Pages

Tuesday, December 18, 2012

Seminar Kerjaya

assalamualaikum uols...

Citer dah lama aku baru terhegeh2 nak wat entry. sebenonya minggu masa family in in law (FIL) aku datang, di entry SINI aku ada attend seminar. dah ujung tahun baru tergedik2 nak gi seminar/kursus bagai sebab nak cukupkan KPI. kalu tak, takdenya aku nak gi kursus2 ni wehh... nasib baik seminar ni dekattt jek. sekangkang biawak je aku rasa. ok, aku nak share intipati seminar yang aku attend ni sebab sangat menarik untuk kaum WANITA khususnya. yg lelaki pun ok jugak kalu nka baca. eehh.. ada ke lelaki yg baca blog aku selain dari lakiku???  seminar ini dianjurkan oleh Positif Event Solution di Hotel Grand Season selama 2 hari. kenapa aku kata best sbbnya : bila buat kat hotel asyik makannnnn je kejenya. hihihi...(aku dgn makan tak dapat dipisahkan, sila salahkan diri sendiri bila badan dh semakin mengembang).  Penceramah yang giler best iaitu  Dr Robiah Kulop Hamzah,  dengan tajuk: Membina Kebahagian Melalui Kerjaya dan Suksess.

Penganalisis Jenayah En Kamal Affendi, pulak buat lawak giler dalam sesi beliau bila tajuk gangguan seksual di tempat kerjaya dibentangkan. banyak rupanya akta yang melindungi kaum wanita ni. bila dia cakap pasal isu pencabulan kehormatan. rupa2nya maksud pencabulan itu ialah dari hujung rambut hingga hujung kaki. jangan tak tau. lagi satu yang aku rasa agak menarik yang ramai antara kitaa tak tahu, cap jari suspek yang lekat kat baju/pakaian kita semasa dicabul boleh tahan hingga 16 tahun. hahhh terkojut takkk?? sila buat2 terkejut laaa jadi jika dicabul, jgn ngengada nak sembur Febreeze ke, basuh baju tu dulu ke sbb ini boleh menghapuskan bukti!!! 

Hari kedua pulak Dr Lawyer hensemTengku Naufal Tengku Mansor Peruding Motivasi berbincang tentang Idea memperhebatkan kerjaya. yang bestnya bila Dr ni adalah peguam syariah maka skali isu2 wanita dibentangkan. heyyy wanita, kerjaya adalah maruah korang ok, skali laki korang tinggalkan korang satu seng pun tarak guna.

dan yg best bila ada Perunding Imej Pn Marry Anni M.  masa ni laa nak tanya imej  tu sesuai ke tak.. bentu badan, barna yang sesuai dengan kita, jenis tudung yang sesuai dengan bentuk muka dan juga ada sesi personality analisis.


 aku sempat amik tandatangan Dr Robiah  bila beli buku beliau: Rawatlah Hati.

 aku takde dalam gambar. amik gambar kengkawan seminar je. lawak giler si Kamal Affandi ni...


 pun takde gambar jugak Dr Naufal rushing ke airport lps sesi beliau. dia ni lawyer Fahrin Ahmad masa kes dia dengan Linda Onn yang gempak dulu.


haaa... trainer favourite aku si Perunding Imej.


No comments:

Post a Comment