Pages

Wednesday, November 23, 2016

PART 5: TRIP KE TOKYO JEPUN- DISNEYLAND ( DAY 3)

hari ke 3 kami adalah ke Disneyland... yeayyy
sebenarnya percutian ni mmg khas untuk anakanda 2 orang tu.
mmg nak bawa diorang ke disneyland.
so mmg teruja laa masing2 bila sampai disneyland.
keluar je tren terus nampak tren kepala miki mouse. 
yaya terus jerit "abang... tren miki mouse...."
mau tak hepi...

pagi tu mmg cuak jugak sebab cuaca mcm gerimis. 
aduss kalu hujan mmg x syok laa nak jalan.
hari tu pulak saya lupa bawa sarung tangan. mmg sejuk semacam. 
bila cek suhu 5'c rupanya..
bila sampai petang tu suhu makin drop sampai 3'c. adoiii.. 
sampai ke tulang rasa sejuknya...

tapi sebab kitorang sangat2 enjoy. lupa plak tang sejuk tu. 
yaya sampai merekah2 bibir. jari plak sampai biru..
 tapi tahan lagi tu.bila pakaikan sarung tangan di bukanya..
 topi pun sama, mesti kuarkan telinga, padahal dah sejuk sangat.

kat dalam disneyland ni rata2 pelancong jepun sendiri je pon.
masa mula2 sampai tu homak aiii...punya laa ramai manusiaooiii...
nak jumpa bangsa lain mmg payah arr... yg ada pun seketul dua mat salleh.

rasanya 2kali jugak tukar train... last naik JR Line dan berhenti di station Maihama.
 Jangan risau kalau book mana-mana hotel sekalipun di Tokyo sebab train mereka masih boleh sampai ke Disneyland. 
Melainkan kalau memang nak book hotel yang dekat sikit,
 bolehlah book hotel di kawasan Maihama ataupun Chiba.

Bila dah turun di station Maihama, kita kena jalan kaki sikit untuk ke pintu masuk Disneyland Tokyo.
 Walaupun agak jauh kena berjalan,
 tapi tak terasa jauh sebab cuaca masa ni sejuk.
 Disepanjang berjalan kaki tu, mood Disneyland memang dah sangat terasa. 
Dengan decoration landscape yang cantik dan pemandangan 
yang indah berjalan kaki ni pun dah seronok.
 Ada juga train dan bas yang dihias berkonsepkan Mickey Mouse.
 Memang cantik sangat2.

 nak melepasi pintu utama Disneyland adalah proses memeriksa beg.
 Biasanya mereka hanya periksa kalau ada membawa makanan 
dan minuman secara berlebihan.
 makanan juga mestilah dipek dengan elok.
 Saya memang ada bawa roti,biskut dan nasi sebagai bekal 
makanan sebab saya tahu di Disneyland Tokyo memang tiada makanan halal.

dugaan paling mencabar bila kat dalam tu menusuk bau pastry,
 popcorn yg memang alahai sedap sgt ooii... 
tambah2 lagi dengan budak 2 orang tu asyik laa nyebut sedapnya ...
 bau apa tu umi. pastu merengek nak beli popcorn.  
jenuh jugak laa nak explain kat diorang. 
last2 jumpa popcorn honey masa perarakan bermula.
 asben kata boleh. legaaa...
 betapa besar & luasnya Disneyland Tokyo ni.. 
rasa2 semua tempat kitorang cover kot..

sebaik saja melangkah masuk ke dalam Disneyland Tokyo suasananya berubah seolah-olah masuk ke dalam dunia kartun. berderet kedai  yang menjual macam-macam cenderamata yang cantik dan comel ditempat di “World Bazaar”  dihadapan pintu masuk. 
Ramai juga yang beli topi atau baju Mickey Mouse untuk dipakai ketika berada di sini.
 nasib baik yaya tak minta apa2 sbb harga tak payah tanya laa kan..
sempat jugakmasuk jugak 2-3 kat sini.

lepas tu terus menuju ke landmark utama Disneyland
 iaitu Istana Disneyland yang menjadi ikon  themepark ni.
 Nasib baik masa tu tak ramai sangat orang dan belum apa-apa lagi saya bergambar  kat sini dulu. Apa yang saya perasan, di hadapan istana Disneyland di Tokyo ni mempunyai kawasan yang luas dan disusun banyak kerusi untuk melihat persembahan ataupun berehat. 

binaan bangunan dia tersangat teliti membuatkan saya sangat kagum. 
di mana2 watak disney dikerumuni bila ianya muncul,
 mmg tak sempat pun nak bergambar betul2 sampai yaya bad mood 
bila tak dapat bergambar dgn donold duck & mickey mouse.  
giler ko berkerumun orang jepun dok hurung menatang miki mouse ni.

dalam group, hanya kami dan orang org lain yg join trip ke disneyland ni..
yg lain ada tempat lain nak dituju.
 nasib baik tour guide kami menunggu kami sampai petang.
kt luar enterence masuk disneyland tu.

harga tiket untuk 1 hari pass masuk adalah 7400 yen @ RM296.00 untuk dewasa dan 4800 yen @ RM192.00. mmg pitam kalu convert ke RM.

harga adalah temasuk untuk semua ride dalam ni.
 makanya main laa ride dia sampai ko mampu beratur menunggu.
 seharian di situ hanya 5-6 ride je yang sempat kami naik. 
tempatnya teramat luas dan mmg penat kalu berjalan seharian. 
kalu boleh di uukur tak tau laa brapa belas km kami  berjalan dalam tu. 

yang saya kagum lagi orang jepun ni penyabar dan sangat mengikut arahan. 
kalu beratur 30 minit pun diorang xdenya berebut2 atau potong queue. 
semua beratur dengan sabar untuk naik satu-satu ride.

satu lagi kat jepun ni yg saya perasan, ko tinggal apa2 pun,
 takkan hilang punya wpun dompet @ henbag.
bayangkan masa naik ride stroller bersusun diorang tinggal skali dgn beg.
 dan tak hilang pun.
kalu kat malaysia.. sekelip mata lesappp...


 enterence.. masa ni dah 3 lapis baju. berpusu2 dah orang masuk.

 kami sekeluarga..

 dah mula beraksi 2 bradik ni.

 asben & tour guide kami. roslan

 baru lepas beli 1 day pass.

 teruja yang amat dah ni

 bergambar sipi2 je dengan donalds duck. punya laa ramai org jepun kerumun... frust tau

 world baazar.. kiri kanan tu kedai jual cenderamata & mainan.

 excited sangat rayyan bila naik ride dalam pirate carribean ni.
 real giler diorang punya show..

 nampak tak Jack Sparrow atas kapal tu..

 jungle cruise pun sangat menarik tau... teingat orang jepun dalam kapal ni

 ni naik tren apa tah... pastu berselisih dengan kapal ala2 titanic ni...

 aksi sengal mak & anak


 dah petang masa ni. suasana makin cantik bila2 lampu berwarna warni.

 masa ni tgh tengok perarakan disney. giler cantik costume diorang. terkagum saya.
 yaya lg laa xleh move on dengan video yang saya ambil masa perarakan ni.
perarakan ni belah petang & ada setiap hari.
 korang jgn lepaskan peluang tuggu perarakan ni kalu gi disneyland Tokyo tau..




 cantik kan istana Disneyland ni..

 masa ni dah sejuk yang hamat. paksa diorang pakai sarung tangan & topi.
 jari yaya sampai biru dan bibir merekah2 kering masa ni.

 pelbagai key chain yg comel di world baazar.

 tengok... stroller, wheelchair main tinggal mcm tu jer... mmg x hilang pun.

 buka bekal kat sini..

 betapa excitednya rayyan bila tengok watak kartun disney dalam bentuk lego.


 2 orang ni je ahli group yg join kt disneyland. tp diorang masuk disneysea.

secara keseluruhannya, Disneyland Tokyo ni memang besar dan cantik.
 oleh kerana kesemua attraction di sini menggunakan bahasa Jepun, 
 mengurangkan rasa seronok dan tak faham bila menonton. 

Kalau nak datang ke Disneyland, jangan lupa untuk google ramalan cuaca terlebih dahulu. Ramalan Cuaca di Jepun 99% adalah tepat. 
Sekurang-kurangnya kita tak rugi sebab nak masuk dalam Disneyland pun bukan murah.

memang sekurang-kurangnya seharian diperlukan untuk berada di Disneyland Tokyo ni dan bagi sesetengah orang mungkin memerlukan sekurang-kurang dua hari untuk betul-betul puas bermain dengan semua atrraction kat sini.

  SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK ENTRY BERIKUT





6 comments:

  1. wahhh bestnye .. satu nanti nk pi jepun juga ... tah bbila kesampaian ...manrik sgt ..

    ReplyDelete
  2. best betul tengok bebudak tu happy je.

    ReplyDelete
  3. wahh best ye dpt ke disney land,

    ReplyDelete
  4. tak boleh bagi RM tengok entry ni..hahaha jenuh karang nak menjawab.. seronok anak2 akak pegi sana..

    ReplyDelete
  5. Bukan budak je suka cmni mak budak pun teruja...moga ada rezeki nak disneyland jugak nanti...

    ReplyDelete
  6. Bestnya...teruja sgt bdk2 kalau msk disneyland

    ReplyDelete