14 Januari lalu genap rayyan 6 tahun.
sekejap jer masa berlalu. sekarang dah besar rasa dia.
masih ter bau lagi bau dia masa baby dulu...
huaaa... touching plak rasa bila ingat balik perjalanan dia membesar sampai skrg.
Rayyan mmg sangat manja dengan saya, ceria suka bercerita cerewet,
cengeng juga sifatnya. 4 tahun jugak kami menunggu untuk mendapatkannya dengan pelbagai usaha & ikhtiar sebelum kehadirannya.
DOktor pernah jugak suspek dia autisme sebab lambat bercakap
& suka bermain dengan mainan kegemanrannya jer.
sehingga 4 tahn dia mmg melekat dengan kain napkin & puting je.
xboleh dipisahkan langsung. gi mana-mana mmg bawa sentiasa.
alhamdulillah rayyan membesar normal dan sihat seperti budak-budak lain sebayanya. cuma dia mmg jenis mudah demam. sehingga 5 tahun boleh dikatakan setiap bulan demam. paling lama gap pun 4 bulan mcm tu.
semoga rayyan menjadi anak yg soleh, dengar nasihat umi & ayah, belajar rajin2 dan jaga adik selalu.
bila tengok balik gambar birthday dia yg lalu, mmg setiap tahun kitorang order pizza hut. mmg kegemaran dia makan pizza, spaggeti, mushroom soup & garlic bread.
oleh kerana tahun ni birthday dia jatuh pada hari sabtu, kitorang celebrate di pizza hut Aeon Mall di Setiawangsa.
hanya bawa kek kecik dan order makanan situ je.
tak sangka team pizza hut sangat sporting,
bila tahu je besday rayyan diorang buat surprise untuk rayyan.
kek diorang bawa ke kitchen. selepas makan, lampu dipadamkan dan berkumandang lagu HAPPY BIRTHDAY dari speaker & team diorang bawa keluar kek dan nyanyi bersama2.
giler surprise sampai saya pun rasa teruja.
tq sangat2 team party crew Pizza Hut Aeon Setiawangsa.
alahai tak reti pulak nak download video tu kat sini. tp saya ada post di fb.
nanti saya upload bila ada masa.
Kek tiramisu..
sronok bila belikan dia party kit.
us
their favourite. spageti bolognise, pizza & mushroom soup.
hepi boy
layan laa main go cart kat area Aeon setiawangsa.
semoga abang jadi anak yg soleh dan menjaga adik selalu.
TQ team party Pizza Hut Aeon setiawangsa..
suka tengok raiyyan dgn yaya, macam mila dengan abg mila kecik-kecik dulu, gap kitaorg ngam2 setahun. kongsi tarikh lahir yang sama.dia tahun 87 mila 88
ReplyDeletehappy birthday Rayyan.
ReplyDeleteHensem la awak skrg.. confirm ramai melted ni nnt.
bestnya team pizza hut situ sporting. so good.