Pages

Wednesday, April 17, 2013

Tips menguruskan rumahtangga tanpa maid hari minggu

assalamualaikum uols..
 aku nak sambung entry menguruskan rumahtangga tanpa maid. entry sblm ni kat SINI.
email terdahulu aku citer jadual aku menguruskan rumah masa hari kerja (weekday) , ni pulak aku citer sambil bagi tips (bagi tips uols... ngehh..ngehh..) cara aku urus masa weekend/public holiday. aku tak minta pun korang ikut cuma mungkin boleh jadikan panduan. korang pn kalu ada tips/cara share2 dengan aku jugak. mungkin cara korang aku boleh guna pakai.

heyy korang, bila jadi wanita berkerjaya (pergghhh.. berkerjaya la sangat...) weekend dan hari cuti adalah sangat2 ditunggu2 betul tak?? betul tak???? kekadang rasa mcm 2 hari cuti tak cukup nak settlekan semua housework. korang setuju kan??? sila angkat keyboard masing2.... pastu dah siap semua keje nak la jugak kuar jenjalan bawa anak. wehh!! budak2 pun tension kalu seharian dok terkurung dalam rumah tau tak. (ni merujuk pada anak aku, tp aku tau anak korang pun sama jugak kann...)

kalu boleh rasa nak settlekan semua ujung minggu. tak suka tgk longgokan di sana sini. pastu bila rumah dah bersih rasa aaaarrrhhhhh.... LEGAAAA. nak masak pun rasa kemalasan sebab tak nak dinding dapur terpercik minyak. (bole pulak gitu). yang paling PENTING kena la bekerjasama dengan suami. kalau aku nak sorang semua dengan anak 2 orang  MEMANGGG tak akan siap laa jawabnya. para suami sila ambil perhatian yer.  Isteri anda bukan MAID yer, kalu korang tak nak tolong sila sediakan MAID utk beliau. Isteri adalah QUEEN utk suami.

6.30 am
ok, weekend aku bangun sejam lewat dari weekday. alaaa sejam je pon. jangan harap nak golek2 bermalasan atas katil sampai kul 8. aku kena bangun awal sbb nak siapkan bfast/lunch terus.masak bubur utk Yaya siap2. masukkan kain dlm cik mesin basuh dan beliau akan sentiasa menurut perintah bila aku tekan START. biasanya kalu weekend aku masak nasi goreng/nasi lemak/roti telur+sosej/ mee goreng/beehon goreng. kadang2 time aku mengong aku buat nasi kerabu terus makan 2 hari berturut2.

8.30
biasanya time ni budak2 sume dah bangun. kadang2 mandikan diorang dulu, kadang2 bfast dulu. lepas tu suami layan diorang main, aku plak kemaskan dapur. biasanya kalu hari sabtu aku kuar jap beli lauk basah kat pasaraya dekat dengan rumah. kalu lauk basah dah ada terus prepare utk masak tengahari nnt. rayyan dan yaya biasanya akan tido semula dalam kul 10.30. masa diorang tido ni la baru aku gi mandi, sidai baju yang basuh pagi td. suami pulak biasanya dia vacum rumah.

12pm
aku dah start masak masa ni sambil terjerit2 dari dapur bila dengar yaya nangis kena sakat ngn rayyan. mula la aku bertukar jadi raksaksa. sebab tu aku kena masak laju2 sblm diorang bangun tido. tapi takpe cik suami sangat rajin monitor diorg. wehh... dari kul 6.30 aku belum stop lagi buat keje umah tau..  biasanya aku masak 3 jenis je, satu yg berkuah, satu sayur dan satu lauk. kalu rajin tambah lagi 1 jenis lauk. apa2 yang aku masak tengahari makan sampai malam yer korang, kecuali roh rajin aku datang masak la mee sup apa2 yang seumpama dengannya.

2 pm
makan tengahari sambil kecoh2 dengan anak. suap2 diorang sambil suap mulut aku jugak. pastu kemas dapur lagi skali. kalu roh rajin aku datang aku buat la puding ke, bubur ke, pie ke, muffin ke....
pastu relax jap. sakit pinggang dah masa ni.. kuar masuk...kuar masuk... ke hulu ke hilir... adoiiii... dalam kul 3 budak2 ni tido balik. aku pun baru leh baring jap. baring je bukan tido. pastu iron baju keje lak. kalu rajin iron semua skali, kalu tak iron laa 2-3 lai. belen iron hari ahad.

5.30 pm
ready nak bawa anak2 gi taman pulak. balik umah sblm maghrib, mandikan diorg, siap2 panaskan lauk, solat maghrib. diner, kemas dapor lagi, tgk tv jap sambil layan budak2 lagi. pastu zzzzzz...

Ahad pun sama je jadual aku. cuma ada jugak hari Sabtu kitorang kuar jenjalan seharian. so pagi tu aku dah prepare heavy bfast  mcm nak lunch. isi perut suami & anak2 ketat2 dulu sblm kuar, bagi diorang tido seround.sambil aku sidai baju yang basuh subuh tadi. diorang bangun kul 11 je keluar.  Ahad aku pulun la buat keje rumah sampai nak pengsannn...  Isnin gi keje dgn rasa sakit2 badan.  Uols, semua keje umah aku buat bersama suami, means salah sorang kena monitor anak2.

#Ehh uols, berapa kerap korang tukar towel & cadar yer?

7 comments:

  1. hari minggu saya adalah hari goyang kaki. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya bole goyang kaki hari minggu...

      Delete
  2. seminggu skli tukar cadar, towel and toto hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pinky momma, kite pun tukar cadar seminggu skali gak.
      cadar 2 minggu skali. skrg budak2 tido mcm kena kerap pulak tukar.

      Delete
  3. tuala seminggu sekali wajibbbb :)
    cadar tengok rajin, kadang2 dua minggu sekali.kadang-kadang 3 minggu sekali. huhu. kak amy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la nadia. kak amy pun tuka towel seminggu skali.
      korang asingkan tak towel utk tetamu dan utk kegunaan sendri?

      Delete