seminggu lepas kaki bersimen tu mmg melepas semua open house jemputan kawan2,
kat opis lagi laaa... takpe..takpe.. pujuk ati sendri,
kan nak diet.so ahad tu saya masak special skit untuk mengubat hati yg kesedihan. sebenarnya dah lama dok telek blog kak azie resepi nasi beriani pakistan ni.
akhirnya tercapai jugak nak buatnya. wpun agak renyeh, byk kena nak buat dan masak berkalli2 tapi puas ati dengan rasanya.
mmg tak menyesal masak wpun lps tu sakitnya kaki alahai...
jom kita usha resepi, kalu nak resepi step by step boleh jengok blog kak azie .
ada jugak saya derhaka skit part salad tu, saya tambah epal. tp mmg sedaplah..
Nasi Beriani Pakistan
Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (saya bubuh ayam & kambing, kambing rebus dulu bg empuk )
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning
Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka
Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam,
separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk
ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki
bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya
masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
Masukkan ayam yang
diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan
ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging
empuk.
Satukan yoghurt dan
buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga
naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir
sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
Tutup kuali dengan
penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.
Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir
masak tetapi tidak 100% masak.
Tutup api dan tos
lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.
Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain,
letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi.
Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis
teh ke atas nasi.
Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya
sehingga menutupi lapisan nasi.
Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi.
Sudukan susu dan titis pewarna kuning
Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur
dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh
juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur
gas.
Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.
Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.
Bolehlah dihidangkan
dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.
Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar
Epal didadu (saya tambah)
Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.
alahhhh kak amy..sedapnyeee..
ReplyDelete