Pages

Wednesday, November 8, 2017

Konvokesyen Rayyan di Tadika Islam MAIWP


alhamdulillah... semalam Rayyan dah selamat konvo di Tadika Islam MAIWP.
2 tahun dia di tadika tu banyak perubahan yang saya tengok,
 lebih2 lagi pengetahuan dia tentang solat, surah2 lazim, 
doa2 harian dan akhlak dia.
walaupun yuran hanya RM20 je sebulan.

mula2 dulu punya laa pening nak cari tadika utk dia. 
mcm2 tadika saya survey. 
dari yg paling mahal hinggalah jumpa tadika ni yg sangat murah dan berbaloi2. sebenarnya bukan harga yuran yg menjadi isu tapi dari segi pengisian, 
tempoh masa belajar dan keudahan yang dekat untuk transit ke rumah pengasuh.

selain dari tu tadika MAIWP ni jugak ada buat hari sukan,
 lawatan sambil belajar, (tahun lepas ke kilang roti Gardenia, 
tahun ni ke Petrosains KLCC), hari kebudayaan dan lain2.
semua aktiviti outdoor ni tak dikenakan bayaran yuran langsung(ditanggung MAIWP 100%).

sebelum belajar ada mkn pagi ringan mcm
 roti, kuih & biskut dan segelas susu. 
pukul 10.30 makan lagi sekali yg berat macam mee goreng, 
bihun, laksa, nasi ayam dan sebagainya...

alhamdulillah Rayyan tamat belajar dengan mendapat TERBAIK KURIKULUM.
 tahun depan belajar di sekolah rendah kebangsaan... Rayyan sentiasa terbaik di hati Umi.semoga Rayyan akan berjaya dunia akhirat. aminn





1 comment: