moshi..moshi...
DAY 1:
-Ueno Park/Ameyoko Street Shopping/ Hard Rock Cafe
-Asakusa/Sensoji temple
-Tokyo Skytree
hari pertama kitorang cover tempat2 kat atas tu.
Ueno Park tu mcm taman siap ada zoo panda.
tp kitorang tak masuk pun. sebab tempat tu tgh baikpulih
piknik kat situ dengan bekal yg masak pagi.
seriusnya Jepun teramat laa bersih.
bayangkan masa depan hotel saya tak tahu pun yg lalu sebelah
adalah lori sampah sebab takde bau langsung &
xde meleleh2 air sampah mcm tempat kita.
tambah pula lori tu siap berhias hello kitty lagi.
punya laa comel kan. tour guide bagi masa 2 jam kat taman tu, puas amik gambar berpiknik bagai pastu kitorang ke Ameyoko Street Shopping & Hard Rock Cafe.
Ameyoko Street ni mcm ala2 Petaling Street laa...
kat sini laa paling best nak shopping brg2 souvinir.
iyer laa takkan nak beli kat shopping mall pulak kan..
dah tentu mahal. sepanjang street tu mcm2 ada jual termasuk laa seafood mcm kt pasar. tapi yaa hampun bersih sgt tempatnya. salmon, udang punya laa fresh.
geram saya tengok. rasa nak beli bawa balik KL jek.
kat sini ada byk jugak laa kedai mkn halal.
bila diorang nampak je kita bertudung terus panggil..
halal food...halal food. mcm2 mknan ada termasuk laa kebab dan mknan jepun.
sepanjang saya berada kat sana takde nampak pun restoran sushi mcm kat tempat kita yg orang suka sangat tu. even masa masuk mall besar pun.
apa yg saya perhatikan diorang mkn nasi mcm kita jugak,
sushi tu mcm sampingan mcm kita mkn goreng pisang jer..
saya & suami mkn kat satu gerai ni. org tu mcm pakistan pun ya jugak. dok promot kedai dia sbb zizan pernah mkn situ masa rancangan astro rasa halal tokyo kalu x silap.
saya oder nasi, suami mkn kebab ayam. harga dlm RM12 utk setiap hidangan.
nasi kt jepun gemuk2 & pendek beras dia. pastu ada ayang goreng tepung, salad & karot.
atas skali mcm kuah spageti bolognise gitu. sedap jugak laa..
masa ni rayyan & yaya tak memberi kerjasama. masing2 berebut nak dok dlm stroller..
pastu diorang mcm bosan sbb xde kedai mainan kat situ. hahaha...
saya & suami nak shopping pun tak selesa...
lps makan, terus beli sedikit souvinir baju,
FM dan keychain kat area situ kemudian teus cari kedai mainan.
dapat sorang satu selesai masalah...
oohh.. lupa nak bgtau trip kitorang ni mmg sempoi giler, pengangkutan adalah tren.
bukan bas tunggu depan hotel. jadi kami merasai sendri rutin orang jepun turun naik tren setiap hari. jadi takde masalah kalu terlambat skit turun ke lobi untuk perjalanan kami.
pakej yang kitorang amik ni termasuk tiket flight pergi balik, makan minum in flight, luggage, transport kat jepun, dan makan tengahari & mkn malam sepanjang di jepun dan jugak tour guide org Malaysia. RM2990/pax.
dlm tren menuju ke Ueno park. sangat selesa berjalan sbb cuaca sejuk2 gitew..
tetiba ada lagi bunga sakura yg belum gugur sepenuhnya.. amik gambar jugak laa kan. maklum laa jakun tak penah tgk bunga sakura..
nmpak tak bersihnya taman diorang. nak jumpa sepuntung rokok pun susah. dah laa susah nk jumpa tong sampah, tapi sampah takde pun jumpa bersepah2...
piknik di sini. saya bawa bekal nasi goreng ikan masin Brahims.. sedapnya makannnn...
selepas abis shopping di Ameyoko Street, kami ke Asakusa/Sensoji Temple..
ni pun salah satu tempat tumpuan pelancong. sronok tgk bermacam2 gelagat manusia dari seluruh pelusuk dunia...
masa ni baru pukul 3 petang td dh gelap. maghrib kat tokyo dalam kul 4.20 petang. sebab tu nmpak gelap.
meriah sangat suasana kat Asakusa bila menjelang malam.
bermacam2 souvinir & cenderahati ada jual. tapi mahal,
nasib baik saya dah shopping kat Ueno tadi..
bila sampai tokyo punya laa jakun rasa sebab semua anjing kat sini berbaju, bertopi, siap pakai riben lagi kalu yg betina... mmg comel sgt. kalu anjing kecik ada yg pakai romper.. klakar sangat tgk hobi org jepun ni. diorang siap bawa anjing kemana2 termasuk dalam mall.
jumpa daiso kat Tokyo Skytree.. jangan terkejut daiso kat jepun lebih murah dari kt KL tau. kebanyakan barang2 dalam 100 yen je. lebih kurang RM4. hihihi... kt sini RM5++ kan..
kt Daiso ni beli sarung tangan rayyan & yaya yg tertinggal kat epot Haneeda masa datang ari tu. beli jugak topi skali. murah laahh.. souvinir pun byk jugak.
lepas le Asakusa tadi, kitorang ke Tokyo Skytree pulak. ni mcm KLCC laa.. ada menara tinggi tu, tapi tak naik atas tu pun. amik gambar area situ, pastu masuk mall. tetiba jumpa Daiso, sronok pulak rasa. kat sini masing2 buat aktiviti sendiri. lepas masuk mall jumpa pulak port utk budak2 ni main. sementara tunggu masa utk berjumpa dengan ahli rombongan lain, lepak sini...
suasana di station tren.. sangat busy. semua orang jepun jalan laju2, xde yg melenggang kangkung. dalam tren pun semua senyap. ohh.. masa dalam tren tak leh bising tau. ada signage kt pintu tren. kalu guna fon pun kena silence. nanti diorang pandang kita semcam je. masa tu rayyan tgh main game, saya terlupa. orang tengok je.. mungkin mengganggu ketenteraman diorang kot. iyer laa ada yg tido, membaca...
tunggang langgang abis gambar. ni kat Ueno park.
tengok aksi yaya nak silangkan kaki mcm saya... hahaha..
like mother like doter sangat kann
parah bila bawa stroller bila berebut pulak nk dok dlm tu.. maka terpaksa laa gilir2 15minit sorang...
Ameyoko street. mcm2 ada jual kat sini... pakaian, gajet, jam, salmon,seafood,kasut berjenama, mainan...
kedai makan di Ameyoko Street...
lupa lak nak amik makanan yg saya oder...
kalu kat KL takde maknanya nak amik gambar depan starbak ni...
Ueno Park. sepatutnya masa ni dah menguning merah daun2 dia tp hanya skit2 je yg nmpak kuning & merah... kalu full kaler merah mesti lagi cantik amik gambar
suami tengah menyoping kt Ameyoko Street. pakcik ni bagi free 2 helai sbb kita borong banyak.. arigato gozaimas pakcik...
beg dompet & porch pon antara yg saya beli jugak. 500 yen = rm20 ye...
masing2 dengan muka happy... mcm2 gaya diorang ni..
umi pun tak nak lepas amik gambar kat sini..
tokyo skytree... rasanya KLCC lg cantik kot...
http://amerislovely.blogspot.my/2016/11/part-1-kuala-lumpur-to-tokyo-japan.html
PART 1
http://amerislovely.blogspot.my/2016/11/part-1-kuala-lumpur-to-tokyo-japan.html
Murahla amy pakej yg amy ambk tu..bdk pn kira sama ke cmne?
ReplyDeleteakak bawak tripod ye..best dapat ambil gambar satu family camtu...cantik...tak sabar tunggu next entry...
ReplyDeleterin, Kanak2 pun sama harga kecuali kalu without bed harga RM2490.
ReplyDeletesian laa diorang dh besar takkan xnak amik bed kan...
Bestnya jalan-jalan. Satu hari nanti nak ke sana jugak..
ReplyDeleteklu dlm train kita lain pula kan hahahaha..tak borak tak sah! camner nak snyap huhu
ReplyDeletebaca sambil membayangkan sejuk beku..hihi
ReplyDeleteseronok tengok akak bercuti tempat2 macam ni..tengok budaya asing kan.. :)
ReplyDeletelawanya ueno park tu
ReplyDelete