Pages

Thursday, August 30, 2012

resepi: muffin blueberry


Atas permintaan, aku letak skali lagi resepi muffin yg aku slalu buat.
MUFFIN BLUEBERRY
Sumber: Allrecipes.com
 
 








Bahan-bahannya (Untuk 40 biji mini muffin, jumlah muffin bergantung pada acuan/cup yg diguna)
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180’C. 
 2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.

3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit. jgn ngengada guna mixer plak nnt muffin jd keras. gaul manja2 je sampai sebati.

4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. bakar dlm oven sampai kuning/ masak.

NOTA: 
boleh letak apa2 filling ikut suka. strawberry,blueberry, coklat, kiwi. filling boleh beli kat pasaraya atau kedai bakeri.

Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday @ 29/8/2012 - Pelbagai gambar

 budak yang demam lepas balik beraya

 lepas raya baru nak deco2 rumah. tunggang langgang abis perabot.

 budak kecik zara ni semakin rajin merayap.

tak mop rumah pun takpe. budak kecik ni sedia berkhidmat. abis pelusuk dia mop dgn baju dia....



Kisah raya kami sekeluarga-part 2


Raya ke-4 masih lagi di rumah keluarga aku dan mengadakan rumah terbuka. Semalam lagi hafizah bertungkus lumus masak. Menu yg disediakan soto nasi impit, lasagna, bihun putih, pudding triffle, ketupat  dan muffin blueberry. Dari semalam lagi diorang dok rebus nasi impit, buat muffin, dan pudding.tetamu tak putus2 sampai petang. Nasib baik gina pinggan, mangkuk dan cawan polistrin. Kalau tak jenuh jugak nak basuh pinggan mangkuk semua. Kalu kena basuh pun takkan aku plak kot. Hihihi... takpe dayang2 ada....
Hari ke-5, aku mula basuh baju dan pakaian  sblm balik semula ke KL pada hari ke-7 raya. Selebihnya lepak2 kat rumah dan mula berkemas skit2, takut tertinggal. Maklumlah brg2 budak2 yg banyak sebenarnya.dengan menan, toys semua. Pengsannn makkkk nak mengemas. Mlm tu dh kena ke Bunut Payong semula sbb ada kenduri tahlil utk arwah abah. Ohh.. Rayyan dh mula selsema&batuk masa ni. Mungkin jangkit dgn Aqeef(sepupu rayyan) atau sbb main dengan kucing kat umah Tokma. Aku kalu rayyan tak sihat mula risau, takut jangkit kat zara. Lagi pun diorang ada history warded. Dah la lagi 2 hari nak balik KL.  Terus minta cik suami gi klinik amik ubat untuk diorang.
Hari ke-6. Lepak2 je kat umah. Hajat nak gi beraya kat rumah kawan terbantut sbb dia dh keje daaa... so kitorang pusing2 bandar je. Cuaca panas tak mengizinkan kitorang pusing2 lagi.jadi terus pusing balik umah jek.. malamnya packing2 lagi sbb pagi esok nak bertolak awal (kononnya)
 ni je peluang nak bergambar dengan Ma. hari raya mmg ma busy sgt2. masa ni dah nak bertolak balik KL. pasni tinggal Ma sorang kat rumah.

Hari ke-7. Bangun pagi2, mandi, solat. Kemas2 lagi utk balik. Bila budak2 bangun jek terus mandikan diorg. Ma masak nasi goreng as bfast. Sedap!! Bawak bekal skit utk rayyan nnt. Kitorang bertolak kul 10 pagi. Belum pun sejam perjalanan Rayyan dah start buat perangai. Sampai kena marah dengan ayah. Tak pernah lagi aku tgk sik suami marahkan rayyan camtu. Ishh..ishh.. rayyan mmg mencabar kesabaran tau. Lps tu dia bantai muntah plak sbb batuk.
Perjalanan balik ke KL mmg agak lama, memandangkan keta semakin banyak. Masing2 ingin pulang ke ibukota. Lagi  la aku dengan anak2 kecik. Jap2 berenti..jap2 berenti... adoii... rasa mcm serik sangat balik kali ni. Tak tau lah raya haji ni nak balik ke tak memandangkan budak 2 orang tu x stabil dok dalam keta lama2. aku pulak dok risau sbb rayyan asyik batuk2 je dalam keta.
Sampai je kat highway karak. Air panas untuk susu diorang ngam2 je. Nasib baik takde jem kt karak. Kalau tak tak tau la mcmana sbb zara mmg kerap hisap susu. Sampai KL kul 10 mlm terus hantar rayyan rumah acik, lagipun acik dh beberapa kali minta hantar rayyan, kebetulan pulak acik buat open house.  So, kami terus  je makan kat umah acik. Lapar giler rasa sbb kitorang x berenti makan pun.  Makan je biskut raya yang Ma bekalkan. memang penat giler rasa perjalanan beraya kami kali ni.

Tuesday, August 28, 2012

kisah raya kami sekeluarga- part 1


Assalamualaikum,
Rasanya belum lagi terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam seluruh dunia, walau di mana saja berada.
Walau sehebat mana pun perancangan kita, kalau tidak diizinNya.. maka kita haruslah redha dengan ketentuannya...

Hmm.. perancangan awal untuk pulang berhari raya di kampong selepas subuh, tapi dengan anak kecik, sudahnya pukul lapan jugak kami gerak. Yang penting memang kenakan utamakan keperluan anak dan siapkan diorang dulu. Bukan senang nak berjalan jauh dengan 2 orang anak yang masih kecil. Rayyan, aku dah siapkan bekalan untuk dia, biskut, keropok, nasi dan sebagainya.toys dan suami pula uploadkan beberapa video kegemaran dia di hp, Upin Ipin. (belum mampu lagi kali utk beli gajet ipad  utk dia) semua tu untuk menghilangkan bosan dia berada lama dlm kereta dan untuk melekakan si rayyan.
 keadaan budak2 dalam keta. letak bantal & toto bagi sama rata dgn seat.
Belum pun masuk tol Gombak, keta dah bersusun-susun. Parahh..dari situ dah nampak kereta sangat banyak menuju ke Pantai Timur.perhitungan kami silap rupanya, ingatkan kerata dah beransur kurang sebab pulang pada Khamis dan Jumaat. Rupanya masih lagi bertali arus, masing-masing ingin pulang berhari raya di kampong.  Masa tu Zara dah mula tidak selesa, mula merengek dan serba tidak kena. Memang dia agak susah sikit untuk di bawa berjalan, apatah lagi nak jalan jauh. Akhirnya aku Berjaya juga tidurkan Zara selepas berbagai jampi serapah aku gunakan. Rayyan pulak leka dengan Upin Ipin nya.
 rayyan je tido. zara? takde maknanya nak tido tanpa buai...lenguh lengan aku jd buai utk zara.

Perjalanan dari Gombak hingga ke tol Karak mengambil masa 2 jam!!! Suami aku buat keputusan untuk balik melalui Terengganu. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai di rumah mertua sebelum buka puasa 6.30. Dalam perjalanan cuaca amat panas dan kami berhenti  beberapa kali untuk solat, tukar diapers dan buat susu.
Sampai saja aku terus, mandikan,siapkan susu Rayyan. Aku mcm biasa, bila semua yang lain dah makan, baru la berpeluang untuk buka puasa. Hidangan ayam percik dan dalca Kelantan sangt membuka selera aku ditambah pula dengan air tebu dan air kelapa, rasa nyaman je lalu kat tekak setelah seharian berada dalam kereta dengan cuaca yg panas. Masa ni aku berbuka sorang sbb suami pula ambil alih jaga anak.
Malamnya aku tertido awal kerana kepenatan. Penat dalam kereta melayan karenah anak2. Niat nak membantu mertua untuk persiapan raya tak kesampaian. Tapi nasib baik adik2 ipar rajin menolong Ma. Semua diorang siapkan. Selepas Isya aku teus tidokan anak2 sambil aku sekali tertido dan tersedar bila azan subuh berkumandang dan takbir raya bergema. Oohh.. betapa syahdunya.
Tahun ini aku tidak dapat menunaikan solat hari raya seperti sebelumnya kerana menjaga anak2. Selepas suami dan Ma ke masjid, aku siapkan budak 2 orang tu dan aku skali bersiap.
Menu wajib kat rumah mertua aku biasanya kuzi ayam dengan roti jala, ketupat dan lain2.
Setelah suami dan Ma pulang dari masjid masing2 bersalam memohon ampun dan maaf. Selepas tu aku dan suami ke rumah keluarga aku pula. Mujurlah jarak rumah keluarga sana dan suami tak jauh. Boleh ulang alik kalu tertinggal pape. Sonang!!

 alaaa.. apsal Zara pandang Rayyan plak...

 susah betul nak amik gambar ni tau. ada aje aksi2 si rayyan nie. grrrr

  gambar berdua mesti ada. takde yg dua ni, takde ketiga dan keempat.


Kat rumah keluarga aku, semua dah menunggu nak tengok Zara yang dah masuk 4 bulan lebih.
 seronok semua dok kerumun zara. nampak tak gelang zara yang comei??


Berebut2 nak dukung, agah Zara yang dah boleh gelak bila diagah. Terkekek2 ketawa. Tokma pula bagi present gelang yang sangat comel kt Zara. Tima kasih!! Kali ni ma buat nasi tomato, dalca, ayam masak merah acar dan sambal sebagai hidangan pagi raya dengan dibantu oleh dayang2(adik aku la tuh). Acara bergambar mmg wajib di pagi raya tapi tahun ni aku tak berpeluang untuk snap banyak gambar memandangkan Rayyan juga amat berminat nak pegang camera. Tghari tu semua ke Bachok menziarahi sanak saudara di sana. Aku pula dok aje kat umah dna tidokan zara. Suami pula tidokan rayyan dalam bilik.
Masa Zara tido, baru la aku ada peluang untuk menyiapkan mini blueberry muffin untuk mertua. Percaya tak Zara tido sebelum zohor dan bangun selepas asar!!! Lama giler tido. Mungkin qadha tido semalam yg seharian dlm keta. Lagipun Zara tido mmg kena berbuai.aku dh siap bawak net, spring dan aksesori buai tu.
Sebaik Zara bangun, muffin pun dh siap dan kami terus ke Bunut Payong semula, berhari raya dengan keluarga dan saudara mara mertua pula.

 mini blueberry muffin untuk keluarga Bunut Payong...




Raya-2, masih lagi di rumah keluarga mertua, Ma menyediakan nasi dagang dgn gulai ikan tongkol dan gulai udang sebagai juadah. Seperti biasa tetamu tidak putus2. Sedihnya aku tidak berkesempatan untuk bersalam dan berjumpa dengan sanak saudara sebab dok dalam bilik je melayan Zara, grrrrr.... Rayyan pulak tak kisah pun dgn sapa2 pun. Dia mmg suka bersosial dan berkawan lagi2 kalu ada yang melayan dia. Zara pulak agak cengeng skit, tak suka orang ramai2. Sebab tu la aku stay dalam bilik je.
Raya ke-3 balik ke rumah keluarga aku semula di Lundang. Suami pula ada urusan dan terpaksa ke Pasir Puteh. Tinggallah aku dengan anak2, nasib baik adik2 aku ada boleh jugak melayan Rayyan main kat rumah Tokma. Tambah2 lagi rumah keluarga aku ada kucing, mmg suka sangat Rayyan melayan kucing2 tokma, tapi risau jugak sbb Rayyan allergi dgn bulu kucing. Aku suruh adik monitor je rayyan, jgn bagi dia cium kucing dan tarik2 badan kucing tu. Si Rayyan mmg pencinta haiwan.

 Si pencinta haiwan

 kucin-kucing tu pulak ikut aje bila rayyan jalan gi mana2.



Petang tu aku& anak2 Ma & abah pergi beraya di Bachok di rumah saudara di sana. Beberapa buah kami singgah kemudian ke Pantai Irama. Rayyan sebelum ni yang tak pernak aku bawa ke pantai begitu excited bermain air laut dan pasir di pantai, tambah pulak orang sangat ramai, budak2 pun ramai.hingga abah terpaksa handle dia main air kt laut. Seronok sangat rayyan aku tengok.

 seronok tgk layang2
 Ma & Zara. cian ma dok pegang kasut aku.hihihi

 1st time datang pantai


 asyik baling2 pasir je. abis kena kepala dan aku skali. excited abis budak ni.

 merenung masa depan kot...

 nasib baik abah ada bole handle rayyan. masa ni dah buka seluar... setapak... setapak ... kedepan.

 haaaa....

Thursday, August 16, 2012

Bye bye Ramadhan...


Pejam celik pejam celik sedar tak sedar kita semua dah berada di penghujung Ramadhan. 
Ramadhan hampir melabuhkan tirainya dan diganti pulak dengan Syawal yang semua dok nanti-nantikan. Layakkah kita nk bersyawal sedangkan Ramadhan ala kadar je. huhh sayu dan pilu plak rasa, yang pasti pasti akan terasa rindu dengan Ramadhan lepas ni. tapi betul perasaan Ramadhan ni lain sangat tak mcm bulan bulan lain. sebabnya masa ni la rasa nak bagi sedekah lebih, buat amal ibadat lebih, memburu pahala dan ganjaran yang Allah akan beri. Pendek kata pelaburan berganda.

tak caya??? tengok, masjid full house masa bulan puasa. semua berebut nak buat amal ibadat, bagi sumbangan utk buka puasa. anak2 yatim masa bulan Ramadhan penuh dengan jemputan buka puasa. Semoga tahun depan kita masih lagi bernafas utk sama2 beribadat di bulan Ramadhan. aku mmg feeling lebih skit pagi ni.

tambahan pulak pagi ni hujan turun membasahi bumi, selepas panas berhari-hari. Lailatul Qadar kah semalam?? Wallahualam...


bagi aku pulak aku bersyukur sangat2 atas rezeki yang Allah beri. bukan sahaja dari segi material tp kesihatan utk aku, anak2 dan jugak suami. walaupun aku termat la penat sepanjang bulan puasa ni. Alhamdulillah syukur anak2 takde lg demam2, batuk2 selepas keluar ward ari tu.

Aku jugak nak memohon maaf andai kata sepanjang aku berblog ni ada yg terasa ati atas apa yg aku tulis atau luahkan. tujuan aku berblog ni pun bukan lah untuk glamer, tapi lebih kepada catatan peribadi dan berkongsi perjalanan hidup aku dan anak2 serta suami. terima kasih kepada follower dan pembaca yang sudi baca bebelan aku selama ni. kepada keluarga di kampung, aku lambai-lambai tangan nie... tungguuuuu kami balik..



akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. oohh yea... kami sekeluarga balik kampung hari Sabtu ni. semoga perjalanan kami selamat dan dilindungiNya. mood bekerja memang dah takde ni.


Monday, August 13, 2012

Hari Ahad 12/8/2012- main masak2

 ahad semalam hari terakhir aku masak sblm balik beraya. cik dh warning masa aku gi pasar pagi tu, jgn beli byk, beli utk masak ari ni je. pepagi aku gi kedai beli brg utk masak. sku plan nak masak kuzi ayam & roti jala. mmg dh lama nk mkn tau. lps zohor aku terus masuk dapor. nk masak kuzi mmg rumit skit. amik masa. tips dia sekor ayam, sekilo bawang grg yg blend kena guna. xleh guna bawang grg ready made x sedap. maka dgn gigih aku goreng bawang merah sekilo(x smpai pun) pastu blend. pastu somi plak nak mkn bubur caca+keledek. aku start menjala lps asar. dh nak dekat maghrib baru siap semua masak. sebenarnya xde la lama camni tp sbb budak 2 orang tu, nangis la, nak susu la, berak laaa, aku dok kuar masuk, kuar masuk la kt dapor, pastu nk tido kan sikecik lg,huhh rayaan plak usik adik dia. berlari plak aku keluar.
 
hasil aku menjala. guna botol acuan khas yg ada muncung 3 tu. resepi roti jalan amik dari dapur kak Azlita kt SINI. mmg lebut, bau pun sedap je sbb letak susu segar. aku ubahsuai skit x letak telor. jgn marah yer kak Azlita. Kuzi plak dari mak mertua aku. Kuzi dia mmg superb. kalu pagi raya mmg ramai datang sbb nak mkn kuzi mak mertua aku. 5 ekor ayam jap je abis. rempah kuzi mmg aku dh ada. tp byk benda lain yg aku omit. mcm saffron takde, sepatutnya guna tomato delmonte, tp aku guna brand megi je. hati/pedal grg aku x letak
 badam pun aku x letak. minyak sapi pn skit je sbb dh abis. tp masih lagi rasa kuzi. lps ni kena buat betul2 baru puas ati. somi pn x kata apa2  sbb mmg xleh lawan dgn kuzi yg mak dia buat. tp byk gak dia makan. hihihi...


 brocoli, cendawan, cili benggala kuning goreng sos tiram dgn tofu telor.

bubur caca+keledek request by somi.

ni je yg aku masak tp punya la lama. anak punya penangan. takde dlm gmbar ikan bilis grg dgn bawang.