hari ke-3 di Perth kami ke Pinacles & Lancelin.
perjalan mengambail masa hampir 3 jugak.
memandangkan kat sana had laju hanyalah 90km/j untuk hiway.
kalu kat Malaysia ni boleh pecut sampai 140km/j kot. hahahaha..
mmg mengantuk laa encik driver memandu dengan kelajuan mcmtu.
dah laa highway dia terussss jer tanpa ada tol.
keta pun jarang2 jer jumpa.
seperti biasa sebelum keluar jenjalan selepas solat subuh
saya dah berketung ketang bersilat kat dapo.
menu hari ni simple jer nasi goreng dan telo dadar.
nasi goreng tu guna perencah Adabi yang saya bawa dr Malaysia.
dasar sangat kann.. pagi2 mkn nasi mengalahkan nak pegi menoreh getah.
sini sejuk wooo... cepat nau laparnya. mak bapak boleh tahan lagi, perut anak2.
bekal pula saya siapkan nasi beriani ayam guna pes Maggi.
sedapp!! tu je boleh cakap.
lagi pun hari ke-3 perjalanan agak jauh.
ada RnR pun bukan mcm kat Malaysia ko boleh benti beli mknan sesuka hati kan..
so baik mkn kenyang2 dan bawa bekal biskut & roti.
kalu dah bawa anak2 ni mmg riuh laa pepagi nak menyiapkan diorang.
lepas settle anak2 mak2 kena tarik napas lepasssss....
tarik napasss... lepas....
bagi masa bertenang jap. penat okeh...
sepanjang perjalanan tu mata mengantuk tapi rasa sayang nak tido sbb nak tengok pemandangan indah kiri kanan jalan.
pemandangan yang tiada di Malaysia.
kiri kanan padang ragut rumput terbentang luas...
cerah bijik mata..
tenang sangat tasa.
untuk masuk ke Pinacles ni bayaran adalah 13$ untuk sebijik keta.
ko nampak jer padang pasir seolah2 macam panas giler tapi sejukkk tau..
bila angin bertiup lagi laa mencucuk tulang rasa sejuk tu.
subhanallah... indah sangat ciptaaan Allah swt.
tak puas berada di sini, tetiba boleh ada batu2 di tengah2 padang pasir.
bergambar dgn mcm gaya.
lepas tu singgah sekejap kat kedai souvinier beli magnet dan minuman untuk anak2...
selepas tu perjalanan diteruskan ke Lancelin.
lancelin jugak adalah kawasan padang pasir tapi xde batu2 mcm di Pinacles.
hanya padang pasir luas mcm di gurun sahara tu. sejukkk jugak sini.
aktiviti sini bergelungsur pasir.
seronok giler anak2 bila dapat bergelungsur pasir.
saya sempat 2 kali bergelungsur.
diorang 3-4 kali sorang. yang penatnya bila nak menapak naik semula sambil bawa papan lunsur tu.
ohh... sewa papan lunsur tu 10$ satu.
tak payah bazir sewa byk2. kongsi2 jer.
boleh pilih nak gelunsur angle mana...
dah penat bergelungsur. terus pusing2 cari makan.
hasil google kata ada tempat makan lobster halal yg best nama LOBSTER SHACK.
ni laa first time saya makan lobster selama berusia 40thn.
ohh hari ni jugak merupakan hari jadi saya yg ke 40 tahun.
homak aiii... dah tuo makcik ni koooo...
bila makan lobster tu sampai terpejam2 mata sebab terlampau sedap.
kalu kat Malaysia mmg tak laa nak beli lobster2 ni. beratus2 seko regenya..
kitorang oder set lobster saiz M dan set fish & chips.
bekal nasi beriani pun makan kat sini.
yg menariknya di Lobster Shack ni ada tempat untuk kanak2 bermain.
mmg lupa terus anak2 nak makan bila dapat main kat sini.
main masak2 dengan anak-anak omputih koo...
dapat laa mak bakap makan dengan tenangnya... hahhahaha...
lepas makan singgah di pekan mandurah untuk cari tempat solat.
kali ni boleh jamak sebab perjalanan melebihi 100km.
lega skit sbb saya salu laa mengigil time ambil wuduk. agagagaga..
pastu singgah di Big W untuk cari corelle.
tapi tak banyak pilihan yang ada.
masa ni tak boleh lengah2 kan masa sbb kitorang perlu sampai Gosnell sebelum malam. bila malam risau kangaroo banyak berkeliaran di hiway &
mengganggu perjalanan kami.
asben kata kali ni nasi goreng saya tak sedap...
drebar hari berkenaan
sebelum bergerak mmg kelam kabut dengan budak2 ni jer...
pemandangan sepanjang perjalanan
Pinacles..
cubaan melompat...
yaya & kangaroo tak dapat dipisahkan
Lancelin
silau jer ni bukan kepanasan..
macam-macam ada di kedai souvinier
asal tengok kangaroo jer nak beli... haisshhhh...
asal tengok menan jer nak beli...
13$ satu keta..
main laa korang puas2.. mak2 dan bapak nak makan...
just oder set fish & chips & set lobster M
lobster... 40 tahun baru dapat merasa mkn ni...
cosy jer tempat dia kan...
tepi laut Lobster Shack ni. tgk google map mesti jumpa...
bila dah gerak masuk keta, baru laa budak kecik ni lapar.
nasib baik ada nasi beriani bekal yg saya bawak tu..
klik untuk link sebelumnya
https://amerislovely.blogspot.my/2017/10/part-3-cuti-cuti-perth-day-2.html
https://amerislovely.blogspot.my/2017/10/part-2-cuti-cuti-perth-day-1.html
https://amerislovely.blogspot.my/2017/10/part-1-persediaan-ke-perth.html
No comments:
Post a Comment