yang dekat sikit,
 bolehlah book hotel di kawasan Maihama ataupun Chiba.

Bila dah turun di station Maihama, kita kena jalan kaki sikit untuk ke pintu masuk Disneyland Tokyo.
 Walaupun agak jauh kena berjalan,
 tapi tak terasa jauh sebab cuaca masa ni sejuk.
 Disepanjang berjalan kaki tu, mood Disneyland memang dah sangat terasa. 
Dengan decoration landscape yang cantik dan pemandangan 
yang indah berjalan kaki ni pun dah seronok.
 Ada juga train dan bas yang dihias berkonsepkan Mickey Mouse.
 Memang cantik sangat2.

 nak melepasi pintu utama Disneyland adalah proses memeriksa beg.
 Biasanya mereka hanya periksa kalau ada membawa makanan 
dan minuman secara berlebihan.
 makanan juga mestilah dipek dengan elok.
 Saya memang ada bawa roti,biskut dan nasi sebagai bekal 
makanan sebab saya tahu di Disneyland Tokyo memang tiada makanan halal.

dugaan paling mencabar bila kat dalam tu menusuk bau pastry,
 popcorn yg memang alahai sedap sgt ooii... 
tambah2 lagi dengan budak 2 orang tu asyik laa nyebut sedapnya ...
 bau apa tu umi. pastu merengek nak beli popcorn.  
jenuh jugak laa nak explain kat diorang. 
last2 jumpa popcorn honey masa perarakan bermula.
 asben kata boleh. legaaa...
 betapa besar & luasnya Disneyland Tokyo ni.. 
rasa2 semua tempat kitorang cover kot..

sebaik saja melangkah masuk ke dalam Disneyland Tokyo suasananya berubah seolah-olah masuk ke dalam dunia kartun. berderet kedai  yang menjual macam-macam cenderamata yang cantik dan comel ditempat di “World Bazaar”  dihadapan pintu masuk. 
Ramai juga yang beli topi atau baju Mickey Mouse untuk dipakai ketika berada di sini.
 nasib baik yaya tak minta apa2 sbb harga tak payah tanya laa kan..
sempat jugakmasuk jugak 2-3 kat sini.

lepas tu terus menuju ke landmark utama Disneyland
 iaitu Istana Disneyland yang menjadi ikon  themepark ni.
 Nasib baik masa tu tak ramai sangat orang dan belum apa-apa lagi saya bergambar  kat sini dulu. Apa yang saya perasan, di hadapan istana Disneyland di Tokyo ni mempunyai kawasan yang luas dan disusun banyak kerusi untuk melihat persembahan ataupun berehat. 

binaan bangunan dia tersangat teliti membuatkan saya sangat kagum. 
di mana2 watak disney dikerumuni bila ianya muncul,
 mmg tak sempat pun nak bergambar betul2 sampai yaya bad mood 
bila tak dapat bergambar dgn donold duck & mickey mouse.  
giler ko berkerumun orang jepun dok hurung menatang miki mouse ni.

dalam group, hanya kami dan orang org lain yg join trip ke disneyland ni..
yg lain ada tempat lain nak dituju.
 nasib baik tour guide kami menunggu kami sampai petang.
kt luar enterence masuk disneyland tu.

harga tiket untuk 1 hari pass masuk adalah 7400 yen @ RM296.00 untuk dewasa dan 4800 yen @ RM192.00. mmg pitam kalu convert ke RM.

harga adalah temasuk untuk semua ride dalam ni.
 makanya main laa ride dia sampai ko mampu beratur menunggu.
 seharian di situ hanya 5-6 ride je yang sempat kami naik. 
tempatnya teramat luas dan mmg penat kalu berjalan seharian. 
kalu boleh di uukur tak tau laa brapa belas km kami  berjalan dalam tu. 

yang saya kagum lagi orang jepun ni penyabar dan sangat mengikut arahan. 
kalu beratur 30 minit pun diorang xdenya berebut2 atau potong queue. 
semua beratur dengan sabar untuk naik satu-satu ride.

satu lagi kat jepun ni yg saya perasan, ko tinggal apa2 pun,
 takkan hilang punya wpun dompet @ henbag.
bayangkan masa naik ride stroller bersusun diorang tinggal skali dgn beg.
 dan tak hilang pun.
kalu kat malaysia.. sekelip mata lesappp...


 enterence.. masa ni dah 3 lapis baju. berpusu2 dah orang masuk.

 kami sekeluarga..

 dah mula beraksi 2 bradik ni.

 asben & tour guide kami. roslan

 baru lepas beli 1 day pass.

 teruja yang amat dah ni

 bergambar sipi2 je dengan donalds duck. punya laa ramai org jepun kerumun... frust tau

 world baazar.. kiri kanan tu kedai jual cenderamata & mainan.

 excited sangat rayyan bila naik ride dalam pirate carribean ni.
 real giler diorang punya show..

 nampak tak Jack Sparrow atas kapal tu..

 jungle cruise pun sangat menarik tau... teingat orang jepun dalam kapal ni

 ni naik tren apa tah... pastu berselisih dengan kapal ala2 titanic ni...

 aksi sengal mak & anak


 dah petang masa ni. suasana makin cantik bila2 lampu berwarna warni.

 masa ni tgh tengok perarakan disney. giler cantik costume diorang. terkagum saya.
 yaya lg laa xleh move on dengan video yang saya ambil masa perarakan ni.
perarakan ni belah petang & ada setiap hari.
 korang jgn lepaskan peluang tuggu perarakan ni kalu gi disneyland Tokyo tau..




 cantik kan istana Disneyland ni..

 masa ni dah sejuk yang hamat. paksa diorang pakai sarung tangan & topi.
 jari yaya sampai biru dan bibir merekah2 kering masa ni.

 pelbagai key chain yg comel di world baazar.

 tengok... stroller, wheelchair main tinggal mcm tu jer... mmg x hilang pun.

 buka bekal kat sini..

 betapa excitednya rayyan bila tengok watak kartun disney dalam bentuk lego.


 2 orang ni je ahli group yg join kt disneyland. tp diorang masuk disneysea.

secara keseluruhannya, Disneyland Tokyo ni memang besar dan cantik.
 oleh kerana kesemua attraction di sini menggunakan bahasa Jepun, 
 mengurangkan rasa seronok dan tak faham bila menonton. 

Kalau nak datang ke Disneyland, jangan lupa untuk google ramalan cuaca terlebih dahulu. Ramalan Cuaca di Jepun 99% adalah tepat. 
Sekurang-kurangnya kita tak rugi sebab nak masuk dalam Disneyland pun bukan murah.

memang sekurang-kurangnya seharian diperlukan untuk berada di Disneyland Tokyo ni dan bagi sesetengah orang mungkin memerlukan sekurang-kurang dua hari untuk betul-betul puas bermain dengan semua atrraction kat sini.

  SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK ENTRY BERIKUT





Friday, November 18, 2016

RESEPI: chicken pie yg sedap & mudah

minggu lepas saya sempat buat chicken pie untuk minum petang.
 sudahnya chicken pie tu jd hidangan makan malam sebab bila mkn 2 ketul alahai..
 kenyang yang amat. nak makan malam pun dah tak lalu.

resepi ni saya save dari group di FB dan saya editkan 
mengikut selera tekak dan bahan yang ada kat rumah.
kena pulak dengan efek cheese masa panas2 tu... 
adusss tengah menaip ni terus teringat balik. meleleh ailio..

korang kena cuba tau, sebab mudah sangat.
rasa dia mcm makan kat cafe2 mahal okay...
kalu korang buat masa mak mertua datang umah confirm dia takkan percaya punya.
sah2 dia kata ko beli kan.. nahh apa kata ko ajak dia buat sama2..
maunya melopong dia dengan kepandainan menantu dia ni.
ntah2 satu kampung dia gebang yg korang pandai buat chicken pie..




BAHAN-BAHAN UNTUK FILING CHICKEN PIE:

1.  2 ulas bawang putih
2. 1/2 biji bawang holland dipotong dadu
3. 1/2 peket isi ayam cincang
4. 3 biji kentang dipotong dadu
5. 1/2 batang carrot dipotong dadu
6. 5 biji cendawan butang (tin) dihiris
7. 1/2 kiub pati ayam [optional]
8. 1 kotak kecil susu low fat [dutch lady @ apa2 jenama]
9. 1/2 sudu kecil Serbuk lada hitam
10. 1/2 sudu kecil mixed herbs
11. 1/2 cawan air
12. mozarella cheese secukupnya
13. 1 paket paratha segera jenama KAWAN

CARA-CARA:

1. Mula mula panaskan butter.

2. Kemudian masukkan bawang putih.

3. Apabila bawang putih dah mula menguning, masukkan bawang holland. 
    Tumis hingga layu.

4. Kemudian masukkan isi ayam. Tumis hingga isi ayam masak.

5. Kemudian masukkan kentang dan lobak.

6. Masukkan air setengah cawan dan tutup.

7. Apabila hampir empuk, masukkan cendawan.

8. Diikuti dengan susu. 

9. Masukkan kuib pati ayam,mixed herbs, serbuk lada hitam dan garam.
    potong  prata segera kepada saiz acuan muffin 
    dan masukkan prata segera dalam acuan muffin.

10. Masukkan isi chicken pai tersebut. 

11. Potong paratha tu kepada saiz yang boleh tutup pie tersebut.
Apabila dah tutup, tekan dengan garfu sekeliling pie td bagi melekatkan doh pie.

12. Kemudian, ambil kuning telur dan sapu bahagian atas. Nanti selepas dibakar, kuning telur akan bagi efek kilat cantik lepas dibakar. Nampak macam puff pastry di hotel hasilnya.


13. Semasa bakar, guna suhu 180 darjah bakar dalam 15 minit.

 Sebaiknya jangan guna suhu tinggi sehingga 200 darjah kerana bahagian luar akan masak,
 bahagian dalam tak masak lagi.

*Kenali oven sendiri di rumah.* 



 

 
    
        

Wednesday, November 16, 2016

PART 4: TRIP KE TOKYO JEPUN- MT FUJI (DAY 2)

hari ke -2, kitorang ke Mount Fuji.
dari mlm lagi rasa teruja sangat bila nak ke mount Fuji ni.
pagi2 bangun masak dulu nasi, sardin & panaskan kurma daging Brahims.
bagi semua kenyang perut baru sedap skit nak jalan2. 
tak lupa sambal hitam Cikna penambah selera
 bg bertambah2 makan nasi pagi2 wehh.. 
sbb tu saya bawa segala bawang halia, asam keping, kentang. 
complete masak sardin.. hahaha
lepas makan kenyang rasa mcm nak sambung tido balik kekdahnya. 
iyer laa mmg sedap sgt golek2 dalam selimut tebal sejuk2 ni kan...

seperti saya cerita dalam entry sebelum ni, pengangkutan kami adalah tren.
 kul 8.30 pagi gerak ke station tren Higashi-Jujo menuju ke setesen bas yg akan ke Mount Fuji. kalu tak silap saya bertukar 2 kali tren jugak sebelum sampai ke stesen bas tu.
perjalanan menaiki bas mengambil masa 2 jam..
 sempat jugak saya tertido sekejap, tu pun kalu boleh tak nak lelap mata.
 nak tengok pembangunan negara matahari terbit ni.

oohh.. dalam bas terasa jakun jap sebab fasiliti dalam bas lengkap mcm naik flight. 
siap ada ala2 pramugari @ pemandu pelancong.
 bercerita mcm2 sepanjang perjalanan. 
pastu seat bas tersangat selesa siap ada USB plug.
 so boleh laa charge fon kan...
 mmg kalu perjalanan melebihi 2 jam ada kemudahan mcm ni.

sebelum sampai ke kawasan pergunungan kami melalui kawasan kampung yg tersangat bersih dan tenang rasa.
 bila tour guide kami menunjukkan pemandangan gunung fuji dari bas terus rasa SUBHANALLAH...
cantiknya ciptaanMu Ya Allah..

dari jauh nampak mcm lukisan

seharian kami menghabiskan masa di sini. kul 8.00 baru naik bas balik semula ke hotel.


tengah masak sardin. giler seda rasa dapat mkn sardin dgn nasi panas2. 
ada plak sambal hitam ciknaa

kurma daging Brahims.. mmg membantu menambah selera anak mkn

nasi seperiuk kecik mkn 4 branak


dalam tren ke bas station utk ke gunung Fuji. semua kena senyap xleh bising. 
fon pun kena silence

 
tetiba nampak Mt Fuji disebalik roller coaster dari atas bus. 
terus teruja. nmpak mcm tampal edit gambar je kan..

lagi pemandangan dari bas

tetiba terus rasa nak selpie. muka mamai baru bangun tido

Tuesday, November 15, 2016

PART 3: TRIP KE TOKYO- Review APA HOTEL

sebaik tiba di airport Haneda, kitorang cepat2 menuju ke Imigresen 
dan laju2 berkumpul di ruang yg telah dimaklumkan.
 kali ni pergerakan mmg kena cepat sebab kitorang mengejar bas akhir untuk ke hotel.
masa ada lebih kurang sejam untuk menguruskan semua termasuk ambil luggage.
tour guide (Lan) pun dah siap2 pesan agar semua
 urusan tandas diselesaikan atas kapal terbang setengah jam sblm kapal mendarat.
nasib baik  anak2 memberi kerjasama padu.
 takde yg merengek, nangis, nak dukung ke hape..
alhamduillah urusan dipermudahkan. excited semua sbb dah sampai jepun.

nasib baik segala urusan selesai sebelum tu dan kami sempat mengejar bas untuk ke Hotel.
semua ahli rombongan memberi kerjasama dan paham yg kami bawa 2 orang budak.
 ada yg tolong pimpin anak saya dan ada yg tolong 
tarikkan bag sbb saya perlu bawa 1 bag dan suami pula bawa stroller.

ok...ok... nak review hotel je tp pjg nau muqaddimah dia..

ni hotel yg saya stay pada hari malam pertama tiba. APA HOTEL.
APA hotel ni ada byk cawangan. wpun hanya bertaraf 2/3 bintang gitu tapi fasiliti dia tersangat tiptop mcm hotel 5 *. semua complete.
 pada saya yg membezakan hanya keluasan bilik jer.





katil pun comel je. siap ada hiasan kertas origami atas tu.. telefon peti ais, tv semua ada. tp xde napsu nk tgk tv sebab semua bahasa jepon...

wpun hanya bertaraf 3 bintang, bath tub tetap ada tau...

bersih & kemas..

siap ada heater lagi...mau kejung beku kalu x pasang heater kalu musim winter.

masa mula2 sampai jakunzi betul tak pandai nak guna menatang bidet ni. air terpancut tah mana2 hala. hahahaha... ier laa dah laa keterangan dalam bahasa jepun kan..


tengok dia punya toileteris. body wash & shampoo pun shishedo okeh.. botol besar lagi. x main laa botol kenit2 tu... getah ikat rambut, berus gigi, shaver pon ada. getah ikat rambut tu yg rare sya jumpa...

PART 1
http://amerislovely.blogspot.my/2016/11/part-1-kuala-lumpur-to-tokyo-japan.html