Pages

Tuesday, January 24, 2017

Faqeef Arrayyan 6th Birthday

14 Januari lalu genap rayyan 6 tahun.
sekejap jer masa berlalu. sekarang dah besar rasa dia. 
masih ter bau lagi bau dia masa baby dulu...
huaaa... touching plak rasa bila ingat balik perjalanan dia membesar sampai skrg. 
Rayyan mmg sangat manja dengan saya, ceria suka bercerita cerewet, 
cengeng juga sifatnya.  4 tahun jugak kami menunggu untuk mendapatkannya dengan pelbagai usaha & ikhtiar sebelum kehadirannya. 

DOktor pernah jugak suspek dia autisme sebab lambat bercakap
 & suka bermain dengan mainan kegemanrannya jer.
sehingga 4 tahn dia mmg melekat dengan kain napkin & puting je. 
xboleh dipisahkan langsung. gi mana-mana mmg bawa sentiasa.

alhamdulillah rayyan membesar normal dan sihat seperti budak-budak lain sebayanya. cuma dia mmg jenis mudah demam. sehingga 5 tahun boleh dikatakan setiap bulan demam. paling lama gap pun 4 bulan mcm tu.

semoga rayyan menjadi anak yg soleh, dengar nasihat umi & ayah, belajar rajin2 dan jaga adik selalu.

bila tengok balik gambar birthday dia yg lalu, mmg setiap tahun kitorang order pizza hut. mmg kegemaran dia makan pizza, spaggeti, mushroom soup & garlic bread.

oleh kerana tahun ni birthday dia jatuh pada hari sabtu, kitorang celebrate di pizza hut Aeon Mall di Setiawangsa. 
hanya bawa kek kecik dan order makanan situ je.
 tak sangka team pizza hut sangat sporting, 
bila tahu je besday rayyan diorang buat surprise untuk rayyan. 
kek diorang bawa ke kitchen. selepas makan, lampu dipadamkan dan berkumandang lagu HAPPY BIRTHDAY dari speaker & team diorang bawa keluar kek dan nyanyi bersama2.
 giler surprise sampai saya pun rasa teruja. 
tq sangat2 team party crew Pizza Hut Aeon Setiawangsa.

alahai tak reti pulak nak download video tu kat sini. tp saya ada post di fb.
nanti saya upload bila ada masa.

Kek tiramisu..

sronok bila belikan dia party kit.

us

their favourite. spageti bolognise, pizza & mushroom soup.



hepi boy

layan laa main go cart kat area Aeon setiawangsa.


semoga abang jadi anak yg soleh dan menjaga adik selalu.

TQ team party Pizza Hut Aeon setiawangsa..

Tuesday, January 10, 2017

2-2 dah sekolah..

alhamdulillah tahun ni 2-2 anak-anak dah bersekolah.
rayyan 6 tahun, yaya 5 tahun. 2-2 sekolah yg sama.
yaya nampak lebih cool & confident masa first day sekolah.
iyer laa mungkin abag dia byk bercerita perihal sekolah dia.
langsung takde drama airmata mcm rayyan dulu.

yaya masuk kelas relax jer sambil tgk drama airmata budak2 lain.
tak peduli langsung saya dok tepi pintu.
terus keluarkan buku kaler dia dan buat aktiviti sendiri.
good yaya.

tenghari 2-2 masih naik van yang sama. pakcik van antar rumah pengasuh(nenek).

hari pertama sekolah dia pakai baju biasa sebab masih belum dapat unifom.
so pakaikan dia dengan baju long sleeve & seluar panjang. 
mujur dia dapat adapt dengan new enviroment sekolah.
petang, masa gi amik dia tak berenti dia bercerita tentang kawan2,
 cikgu, toilet sekolah dan mcm2 lagi laaa..
semoga yaya dapat jd anak yg solehah dan berjaya nanti.

rayyan pulak mcm biasa, hepi sebab dapat jumpa
 kawan2 dia lps cuti panjang yang lalu.
hari pertama kelas 6 tahun dah start belajar. 
masa saya tunggu pada hari pertama kelas dia dah start
 baca doa utk ibubapa  dan mungkin refresh pelajaran thn lepas. alhamdulillah..
semoga rayyan jd anak soleh & berjaya dunia akhirat.


 pepagi muka ceria & excited pegi sekolah

 tengok yaya tanpa pedulikan orang lain kuarkan coloring book dan buat aktiviti sendiri sedangkan org lain terkebil2 lagi...

abang dah boleh harap, pimpin adik naik van sesama.

Monday, January 9, 2017

RESEPI: kek kukus masam manis

assalamualaikum korang... selamat tahun baru..
lambat skit saya wish. byk dugaan & cubaan saya & keluarga terima menjelang tahun baru.
takpe.. semuanya saya terima dengan redha. 
Allah uji kita sebab Allah sayang kita.

baru-baru ni [2-3 minggu lepas] saya ada up status kat fb tentang hot selling kek kukus saya suatu masa dulu. ramai jugak yang request resepi. 
ni baru berkesempatan taip balik resepi tu. 
sebelum ni resepi tu dalam buku saya.

kek ni tersangat mudah dan sedap. makan panas2 wallaaa... 
tergigit pulak kepingan asam tu aduhhh... rasa balik ni nak buat laa..
dulu saya jual RM12 satu. bahan2nya pun mudah sgt.

satu adunan tu dapat 2 kek mcm dalam gambar tu. loyang 8x4.


KEK KUKUS MASAM MANIS

160 gm mentega
125 gm gula kastor
125 gm tepung naik sendiri
3 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
50 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus/cincang [contoh gambar di bawah]

Sediakan loyang yang sesuai
Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan periuk pengukus

Pukul mentega dan gula hingga sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna

Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan. 

 kepingan asam manis (sumber google)